Jangan Di Tanya




Sepi rasa hati bila keseorangan..
Sayu rasa hati bila ditinggalkan..
Hiba bermain dijiwa bila ada perasaan yang menekan

Memang tidak pernah terluah dengan kata-kata..
Adanya dirimu didepan mata ini seolah pembakar semangat..
Biarpun adakalanya (selalunya) kita berbeza pendapat..
Namun adanya kamu disisi membuatkan diri ini rasa damai dihati..

Ingin sekali ku khabarkankan padamu..
Aku rindu..
Namun kubiarkan saja bicara itu terlontar bergema dijiwa..
Moga-moga kamu juga turut merasa..

Harapanku agar kamu sentiasa sihat dan berbahagia di sana


From blog biar coretan berbicara by Lia Irdelia .

Tuhan berikan aku cinta



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
di jiwa ini Hampa...
*
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta

Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...

saya dan awak



awak adalah awak...
seseorang yang begitu tegas ,
seseorang yg begitu sempurna di mata saya ,
Kurniaan Allah yang begitu sempurna di mata saya.

Saya dan awak ...
Kita pernah berkongsi cerita ,
Kita pernah gembira bila bersama,
Kita pernah ketawa bersama ,


Saya ,
Saya cuba beri yg terbaik utk awak ,
saya cuba utk bahagiakan awak ,
saya cuba utk memahami awak ,
saya cuba utk gembirakan awak...

Awak ,
awak seolah2 tak  menghargai kewujudan saya ,
seolah2 saya tak pernah muncul dlm hidup awak ..
seolah2 saya hanyalah seorang yg tidak penting bagi awak.

Saya dan awak ,

sekarang seolah2 msg2 jauh hati ,
tapi saya harap hati awak biarlah ada sedikit memory
bersama saya...
walaupun awak dah buang saya  dlm hidup awak.
tp saya akan selalu doakan awak
dan selalu berdoa yang awak berjaya dlm hidup,
dan temui kebahagiaan serta berubah jadi yang lebih baik..
Antara kita adalah kekhilafan saya sendiri..
mengenali awak adalah perkara terindah dlm hidup saya...


Terima kasih Allah temukan aku dgn dirinya


P/S : Hanya luahan rasa ..tiada kena mengena dgn sesiapa ^ -^


Manja

28/1/2012

Aku tak punya apa2

Aku tidak punya apa-apa..
Untuk dibandingkan dengan dia..
Tiada wajah indah bergemerlap cahaya.
Yang menghias rupa

Aku tidak punya apa-apa..
Tidak punyai harta benda..
Juga wang yang berjuta-juta..
Untuk membeli hati dan cinta..

Aku tidak punya apa-apa,
Tidak punya pangkat dalam kerjaya,
Tiada segala kemewahan dunia,
Yang bisa membuat setiap mata terpesona..

Aku tidak punya apa-apa,
Lahirku dalam sebuah keluarga biasa,
Yang hanya ada ketawa dan gembira bahagia,
Dan itulah harta berharga yang ku punya..

Aku tidak punya apa-apa,
Untuk menjadi taruhan dunia cinta,
Yang ku ada janji setia
Menjadi pengikat jaminan bicara

Aku hanya manusia biasa,
Jika ada kekurangan diri ini,
Mohon diperbaiki..

Jika tidak dapat kau menerimanya..
Maka, jauhilah aku..
Kerana aku hanya hamba-Nya..
Yang miliki kelemahan segala..

Yang ku ingini,
Cinta dengan restu Ilahi

coretan dari blog biar coretan berbicara.

Cintamu mekar di hati~



Bibirku kelu seribu bahasa..
Melihat kamu yang semakin jauh..
Meninggalkan aku sendirian di kamar sepi..

Bukan enggan ku di miliki..
Bukan menolak kamu mendekati..
Bukan diriku tidak sudi..

Aku hanya pipit yang tiada sasa..
Dan kamu merak yang gah di rimba..

Puas kamu cuba membolosi diri..
Menembusi hatiku ini..
Namun khilafku membeku sepi..

Tapi pabila mula aku menyedari,,
Bahawa telah berputik cinta di hati,,
Dan kamu mula melangkah pergi..
Melerai satu-persatu jemari ini..

Aku terdiam..
Aku termangu..
Namun ku sedar ia khilafku..

Terlambatku akui…

Cinta kamu telah mekar dihati..
Saat kau mula melangkah pergi



* copy from blog biar coretan berbicara

Hargai setiap pertemuan


Mggu ni mcm kalut skit..jiwa kacau...bkn sbb putus cinta tp hati ni mcm di siat2 ..pedih ..huhuhu...Allah sahaja yg tahu.

