Kau ku sayang

-->
Pagi ini mama bangunkan aku seperti biasa, malasnya nk bangun pg sekolah…tapi disbbkan Aron yg handsome tu penguat semangat aku hendak ke sekolah…aku gagahkan juga…dgn langkah yg malas ke bilik air….aku hanya tenung jer air kolah itu… tiba2 mama menjerit dari luar….”Mira…dah siap ke? Cpt babah dah tunggu tu nk hantar kamu tu "…..Mira  mcm tersedar dari mimpi….."alamak dh lmbt…hbslah mama membebel kjp lg.....
Sampai di meja makan aku hanya menjamah air nescafe tarik yg mama buat , cpt2 aku lari ke kereta .Nasib baik babah cool ….dlm perjlnan ke sekolah  babah sll menasihatkan aku…bahawa ilmu itu penting dlm hidup….srh aku belajar rajin2….ketepikan dulu soal cinta....
Smpi di sekolah …aku tercarik2 kelibat Mila ….sllnya die tggu aku … tiba2 minah tu menyergah aku dari belakang…apa lg kuarlah ayat2 melatah aku……"eh ko ni Mira..muka je comel tp melatah mcm org tua…” "dah kau sergah aku apahal? "Ala aku saja je nyakat kau pg2 nih ...Mila terus menarik tgnku masuk ke kelas……di  satu sudut bangunan Aaron hanya memandang gelagat 2 gadis itu  dari jauh ….salah satunya amat menarik perhatiannya sjk dia mula2 jejak di sekolah ini ….bgnya gadis itu sangat comel dimatanya…..
Aron masuk ke kelas sperti biasa…kelas berjln seperti biasa….tahun ini dia akan menghadapi peperiksaan SPM …Aron terpaksa menumpukan sepenuh perhatian utk mendapatkan keputusan yg boleh membanggakan keluarganya.
Waktu rehat Mira habiskan masa di dlm library … Dia ingin mengulangkaji pelajaran kerana tahun ini juga dia akan menghadapi peperiksaan SPM…..Aron masuk ke dlm library…tiba2 matanya tertumpu pada seorang gadis yg membuatkan hatinya kdg2 berdebar laju ….Inilah peluang dia utk menghampiri gadis itu….
“Assalamualaikum Cik adik ? Boleh sy duduk sebelah awak? ” Mira mengangkat kepalanya….nak tercabut jantung Mira  yg dtg menegurnya adalah jejaka yg begitu menarik perhatiannya selama ini .Mira control comel menjawab ….”Waaalaikumsalam….Haa ddk jelah..bkn kerusi saya pon…ni kan kerusi hak milik sekolah SMKSS …”Nama saya Aron….boleh sy tahu nama adik …..” Mira segera menjawab “eh sy bkn adik awak lah “Eh2 karek lak minah ini dgn aku…..ujar Aron dlm hati …."setahu saya lah kn soalan saya tanya nama awak  je kan…..yg awak jawab mengarut ni apehal?  Mira mula nk melenting ….Eh sukati sayalah nk jawab ke x, yg awak nk tengking sy ni apahal? "Eh maafkan saya"…ujar aron…sy x bermaksud nk tengking awak….” Mira menjeling Aron…Dia bangun dan trs meninggalkan Aron dlm keadaan terpinga2…..Dlm hati Mira sbnrnya berbunga2 gembira , lelaki yang diminati telah menegurnya, mahu tido malam termimpi2.
2 bulan berlalu ….dan hari ini masing2 telah tamat peperiksaan SPM ..Lega rasanya Mira…dan paling die sedih, selepas ini dia akan tinggalkan sekolah yg begitu byk memory manis dan pahit.Beratnya rasa hati….sejak kejadian di library itu…Aron hanya memandang Mira dari jauh…ssh bgnya hendak mendekati gadis itu….Dan Mira pun hanya melihat Aron dari jauh ….Seboleh2 dia xnak ada apa2 hubungan dgn mana2 lelaki  selagi dia blm mencapai apa yg dia nak dlm hidup ini …..Biarlah rasanya bercinta selepas kawin..itu lg nikmat…Mira tersenyum sendiri.
Alhamdullilah  Mira dan Aron dpt keputusan  SPM yang sgt membanggakan….Masing2  telah terpilih ke Universiti Teknologi Malaysia …..Masa pendaftaran Mira terkejut….Dia ternmpk kelibat Aron …Eh dia pon dpt U yg sama dgn aku ke? Alaa….napelah boleh sama la pulak..ujar Mira dlm hati …Mungkin ini adalah dikatakan  jodoh ….Mira tersenyum sendiri…Nasib baik kos tak sama …..Kalau x kena bertembung dgn Aron hari2 la alamatnya…..
Aron terkejut bila ternampak gadis idamannya ..Allah seakan2  tahu apa yg tersirat di hatinya …Sejak dari kes di library…Aron tidak berani menegur  Mira ……dan Mira pon  mcm sll nk jauhkan diri  dari Aron….
Assalamualaikum Mira …Tak sangka jumpa awak di sini ….Mira menoleh ke belakang…Dlm  hatinya berkata…”Ya Allah handsomenya Aron ini ….SubhanaAllah sempurnanya kejadian Allah …. “ errr Waalaikumsalam ..Tak sangka jumpa awak di sini Mira…..awak amik kos ape? Mira menjawab dgn cara berhemah …Saya amik kos accounting…..Awak lak amik kos apa? Aron tersenyum dan menjawab dgn sopan …Saya ambil kos Mekanikal  Engineering…okla Aron saya nk balik bilik" Mira cepat2 berlalu pergi..."nanti ada masa kita jumpa lg lah eh….ujar Aron…”tgklah” jwb mira ….Mira masih seperti  dulu…jual mahal....taknak ada komitmen dgn sesiapa.Aron merasa sedikit kecewa.
Dan pada tahun terakhir pengajian , Mama menelefonnya  memberitahu ada org dtg  masuk meminang…Mira hampir2 terduduk….Dia blm hbs belajar dan blm bekerja pun tiba2 telah dirisik oleh seseorang yg tidak dikenali…Mama ckp orangnya baik dan beragama dan mama ckp mesti aku suka….Luruhnya jantung aku ….
Majlis pertunangan berjalan seperti yg ditetapkan ….Hati Mira betul2 x dapat terima..dahlah dia x penah tgk bakal suaminya…entah 2 hidung kemek ke? Mata sepet ke? Mama dan babah ckp semuanya sempurna di mata mereka ……Di mata mereka  tp di mata aku nanti…Aku yg nak kawin..Sehidup semati dgn bakal suamiku.
Tiba2 aku dikejutkan oleh bakal adik iparku ….”Kak mira …ini ada surat dari abg sy ..amiklah baca”….Mira tersenyum …Zaman 2 skrg pon ada org pakai surat …ujar mira dlm hati…

