Ex kekasih kepada Sahabat ?

okay nk tny lah kat korang , boleh ke daripada kekasih bertukar menjadi sahabat ? bg aku leh kot eh ada kot2 lak..hehehe...sbb daripada status kekasih ke sahabat , sekurang2 nya ex kekasih kita tu tahu perangai kita , maybe  kita boleh berkongsi suka duka walaupon dah berpisah , tp tgk  jugak lah , if dia dah ada pengganti kita , so better kita kurangkan menghubunginya...Tak salah kita menerimanya sebagai kawan sbb dia adalah insan yg pernah buat kita gembira dan penah membahagiakan kita sebelum ni kan....

Bg aku lak , mmg ssh pada mulanya kita hendak menerima ex kita sbg kawan, lg2 mcm2 perkara dia buat yg sakitkan hati kita , tp sebagai manusia biasa jika dia masih menghubungi utk bertny kabar apa salahnya kan,  Semua orang melakukan kesilapan di dunia ni ..Siapalah kita hendak menghukum dia ?Allah saja yg layak menghukum manusia bukan kita ..

Ini pendapat aku lah , aku cuba berbaik dgn semua orang walaupon seseorang itu melukakan hati aku...Kata orang biarlah orang baling kita dgn taik tp kita balaslah dgn bunga ..eh korang faham x pepatah nih hehehehe..maksudnya biarlah orang buat kita , tp janganlah kita balas balik perbuatan mereka..Memaafkan adalah 1 sifat yg baik kan....Sedangkan Allah pon ampunkan dosa2 umatnya, apatah lagi kita ...Jgn tanamkan dalam hati sifat dendam dan sifat benci...itu tak elok utk hati kita .Bersihkan dan lapangkan hati ...Semoga kita dgn memaafkan orang lain hati kita akan berasa bahagia kann...

Okaylah tuk hari ni .....


Manja

17/10/2012




Tanda-tanda hubungan semakin renggang


Di awal percintaan terasa begitu indah ketika bersama, tetapi bila sudah lama kadang-kadang segalanya jadi serba tidak kena, cepat bosan, sukar bertolak ansur, perkara remeh temeh punca pertengkaran sehinggakan hubungan semakin hari semakin renggang. Inilah lumrahnya hidup bercinta, ibarat air laut, ada pasang surutnya, begitulah jua cinta, ada masa bahagia ada masa kurang menyenangkan.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan cinta yang memang memerlukan komitmen, pengertian, pergorbanan, faham memahami yang bukannya mudah. Pasti bingung dan buntu memikirkan penyebab berlaku hubungan yang renggang. Apakah kerana masa bercinta yang lama?Atau apakah kerana memang hubungan tiada keseronokan lagi? Kenapa cinta yang dulunya diserikan dengan kemesraan kini pudar. Jom kita lihat tanda-tanda hubungan cinta yang semakin hambar.

Semakin Kurang Menghubungi


Perasaan terhadap kekasih atau pasangan memang sentiasa membara malah setiap saat, setiap masa anda ingin berdekatan dengan dirinya. Malah dengan setiap nafas, pasti nama dan dirinya berasa bersama anda. Namun apabila hubungan semakin renggang, anda kan semakin kurang menghubunginya. Sila semak adakah hubungan anda sudah mula begini.

Tidak Berbual Tentang Masa Depan


Sepasang kekasih akan sentiasa merancang masa hadapannya. Mereka akan merancang apa yang mahu dilakukan bila hidup berdua, berapa orang anak yang mereka inginkan, membeli rumah dan sebagainya. Percakapan yang selalu dibualkan selalu menjurus ke aspek ini. Kalau anda berdua tidak lagi bercakap tentang hal ini, berhati-hatilah kerana hubungan anda semakin bermasalah.

Tiada Usaha Menyelamatkan Perhubungan


Masih ingat bagaimana detik-detik indah anda menemuinya. Segala-galanya nampak manis dan menjadi memori yang akan anda kenang. Berduaan ke tepi pantai, membeli-belah di tempat kegemaran, menghadiahkan sesuatu buatnya di hari istimewa namun apabila perhubungan anda menghadapi masalah, dia langsung tidak berusaha untuk menyelamatkan sesebuah perhubungan.

