AdaMu



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu

Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Ujian Allah ..




Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.
Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”


From Ustaz Pahrol

Mengapa tidak setia ?


Peritnya rasa apa bila dicurangi....Seolah2 belati tajam yg menusuk hati ..Pedihnya , sakitnye hanya Allah yg tahu, dalam hati berkata , mengapakah ini terjadi..Hanya yg pernah rasa dikhianati dan dicurangi akan rasa kepedihan yg kita rasakan.Tp jalan yg terbaik adalah memaafkan die dan jgn sesekali dendam dan benci pada org yg telah mengkhianati cinta yg telah terbina.

Pikir secara positif dan berkatalah dalam hati semua ini ada hikmah di sebaliknya , semua ini adalah ketentuan Allah yg telah ditentukan, Dugaan dan ujian ini Allah bg sbb Dia rasa kita boleh hadapi dan dan dia nak kita lebih kuat dan tabah....Ya Allah , Hanya Allah yg tahu rasa di hati ini skrg..

Setiap manusia lain2...mcm aku boleh lg ingin meminta penjelasan dan bila dia sms  aku tidak marah atau memaki dirinya ..entah mana kekuatan diri aku pon x tahu.....Bila jadi mcm nih, aku sentiasa terfikir saat2 kami bahagia bersama dan dia jua pernah berikan aku bahagia dan gembira ..Sebagai manusia dgn memaafkan adalah cara yg sgt mulia , dan situ kita akan tenang.Kita tidak layak menghukum manusia dan yg layak menghukum hanyalah Allah .

Benarlah kata orang , mmg bisa utk memaafkan tapi untuk melupakan itu amat payah sekali dan bg aku untuk menerima semula jika die ingin kembali kepada aku itu adalah perkara yg sgt mustahil..aku berdoa dan moga die berubah dan tidak akan melakukan perkara ini pada orang lain lagi ...cukuplah aku yg rasa dan jgnlah buat ramai lg yg akan rasa sengsara ini.Aku tinggalkan segala kecewa dan terus bangkit utk meneruskan hidup yg mendatang.


Buat dia yg mengkhianati cinta ku , awak simpanlah segala kenangan kita bersama..dan janganlah harap yg kita akan kembali bersama ...cukuplah awak buat saya derita dan cukuplah awak buat hati saya hancur...Cukuplah awak....


Manja

2/9/2012

Hanya Allah yg tahu


Ya Allah  tiba2 mcm2 berlaku dalam hidupku...pelbagai dugaan hadir dan buatkan aku hampir2 terdduk..tp Alhamdullilah aku byk bergantung pada Allah ...Aku masih terus kuat ...x sangka selama ni aku hanyalah boneka dalam hidupnye ...Apa makna sayang tp dalam masa yg sama dia jua cintakan orang lain...apa makna setia jika di luar pengetahuan aku , die kuar bersama orang lain...besar dugaan ni...Allah hadirkan dia utk memberi aku ujian , Ujian ini utk melihat aku kuat atau tidak...aku tidak akan persoalkan kenapa semuanya berlaku, mungkin segalanya ada hikmah ...

Walaupon die dah sakitkan hati aku, aku tidak akan sesekali benci dan dendam pada dirinya..dia penah buat aku bahagia dan dia jua penah buat aku gembira..Mungkin ada hikmah semua ini....Aku trs berdoa dan harapkan die berubah dan bahagia bersama sesiapa saja yg dia sayangi...aku jua berterima kasih sbb die  jadikan aku lebih kuat dan tabah dlm mengharungi semua yg akan dtg..pengalaman ini akan mendewasakan aku......Hnya Allah yg merawatnya dan ada bersama ketika aku sedih...segalanya akan baik selepas ini ..Semoga Allah membalas apa yg die buat pada aku ....

Hanya masa dan keadaan yg merawat segalanya ...betapa bodohnye aku , terlalu setia pada orang yg tidak hargai aku ...selama ni aku terlalu mengambil berat pasal die...terlalu menjaga hubungan ini ...dan aku tak pasti kenapa aku sayangkan die....perasaan yg Allah kurniakan tp telah dihancurkan dgn sekelip mata olehnya ..doakan semoga die berubah dan segalanya akan baik selepas ini...pengalaman ni mengajar aku supaya lebih berhati2 dan menerima seseorang yg baru dalam hidupku...

