Apa itu kebahagiaan?
Kebahagiaan yg di cari dlm setiap insan....siapa yg xnak rasa bahagia kan...Alhamdullilah aku semakin bahagia di samping family dan anak2 tersayang...tidak dapat di gambarkan betapa gembiranya hati aku skrg....insan2 yg buatkn aku gembira adalah mak dan ayah....mereka berdua adalah anugerah tidak ternilai buat aku....Insan yg aku selalu doakan setiap kali selepas solat ....
Ayah
bg aku seorang yang sgt tenang...selalu menyokong apa yg aku buat, dan jika aku salah ayah akan tegur secara lembut , ayah sgt soft spoken pd anak2..
Mak
bg aku mak seorang yg sgt tegas...tp hati mak baik....dgn sikap tegas mak ni aku tahu serba serbi tentang kerja umah dari mengemas, memasak...Bila di pikir2 balik semuanya adalah utk kebaikan aku sendiri ....
Selain itu aku ada 2 org adik lelaki yg sll support aku iaitu Ijat dan shahrul.... 2 adik lelaki yg sgt aku sayang....mereka menjaga aku seolah2 aku ni adik perempuan ...padahal kakak sulung....hehehe
dan 2 lg anugerah Allah yg tidak ternilai ....my lovely son Adly n lovely daughter Yaya ,budak kecik berdua ni penghibur hati dan pengubat jiwa aku ....tanpa mereka aku tidak akan kuat seperti hari ini...
Ya Allah aku bersyukur padaMu ....selepas aku melalui episod sedih , Alhamdullilah hari ini aku semakin bahagia dan gembira kerana masih di kelilingi family , anak2 ,saudara mara , sahabat2 , kawan2 yg sentiasa menyokong aku......
Kebahagiaan dan kegembiraan ini tidak akan lahir jika aku tidak mengingatMu Ya Allah....Engkau panjangkan umur orang2 yg aku sygi ini serta berikan mereka kesihatan yang baik....Semoga diri ini tidak akan lupa padaMu ....
TERIMA KASIH ALLAH
Manja
14/1/2012
11.55am
Kau ku sayang
-->
Pagi ini mama bangunkan aku seperti biasa, malasnya nk bangun pg sekolah…tapi disbbkan Aron yg handsome tu penguat semangat aku hendak ke sekolah…aku gagahkan juga…dgn langkah yg malas ke bilik air….aku hanya tenung jer air kolah itu… tiba2 mama menjerit dari luar….”Mira…dah siap ke? Cpt babah dah tunggu tu nk hantar kamu tu "…..Mira mcm tersedar dari mimpi….."alamak dh lmbt…hbslah mama membebel kjp lg.....
Sampai di meja makan aku hanya menjamah air nescafe tarik yg mama buat , cpt2 aku lari ke kereta .Nasib baik babah cool ….dlm perjlnan ke sekolah babah sll menasihatkan aku…bahawa ilmu itu penting dlm hidup….srh aku belajar rajin2….ketepikan dulu soal cinta....
Smpi di sekolah …aku tercarik2 kelibat Mila ….sllnya die tggu aku … tiba2 minah tu menyergah aku dari belakang…apa lg kuarlah ayat2 melatah aku……"eh ko ni Mira..muka je comel tp melatah mcm org tua…” "dah kau sergah aku apahal? "Ala aku saja je nyakat kau pg2 nih ...Mila terus menarik tgnku masuk ke kelas……di satu sudut bangunan Aaron hanya memandang gelagat 2 gadis itu dari jauh ….salah satunya amat menarik perhatiannya sjk dia mula2 jejak di sekolah ini ….bgnya gadis itu sangat comel dimatanya…..
Aron masuk ke kelas sperti biasa…kelas berjln seperti biasa….tahun ini dia akan menghadapi peperiksaan SPM …Aron terpaksa menumpukan sepenuh perhatian utk mendapatkan keputusan yg boleh membanggakan keluarganya.
Waktu rehat Mira habiskan masa di dlm library … Dia ingin mengulangkaji pelajaran kerana tahun ini juga dia akan menghadapi peperiksaan SPM…..Aron masuk ke dlm library…tiba2 matanya tertumpu pada seorang gadis yg membuatkan hatinya kdg2 berdebar laju ….Inilah peluang dia utk menghampiri gadis itu….
