Jangan Di Tanya




Sepi rasa hati bila keseorangan..
Sayu rasa hati bila ditinggalkan..
Hiba bermain dijiwa bila ada perasaan yang menekan

Memang tidak pernah terluah dengan kata-kata..
Adanya dirimu didepan mata ini seolah pembakar semangat..
Biarpun adakalanya (selalunya) kita berbeza pendapat..
Namun adanya kamu disisi membuatkan diri ini rasa damai dihati..

Ingin sekali ku khabarkankan padamu..
Aku rindu..
Namun kubiarkan saja bicara itu terlontar bergema dijiwa..
Moga-moga kamu juga turut merasa..

Harapanku agar kamu sentiasa sihat dan berbahagia di sana


From blog biar coretan berbicara by Lia Irdelia .

Tuhan berikan aku cinta



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
di jiwa ini Hampa...
*
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta

Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...

saya dan awak



awak adalah awak...
seseorang yang begitu tegas ,
seseorang yg begitu sempurna di mata saya ,
Kurniaan Allah yang begitu sempurna di mata saya.

Saya dan awak ...
Kita pernah berkongsi cerita ,
Kita pernah gembira bila bersama,
Kita pernah ketawa bersama ,


Saya ,
Saya cuba beri yg terbaik utk awak ,
saya cuba utk bahagiakan awak ,
saya cuba utk memahami awak ,
saya cuba utk gembirakan awak...

Awak ,
awak seolah2 tak  menghargai kewujudan saya ,
seolah2 saya tak pernah muncul dlm hidup awak ..
seolah2 saya hanyalah seorang yg tidak penting bagi awak.

Saya dan awak ,

sekarang seolah2 msg2 jauh hati ,
tapi saya harap hati awak biarlah ada sedikit memory
bersama saya...
walaupun awak dah buang saya  dlm hidup awak.
tp saya akan selalu doakan awak
dan selalu berdoa yang awak berjaya dlm hidup,
dan temui kebahagiaan serta berubah jadi yang lebih baik..
Antara kita adalah kekhilafan saya sendiri..
mengenali awak adalah perkara terindah dlm hidup saya...


Terima kasih Allah temukan aku dgn dirinya


P/S : Hanya luahan rasa ..tiada kena mengena dgn sesiapa ^ -^


Manja

28/1/2012

Aku tak punya apa2

Aku tidak punya apa-apa..
Untuk dibandingkan dengan dia..
Tiada wajah indah bergemerlap cahaya.
Yang menghias rupa

Aku tidak punya apa-apa..
Tidak punyai harta benda..
Juga wang yang berjuta-juta..
Untuk membeli hati dan cinta..

Aku tidak punya apa-apa,
Tidak punya pangkat dalam kerjaya,
Tiada segala kemewahan dunia,
Yang bisa membuat setiap mata terpesona..

Aku tidak punya apa-apa,
Lahirku dalam sebuah keluarga biasa,
Yang hanya ada ketawa dan gembira bahagia,
Dan itulah harta berharga yang ku punya..

Aku tidak punya apa-apa,
Untuk menjadi taruhan dunia cinta,
Yang ku ada janji setia
Menjadi pengikat jaminan bicara

Aku hanya manusia biasa,
Jika ada kekurangan diri ini,
Mohon diperbaiki..

Jika tidak dapat kau menerimanya..
Maka, jauhilah aku..
Kerana aku hanya hamba-Nya..
Yang miliki kelemahan segala..

Yang ku ingini,
Cinta dengan restu Ilahi

coretan dari blog biar coretan berbicara.

Cintamu mekar di hati~



Bibirku kelu seribu bahasa..
Melihat kamu yang semakin jauh..
Meninggalkan aku sendirian di kamar sepi..

Bukan enggan ku di miliki..
Bukan menolak kamu mendekati..
Bukan diriku tidak sudi..

Aku hanya pipit yang tiada sasa..
Dan kamu merak yang gah di rimba..

Puas kamu cuba membolosi diri..
Menembusi hatiku ini..
Namun khilafku membeku sepi..

Tapi pabila mula aku menyedari,,
Bahawa telah berputik cinta di hati,,
Dan kamu mula melangkah pergi..
Melerai satu-persatu jemari ini..

Aku terdiam..
Aku termangu..
Namun ku sedar ia khilafku..

Terlambatku akui…

Cinta kamu telah mekar dihati..
Saat kau mula melangkah pergi



* copy from blog biar coretan berbicara