Hanya Allah yg tahu segalanya ...

Cinta Yang Istimewa




Menginginkan kebahagiaan dalam cinta, harus bermula dengan mencintai Sang Pemberi Cinta, Allah yang Maha Esa. Ini tazkirah untuk saya dan kita :)

Jika kita melupakan Allah, kita tetap mampu mencintai si dia. Tapi sebentar cuma. Kita tak akan cinta bila si dia menunjukkan kelemahan dan terpamer keburukan. Kita juga selepas beberapa ketika hadir jemu di sisinya. Kita manusia, kuasa mencintai kita terbatas.

Namun bila kita mencintai Allah, kuasa mencintai kita menjadi hebat. Kita mampu memaafkan, hati kita luas dan lapang, kita menutup keaiban, memberi kasih sayang tanpa syarat, tidak marah, tidak menghukum, walau kadang kita mungkin melukakan hati si dia juga.
Allah, amat besar cinta yang dianugerahkan kepada orang-orang beriman.

Allah tak bosan dengan kita, makin kita mendekati Allah, makin Allah lebih cepat mendekati kita. Sedangkan si dia, dia rimas kita terkejar-kejar dia atau asyik menghubunginya. Seperti firman Allah dalam hadis Qudsi:-

"...Dan jika dia mendekati kepadaKu sejengkal, Daku akan mendekati kepadanya sehasta; Dan jika dia mendekati kepadaKu sehasta, Daku akan mendekati kepadanya sedepa; Dan jika dia mendatangiKu sambil berjalan, Daku akan mendatanginya dengan berlari.."
(Riwayat Bukhari)
 
 
Allah boleh jaga kita sepanjang masa, bukan seperti si dia, diri dia pun selalu tak terjaga - malah dia pula menuntut kita menjaga dan memberi perhatian padanya :D (tak mengapa, kerana pasangan yang baik memang saling menjaga!)

Allah selalu ada bila kita perlukanNYA, bukan seperti si dia yang sibuk dengan urusan dunia yang tak selesai. (malah urusan berkaitan kita juga !)

Allah mendengar suara hati, sangat memahami setiap turun naik perasaan, mengetahui setiap hela nafas yang kegembiraan dan kesedihan. Bukan seperti si dia yang kadang sukar memahami.
Allah bagi kita hadiah dan nikmat macam-macam, yang sangat berharga untuk kita - yang kita tak boleh beli di pasaran... ada di pasar malamkah sekilo biji mata? Atau sekampit usus? Atau sepasang buah pinggang?

Maka, jalinkan cinta dengan DIA yang amat sempurna, sebelum menjalin cinta dengan manusia.
Malah, kita ajak si dia mencintai Allah lebih dari kita mencintai satu sama lain. InsyaAllah kita akan jadi pasangan yang paling bahagia. Allah lah yang akan jadikan si dia pasangan yang tak jemu dengan kita, yang menjaga kita, yang di sisi bila kita perlukannya.

 Alhamdulillah. Kalau dia tak ada di sisi, kita tenteram kerana kita dan si dia mengiktiraf penjagaan Allah lebih dari segalanya :)
Jika mencintai suami, anak-anak, keluarga, teman-teman - cintailah kerana kita mencintai Allah.
Maka berkongsi kasih sayang terasa indah. Jika si dia tak ingin mendekat dengan Allah, jangan putus asa, kita terus berbuat baik kepadanya

, insyaAllah mudah-mudahan usaha kita menjadi sebab untuk dia mendapat hidayah Allah.
Jika ingin cinta kekal, cintailah Allah Yang Maha Kekal. CintaNya Tak pernah hilang.
Jika mencintai benda dan orang, tetapi tidak belajar mencintai Tuhan Pemberi Kehidupan... Selamanya tidak bertemu kebahagiaan ♥
Cinta tidak diikat dengan harta, tetapi dengan kekayaan Allah Yang Maha Memberi.

"...DIAlah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."
(Surah al-Anfaal ayat 62-63)
 
Kadang tertanya, kenapa kita tidak miliki cinta?