“Assalamualaikum Cik adik ? Boleh sy duduk sebelah awak? ” Mira mengangkat kepalanya….nak tercabut jantung Mira yg dtg menegurnya adalah jejaka yg begitu menarik perhatiannya selama ini .Mira control comel menjawab ….”Waaalaikumsalam….Haa ddk jelah..bkn kerusi saya pon…ni kan kerusi hak milik sekolah SMKSS …”Nama saya Aron….boleh sy tahu nama adik …..” Mira segera menjawab “eh sy bkn adik awak lah “Eh2 karek lak minah ini dgn aku…..ujar Aron dlm hati …."setahu saya lah kn soalan saya tanya nama awak je kan…..yg awak jawab mengarut ni apehal? Mira mula nk melenting ….Eh sukati sayalah nk jawab ke x, yg awak nk tengking sy ni apahal? "Eh maafkan saya"…ujar aron…sy x bermaksud nk tengking awak….” Mira menjeling Aron…Dia bangun dan trs meninggalkan Aron dlm keadaan terpinga2…..Dlm hati Mira sbnrnya berbunga2 gembira , lelaki yang diminati telah menegurnya, mahu tido malam termimpi2.
2 bulan berlalu ….dan hari ini masing2 telah tamat peperiksaan SPM ..Lega rasanya Mira…dan paling die sedih, selepas ini dia akan tinggalkan sekolah yg begitu byk memory manis dan pahit.Beratnya rasa hati….sejak kejadian di library itu…Aron hanya memandang Mira dari jauh…ssh bgnya hendak mendekati gadis itu….Dan Mira pun hanya melihat Aron dari jauh ….Seboleh2 dia xnak ada apa2 hubungan dgn mana2 lelaki selagi dia blm mencapai apa yg dia nak dlm hidup ini …..Biarlah rasanya bercinta selepas kawin..itu lg nikmat…Mira tersenyum sendiri.
Alhamdullilah Mira dan Aron dpt keputusan SPM yang sgt membanggakan….Masing2 telah terpilih ke Universiti Teknologi Malaysia …..Masa pendaftaran Mira terkejut….Dia ternmpk kelibat Aron …Eh dia pon dpt U yg sama dgn aku ke? Alaa….napelah boleh sama la pulak..ujar Mira dlm hati …Mungkin ini adalah dikatakan jodoh ….Mira tersenyum sendiri…Nasib baik kos tak sama …..Kalau x kena bertembung dgn Aron hari2 la alamatnya…..
Aron terkejut bila ternampak gadis idamannya ..Allah seakan2 tahu apa yg tersirat di hatinya …Sejak dari kes di library…Aron tidak berani menegur Mira ……dan Mira pon mcm sll nk jauhkan diri dari Aron….
Assalamualaikum Mira …Tak sangka jumpa awak di sini ….Mira menoleh ke belakang…Dlm hatinya berkata…”Ya Allah handsomenya Aron ini ….SubhanaAllah sempurnanya kejadian Allah …. “ errr Waalaikumsalam ..Tak sangka jumpa awak di sini Mira…..awak amik kos ape? Mira menjawab dgn cara berhemah …Saya amik kos accounting…..Awak lak amik kos apa? Aron tersenyum dan menjawab dgn sopan …Saya ambil kos Mekanikal Engineering…okla Aron saya nk balik bilik" Mira cepat2 berlalu pergi..."nanti ada masa kita jumpa lg lah eh….ujar Aron…”tgklah” jwb mira ….Mira masih seperti dulu…jual mahal....taknak ada komitmen dgn sesiapa.Aron merasa sedikit kecewa.
Dan pada tahun terakhir pengajian , Mama menelefonnya memberitahu ada org dtg masuk meminang…Mira hampir2 terduduk….Dia blm hbs belajar dan blm bekerja pun tiba2 telah dirisik oleh seseorang yg tidak dikenali…Mama ckp orangnya baik dan beragama dan mama ckp mesti aku suka….Luruhnya jantung aku ….
Majlis pertunangan berjalan seperti yg ditetapkan ….Hati Mira betul2 x dapat terima..dahlah dia x penah tgk bakal suaminya…entah 2 hidung kemek ke? Mata sepet ke? Mama dan babah ckp semuanya sempurna di mata mereka ……Di mata mereka tp di mata aku nanti…Aku yg nak kawin..Sehidup semati dgn bakal suamiku.
Tiba2 aku dikejutkan oleh bakal adik iparku ….”Kak mira …ini ada surat dari abg sy ..amiklah baca”….Mira tersenyum …Zaman 2 skrg pon ada org pakai surat …ujar mira dlm hati…
Mira membaca satu persatu ayat2 dlm surat itu..
Wahai bakal isteriku Mira..
Maafkan saya kerana saya tidak pernah nak ajak awak berjumpa dan tiba2 saya melamar awak sbg suri hidup saya…..Bg saya itu suma tidak penting sebelum berkahwin, lgpon kita bkn muhrim kan….tidak elok jika berjumpa berdua…saya x berharap awak terima saya..awak masih ada masa lg utk menolak saya selagi kita blm disatukan.Tp saya nak awak tahu….Saya akan membimbing awak ke jalan Allah dan saya berharap awak dpt menyempurnakan saya bila kita bersatu nanti…..Sy berharap awak lakukan solat Istiqarah mintak petunjuk Allah Semoga awak dan saya akan disatukan dengan izin Allah….InsyaAllah.

