Rindu itu kadangkala menyakitkan ,
Rindu itu kadangkala mengasyikkan,
Rindu jua akan membuat hati kita jadi sayu,
Rindu itu akan membuat kita rasa betapa ,
berertinya seseorang itu pada diri kita.
Tidak mudah mengucapkan kata rindu jika
tiada lagi ikatan cinta,
merindui insan yg penah bertakhta di hati,
kadangkala hati bertanya,
Jika kita merindui dia ,
adakah dia jua akan rasai
kadang2 rasa benci bila rindu bertandang ,
kerana bila rindu datang tanpa sedar
kita kan menangis,
Oh rindu ,
Perlahan - pelahanlah kau pergi
dan tinggalkan kenangan
bersamanya di sudut hati.
Manja
13/10/2012