Sahabat, Kau Istimewa…




Terlalu sunyi kehidupan ini tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati.
Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani. Dalam mengharungi keindahan berteman dan bergembira, tentunya ada tercalit sedikit sebanyak sembilu yang terbenam di jiwa. Namun, biasanya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dicinta. Diamnya penuh doa agar persahabatan akan berlangsung dengan lebih sempurna. Sebarang kekurangan akan bisa diperbaiki segera.

Tatkala berteman, jagalah tutur kata. Bergurau menambah ceria, namun terlebih gurau juga kan menukar rasa. Kita jangan samakan sahabat kita seperti kita. Mungkin sesuatu yang boleh kita terima dan kita anggap simple, namun baginya sesuatu yang sensitive yang boleh mengundang sedikit hampa.
Selami hati sahabat kita, sepertimana kita mahu dia memahami kita dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang tidak kita suka.
Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada pada diri sahabatnya. Kerana dia tahu, sahabatnya itu tidak sempurna dan sahabatnya itu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela. Jika kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseorang sebagai sahabat, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tidak akan pernah tergenggam.

Kau punya cara dan dia jua.
Janganlah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya kerana caranya yang sedikit berbeza atau sedikit pelik berbanding orang lain. Hormati caranya selagimana ia tidak menyalahi apa-apa. Biarlah dia dengan sifat diamnya, kita tidak boleh memaksanya membuka mulut menjadi seperti yang kita suka. Atau biarlah dia dengan kegirangannya,dan kita boleh untuk tumpang ceria.
Dan, paling penting.. seorang sahabat tidak akan pernah membuka cerita tentangmu kepada teman-teman yang lain. Dalam erti kata lain, mengumpat! Sahabat akan selalu melindungi sahabatnya dari menjadi buah mulut orang lain. Menegur tidak salah malah itulah tanda cinta.
Tapi, bagaimana caranya? Ajak dia berbincang dengan baik, bersemuka dua muka, dan bagitahu sedalamnya apa kesalahan yang telah diperbuat. Bukannya kita mencari kesalahannya dan membuka sesi bual bertopikkan dia.
Jika sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian, itu tidak mengapa. Perindahkan cara supaya tiada hati yang akan terluka. Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tidak berjauhan, tetapi di hati menyimpan sesalan dan cemuhan.

Sahabat itu istimewa, kerana perhubungan sejati kerana Ilahi tidak akan terpisah, berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tidak sudah, kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah, dan inshaAllah bertemu pula nanti di alam syurga yang indah.

shared from FB Dunia macam-macam.

Renungan terakhir


Renungan itu mungkin terakhir ,
Pertemuan itu mungkin terakhir ,
Tapi kenangan itu tidak akan berakhir ,
Terlalu memberi kesan yg mendalam ,

Memberi impak yang berkesan dalam hati ,
Tidak digambarkan dengan kata2,
Sedih yang begitu menyayat hati,

Cuba utk berdiri dan terus berdiri ,
Mengharungi liku hidup ,
Mengakui adalah kekhilafan diri ,
Mengakui segalanya adalah pengajaran pada diri .

Semoga semuanya akan berakhir ,
Dan pelangi akan datang menyinari ,
Saat diri ini terdampar di lautan sepi.
Yang penting hanyalah Allah sentiasa Dihati ..


Manja

29/1/2012

Sandaran hati




Entah napela aku dlm seminggu ni ..serba  tak kena ...nak ckp putus cinta taklah kot tp tiba2 rasa kehilangan sesuatu yg aku suka...Ssh nak ckp bila kita dah ada rasa suka pada seseorang ..perasaan happy , bahagia tu tidak tergambar dlm kata2..maybe itu terjadi pada aku...Thanks pada hati itu yang pernah buat hati ini berbunga seketika ..membahagiakan walaupon bak kata anuar zain cuma sedetik lebih eh sedetik cuma....

Tapi tak terlafaz dgn kata2 saat dia muncul dgn membawa harapan baru dengan tiba2...Mungkin pernah aku dengari dulu ...Cinta yang mudah akan datang , mudah juga pergi ...itu bg dia lah tp tidak bg aku.Aku faham Allah kurniaan aku perasaan ini padanya...cukuplah hanya seketika ...suka  dan bahagia.