Bersedihlah namun bangkitlah usahakan sebuah keimanan. Kerana Allah pasti berikan cinta pada hamba yang beriman. Luaskan erti cinta pada insan sekeliling- ibu ayah, keluarga, teman-teman dan orang-orang soleh, bukan sekadar lelaki atau wanita yang di damba.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang."
(Surah Maryam ayat 96)


Ayuh berkongsi cinta, sebarkan bahagia dengan setia mencintai Tuhan!


artikel from i luv islam from Nurul Adni Adnan

Kasih tidak terjamah



Cinta itu kadangkala perit dan kadangkala buat kita tersenyum..Cinta jua membuat kita begitu bersemangat dan kadangkala buat kita mcm down ...Percintaan yg di jalin pada mulanya begitu begitu indah dan lama kelamaan menjadi semakin hambar , di mana silapnya ...

Dalam perhubungan, ibaratkanlah ia seperti kaca. Jika terlalu erat digengam ia akan pecah dan melukakan diri. Jika pecah, walau dicantum kembali, ia tidak seperti asal lagi.

Maka berhati-hatilah, wanita ini dari rusuk kiri yang bengkok. Jika terlalu keras memaksa ia akan patah, dengan hikmah sahaja ia dapat dibentuk. Terciptanya bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan jua dari kaki untuk dialasi.Tetapi dekat di bahu untuk dilindungi, dekat di hati untuk dicintai, dekat di sisi untuk menjadi teman sejati.


Perkara yang paling kejam bila dalam perhubungan adalah secara tiba2 kita rasa tidak dihargai dan buat kita seolah2 tidak wujud dalam dirinya ..Pelbagai cara kita buat dengan mengambil berat dan menjaga dirinya  tp kita lgsg tidak dpt apa2 ....Dia trs jauh dan terus menjauh ...Kita terpaksa diam dan terpaksa menelan segala kepedihan yang ada ...Perempuan bila dah wujud rasa sayang di hatinya , hanyalah seorang saja di hati ..dan kdg2 mereka memerlukan perhatian..Bila kita ada orang sayangkan kita , tp kita tidak pernah hargai .

Pada yg bercinta , bersyukurlah kerana kita mempunyai pasangan yg sayang dan mengambil berat pada kita , selagi mereka masih ada di sisi hargailah , jgn bila dia dah pergi dari hidup kita , pada masa itu kita cuba utk mendapatkan semula, mungkin pada itu hatinya sudah tiada lagi untuk kita ...setelah berkali2 die dilukai ...mungkin mereka akan terus pergi meninggalkan kita ...Cinta yg tidak dihargai akan terus berlalu dgn meninggalkan sekeping hati yg terluka...Hargailah cinta ...
 ♥ Kadang kala bila kamu nekad menjauhi diri dari seseorang bukan bererti kamu tidak memikirkan dia, dan bukan kerana nilai rasa itu pudar, akan tetapi kamu mengerti akan satu hakikat bahawa kamu tak mungkin dapat bersamanya.. :,)
 
Manja
 
30/08/2012
 
 

Bahagia sebenar

"Nampak 'happy' bahagia memanjang, tak pernah rasa 'down' atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?"
Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa.

Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, 'down', kecewa, 'frust', stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama ni, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau 'frust' atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya.

Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, 'frust' atau pun kesedihan. Seteruk mana pun 'jatuh' kita dalam apa perkara sekali pun, lagi ramai yang lebih mencabar 'kejatuhan'nya tapi tetap bangkit dan terus berjalan.

Apa kata kita jadikan mereka inspirasi? Saat-saat begini, apa yang penting ialah cara pemikiran kita, cara kita menerima dan cara kita 'deal' dengan sesuatu 'kejatuhan' itu. Takkan nak terus hanyut dengan kejatuhan? Nak terus hilang saat kekecewaan?

Antara apa yang termampu dan boleh saya kongsi ialah:

1) Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik dalam kehidupan/orang lain. Jauhi tanggapan negatif. Susah? Ya, tapi sedarlah kita sendiri tidak sempurna semuanya.

