Tanpa kita sedari,
Entah bila dan bagaimana,
Perasaan hati bertaut jemari ,
Kau dan aku,
Semakin terbuai oleh rasa yang bermain-main dijiwa,
Berdua kita terbang menelusuri awan di angkasa,
Hingga sampai saatnya,
Bimbang pula andai jatuh dan terhempas ,
Menjadi serpihan yang tak mungkin dapat dicantum kembali.
Ternyata bahagia itu tidak selamanya milik kita,
Bersalahkah aku andai diam seribu bahasa,
Tanpa jawapan yang engkau mahu..
Kerana lidahku kelu dan hujan hati mula membasahi tanahnya..
Bila aku mengetahui kebenarannya.
Aku memeluk hati yang bukan milikku..
Sungguh rasa sebal hati ini saat mengetahui..
Diri ini menjadi punca lerainya satu ikatan,
Tak mungkin dapat lagi kuteruskan..
Andai bahagiaku atas keruntuhan hati insan lain..
Maaf andai aku menyendiri dan membeku,
Biarlah aku berhenti di sini,
Cerita kau dan aku biarkan menjadi mimpi,
Usah lagi berpaling padaku,
Kerana kasihmu telah sedia menunggu,
Menanti di singgahsana rindu..
Dengan rela hati,
Ku lepaskan pergi..
Kerna kisah tentang hati ini bukan lagi milikku.
Menyerah bukan beerti tidak salang pada yang lebih copy n paste j