Renungan terakhir
Renungan itu mungkin terakhir ,
Pertemuan itu mungkin terakhir ,
Tapi kenangan itu tidak akan berakhir ,
Terlalu memberi kesan yg mendalam ,
Memberi impak yang berkesan dalam hati ,
Tidak digambarkan dengan kata2,
Sedih yang begitu menyayat hati,
Cuba utk berdiri dan terus berdiri ,
Mengharungi liku hidup ,
Mengakui adalah kekhilafan diri ,
Mengakui segalanya adalah pengajaran pada diri .
Semoga semuanya akan berakhir ,
Dan pelangi akan datang menyinari ,
Saat diri ini terdampar di lautan sepi.
Yang penting hanyalah Allah sentiasa Dihati ..
Manja
29/1/2012
Sandaran hati
Entah napela aku dlm seminggu ni ..serba tak kena ...nak ckp putus cinta taklah kot tp tiba2 rasa kehilangan sesuatu yg aku suka...Ssh nak ckp bila kita dah ada rasa suka pada seseorang ..perasaan happy , bahagia tu tidak tergambar dlm kata2..maybe itu terjadi pada aku...Thanks pada hati itu yang pernah buat hati ini berbunga seketika ..membahagiakan walaupon bak kata anuar zain cuma sedetik lebih eh sedetik cuma....
Tapi tak terlafaz dgn kata2 saat dia muncul dgn membawa harapan baru dengan tiba2...Mungkin pernah aku dengari dulu ...Cinta yang mudah akan datang , mudah juga pergi ...itu bg dia lah tp tidak bg aku.Aku faham Allah kurniaan aku perasaan ini padanya...cukuplah hanya seketika ...suka dan bahagia.
Jika di lihat pada realiti , kitaorg bukanlah bercinta cuma permulaannya aku rasa hanyalah permainan...dan aku sendiri terperangkap dlm cinta mainan itu...perasaan itu hadir tiba2 tanpa aku sedari ....cuba utk memahami ..gembira bila berbicara ..cuba utk memahami ...segala2nya ttg dia ..
Tapi atas sbb yg tidak diingini terus , keikhlasan dan kejujuran aku dalam berkawan telah di buang jauh dlm dirinya...Perlahan2 aku cuba memahami dan mungkin juga ini kerana kesalahanku...terlalu cepat menaruh harapan pada benda yang tidak mungkin aku akan dapat.dan Akhirnya aku menemui jawapan yang aku hanyalah angin lalu singgah di hatinya ....
Aku faham , aku hanyalah sandaran saja dan aku akan membiarkan hati yg sedih ini pulih sendiri ...Pergilah dia dengan iringan doa2 yg terbaik buat dirinya ...Aku tahu diri ini hanyalah sandaran hati ...Usahlah di cari lagi hati ini ...Aku tahu aku bukan terbaik buat dirinya ...Biarlah antara kita hanyalah memory manis ....yg pahit akan ku buang jauh ....terima kasih Allah kerana memberi kebahagiaan dan kegembiraan walaupun seketika...Semoga Engkau temukan aku dengan seseorang yang bimbing aku ke jalanMu ...
Luahan rasa
Manja
28/1/2012
Jangan Di Tanya
Sepi rasa hati bila keseorangan..
Sayu rasa hati bila ditinggalkan..
Hiba bermain dijiwa bila ada perasaan yang menekan
Memang tidak pernah terluah dengan kata-kata..
Adanya dirimu didepan mata ini seolah pembakar semangat..
Biarpun adakalanya (selalunya) kita berbeza pendapat..
Namun adanya kamu disisi membuatkan diri ini rasa damai dihati..
Ingin sekali ku khabarkankan padamu..
Aku rindu..
Namun kubiarkan saja bicara itu terlontar bergema dijiwa..
Moga-moga kamu juga turut merasa..
Harapanku agar kamu sentiasa sihat dan berbahagia di sana
From blog biar coretan berbicara by Lia Irdelia .
Tuhan berikan aku cinta
Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
di jiwa ini Hampa...
*
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...
saya dan awak
awak adalah awak...
seseorang yang begitu tegas ,
seseorang yg begitu sempurna di mata saya ,
Kurniaan Allah yang begitu sempurna di mata saya.
Saya dan awak ...
Kita pernah berkongsi cerita ,
Kita pernah gembira bila bersama,
Kita pernah ketawa bersama ,
Saya ,
Saya cuba beri yg terbaik utk awak ,
saya cuba utk bahagiakan awak ,
saya cuba utk memahami awak ,
saya cuba utk gembirakan awak...
Awak ,
awak seolah2 tak menghargai kewujudan saya ,
seolah2 saya tak pernah muncul dlm hidup awak ..
seolah2 saya hanyalah seorang yg tidak penting bagi awak.
Saya dan awak ,
sekarang seolah2 msg2 jauh hati ,
tapi saya harap hati awak biarlah ada sedikit memory
bersama saya...
walaupun awak dah buang saya dlm hidup awak.
tp saya akan selalu doakan awak
dan selalu berdoa yang awak berjaya dlm hidup,
dan temui kebahagiaan serta berubah jadi yang lebih baik..
Antara kita adalah kekhilafan saya sendiri..
mengenali awak adalah perkara terindah dlm hidup saya...
Terima kasih Allah temukan aku dgn dirinya
P/S : Hanya luahan rasa ..tiada kena mengena dgn sesiapa ^ -^
Manja
28/1/2012
Aku tak punya apa2
Aku tidak punya apa-apa..
Untuk dibandingkan dengan dia..
Tiada wajah indah bergemerlap cahaya.
Yang menghias rupa
Aku tidak punya apa-apa..
Tidak punyai harta benda..
Juga wang yang berjuta-juta..
Untuk membeli hati dan cinta..
Aku tidak punya apa-apa,
Tidak punya pangkat dalam kerjaya,
Tiada segala kemewahan dunia,
Yang bisa membuat setiap mata terpesona..
Aku tidak punya apa-apa,
Lahirku dalam sebuah keluarga biasa,
Yang hanya ada ketawa dan gembira bahagia,
Dan itulah harta berharga yang ku punya..
Aku tidak punya apa-apa,
Untuk menjadi taruhan dunia cinta,
Yang ku ada janji setia
Menjadi pengikat jaminan bicara
Aku hanya manusia biasa,
Jika ada kekurangan diri ini,
Mohon diperbaiki..
Jika tidak dapat kau menerimanya..
Maka, jauhilah aku..
Kerana aku hanya hamba-Nya..
Yang miliki kelemahan segala..
Yang ku ingini,
Cinta dengan restu Ilahi
coretan dari blog biar coretan berbicara.
Subscribe to:
Posts (Atom)