2) Senyum sentiasa, cari/buat perkara yang boleh buat kita tersenyum dalam satu hari itu. Susah? Saat pertama kali buka mata pada pagi hari, ucapkan Alhamdulillah dan senyumlah kepadaNya, yang masih sudi memberi kita nyawa dan kehidupan.

3) Sentiasa menerima apa jua dengan hati yang terbuka. Masalah, kritikan mahupun pujian. Susah? Terimalah setiap kritikan demi memperbaiki diri menjadi lebih baik, pujian sebagai tanggungjawab dan amanah yang diharapkan dan masalah pula sebagai cabaran untuk jadi lebih baik.

4) Ketepikan memikirkan perkara yang remeh dan kecil yang tidak langsung memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. Susah? Tidak, kurangkan mengambil tahu perkara yang tidak membawa kebaikan kepada kehidupan kita, apatah lagi perkara yang kadang-kadang hanya mempunyai unsur negatif dan aib.
5) Memilih untuk membaca/melihat/menonton bahan yang positif dan berunsurkan ilmiah. Susah? Tidak. Paling mudah, mulakan dengan 'follow' mereka yang berkata-kata dengan kualiti dan baik seperti di Twitter. Sekurang-kurangnya, setiap kali membaca memberi kesan dan ingatan kepada kita.

6) Bergaul dengan mereka yang sentiasa positif dan sentiasa berkata serta beramal baik. Susah? Nanti tak ramai kawan? Tidak. Berkawanlah seramai mana sekalipun tetapi jadikan yang baik dan betul daripada mereka itu rujukan. Berpegang teguhlah kepada prinsip diri sendiri dalam berkawan.

7) Lupakan mencari kesalahan dalam sesuatu perkara tetapi jelaskan kebaikan sesuatu. Susah? Sebab sentiasa nampak semua orang salah dan kita betul? Lihat dan cermin kembali diri kita. Jangan mudah rasa diri cukup sempurna dan sentiasa betul.

8) Memberi sokongan kepada orang sekeliling dalam apa jua yang mereka lakukan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan jauhilah walau sekelumit pun perasaan kurang senang ataupun dengki. Susah? Nanti dia lagi berjaya? Bukankah setiap rezeki kita sudah ditentukanNya? Berusaha dan motivasikan diri sendiri untuk mencapai sesuatu.

9) Sentiasa mengamalkan gaya dan cara hidup yang betul dan positif. Jangan sesekali melanggar fitrah sesuatu yang telah ditetapkan. Susah? Ingat, setiap perkara yang kita lakukan sekarang, ialah tanggungjawab kita kelak.

10) Sentiasa tenang dalam membuat keputusan, fikirkan kesan akan datang yang bakal menyusul daripada setiap tindakan kita. Perlu berani di dunia maju? Ya, benar, tapi jangan sampai pada masa akan datang, sesuatu itu mampu mengaibkan kita.

11) Jangan takut untuk 'jatuh' dan sentiasa melihat 'ke bawah'. Bersyukurlah. Apa jua yang kita hadapi hari ini, walau sesukar mana pun, barangkali boleh menjadi impian buat orang lain.

12) Yang paling penting, sentiasa dekatkan hati denganNya. Sentiasa ingat, DIA sentiasa melihat kita dan DIA mahu kita sentiasa lurus di jalanNya agar bahagia kita itu bahagia yang menenangkan. Susah? Belum rasa 'rasa' itu? Carilah Allah. DIA sedang menanti kita. DIA rindukan kita.
Sejujurnya bahagia yang ditemani ketenangan itulah erti bahagia yang sebenar. Bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup membahagiakan. Tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila Allah SWT kurniakan rasa itu, rasa apabila setiap perkara yang kita lakukan ada redha dan berkat daripadaNya. Itulah erti bahagia yang sebenar.
Sentiasa percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya juga mampu membuat kita terus tenang dan terus berjalan meneruskan kehidupan untuk mencari redhaNya. Percayalah bahawa Allah telah merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hambaNya. Dengan itu, apa jua yang datang, kita akan hadapi dengan senyuman.

"Attach your heart to God and you will never be let down." (Imam Zaid Shakir)
- Artikel iluvislam.com

suka sgt article nih...bacalah..manja pon copy n paste, benda yg baik kan


Manja

29/08/2012