khas buat awak


Awak ,

Ketika Tuhan mempertemukan  kita , cintailah saya kerana DIA 
dan janganlah terlalu bahagia
 sebab dalam pertemuan selalu ada perpisahan ,
berbahagialah sekadarnya sahaja ,
berbahagialah dengan sederhana,
kerana dgn keserderhanaan awak,
saya masih lagi menempatkan, 
Allah Di hati saya

Awak

Sewaktu kita menyelami cinta , biarlah dgn ikhlas di dada
kerana bukanlah sempurna yg saya cari
Jangan terlalu mencari kesempurnaan yg itu bkn milik saya 
namun selagi saya mampu saya akan cuba memberi yg terbaik buat awak
maaf jika banyak perkara yg tidak dpt sy penuhi
bukan kerana saya tidak mahu 
tp kerana saya tak mahu terlalu menangis nanti

Awak 

hanya doa yg mampu saya kirimkan utk menjaga awak
meskipun dalam jarak  tp hanya setia yang mampu saya buat
meskipun saya tahu awak tak nampak
penuhilah diri awak dgn rasa percaya dan sabar 
dalam mengharungi perhubungan ini
agar kita tidak mengingkari cinta yg dgn rasa susah payah kita perjuangkan
jalani kehendak Tuhan dengan sebaiknya 
Kita harus menghargai waktu yang DIA pinjamkan sejenak
kelak kita akan merindukan masa2 itu
masa yang dianugerahkan hanya sekali 

Awak

saya telah belajar cara menghargai awak kerana sungguh saya tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tidak sempat membahagiakan awak

Awak

Jika 1 hari nanti awak akan kehilangan saya
ketahuilah yg saya telah berdoa agar awak di beri kekuatan 
Agar Tuhan menjadikan awak kuat
Yang dtg pasti akan pergi kan awak
Itu adalah kepercayaan yang harus ikhlas utk kita terima
Jgn salahkan takdir jika ia membuat awak bersedih
kerana Tuhan Maha Adil

Jadikan apa yang terjadi dalam hidup awak sebagai kenangan terindah
Tunjukkan rasa bahagia awak walaupun tanpa saya
Wajah kekuatan awak
Sebagaimana kali pertama kita bertemu
Ikhlas pemergiaan saya dan ketika saya melepaskan awak
saat itulah saya sgt mencintai awak



p/s : Dipetik dari sebuah blog ...ayatnya membuatkan aku betul2 jatuh cinta


manja

20/02/2013