Bukan mudah untuk ku sisihkan
Kehadiran cinta tak diundang
semakinku cuba menepiskan
semakin bertandang
dalam diam tunasnya berputik
dalam hati semakin berdetik
rasa cinta semakin melimpah
di kolam hatiku
Bagaikan mabuk asmara
di lambung ombak rindu ini
sehingga ku hampir lemas
dimuara seumpama
Langit dan bumi perbezaan kita
kerana takdirnya cinta yang berseri
dalam keresahan yang tiada bertepi
ku nikmati cinta sesudah sengsara
kini kusedari kusedang diuji
untuk merasai kasih yang bererti
kini kusedari kusedang diuji
untuk merasai kasih yang bererti
hilang dendam timbul sayang
berpanjangan untuk kita
berlayari bahtera itu