tak perlu diucapkan




Di raut wajahmu telahpun kutahu
Dari sinar mata ku telah menduga
Ada rasa yang membara
Ada cinta yang menyala
Tak perlu lagi kau nyatakan

Dari kemesraan yang telah kurasa
Dari tutur kata yang mesra menggoda
Tak dapat ku merahsiakan
Haruskah aku nyatakan
Cintamu telah berbalas

Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama, bersama

Kuhulurkan tangan kan ku pimpinimu
Kuluangkan hati isikan cintamu
Dari wajahmu yang ayu
Dari mata mu yang sayu
Tak perlu ucapan itu...


mencari keredhaan Allah


korang tahu tak ape aku rasa sekarang...rasa btl2 mcm down pon ada tp aku tetap cuba utk  kuat sbb aku ada Allah S.W.T....aku tidak mengeluh atas apa yg terjadi .....walaupon kdg2  aku nk pg tmpt yg boleh bg aku ketenangan terutamanya laut ...rasa nk lari dari problem ni...tp tak mungkin kan..aku tahu sbg manusia biasa kita tak boleh lari dari problem , adakah sbb kita nak lari dari prob ia  akan hilang ..tak kan la kan.....kehidupan tanpa masalah ialah kehidupan tanpa asam garam kan....biaselah hidup ada pahit manis dan kita sbg org islam patut bersyukur bila kita diuji dalam ujian yang diberikan oleh Allah ....bukan senang kita dipilih kan....

terus terang aku cakap....bukan senang kita nak hadapi semua dugaan ujian ini ...hanya yg mengalami saja yg tahu ....dugaan sebagai ibu tunggal sangat2 mencabar ..kalau kita tak pandai jaga diri ....mmg orang akan mengata ...tapi aku tanamkan niat dalam hati yang aku hanya takut dengan Allah ..Selagi aku tahu apa aku buat dan org lain akan tahu menuding jari je ...bukan senang nk menjaga hati semua org ....tp dalam hidup ini yg kita nak mencari redha Allah bukan redha manusia ....Memaafkan orang yg sakitkan hati kita adalah lebih baik.....tanpa dendam dan sakit hati ..kita akan rasa tenang ..ketenangan itu akan datang dari dalam diri .bila hati kita baik , jiwa kita tenang ..org2 sekeliling pon akan rasa seronok dgn kita ..dan lagi 1 bukan senang nak disenangi oleh kawan2 kita ....

Dan yg penting niat kita kena ikhlas dan niat semuanya kerana Allah .Allah sentiasa menolong pada hamba -hambaNya yang sentiasa igt padaNya .....bg aku Allah adalah segala2nya dan trs terang aku ckp aku tak malu aku mengadu damba pada Allah  ....dan dalam mencari keredhaan Allah ni bukan senang ....igtlah ujian dan dugaan dan segala2nya yg telah tertulis dan ditakdirkan utk kita , lapangkan hati dan berkata  , aku bersyukur kerana diberi ujian dari Allah ...sedangkan nabi pon berterusan diberi ujian oleh Allah..inikan kita cuma seorang insan biasa....terus berdoa dan meminta keampuan daripada Allah ....jangan pernah putus berdoa.



Manja

15/08/2013