Jika di lihat pada realiti , kitaorg bukanlah bercinta cuma permulaannya aku rasa hanyalah permainan...dan aku sendiri terperangkap dlm cinta mainan itu...perasaan itu hadir tiba2 tanpa aku sedari ....cuba utk memahami ..gembira bila berbicara ..cuba utk memahami ...segala2nya ttg dia ..

Tapi atas sbb yg tidak diingini terus , keikhlasan dan kejujuran aku dalam berkawan telah di buang jauh dlm dirinya...Perlahan2 aku cuba memahami dan mungkin juga ini kerana kesalahanku...terlalu cepat menaruh harapan pada benda yang tidak mungkin aku akan dapat.dan Akhirnya aku menemui jawapan yang aku hanyalah angin lalu singgah di hatinya ....

Aku faham , aku hanyalah sandaran saja dan aku  akan membiarkan hati yg sedih  ini pulih sendiri ...Pergilah dia dengan iringan doa2 yg terbaik buat dirinya ...Aku tahu diri ini hanyalah sandaran hati ...Usahlah di cari lagi hati ini ...Aku tahu aku bukan terbaik buat dirinya ...Biarlah antara kita hanyalah memory manis ....yg pahit akan ku buang jauh ....terima kasih Allah kerana memberi kebahagiaan dan kegembiraan walaupun seketika...Semoga Engkau temukan aku dengan seseorang yang bimbing aku ke jalanMu ...


Luahan rasa

Manja

28/1/2012

Jangan Di Tanya




Sepi rasa hati bila keseorangan..
Sayu rasa hati bila ditinggalkan..
Hiba bermain dijiwa bila ada perasaan yang menekan

Memang tidak pernah terluah dengan kata-kata..
Adanya dirimu didepan mata ini seolah pembakar semangat..
Biarpun adakalanya (selalunya) kita berbeza pendapat..
Namun adanya kamu disisi membuatkan diri ini rasa damai dihati..

Ingin sekali ku khabarkankan padamu..
Aku rindu..
Namun kubiarkan saja bicara itu terlontar bergema dijiwa..
Moga-moga kamu juga turut merasa..

Harapanku agar kamu sentiasa sihat dan berbahagia di sana


From blog biar coretan berbicara by Lia Irdelia .

Tuhan berikan aku cinta



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
di jiwa ini Hampa...
*
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta

Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...

saya dan awak



awak adalah awak...
seseorang yang begitu tegas ,
seseorang yg begitu sempurna di mata saya ,
Kurniaan Allah yang begitu sempurna di mata saya.

Saya dan awak ...
Kita pernah berkongsi cerita ,
Kita pernah gembira bila bersama,
Kita pernah ketawa bersama ,


Saya ,
Saya cuba beri yg terbaik utk awak ,
saya cuba utk bahagiakan awak ,
saya cuba utk memahami awak ,
saya cuba utk gembirakan awak...

Awak ,
awak seolah2 tak  menghargai kewujudan saya ,
seolah2 saya tak pernah muncul dlm hidup awak ..
seolah2 saya hanyalah seorang yg tidak penting bagi awak.

Saya dan awak ,

sekarang seolah2 msg2 jauh hati ,
tapi saya harap hati awak biarlah ada sedikit memory
bersama saya...
walaupun awak dah buang saya  dlm hidup awak.
tp saya akan selalu doakan awak
dan selalu berdoa yang awak berjaya dlm hidup,
dan temui kebahagiaan serta berubah jadi yang lebih baik..
Antara kita adalah kekhilafan saya sendiri..
mengenali awak adalah perkara terindah dlm hidup saya...


Terima kasih Allah temukan aku dgn dirinya


P/S : Hanya luahan rasa ..tiada kena mengena dgn sesiapa ^ -^


Manja

28/1/2012

Aku tak punya apa2

Aku tidak punya apa-apa..
Untuk dibandingkan dengan dia..
Tiada wajah indah bergemerlap cahaya.
Yang menghias rupa

Aku tidak punya apa-apa..
Tidak punyai harta benda..
Juga wang yang berjuta-juta..
Untuk membeli hati dan cinta..

Aku tidak punya apa-apa,
Tidak punya pangkat dalam kerjaya,
Tiada segala kemewahan dunia,
Yang bisa membuat setiap mata terpesona..

Aku tidak punya apa-apa,
Lahirku dalam sebuah keluarga biasa,
Yang hanya ada ketawa dan gembira bahagia,
Dan itulah harta berharga yang ku punya..

