“jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan ceritakanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita”
Tapi bagi sesetengah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang tidak sanggup menanggung rasa di hati dan jarang menyatakan nya kepada Sang Pencipta....begitu jua dgn aku, kdg2 lalai dengan cinta manusia..kdg2 leka dgn cinta manusia..hanya kerana cinta...dan kemudian aku tersedar bukanlah cinta manusia bukanlah kekal melainkan Cinta Allah..mcm2 dugaan dlm mengharungi dalam kehidupan....
Jika kita mencintai seseorang..cara yg terbaik adalah membuat solat istikharah..mungkin kita tidak akan dpt jawapan melalui mimpi tapi kdg2 kita akan dpt petunjuk dari segi gerak hati. Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk daripada Allah dan meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas sbb kerana Allah dan agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang.
nasihat ringkas untuk semua yg terlibat dgn hal-hal ini, mulakan dengan ISTIQARAH pada hari ini, bukan dengan menetapkan “nama si dia” tetapi memadailah dengan menyatakan kepadaNYA “jodoh terbaik untukku”..agar hasil istikharah kita yg berterusan itu, dan jawapannya adalah sesuatu yg terbaik bakal DIA takdirkan.
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu pasti akan indah pada akhirnya
Setiap jodoh kita mmg telah ditetapkan oleh Allah ..berdoa pada Allah supaya kita diberikan jodoh yg baik ...dan sebagai perempuan kita kena berdoa dan cuba membaiki diri menjadi lebih baik..bykkan berdoa , bgn mlm solat tahajjud dan jua solat hajat...Jika hati masih keliru untuk memilih , segera lakukan istikharah....semoga kita semua sentiasa dalam redha dan rahmat Allah....lakukan semua itu kerana Allah ...insyaAllah kita akan tenang dan akan bahagia ...JODOH tetap menjadi rahsia Allah .
Manja
18/06/2013