Kamu semakin jauh

Kerana adanya jarak,
Kita terpisah,
Kerana adanya perbezaan status diri,
Kita semakin menjauh.
 
Kerana tentangan dari orang sekeliling ,
Kita semakin jauh dan jauh,
Melalui kehidupan dengan cara terpaksa,
dengan  cara cuba utk melupakan,
Sedikit-demi sedikit,
 
 
Perlahan-lahan,
Apa yang ada antara kita,
Semakin pudar,
dan kamu hilang dan terus diam,
meninggalkan aku sendiri.

Kita,
Mungkin itu dahulu,
Bahagianya hanya kita yang tahu
semua adalah tentang kita
dan kini tiada lagi istilah kita,
Yang ada hanya kau dan aku.

Jauh bukan alasan,
tapi banyak sebab kita terpisah,
Jarak dan masa itu bukan penghalang untuk kita saling berhubungan...
Sesungguhnya..
Menyintai dan menyayangi itu tidak semestinya kita dpt miliki
 Perancangan Allah itu lg hebat sebenarnya...
Pasti semua ada hikmah.
redha ats segala ketentuan Allah
 
 
Manja
 
11/10/2012