Kau merubah segalanya





Kau yang merubah segalanya
Kau sebenar yang mencuri hati
Aku yang masih meratapi kehancuran
Cinta lalu yang tak kesampaian

Apakah aku yang terburu-buru
Cuba melupakan peristiwa lalu
Atau mungkinkah ku terpesona pada
Kejujuran yang engkau berikan

Tercipta suatu ikatan
Yang kita bina
Oh tuhan kau restukanlah
Cinta indah bagai pelangi
Kekal abadi

Masih jauh sayang
Perjalanan kita

Pasti ada yang beronak duri
Namun tiada yang merubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati

Cinta terlalu indah




Cinta kadangkala membahagiakan
Cinta kadangkala melukakan
Cinta adalah cinta
Biarlah dalam kesederhanaan,
Yang menyatukan 2 hati
yang terletak pada ketulusan dan jua keiklasan

Aku mengenali cinta dari hati ,
yang tidak boleh diungkapkan dgn kata2
tidak dpt diluahkan
kerana aku tahu cinta itu tidak semudah
diucapkan dgn kata2

Pada hati ,
kenapa aku jatuh cinta
sedangkan aku tahu
hatinya telah dimiliki 

pada cinta  
kenapa kau terlalu indah
biarpun kadangkala menghadirkan luka
kadang hadir derita 
tapi masih mampu mengukir indah 

baru aku sedar 
cinta itu memang indah
cinta itu 1 anugerah
Biarpun mengundang berjuta rasa
kdg2 jua mengalir airmata

yang pasti masih ada indah di dalamnya
dan cinta ku padanya 
biarpun sukar biarpun masih rahsia 
takkan pernah menjadi salah
kerana aku menyintainya

dan aku seorang wanita yang sememangnya
layak menemui cinta yang membahagiakan
cinta setanding cinta adam dan hawa...



Manja

17/04/2013