Insan yg terlalu mencintaimu
Tiba2 Mira rasa tersentuh apabila membaca surat itu …..dan Mira segera melakukan solat istiqarah mohon petunjuk Allah jika benar inilah jodohnya …dia akan terima..Hanya Allah yg benar2 tahu isi hatinya , Hanya Allah yg merancang segala2nya …
Dan bila tiba hari dia disatukan , Mira terasa berdebar2 utk pergi ke masjid….Dia terasa sungguh takut utk melihat wajah bakal suaminya itu…Sewaktu dia melangkah ke dalam masjid , Dia ternampak kelibat Aron di dlm masjid….Eh apa lg mamat ini buat kt sini ….mana aku pg ada je dia nih..takkan aku nk kahwin dia pun ada gak….Mira mengomel2 dlm hati ….
Dan alangkah terperanjatnya Mira , tiba2 lelaki yg duduk depan Tok Kadi adalah Aron…Lelaki idaman nya selama ini…Hampir mengalir airmata Mira dan dengan sekali lafaz , Mira sah menjadi milik Aron….Dan Mira menangis kegembiraan dan teresak2….Mama terperanjat dgn kelakuan mira..pikirnya Mira mesti rasa menyesal kerana berkahwin tanpa berkenalan terlebih dahulu ….Mira memeluk Mama….”Mama , Mira bersyukur sgt ditemukan jodoh dgn Aron ….Sjk sekolah menengah kami kenal cuma x penah rapat ….masing2 antara kami hanya memendam rasa cinta ..dan ari ini Mira gembira mama …Jodoh Mira adalah dgn orang yg Mira suka dan cintai ma…..Mira memeluk erat mamanya …terima kasih Mama..
Masa majlis membatalkan air sembahyang…Aron hanya mengenyit mata pada mira ….Mira mencubit bahu Aron….”Eh sakitlah sayang”…Aron mengaduh…Awak nakal eh?buat saya mcm nih…muka Mira kemerah2an....Mira buat muka masam "Eh syg nanti kita cerita eh...Aron tersenyum gembira.
Selesai segala majlis , Aron dan Mira masuk ke bilik tidur …..Aron memegang tangan Mira ."Maafkan abg Sayang , Abg tak bermaksud nk lukakn hati syg…kan elok kita mcm ni…bercinta selepas kahwin…lg best kan"……Mira menangis …."Allah makbulkan doa Mira bang …Inilah yg Mira berdoa hari2 selepas solat …Mira nk bercinta selepas kahwin" …..”Allah itu Maha Mendengar sayang" …… dan dia telah makbulkan doa sayang kan”…..Abang betul2 cintakan Mira tau, cuma Mira je sll jual mahal …Mira tersenyum bahagia dan memeluk erat suaminya…Mira pon cintakan abang……"Semoga perkahwinan kita akan kekal hingga ke akhir hayat sayang" ….
p/S :Cerpen pendek yg di reka sendiri ...hope korang enjoy bila baca eh...maaflah kalau ada kekurangan....menulis hanya utk suka2 jer..huhuhuhu
Manja
13/1/2012
1.10am
Manja
13/1/2012
1.10am
Insan datang dan pergi
Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.
Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.
Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.
Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.
Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.
Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.
Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.
Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.
Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?
Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain. Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.
Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya.
Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.
Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.
sumber dari blog i luv islam :)
Manja
12/1/2012

Pelengkap Hidupku
upku
Aku bagai laut
tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang
yang tak ditemani malam
Melihat dirimu
Ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari
Bila kau pergi jauh
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku
Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu
Peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam
Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temani ku sepanjang hari
Bila kau pergi jauh
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku
Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu
Oh peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam
Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia
Bila kau pergi jauh
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku
Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu
Oh peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam
Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia
Manja
11/1/2012
Every year berazam nk kurus ...
Haa…tiap2 tahun azam aku adalah nak kurus, tanyalah mana2 pompuan pon sapa taknak kurus kan….sama gak dgn aku nih….nk ramping cam zaman anak dara …beli baju xyah cuba pon..amik je saiz S …..hehehe …..
So buat kawan2 di luar sana ….ni ada tip aku amik kt blog I luv islam….
Jom cuba nak….
1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.
2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.
Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.
3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.
Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.
4. Minum air kosong secukupnya.
Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.
5. Ambil sarapan setiap hari.
Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.
6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.
Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.
7. Makan malam dengan tenang.
Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.
8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.
Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.
9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.
Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.
10. Lakukan sehari satu push-up.
Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.