Mira membaca  satu persatu ayat2  dlm surat itu..
Wahai bakal isteriku Mira..


Maafkan saya kerana saya tidak pernah nak ajak awak berjumpa dan tiba2 saya melamar awak sbg suri hidup saya…..Bg saya itu suma tidak penting sebelum berkahwin, lgpon kita bkn muhrim kan….tidak elok jika berjumpa berdua…saya x berharap awak terima saya..awak masih ada masa lg utk menolak saya selagi kita blm disatukan.Tp saya nak awak tahu….Saya akan membimbing awak ke jalan Allah dan saya berharap awak dpt menyempurnakan saya bila kita bersatu nanti…..Sy berharap awak lakukan solat Istiqarah mintak petunjuk Allah Semoga awak dan saya akan disatukan dengan izin Allah….InsyaAllah.

Insan yg terlalu mencintaimu

Tiba2 Mira rasa tersentuh apabila membaca surat itu …..dan Mira segera melakukan solat istiqarah mohon petunjuk Allah jika benar inilah jodohnya …dia akan terima..Hanya Allah yg benar2 tahu isi hatinya , Hanya Allah yg merancang segala2nya …

Dan bila tiba hari dia disatukan , Mira terasa berdebar2 utk pergi ke masjid….Dia terasa sungguh takut utk melihat wajah bakal suaminya itu…Sewaktu dia melangkah ke dalam masjid , Dia ternampak kelibat Aron di dlm masjid….Eh apa lg mamat ini buat kt sini ….mana aku pg ada je dia nih..takkan aku nk kahwin dia pun ada gak….Mira mengomel2 dlm hati ….
Dan alangkah terperanjatnya Mira , tiba2 lelaki yg duduk depan Tok Kadi adalah Aron…Lelaki idaman nya selama ini…Hampir mengalir airmata Mira dan dengan sekali lafaz , Mira sah menjadi milik Aron….Dan Mira menangis kegembiraan dan teresak2….Mama terperanjat dgn kelakuan mira..pikirnya Mira mesti rasa menyesal kerana berkahwin tanpa berkenalan terlebih dahulu ….Mira memeluk Mama….”Mama , Mira bersyukur sgt ditemukan jodoh dgn Aron ….Sjk sekolah menengah kami kenal cuma x penah rapat ….masing2 antara kami hanya memendam rasa cinta ..dan ari ini Mira gembira mama …Jodoh Mira adalah dgn orang yg Mira suka dan cintai ma…..Mira memeluk erat mamanya …terima kasih Mama..
Masa majlis membatalkan air sembahyang…Aron hanya mengenyit mata pada mira ….Mira mencubit bahu  Aron….”Eh sakitlah sayang”…Aron mengaduh…Awak nakal eh?buat saya mcm nih…muka Mira kemerah2an....Mira buat muka masam "Eh syg nanti kita cerita eh...Aron tersenyum gembira.
Selesai segala majlis , Aron dan Mira masuk ke bilik tidur …..Aron memegang tangan Mira ."Maafkan abg Sayang , Abg tak bermaksud nk lukakn hati syg…kan elok kita mcm ni…bercinta selepas kahwin…lg best kan"……Mira menangis …."Allah makbulkan doa  Mira bang …Inilah yg Mira berdoa hari2 selepas solat …Mira nk bercinta selepas kahwin" …..”Allah itu Maha Mendengar  sayang" …… dan dia telah makbulkan doa sayang kan”…..Abang betul2 cintakan Mira tau, cuma Mira je sll jual mahal …Mira tersenyum bahagia dan  memeluk erat suaminya…Mira pon cintakan abang……"Semoga perkahwinan kita akan kekal hingga ke akhir hayat  sayang" ….
p/S :Cerpen pendek yg di reka sendiri ...hope korang enjoy bila baca eh...maaflah kalau ada kekurangan....menulis hanya utk suka2 jer..huhuhuhu

Manja

13/1/2012
1.10am

No comments: