Aku bukanla manusia sempurna

Sesungguhnya ujian hidup itu datang dengan pelajaran....dan ia dituntut dengan perubahan....apa yang berlaku pada diri aku.....sumanya ujian dari Allah....Alhamdullilah aku semakin rasa tenang....semakin tabah...sesungguhnya aku bukanla manusia yang sempurna....InsyaAllah aku akan berubah ke arah kebaikan..lebih baik dan cemerlang dari sebelum ini....Selama 29 tahun aku hidup..dari kecil dan sekarang mcm2 yang telah aku lalui.....hidup ini bagaikan 1 siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir...ada ketikanya gelombang itu kecil saje dan ada kalanya gelombang itu sangat besar..bila terjadi gelombang yang besar , masa itu kita rasa serba x kena...serabut suma ada...tp bila kita ingat ini suma ujian dtg dari Allah , kita akan rasa cukup tabah......masing2 ada kehidupannya pasang surut dalam hidup , ada masa kita senang, ada masa kita susah, sbb tu kita tak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu akan berlaku kesusahan, kita juga tidak boleh terlalu sedih bila kita menghadapi kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt akan datangkan perkara2 yang mengembirakan..suma ini ada hikmahnya.

Kesedaran ini yang memberi aku ketenangan sekarang.Apabila aku menghadapi kesusahan , aku tanamkan dalam hati , ya selepas ini aku akan memperoleh kesenangan, InsyaAllah aku tidak akan leka dengan suma kesenangan itu.Aku akan sentiasa bersiap sedia , tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini......

Aku cuba faham hakikat ini.inilah die hakikat hidup  aku.Hidup kita tidaklah selalu indah , 
Semoga apa saja yang akan berlaku selepas ini akan membuat aku lebih tenang.....Hanya Allah saja yang tahu apa yang dalam hati sekarang.......Semoga kita suma dapat iktibar dari ape yang berlaku...Sesungguhnya aku bukanla manusia yang sempurna.

manja

15/5/2011
11.16am