Could u be mine ?

awak handsome lahhhh

Awak nk jadi teman saya x?sejak saya nmpk awak..siang saya terbyg mlm sy merindu....huwaaaa....inilah dia salah 1 kegilaan aku....kasut sneakers ...mmg akan buat aku tidak keruan ....pg gatal2 tgk laman web dia wat per.....haaa amik ko skrg....huwaaaaa....asal awak handsome sgt , nape awak cantik sgt....cer ceta cer ceta.....

huhuhu..

dan ini......mmg kaw kaw cantik....so kita cuci mata je eh ....

akan ku dapatkn juga kamu
dan ini warna putih ....iskkkkk....(tutup mata )

nie aku x sanggup nk pakai..
?

hehehe..smart gilee


Sekian tajuk kasut pd ari jumaat ini.....jgnlah mlm ni ko termimpi dahla manja ooooiiii...anyone want 2 buy this sneakers for me?????? 

senyum2 simpul  (kelip-kelip mata ) hehehe ^ - ^


Manja

10 Petanda Kenal Pasti Dia Adalah Jodoh Anda


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Nie suma copy dari laman web i luv islam .....tq sebab baca :)

Manja

17/02/2012

TeMan Tapi Mesra

Korang biasa dgr kan..teman tp mesra ..ada ke cam tu..lelaki dgn pompuan berkawan tp cuma as teman tp mesra ..best tau sbnrnya sbb :

  • kita xyah bgtau dia kita pg mana sbb teman jer bkn pakwe
  • kita x merajuk pon bila dia x sms , call or bbm
  • kita xyah gaduh n sakit kepala bila berbeza pendapat
  • dan paling penting kita dgn dia boleh cerita apa saja .

haaa best kan kan kan......and best giler kalau dpt teman cam tu kan...sbnrnye kwn dgn lelaki or pompuan ni byk bezanya ..seronok sbnrnya bila ramai kawan nih ....dan lelaki yg paling best bab 2 berahsia kikiki...itu pendapat aku la...so marilah carik teman tapi mesra ...kikikiki...

Manja

16/02/2012

Lagu Hindi Feveret aku



byk2 lagu hindi, 2 lagu ni mmg jadi kegemaran aku smpi skrg...sedihhh :(

Cinta itu ada tp tidak kau sedari :)


 
Bila terasa deras jantungku
Terisi dengan nada-nada yang resah
Menyakinkanku adanya cinta
Tapi tak pernah terang

Sedangkan diriku semakin menjauh
Dan mula melupakanmu

]
Tersedar aku dalam pelukan
Kekasih tak pernah ku impikan
Cerita kita menghilang jauh
Hanya menjadi sirnaku

Masihkah dirimu mendiamkan cinta
Percaya kepadaku

Cinta
Usah kau ragu
Ia kan selalu menemanimu
Biar kan ia bertamu

Cinta..
Ku tiada ganti hilang
Tanpa kau sedari
Cinta..
Ku hanya untuk kamu

Maafkan aku tak seperti yang kamu inginkan
Melepaskan mu saat kau memerlukan
Hapuskan hiba dihadapanku
Ku masih menanti kehadiranmu

Dapatkah melawan getarannya
Cinta..


Tak berubah..still MANJA yg dulu ...


Ni dh boring tahap sengal dah ni..satu keja pon  x jalan....kira keja main2 jelah ,ok aku nk ceta topik kali ni ialah topik bila betapa boringnya nk jwb soklan2 cepu emas as the single mother mcm aku nih....aku single mother for 2 kids yg sgt comel :) ....berbalik pd topik td...yg paling nyampas aku nk dgr eh , manja ko dah ada pengganti ke..? haiii nk jawab ke x nak?  kang jwb no komen mcm jawapan artis lak....hahaha...