Selamat mencuba! ;)
Manja
8/1/2011
Mencari cinta sejati
Persoalan selalu datang pada diri kita ...Selalunya mesti tentang cinta ..yg tua , muda akan penah merasa cinta ....Kalau cinta apa tandanya ..permulaaan nya kita akan rasa suka pada seseorang , bila kita dah rasa suka , akan timbullah rasa sayang ...seseorang kekasih apabila suka akan rasa sanggup buat apa sahaja yg disuruh oleh kekasihnya...Walau susah manapun dia rasa semuanya senang . Bila hasrat kekasih tidak dipenuhi rasa tidak lengkap la hidup , tp kenapa bila sesuatu yg di suruh Allah , kdg2 kita tidak buat ...Alangkah ruginya rasa hidup apabila saham utk akhirat kdg2 kita lupa utk melakukan semuanya demi cinta .Itulah penangan cinta pada manusia .
Dan Jika kita cintakan Allah , Kita akan sentiasa suka apabila diperintah , Bila ada sesuatu yg di suruh kita akan buat , dan sesuatu yg dilarang kita akan tinggalkan . Kita dengar dan taat pada suruhanNya , Itulah bukti cinta pada Allah . Malas , letih , sakit , susah , miskin semua nya tidak menjadi halangan.
Dengan kita sentiasa ingat pada Allah , tiba2 akan rasa kesedaran melanda . Nur akan menyinari hati kita ..Lalu tersentaklah bahawa cinta pada manusia bknlah cinta sejati .Ada cinta yang lebih hakiki Itulah cinta Allah .Kita akan mencari cinta itu melalui pembacaan , menyebut dengan lidah melalui berzikir serta bertanya pada para ulama. Sebenarnya itulah cinta pada Allah .
Mendalami cinta Allah , hati kita hendaklah tenang dan jiwa pun hendaklah tenteram , Jika hati sakit , kita hendaklah mengubat serta merawatnya dulu .Ubat hati ialah kembali pada asalnya , iaitu kembali dekat pada Alllah . Roh yang dekat pada Allah akan rasa tenang dan hati akan rasa tenteram .
Cinta pada manusia mmg indah kerana ia datang dari Allah S.W.T. Tidak ada ciptaan yang buruk di sisi Allah .Justeru bila kita mencintai Allah , InsyaAllah kita akan dikurniakan pasangan yang terbaik utk diri kita ..Kenal Allah ertinya merasakan keindahan-Nya , kebesaran-Nya ,Kegagahan-Nya serta kasih sayangNya..
Sejauh mana seseorang itu kenal Allah . sejauh itulah cintanya pada Allah.
Manja
4/1/2011
9.45pm.

Welcome 2012
Kejapnya masa berlalu , kita sudah menyambut tahun 2012 ...selamat tinggal 2011 yg byk memberi memory paling sedih dalam hidup aku ....salah satunya kehilangan orang yg paling aku sayang di dunia ini..Hanya Allah yg tahu hati aku......Aku sll bersangka baik pada Allah ....Bila DIA mengambil orang yg paling aku sayang , aku jadi semakin dekat padaNYA.....Hikmahnya sgt besar pada aku skrg....Alhamdullilah syukur sgt.
Okay 2012 lak akan menyusul dgn impian2 aku yg sgt besar .Harap dpt dilaksanakan dgn usaha dan kekuatan dlm menempuh impian tersebut dan yg paling aku x sabar sekali nk tgk adly masuk darjah 1, excited gila dan tahun 2012 aku dah berinjak ke usia 30 thn...wahhhh..cepatnya masa berlalu ...dan aku dah ada anak darjah 1. Hope semuanya akan berjalan dgn lancar ....dan melalui kehidupan ibu tunggal adalah saat2 yg paling sukar sbnrnya....Terlalu byk dugaan dan rintangan ....Hanya Allah yg tahu apa aku rasa sekarang....Hanya pada DIA tmpt aku mengadu.
Bersyukur sgt sbb di beri peluang utk trs hidup dan menghargai orang2 tersayang selagi Allah memberi aku kenikmatan utk bernafas di dunia ini dan setiap hari bila bangun pagi.....aku bersyukur sangat kerana masih di beri peluang itu dan bersama2 orang2 yg aku sayangi .Aku akan sentiasa menghargai mereka selagi diri ini di beri peluang .
Semoga tahun 2012 sentiasa memberi cahaya pada aku dan anak2 ...sentiasa di beri kegembiraan dan ketenangan serta org 2 yg aku sayangi semuanya diberi kesihatan yang baik dan dirahmati oleh Allah S.W.T. AMIN
Ya Allah,
Ya Allah ya Tuhanku ..
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
adalah yang terbaik untukku..
kerana Engkau Maha Mengetahui..
segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..
Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian,
di dunia mahupun di akhirat..

Subscribe to:
Posts (Atom)