Aku tidak punya apa-apa,
Untuk menjadi taruhan dunia cinta,
Yang ku ada janji setia
Menjadi pengikat jaminan bicara

Aku hanya manusia biasa,
Jika ada kekurangan diri ini,
Mohon diperbaiki..

Jika tidak dapat kau menerimanya..
Maka, jauhilah aku..
Kerana aku hanya hamba-Nya..
Yang miliki kelemahan segala..

Yang ku ingini,
Cinta dengan restu Ilahi

coretan dari blog biar coretan berbicara.

Cintamu mekar di hati~



Bibirku kelu seribu bahasa..
Melihat kamu yang semakin jauh..
Meninggalkan aku sendirian di kamar sepi..

Bukan enggan ku di miliki..
Bukan menolak kamu mendekati..
Bukan diriku tidak sudi..

Aku hanya pipit yang tiada sasa..
Dan kamu merak yang gah di rimba..

Puas kamu cuba membolosi diri..
Menembusi hatiku ini..
Namun khilafku membeku sepi..

Tapi pabila mula aku menyedari,,
Bahawa telah berputik cinta di hati,,
Dan kamu mula melangkah pergi..
Melerai satu-persatu jemari ini..

Aku terdiam..
Aku termangu..
Namun ku sedar ia khilafku..

Terlambatku akui…

Cinta kamu telah mekar dihati..
Saat kau mula melangkah pergi



* copy from blog biar coretan berbicara

Hargai setiap pertemuan


Mggu ni mcm kalut skit..jiwa kacau...bkn sbb putus cinta tp hati ni mcm di siat2 ..pedih ..huhuhu...Allah sahaja yg tahu.

Aku faham yg Allah temukan kita dgn seseorang, tak kiralah dgn cara apa pun....cara terlanggar ke, cara jumpa kt shopping complex ke, yg pasti itulah pertemuaan....tapi setiap pertemuan ianya akan berakhir dgn perpisahan...itu yg buat pedih sgt rasa....

dan tiap pertemuan akan selalu di selangi oleh kebahagiaan .....dan bahagianya rasa walaupon hanya sekadar lakonan , mcm ala2 jerat percintaan la bak kata Mek CT ...Bahagia nya maybe sbb hati dah suka ...mcm2 di kongsi bersama...cuba mengenali hati masing2.....cuba utk memahami ... walaupon tahu itu hanyalah lakonan tp x sangka lakonan tu memakan diri sendiri dan tut2 akhirnya berpisah ...huhuhu

Memahami yang tiap pertemuan itu sebenarnya membuat kita jadi lebih matang ....terus belajar menjadi lebih baik ...mengenali seseorang itu membuatkan kita lebih membuatkan kita belajar dan belajar dari kesilapan2 kita yg lalu...tapi  hargailah seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita kerana mereka itulah kita lebih kenal erti hidup ini .....adakalanya indah adakalanya duka .....dari situ kita perlu menghargai betapa pentingnya kehadiran seseorang itu dlm kehidupan kita ....dan itu yg membuatkan kita jadi lebih matang...

Aku cuba bertenang dan memaafkan sesiapa sahaja yang sakitkan hati aku ....sbb aku tak tahu entah esok lusa aku ada lagi di dunia ini atau tidak....Ajal maut kita tidak tahu .....tp aku akan menghargai dan sentiasa mengingati sesiapa sahaja yg pernah hadir dlm hidup aku .....aku akan sll ingat segala memory manis dan aku akan buang segala memory pahit .....

TERIMA KASIH ALLAH ENGKAU TEMUKAN AKU DGNNYA... :)

Manja

24/1/2012

11.55pm

Jangan ada benci antara kita



Awak ....

Awak tahu x awak adalah kenangan terindah buat saya ..Walaupun hadir nya awak hanya seketika... Kita telah dipertemukan oleh Allah S.W.T ..pertemuan ini tidak akan terjadi kecuali dgn izin Allah kan awak ....

Bg saya awak adalah memory manis penah hadir dalam hidup saya ...dan bg saya juga awak adalah seorang yang amat menyenangkan saya ...saya gembira bila bersama awak...cara awak , perwatakan awak dan apa saja ttng diri awak buat saya happy sgt...terima kasih awak penah gembirakan saya walaupon hanya sekejap....snbrnya saya tidak tahu sjk bila sy suka kt awak walaupon sy tahu awak xde skit pon rasa suka kt saya.

