Jika rindu itu masih ada

Rindu itu kemanisan jiwa yang kdg kala merasakan pahitnya tinggal di dalam hati.Walau sekuat mana melahirkan rasa yang hadir, pasti akan menjelma dan datang tika keseorangan.

Pernahkah merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dlm mengorak mimpi seolah  merasakan diri amat hilang akan dunia.Merasakan ada himpitan kuat  di dalam dakap dada hingga membuatkan airmata berkaca.Seolah menyesali  sesebuah hubungan yang telah berakhir.

Merindui seseorang yang bukan milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa.Kita hanyalah insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.Yang itu penah melalui masa masa bersama.Kadang penah silap memberi rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan.

Rindu pada wajah yang dulu selalu bersama.Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.dan kadang itu memberi 1 semangat utk kita mencari 1 identiti yang baru .

Rindu itu 1 bentuk perasaan pada 1 kisah atau pada kenangan lalu bersama seseorang,dan kenangan itu selalu bermain di minda dan fikiran.Ingin selalu kembali ke dunia lalu namun apalah daya  takkan sama.

Kadang rindu pada seseorang membuat kita semakin sebak memikirkannya .Semakin rasa pedih dalam hati kerana hati kita masih sayang dan cinta padanya .Dan kadang juga mengalir air mata rindu terasa rindu yang amat panjang.Selalunya rindu berkait rapat dengan seseorang yang begitu bermakna .penah memberi 1 rasa yang asyik .

Penahkah kita merasakan pedih memikirkan 1 wajah  yang dahulunya penah membuat airmata mengalir dlm kesedihan dan masih adakah sisa kemaafan jika peluang masih ada ..

Dan rindulah pada seseorang yang benar2 menghargai kita .Janganlah kita merindui orang yang pernah menyakiti dan mengkhianati hati kita ...Bercinta memang mudah  tapi untuk dicintai juga memang mudah , tapi untuk dicnitai oleh orang kita cintai,itulah yang sukar diperolehi .

Selalu kita bertanya pada hati kita mengapa masih ada airmata ini mengalir walaupon kita melepaskan cinta itu dengan hati yang rela dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu dgn hati yang berat .Menjejaki seseorang dalam menjejak perginya wajah yang penah membuat kita bahagia .Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu namun mengapa masih ada airmata mengalir tanpa belas.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia boleh merosakkan jiwa Membuat kita tiada semangat akan diri dan sepatutnya kita kuat dan tabah dlm meniti perjalanan hidup .

Buat seseorang yang kamu masih menyintai dan menaruh harapan , kamu pasti selalu mengingat setiap kenangan yang kamu lalui bersama si dia dan saat itu mata kamu pasti akan berkaca.kerana kamu tahu  kenangan bersamanya tidak akan berulang kembali .

Jika ia ditakdirkan untuk kita , sudah tentulah kita perolehi .Apa yang kita faham akan takdir dan ketentuanNya .Siapalah kita untuk mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukan.

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.Cinta itu bukan milik kita .Cukup sudah meratap dan merindui  perginya rasa itu yang kita rasakan cinta .Sebenarnya itu bukan cinta sejati .Janganlah diharapkan satu mimpi indah menjadi nyata  jika kita masih lagi di dalam lena yang panjang .

* tiada kena mengena dengan sesiapa..hanyalah sekadar utk bacaan ..

Rujukan dari sentuhan maya .blogspot.

2 comments:

Unknown said...

Setiap patah dan makna perkataan,saya seolah amat memahaminya. Tentunya seperti sama yang berlaku dalam hati ini..hampir sama...
Untuk meredhai sesuatu memerlukan hati yang sangat kukuh, sabar yang paling dalam dan pengorbanan yang hampir membuatkan diri kita rebah tak berdaya. Untuk redha akan sesuatu rasa yang paling indah, redha akan seorang manusia yang terindah dalam jiwa, redha yang dia tiada dengan ku lagi.
Aku selalu juga ingin bertanya kepada sesiapa yang mungkin bisa membuat ku paham..mengapa aku masih menangis hingga hari ini, setiap tika ..wajahnya..cintanya..hangat kasihnya seolah datang menyapaku saban malam. Adakah dia juga merinduiku..?
Satu perpisahan antara 2 hati yang mengandung cinta yang sangat kuat, yang sangat utuh, yang sangat bahagia..2 hati yang terpaksa akur kepada halangan 'syurga'dunia..halangan ibubapa..tak mustahil..jika cinta itu tak pernah pudar sebenarnya..ingin ku tinggalkan segala tanggungjawab dan sengsara ku..untuk mencari si dia..dan berehat dalam dakapan eratnya..berehat dalam pelukan seseorang yang sangat kasihkan ku..
Namun..apakah daya manusia melawan kehendak Penciptanya? ..walau 'lautan api direnangi', 'rimba berbisa diharungi'..terkulai lemah..dan bangun lagi untuk mendapatkan cinta itu, tapi tetap..jodoh tiada dengan cinta ku dan dia..apakan daya..
Melalui suatu ujian..adalah tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Hanya Dia yang mengetahui yang terbaik untuk setiap hambanya. Rahsia yang Esa, siapa kita nak persoalkan? Sakit,pedih,bisa..cubalah kita lalui..pasti ada sebab..dan pasti sebab itu lebih baik.
Ya..aku cinta pada dia yang ku rindui itu. Sangat cemburunya aku jika melihat wanita lain di dalam dakapannya..apatah lagi menjadi bidadari dunia dan akhiratnya (itulah impianku). Tapi andai ku lihat dia ketawa, tersenyum dengan senyuman bahagia (senyum itu dulu milikku)..,hmm..pastilah pedihnyaaaaa!!! tapi......................apa salahnya?..melihat orang yang sangat kita rindui..bahagia? ... Waktu itu terasa seperti musuh..perit sungguh menunggu waktu..biarkanlah..keran WAKTU adalah penawar yang paling mujarab..biarkan waktu terus berlalu..berlalu hingga aku tak sedar..kepedihan rindu padanya..tidak lagi ku rasa..

'masih menunggu kepedihan rindu itu berlalu, tak ku sangka..ku sangat mencintai dia'

'SuFadz'..123..