Dunia ini sementara Akhirat jua kekal abadi

Kdg2 terpikir mengapa ramai di antara kita kadangkala saya sendiri , sukar mengambil iktibar ke atas apa2 kejadian yg berlaku terhadap diri kita .Apabila berlaku perkara tidak baik atau perkara buruk , cepat saja kita menyalahkan takdir , tetapi perkara itu baik , tidak pula mengucapkan Alhamdullilah kerana kebajikan yg diberikan itu.

Sedangkan perjalanan hidup kita ini adalah aturan Tuhan.Apa yang berlaku bersebab dan ada sebabnya, tidak ada perkara berlaku secara sia2 sekiranya kita perhatikan dgn teliti.Apa yang berlaku adalah pengajaran utk kita utk menjadi lebih baik.Walaupun perkara itu kita tidak sukai dan kalau blh nk elakkan.

Tp kalau kita menganggap ia sebagai musibah , maka ia jadilah musibah , tp bila kita menganggap sebagai tanda yg Allah hendak menguji kita sebagai umatNya , mgkn die hendak menguji bila kita telah leka sedikit daripadaNya.

Bila ada perkara baik selalulah kita bersyukur  dan sentiasa mengucapkan Alhamdullilah , bila ada perkara yg tidak baik jgn cepat melatah dan menyalahkan takdir .Ketika diberikan ujian yg membuat kita sedih , marah dan tertekan cpt2 kita istighfar dan igtkn diri bahawa Allah inginkn aku menjadi orang yg lebih sabar dan menjadi seseorang yg tenang dlm menghadapi sebarang kemungkinan.

Dan bila diberi ujian kesenangan dan keseronokan, lglah kita kena byk igt Allah ....mengucapkan Alhamdullilah dan meminta Allah membimbing kita agar tidak sombong dan tidak lupa serta sentiasa muhasabah diri serta bersyukur atas nikmatNya.

Itulah cara Allah mendidik kita dlm menjalani kehidupan di dunia menuju ke perjalanan akhirat.Semoga  selepas ini kita memandang kehidupan ini adalah sangat indah utk dipelajari , kdg2 saya sendiri sedih bila ada perkara yg membuat hati ini dilukai .cpt2 sedar akan kekhilafan diri .Hari ini semua peristiwa yg berlaku menjadi saya lebih kuat dalam mengharungi perkara yg lebih besar pd masa akan dtg.Dengan setiap peristiwa samaada yg baik ataupon buruk , itulah pengalaman yg amat berharga dan saya lebih bersemangat serta kuat seperti hari ini...


* bersyukurlah dgn nikmat yg diberi dan ucapkan Alhamdullilah

Hanya luahan rasa.

Manja