Walaupun awak tidak penah anggap saya istimewa dlm diri awak tp saya bg sy awak terlalu istimewa bg diri saya, apa sahaja tentang diri awak saya akan igt ...apa saja lagu kesukaan  awak telah terpahat di hati saya ...apa sahaja makanan kegemaran awak...saya igt dlm kepala saya...sehari sblm sy nk jumpa awak ari tu , saya nk masakkn tuk awak tp awak xnak..sy dah beli semua bahan2 tuk masakkan tuk awak ..itu buat sy btl2 terkilan smpi skrg.

Tapi awak .....saya sedar siapa diri saya ....bknlah seseorang yg akan buat awak akan tertarik , saya cumalah wanita biasa ..tiada apa yg menarik pun..kdg2 tidak dapat memenuhi permintaan awak ....Saya harap awak faham kenapa saya buat begitu...harap awak hormati keputusan saya.

Biarpun sekarang awak dah buang saya dlm hidup awak .....tp saya akan sentiasa doakan yang awak akan berjaya dalam hidup awak....dan awak akan berbahagia di samping orang yang bakal mendampingi diri awak....saya harap tiada rasa benci antara kita ....awak nk tahu x? Memory filem ombak rindu dn lagu ombak rindu terlalu mengingatkan saya pada awak.

Terima kasih awak sbb penah bahagiakan saya , gembirakan hidup saya walaupon awak hadir hanyalah seketika dlm hidup sy. Andai 1 hari awak perlukan saya dan ingin cari saya semula mungkin masa itu saya sudah jauh dari hidup awak....cukuplah hati saya sedih sbb awak jauhkan diri dari hidup saya , cukuplah saya derita bila saya dpt tahu awak tiba2 buang saya dari hidup awak dan saya sedih sgt sbb awak seolah2 x penah hargai saya yg penah hadir dlm hidup awak :( ...

Semuanya ada hikmahnya dan saya belajar semuanya ini dari kesilapan saya ..Yang baik datangnya dari Allah dan yg buruk semuanya dari kita kan awak.....

Luahan rasa ,

Manja

23/1/2012

Pertemuan itu indah



Korang pon tau kan?setiap pertemuan dan perpisahan dgn sesiapa jer semuanya Allah yg tentukan...Aku suka dgr cerita kawan2 yg kdg2 happy  dan kdg2 dieorg sedih...semuanye pasal pasangan hidup masing2...melalui pengalaman dieorg dan aku sendiri , aku akan amik iktibar dan kdg2 sama2 belajar dari kesilapan....sesiapa saja akan melakukan kesilapan termsk diri aku....

Pertemuan dgn sesiapa saja walaupon kdg2 hanya sekejap tp ianya memberi memory yg sgt manis...betul gak kata pepatah ...Kita boleh suka pada seseorang dalam masa sehari , seminggu ataupon sebulan tp utk melupakan akan mengambil masa yg agak  lama .... Dari situ kita cuba utk belajar mengenali diri masing2 ...cuba utk menerima kebaikan dan keburukan masing2 walaupon sekadar teman biase...sesiapa jer kalau dah suka , apa sahaja sanggup dilakukan.... kdg2 benda yg bodoh pon sggp  dilakukan bila kita dah suka seseorang...tul x?

Ya ....Itulah pertemuan ...setiap pertemuan dgn seseorang akan meninggalkan cerita yg indah ..Kalau itu terjadi pada diri aku.....Setiap pertemuaan yg berakhir dengan perpisahan akan aku sematkan dlm hati ....Biarlah ianya hanya menjadi kenangan manis ...Biarlah pada seseorang itu amat menyakitkan....dan aku sentiasa bersyukur pada Allah dipertemukan dgn seseorang  itu walaupon ianya berakhir dgn kekecewaan..Dengan cara itu kita belajar ttng kesilapan diri kita ....Walaupon kdg2 kita saja yg igt padanya tp die tak ada sedikit pon igt pada kita ....malah terus buang kita dari ingatan.....

Sebenarnya dunia ini berputar ...Jika sekarang kita buat seseorang itu terluka  ,  besar kemungkinan ianya akan berbalik pada diri  kita ...Seboleh2 nya kita jgn lukakan hati orang lain...sentiasa memberi kemaafan dan meminta maaf sekiranya kita yg melakukan kesalahan juga kesilapan...tp terpulang pada orang itu hendak terima atau tidak....yg penting kita dah minta maaf..