Gunakan Keburukan Untuk Mengeruhkan Keadaan

 
Bercakap perkara yang negatif antara senjata yang anda boleh gunakan. Kalau anda tahu keburukannya, ajukan saja padanya soal ini di mana dia pasti tidak boleh mengelakkan lagi. Selalunya menyakiti hatinya, nescaya rasa sayang yang dia pernah pupuk pada anda akan padam sehingga apa yag tinggal hanyalah rasa benci yang amat mendalam.

Bercakap Perkara Yang Boleh Mendatangan Kemarahan


Kalau sudah timbul rasa benci di hati anda, selalulah bercakap hal-hal yang akan mendatangkan kemarahan atau menimbulkan rasa benci di dalam hatinya. Apa saja lawak yang dia utarakan, anggap saja sebagai satu hal yang amat membosankan yang pernah anda dengar. Ketawa manja yang selalu anda gelakkan, sudah padam di dalam hati, nescaya tahap perhubungan yang dijalin sudah sampai ke kemuncaknya. Ia hanya tunggu masa untuk anda memutuskan perhubungan jika sudah banyak tanda-tanda dalam perhubungan yang hambar.

Pergaduhan Di Tempat Awam


Bergaduh di tempat awam memang memalukan bagi sesiapa yang melakukannya di hadapan orang ramai. Pernahkah anda melihat sesuatu pergaduhan di tempat awam dan apa reaksi kedua-dua belah pihak yang bergaduh? Walaupun bergaduh di tempat awam sesuatu yang tidak baik tetapi andai ia terjadi, sudah pasti hubungan anda dan si dia akan terus terputus kerana dia sudah tidak sanggup melihat perangai anda yang memalukannya di khalayak ramai.

Belajar Berdikari


Sebagai satu usaha yang anda akan tinggal keseorangan, mulakanlah diri berdikari. Jika sebelum ini anda sering mengharapkan bantuan si dia atau anda sering melakukannya bersama-sama, belajar-belajarlah buat semuanya kerana selepas anda memutuskan hubungan, semuanya anda perlu buat sendirian. Dalam pada itu, mulalah sedikit sebanyak membayangkan siapa pula yang akan bertakhta di hati selepas ini. Ini penting kerana anda mungkin sudah biasa hidup berdua, agar tidak terasa sunyi hidup keseorangan.

Simpan Rahsia


Kunci kejayaan dalam sesebuah perhubungan ialah kepercayaan. Ini bermakna tiada rahsia di antara anda dan pasangan, tiada penipuan, tiada rahsia dan tiada kejutan yang boleh membuatkan sebuah perhubungan berantakan. Namun jika perhubungan sudah bermasalah, apa lagi yang harus anda pertahankan? Benci memang mengundang rasa marah dan kita ingin membuka semua rahsianya. Kalau sudah marah dan ingin putus, anda patut menyimpan semua rahsia agar maruah masing-masing terus dipertahankan.

Cuba semak tanda-tanda hubungan anda semakin bermasalah atau tidak. Jika benar, carilah jalan penyelesaian yang baik dan kalau tidak putuskan saja demi kebaikan anda. Setiap masalah pasti ada cara atau jalan penyelesaiannya agar hubungan cinta pulih kembali. Langkah yang paling baik adalah,anda dan pasangan boleh berehat seketika iaitu berpisah secara sementara waktu.


copy n paste jer :)
selamat membaca

tak semestinya kita berpisah




Tak mudah bagiku untuk lupakan semua
Cerita indh diantara kita
Andai saja kau bisa rasakan yang ku rasa
Bahwa hatiku terluka karenamu

*) Sanggupkah ku erat kan langkahku
Jalani hari tanpa kau disampingku
Sungguh berat beban yang ku tempuh
Mampukah aku ...

Reff : Mungkin inlah jalan yang terbaik untuk kita berdua
Ku doakan s'moga kau bahagia
Biarlah ku simpan saja kisah cinta yang pernah ada
Ku relakan apa adanya ...