itulah namanya manusia kan kan kan ?bila x kawin2 , org tnya bila kita nk kawin? bila dah kawin , org tnya eh xde isi lg ke? kenalak kalau kita dah kawin 2 tahun tp x peggy2 lg, org duk sibuk tnya soklan tu, x ke berangin 1 badan kan....bila dah jd single mother , orang tnya eh kau dah ada pengganti ke?fuuuuhhhh.....rase nk lempang je org tu eh ..tp mana leh kan kan  gurau jer :) ..mcm nilah ...aku akan jawab...memory with my lately husband begitu terpahat di hati ini ..aku tetap aku, mcm sblm ni.... same as MANJA sebelum ni....bila aku dah dress up dan make up lebih skit org ckp wah dah bergaya skrg ni ....Excuse me , manja tetap mcm ni sebelum arwah pg dan selepas arwah pg....SAME like dolu2...aku mmg dress up mcm ni..I'm  more to sporty ...and suka baju and kasut yg more pd sporty ...and i love make up ......

Iskk cam tu la mulut org eh...kita xleh nk tutup..huhuhu..ape kita buat suma nk amik tahu , ala2 artis ambang klasik gitu ..maybe dieorg tgk aku dh  happy and ber dress up bagai ...itu bkn bermakna aku dah ada pengganti....blm lg... buat masa ni anak2 adalah segala2nya ......Apa saja kemungkinan akan datang itu ketentuan Allah dan kita tidak boleh nk tolak ...Tlglah faham situasi diriku ... ahakss...pls jgn tny lg soklan cepu emas lg pada saya.......rasa nk mcm duk bintang xde org tnya ape2 hehehe.....sekiannn..

life must go on....kbaiii


Manja

13/02/2012

Jatuh cinta


cer ceta..cer ceta ..korang penah jatuh cinta x?meh la ceta ngan aku..camne korang rasa eh....ok meh aku ceta my experince lah..aku penah jatuh cinta ...tp aku akan jatuh cinta if aku dah jumpa lelaki tu..contohnya dari pertemuan pertama if sikap dan perangai lelaki tu tidak keterlaluan....dan ciri2 yg aku suka ada padanya..aku akan mudah jatuh cinta...perasaannya amat indah..setiap apa tentang dia akan buat kita ingin tahu...setiap tempat antara kita  dgn dia akan igt.....setiap apa perkara yg berlaku antara kita dgn dia , automatik ada dlm minda kita.....betapa hebatnya jatuh cinta kan.....

Sesiapa jer yg mengalami akan rasa bahagia , happy dan jika org yg kita suka pun akan rasa yg sama...if takde ape2 perasaan dia pada kita , ianya akan buat kita akan sedih..Hanya kita yg merasanya dan dia tidak..Tp jgn salahkan dia dalam hal ini , maybe bila kita menyukai seseorang bkn bermakna dia akan suka kita.Kalaupun ianya tiada tidak bermakna kita akan bersedih ....dan mcamna korang nk luahkan pada si dia yg korang dh jatuh cinta , sukar kan ....bg aku if dah suka luahkan jer...kalau dia x berminat dan menjauhkan diri , itu xper..sekurang2nya dia dah tahu perasaan kita ...sekurang2nya kita xdelah tertnya2 ....

Jgnlah paksa dia utk terima kita , maybe dia mahu berfikir dulu sblm menerima kita , if tiada juga kita kena pelahan2 terima kenyataan maybe dia bkn utk kita tp dia untuk orang lain.....Byk2 berdoa pada Allah dan jgn sesekali memutuskan silaturahim antara kita dan dia....anggaplah pertemuan antara kita dan dia semuanya ada hikmah ...redha dgn ketentuan Allah

Dan jika si dia yg kita suka pon ada perasaan yg sama , alangkah bahagianya hidup kita kan....Sama 2 melayari percintaan dan sama2 berkongsi suka dan duka ...Bahagianya hati bila hari2 ditemani oleh orang yg kita suka kan ...tp mestilah bercinta berlandaskan agama kan....InsyaAllah cinta kita akan direstui oleh Allah ..

Manja

12/2/2012