Sentiasa mendoakan yang terbaik walaupon seseorang itu dah lukakan hati kita .....Pedih kan rasanya bila kita hanya tahu kita bknlah sperti dia diharapkan.....hanya pandang sebelah mata ...dan diperlukan bila tika kesunyian.....Keikhlasan dan kejujuran dlm berkawan hanyalah perkara remeh padanya ...

Dan perpisahan pula akan meninggalkan kesan yg mendalam ...kita faham ....suka pada seseorang tp dia tidak pernah menghargainya itu amat2 pedih sbnrnya .... kita cuba memberi yg terbaik ...dan bila sesuatu perkara yg menyebabkan seseorang itu rasa marah  dan tiba2 trs buang kita dari hidupnya....itu yg ralat sbnrnya...apa sahaja yg berlaku , benda ini semua akan berbalik pada diri kita , tp tak tahu masanya bila saja....

Sebab itu aku akan sentiasa hargai setiap pertemuan dan perpisahan yang dtg pada diri aku.tak kisahlah sama ada kejap atau lama setiap pertemuan itu...seboleh2 aku xnak perhubungan itu putus begitu sahaja walaupon seseorang itu pernah sakitkan hati aku...aku pernah rasa diduakan oleh teman lelaki ....tp aku maafkan die dan doakan yg terbaik pada dirinya dan smpi skrg walaupon dia telah berkahwin tp kitaorang masih berkawan dan tidak penah menyimpan dendam sbb dia penah membahagiakan hidup aku.....aku tak akan anggap nya musuh atau membenci diri dia....

Apa yang kita harapkan selepas perpisahan yg die juga akan mengingat kita walaupon tiada rasa suka , rindu dan juga sayang...cukuplah dia mengingati sbb kita penah bahagiakan die....cukuplah dia mengingati kita yg penah gembirakan hatinya  ....cukuplah dia mengingati kerana kita penah hadir dlm dirinya walaupon bgnya tiada kesan langsung kehadiran kita disisinya .....

Sentiasa doakan yg terbaik pada sesiapa yang penah hadir dalam hidup kita ....Semoga kita dan dia dipertemukan dgn orang yg akan membahagiakan dan memberikan cahaya kehidupan ....Aku akan selalu mendoakan yg terbaik pada sesiapa sahaja yg penah hadir dalam hidup aku ....tidak akan menyimpan dendam pada sesiapa walaupon berakhir dgn kekecewaan .....

Manja

23/1/2011

ingatlah Allah sentiasa bersama kita


Kita selalu hilang punca,
tapi DIA selalu bersama kita ,

Kita selalu merintih sepi ,
tapi DIA selalu mengharap kita mengadu padaNya ,

Kdg2 kita gembira ,
DIA berharap kita tidak lupa padaNya

Kdg2 bila kita leka ,
DIA turunkan ujian utk mengingatkan kita ,

Kdg2 kita sedih ,
DIA selalu ingin mendengar luahan kesedihan kita .

Apa saja yg direncanakan oleh Allah pada hambaNya, kdg2 semuanya ada hikmahNya...Allah sentiasa ada bersama kita di waktu senang , susah , sedih dan juga gembira ...Tak terhitung nikmat kesyukuran yg Allah berikan kepada kita dan sebagai umatNya sepatutnya kita sentiasa bersyukur dgn apa yang dimiliki ..Sentiasa menghargai orang2 di sekeliling terutama mak dan ayah...Apa saja yg berlaku semuanya dari Allah S.W.T ...DIA sentiasa ada dan bersama kita .


SAYA SAYANG ALLAH .

Manja

17/1/2011

12.20pm

Aku akan hargai mereka semua

Apa itu kebahagiaan?

Kebahagiaan yg di cari dlm setiap insan....siapa yg xnak rasa bahagia kan...Alhamdullilah aku semakin bahagia di samping family dan anak2 tersayang...tidak dapat di gambarkan betapa gembiranya hati aku skrg....insan2 yg buatkn aku gembira adalah mak dan ayah....mereka berdua adalah anugerah tidak ternilai buat aku....Insan yg aku selalu doakan setiap kali selepas solat ....

Ayah

bg aku seorang yang sgt tenang...selalu menyokong apa yg aku buat, dan jika aku salah ayah akan tegur secara lembut , ayah sgt soft spoken pd anak2..

Mak

bg aku mak seorang yg sgt tegas...tp hati mak baik....dgn sikap tegas mak ni aku tahu serba serbi tentang kerja umah dari mengemas, memasak...Bila di pikir2 balik semuanya adalah utk kebaikan aku sendiri ....