Aku faham yg Allah temukan kita dgn seseorang, tak kiralah dgn cara apa pun....cara terlanggar ke, cara jumpa kt shopping complex ke, yg pasti itulah pertemuaan....tapi setiap pertemuan ianya akan berakhir dgn perpisahan...itu yg buat pedih sgt rasa....

dan tiap pertemuan akan selalu di selangi oleh kebahagiaan .....dan bahagianya rasa walaupon hanya sekadar lakonan , mcm ala2 jerat percintaan la bak kata Mek CT ...Bahagia nya maybe sbb hati dah suka ...mcm2 di kongsi bersama...cuba mengenali hati masing2.....cuba utk memahami ... walaupon tahu itu hanyalah lakonan tp x sangka lakonan tu memakan diri sendiri dan tut2 akhirnya berpisah ...huhuhu

Memahami yang tiap pertemuan itu sebenarnya membuat kita jadi lebih matang ....terus belajar menjadi lebih baik ...mengenali seseorang itu membuatkan kita lebih membuatkan kita belajar dan belajar dari kesilapan2 kita yg lalu...tapi  hargailah seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita kerana mereka itulah kita lebih kenal erti hidup ini .....adakalanya indah adakalanya duka .....dari situ kita perlu menghargai betapa pentingnya kehadiran seseorang itu dlm kehidupan kita ....dan itu yg membuatkan kita jadi lebih matang...

Aku cuba bertenang dan memaafkan sesiapa sahaja yang sakitkan hati aku ....sbb aku tak tahu entah esok lusa aku ada lagi di dunia ini atau tidak....Ajal maut kita tidak tahu .....tp aku akan menghargai dan sentiasa mengingati sesiapa sahaja yg pernah hadir dlm hidup aku .....aku akan sll ingat segala memory manis dan aku akan buang segala memory pahit .....

TERIMA KASIH ALLAH ENGKAU TEMUKAN AKU DGNNYA... :)

Manja

24/1/2012

11.55pm

Jangan ada benci antara kita



Awak ....

Awak tahu x awak adalah kenangan terindah buat saya ..Walaupun hadir nya awak hanya seketika... Kita telah dipertemukan oleh Allah S.W.T ..pertemuan ini tidak akan terjadi kecuali dgn izin Allah kan awak ....

Bg saya awak adalah memory manis penah hadir dalam hidup saya ...dan bg saya juga awak adalah seorang yang amat menyenangkan saya ...saya gembira bila bersama awak...cara awak , perwatakan awak dan apa saja ttng diri awak buat saya happy sgt...terima kasih awak penah gembirakan saya walaupon hanya sekejap....snbrnya saya tidak tahu sjk bila sy suka kt awak walaupon sy tahu awak xde skit pon rasa suka kt saya.

Walaupun awak tidak penah anggap saya istimewa dlm diri awak tp saya bg sy awak terlalu istimewa bg diri saya, apa sahaja tentang diri awak saya akan igt ...apa saja lagu kesukaan  awak telah terpahat di hati saya ...apa sahaja makanan kegemaran awak...saya igt dlm kepala saya...sehari sblm sy nk jumpa awak ari tu , saya nk masakkn tuk awak tp awak xnak..sy dah beli semua bahan2 tuk masakkan tuk awak ..itu buat sy btl2 terkilan smpi skrg.

Tapi awak .....saya sedar siapa diri saya ....bknlah seseorang yg akan buat awak akan tertarik , saya cumalah wanita biasa ..tiada apa yg menarik pun..kdg2 tidak dapat memenuhi permintaan awak ....Saya harap awak faham kenapa saya buat begitu...harap awak hormati keputusan saya.

Biarpun sekarang awak dah buang saya dlm hidup awak .....tp saya akan sentiasa doakan yang awak akan berjaya dalam hidup awak....dan awak akan berbahagia di samping orang yang bakal mendampingi diri awak....saya harap tiada rasa benci antara kita ....awak nk tahu x? Memory filem ombak rindu dn lagu ombak rindu terlalu mengingatkan saya pada awak.

Terima kasih awak sbb penah bahagiakan saya , gembirakan hidup saya walaupon awak hadir hanyalah seketika dlm hidup sy. Andai 1 hari awak perlukan saya dan ingin cari saya semula mungkin masa itu saya sudah jauh dari hidup awak....cukuplah hati saya sedih sbb awak jauhkan diri dari hidup saya , cukuplah saya derita bila saya dpt tahu awak tiba2 buang saya dari hidup awak dan saya sedih sgt sbb awak seolah2 x penah hargai saya yg penah hadir dlm hidup awak :( ...

Semuanya ada hikmahnya dan saya belajar semuanya ini dari kesilapan saya ..Yang baik datangnya dari Allah dan yg buruk semuanya dari kita kan awak.....

Luahan rasa ,

Manja

23/1/2012