Cinta itu kadangkala perit dan kadangkala buat kita tersenyum..Cinta jua membuat kita begitu bersemangat dan kadangkala buat kita mcm down ...Percintaan yg di jalin pada mulanya begitu begitu indah dan lama kelamaan menjadi semakin hambar , di mana silapnya ...
Dalam perhubungan, ibaratkanlah ia seperti kaca. Jika terlalu erat digengam ia akan pecah dan melukakan diri. Jika pecah, walau dicantum kembali, ia tidak seperti asal lagi.
Maka berhati-hatilah, wanita ini dari rusuk kiri yang bengkok. Jika terlalu keras memaksa ia akan patah, dengan hikmah sahaja ia dapat dibentuk. Terciptanya bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan jua dari kaki untuk dialasi.Tetapi dekat di bahu untuk dilindungi, dekat di hati untuk dicintai, dekat di sisi untuk menjadi teman sejati.
Perkara yang paling kejam bila dalam perhubungan adalah secara tiba2 kita rasa tidak dihargai dan buat kita seolah2 tidak wujud dalam dirinya ..Pelbagai cara kita buat dengan mengambil berat dan menjaga dirinya tp kita lgsg tidak dpt apa2 ....Dia trs jauh dan terus menjauh ...Kita terpaksa diam dan terpaksa menelan segala kepedihan yang ada ...Perempuan bila dah wujud rasa sayang di hatinya , hanyalah seorang saja di hati ..dan kdg2 mereka memerlukan perhatian..Bila kita ada orang sayangkan kita , tp kita tidak pernah hargai .
Pada yg bercinta , bersyukurlah kerana kita mempunyai pasangan yg sayang dan mengambil berat pada kita , selagi mereka masih ada di sisi hargailah , jgn bila dia dah pergi dari hidup kita , pada masa itu kita cuba utk mendapatkan semula, mungkin pada itu hatinya sudah tiada lagi untuk kita ...setelah berkali2 die dilukai ...mungkin mereka akan terus pergi meninggalkan kita ...Cinta yg tidak dihargai akan terus berlalu dgn meninggalkan sekeping hati yg terluka...Hargailah cinta ...
Manja
30/08/2012
No comments:
Post a Comment