Selain itu aku ada  2 org adik lelaki  yg sll support aku iaitu Ijat dan shahrul.... 2 adik lelaki yg sgt aku sayang....mereka menjaga aku seolah2 aku ni adik perempuan ...padahal kakak sulung....hehehe

dan 2 lg anugerah Allah yg tidak ternilai ....my lovely son Adly n lovely daughter Yaya ,budak kecik berdua ni penghibur hati dan pengubat jiwa aku ....tanpa mereka aku tidak akan kuat seperti hari ini...

Ya Allah aku bersyukur padaMu ....selepas aku melalui episod sedih , Alhamdullilah hari ini aku semakin bahagia dan gembira kerana masih di kelilingi family , anak2 ,saudara mara , sahabat2 , kawan2 yg sentiasa menyokong aku......

Kebahagiaan dan kegembiraan ini tidak akan lahir jika aku tidak mengingatMu Ya Allah....Engkau panjangkan umur orang2 yg aku sygi ini serta berikan mereka kesihatan yang baik....Semoga diri ini tidak akan lupa padaMu ....

TERIMA KASIH ALLAH

Manja

14/1/2012

11.55am

Kau ku sayang

-->
Pagi ini mama bangunkan aku seperti biasa, malasnya nk bangun pg sekolah…tapi disbbkan Aron yg handsome tu penguat semangat aku hendak ke sekolah…aku gagahkan juga…dgn langkah yg malas ke bilik air….aku hanya tenung jer air kolah itu… tiba2 mama menjerit dari luar….”Mira…dah siap ke? Cpt babah dah tunggu tu nk hantar kamu tu "…..Mira  mcm tersedar dari mimpi….."alamak dh lmbt…hbslah mama membebel kjp lg.....
Sampai di meja makan aku hanya menjamah air nescafe tarik yg mama buat , cpt2 aku lari ke kereta .Nasib baik babah cool ….dlm perjlnan ke sekolah  babah sll menasihatkan aku…bahawa ilmu itu penting dlm hidup….srh aku belajar rajin2….ketepikan dulu soal cinta....
Smpi di sekolah …aku tercarik2 kelibat Mila ….sllnya die tggu aku … tiba2 minah tu menyergah aku dari belakang…apa lg kuarlah ayat2 melatah aku……"eh ko ni Mira..muka je comel tp melatah mcm org tua…” "dah kau sergah aku apahal? "Ala aku saja je nyakat kau pg2 nih ...Mila terus menarik tgnku masuk ke kelas……di  satu sudut bangunan Aaron hanya memandang gelagat 2 gadis itu  dari jauh ….salah satunya amat menarik perhatiannya sjk dia mula2 jejak di sekolah ini ….bgnya gadis itu sangat comel dimatanya…..
Aron masuk ke kelas sperti biasa…kelas berjln seperti biasa….tahun ini dia akan menghadapi peperiksaan SPM …Aron terpaksa menumpukan sepenuh perhatian utk mendapatkan keputusan yg boleh membanggakan keluarganya.
Waktu rehat Mira habiskan masa di dlm library … Dia ingin mengulangkaji pelajaran kerana tahun ini juga dia akan menghadapi peperiksaan SPM…..Aron masuk ke dlm library…tiba2 matanya tertumpu pada seorang gadis yg membuatkan hatinya kdg2 berdebar laju ….Inilah peluang dia utk menghampiri gadis itu….
“Assalamualaikum Cik adik ? Boleh sy duduk sebelah awak? ” Mira mengangkat kepalanya….nak tercabut jantung Mira  yg dtg menegurnya adalah jejaka yg begitu menarik perhatiannya selama ini .Mira control comel menjawab ….”Waaalaikumsalam….Haa ddk jelah..bkn kerusi saya pon…ni kan kerusi hak milik sekolah SMKSS …”Nama saya Aron….boleh sy tahu nama adik …..” Mira segera menjawab “eh sy bkn adik awak lah “Eh2 karek lak minah ini dgn aku…..ujar Aron dlm hati …."setahu saya lah kn soalan saya tanya nama awak  je kan…..yg awak jawab mengarut ni apehal?  Mira mula nk melenting ….Eh sukati sayalah nk jawab ke x, yg awak nk tengking sy ni apahal? "Eh maafkan saya"…ujar aron…sy x bermaksud nk tengking awak….” Mira menjeling Aron…Dia bangun dan trs meninggalkan Aron dlm keadaan terpinga2…..Dlm hati Mira sbnrnya berbunga2 gembira , lelaki yang diminati telah menegurnya, mahu tido malam termimpi2.
2 bulan berlalu ….dan hari ini masing2 telah tamat peperiksaan SPM ..Lega rasanya Mira…dan paling die sedih, selepas ini dia akan tinggalkan sekolah yg begitu byk memory manis dan pahit.Beratnya rasa hati….sejak kejadian di library itu…Aron hanya memandang Mira dari jauh…ssh bgnya hendak mendekati gadis itu….Dan Mira pun hanya melihat Aron dari jauh ….Seboleh2 dia xnak ada apa2 hubungan dgn mana2 lelaki  selagi dia blm mencapai apa yg dia nak dlm hidup ini …..Biarlah rasanya bercinta selepas kawin..itu lg nikmat…Mira tersenyum sendiri.
Alhamdullilah  Mira dan Aron dpt keputusan  SPM yang sgt membanggakan….Masing2  telah terpilih ke Universiti Teknologi Malaysia …..Masa pendaftaran Mira terkejut….Dia ternmpk kelibat Aron …Eh dia pon dpt U yg sama dgn aku ke? Alaa….napelah boleh sama la pulak..ujar Mira dlm hati …Mungkin ini adalah dikatakan  jodoh ….Mira tersenyum sendiri…Nasib baik kos tak sama …..Kalau x kena bertembung dgn Aron hari2 la alamatnya…..
Aron terkejut bila ternampak gadis idamannya ..Allah seakan2  tahu apa yg tersirat di hatinya …Sejak dari kes di library…Aron tidak berani menegur  Mira ……dan Mira pon  mcm sll nk jauhkan diri  dari Aron….
Assalamualaikum Mira …Tak sangka jumpa awak di sini ….Mira menoleh ke belakang…Dlm  hatinya berkata…”Ya Allah handsomenya Aron ini ….SubhanaAllah sempurnanya kejadian Allah …. “ errr Waalaikumsalam ..Tak sangka jumpa awak di sini Mira…..awak amik kos ape? Mira menjawab dgn cara berhemah …Saya amik kos accounting…..Awak lak amik kos apa? Aron tersenyum dan menjawab dgn sopan …Saya ambil kos Mekanikal  Engineering…okla Aron saya nk balik bilik" Mira cepat2 berlalu pergi..."nanti ada masa kita jumpa lg lah eh….ujar Aron…”tgklah” jwb mira ….Mira masih seperti  dulu…jual mahal....taknak ada komitmen dgn sesiapa.Aron merasa sedikit kecewa.
Dan pada tahun terakhir pengajian , Mama menelefonnya  memberitahu ada org dtg  masuk meminang…Mira hampir2 terduduk….Dia blm hbs belajar dan blm bekerja pun tiba2 telah dirisik oleh seseorang yg tidak dikenali…Mama ckp orangnya baik dan beragama dan mama ckp mesti aku suka….Luruhnya jantung aku ….
Majlis pertunangan berjalan seperti yg ditetapkan ….Hati Mira betul2 x dapat terima..dahlah dia x penah tgk bakal suaminya…entah 2 hidung kemek ke? Mata sepet ke? Mama dan babah ckp semuanya sempurna di mata mereka ……Di mata mereka  tp di mata aku nanti…Aku yg nak kawin..Sehidup semati dgn bakal suamiku.
Tiba2 aku dikejutkan oleh bakal adik iparku ….”Kak mira …ini ada surat dari abg sy ..amiklah baca”….Mira tersenyum …Zaman 2 skrg pon ada org pakai surat …ujar mira dlm hati…

Mira membaca  satu persatu ayat2  dlm surat itu..
Wahai bakal isteriku Mira..


Maafkan saya kerana saya tidak pernah nak ajak awak berjumpa dan tiba2 saya melamar awak sbg suri hidup saya…..Bg saya itu suma tidak penting sebelum berkahwin, lgpon kita bkn muhrim kan….tidak elok jika berjumpa berdua…saya x berharap awak terima saya..awak masih ada masa lg utk menolak saya selagi kita blm disatukan.Tp saya nak awak tahu….Saya akan membimbing awak ke jalan Allah dan saya berharap awak dpt menyempurnakan saya bila kita bersatu nanti…..Sy berharap awak lakukan solat Istiqarah mintak petunjuk Allah Semoga awak dan saya akan disatukan dengan izin Allah….InsyaAllah.

Insan yg terlalu mencintaimu

Tiba2 Mira rasa tersentuh apabila membaca surat itu …..dan Mira segera melakukan solat istiqarah mohon petunjuk Allah jika benar inilah jodohnya …dia akan terima..Hanya Allah yg benar2 tahu isi hatinya , Hanya Allah yg merancang segala2nya …

Dan bila tiba hari dia disatukan , Mira terasa berdebar2 utk pergi ke masjid….Dia terasa sungguh takut utk melihat wajah bakal suaminya itu…Sewaktu dia melangkah ke dalam masjid , Dia ternampak kelibat Aron di dlm masjid….Eh apa lg mamat ini buat kt sini ….mana aku pg ada je dia nih..takkan aku nk kahwin dia pun ada gak….Mira mengomel2 dlm hati ….
Dan alangkah terperanjatnya Mira , tiba2 lelaki yg duduk depan Tok Kadi adalah Aron…Lelaki idaman nya selama ini…Hampir mengalir airmata Mira dan dengan sekali lafaz , Mira sah menjadi milik Aron….Dan Mira menangis kegembiraan dan teresak2….Mama terperanjat dgn kelakuan mira..pikirnya Mira mesti rasa menyesal kerana berkahwin tanpa berkenalan terlebih dahulu ….Mira memeluk Mama….”Mama , Mira bersyukur sgt ditemukan jodoh dgn Aron ….Sjk sekolah menengah kami kenal cuma x penah rapat ….masing2 antara kami hanya memendam rasa cinta ..dan ari ini Mira gembira mama …Jodoh Mira adalah dgn orang yg Mira suka dan cintai ma…..Mira memeluk erat mamanya …terima kasih Mama..
Masa majlis membatalkan air sembahyang…Aron hanya mengenyit mata pada mira ….Mira mencubit bahu  Aron….”Eh sakitlah sayang”…Aron mengaduh…Awak nakal eh?buat saya mcm nih…muka Mira kemerah2an....Mira buat muka masam "Eh syg nanti kita cerita eh...Aron tersenyum gembira.
Selesai segala majlis , Aron dan Mira masuk ke bilik tidur …..Aron memegang tangan Mira ."Maafkan abg Sayang , Abg tak bermaksud nk lukakn hati syg…kan elok kita mcm ni…bercinta selepas kahwin…lg best kan"……Mira menangis …."Allah makbulkan doa  Mira bang …Inilah yg Mira berdoa hari2 selepas solat …Mira nk bercinta selepas kahwin" …..”Allah itu Maha Mendengar  sayang" …… dan dia telah makbulkan doa sayang kan”…..Abang betul2 cintakan Mira tau, cuma Mira je sll jual mahal …Mira tersenyum bahagia dan  memeluk erat suaminya…Mira pon cintakan abang……"Semoga perkahwinan kita akan kekal hingga ke akhir hayat  sayang" ….
p/S :Cerpen pendek yg di reka sendiri ...hope korang enjoy bila baca eh...maaflah kalau ada kekurangan....menulis hanya utk suka2 jer..huhuhuhu

Manja

13/1/2012
1.10am

Insan datang dan pergi

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.

Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.

Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.

Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.

Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.
Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.

Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.

Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.

Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.

Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.

Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?

Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain.  Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.

Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.

Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.

Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya.

Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.

Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.

Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.

Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

sumber dari blog i luv islam :)

Manja

12/1/2012

Pelengkap Hidupku

upku

Aku bagai laut
tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang
yang tak ditemani malam

Melihat dirimu
Ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari
Bila kau pergi jauh
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku

Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam

Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari
Bila kau pergi jauh
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku

Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu

Oh peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam

Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia
Bila kau pergi jauh
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku

Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu

Oh peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam
Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia

P/s: lagu yg sgt sweet

Manja

11/1/2012

Every year berazam nk kurus ...

Haa…tiap2 tahun azam aku adalah nak kurus, tanyalah mana2 pompuan pon  sapa taknak kurus kan….sama gak dgn aku nih….nk ramping cam zaman anak dara …beli baju  xyah cuba pon..amik je saiz S …..hehehe …..
So buat  kawan2 di luar sana ….ni ada tip aku amik kt blog I luv islam….
Jom cuba nak….

1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.

Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.


2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

 

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.


3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

 

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

 

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

 

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.


6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

 

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.


7. Makan malam dengan tenang.

 

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.


8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

 

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.


9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

 

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

 

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.


Selamat mencuba! ;)




Manja


8/1/2011