Every year berazam nk kurus ...

Haa…tiap2 tahun azam aku adalah nak kurus, tanyalah mana2 pompuan pon  sapa taknak kurus kan….sama gak dgn aku nih….nk ramping cam zaman anak dara …beli baju  xyah cuba pon..amik je saiz S …..hehehe …..
So buat  kawan2 di luar sana ….ni ada tip aku amik kt blog I luv islam….
Jom cuba nak….

1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.

Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.


2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

 

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.


3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

 

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

 

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

 

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.


6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

 

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.


7. Makan malam dengan tenang.

 

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.


8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

 

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.


9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

 

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

 

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.


Selamat mencuba! ;)




Manja


8/1/2011

Mencari cinta sejati

Persoalan selalu datang pada diri kita ...Selalunya mesti tentang cinta ..yg tua , muda akan penah merasa cinta ....Kalau cinta apa tandanya ..permulaaan nya kita akan rasa suka pada seseorang , bila kita dah rasa suka , akan timbullah rasa sayang ...seseorang kekasih apabila suka akan rasa sanggup buat apa sahaja yg disuruh oleh kekasihnya...Walau susah manapun dia rasa semuanya senang . Bila hasrat kekasih tidak dipenuhi rasa tidak lengkap la hidup , tp kenapa bila sesuatu yg di suruh Allah , kdg2 kita tidak buat ...Alangkah ruginya rasa hidup apabila saham utk akhirat kdg2 kita lupa utk melakukan semuanya demi cinta .Itulah penangan cinta pada manusia .

Dan Jika kita cintakan Allah , Kita akan sentiasa suka apabila diperintah , Bila ada sesuatu yg di suruh kita akan buat , dan sesuatu yg dilarang kita akan tinggalkan . Kita dengar dan taat pada suruhanNya , Itulah bukti cinta pada Allah . Malas , letih , sakit , susah , miskin semua nya tidak menjadi halangan.

Dengan kita sentiasa ingat pada Allah , tiba2 akan rasa kesedaran melanda . Nur akan menyinari hati kita ..Lalu tersentaklah bahawa cinta pada manusia bknlah cinta sejati .Ada cinta yang lebih hakiki Itulah cinta Allah .Kita akan mencari cinta itu melalui pembacaan , menyebut dengan lidah melalui berzikir serta bertanya pada para ulama. Sebenarnya itulah cinta pada Allah .

Mendalami cinta Allah  , hati kita hendaklah tenang dan jiwa pun hendaklah tenteram , Jika hati sakit , kita hendaklah mengubat serta merawatnya dulu .Ubat hati ialah kembali pada asalnya , iaitu kembali dekat pada Alllah . Roh yang dekat pada Allah akan rasa tenang dan hati akan rasa tenteram .

Cinta pada manusia mmg indah kerana ia datang dari Allah S.W.T. Tidak ada ciptaan yang buruk di sisi Allah .Justeru bila kita mencintai Allah , InsyaAllah kita akan dikurniakan pasangan yang terbaik utk diri kita ..Kenal Allah ertinya merasakan keindahan-Nya , kebesaran-Nya ,Kegagahan-Nya serta kasih sayangNya..

Sejauh mana seseorang itu kenal Allah . sejauh itulah  cintanya pada Allah.


Manja

4/1/2011

9.45pm.

Welcome 2012

Kejapnya masa berlalu ,  kita sudah menyambut tahun 2012 ...selamat tinggal 2011 yg byk memberi memory paling sedih dalam hidup aku ....salah satunya kehilangan orang yg paling aku sayang di dunia ini..Hanya Allah yg tahu hati aku......Aku sll bersangka baik pada Allah ....Bila  DIA mengambil orang yg paling aku sayang , aku jadi semakin dekat padaNYA.....Hikmahnya sgt besar pada aku skrg....Alhamdullilah syukur sgt.

Okay 2012 lak akan menyusul dgn impian2 aku yg sgt besar .Harap dpt dilaksanakan dgn usaha dan kekuatan dlm menempuh impian tersebut dan yg paling aku x sabar sekali nk tgk adly masuk darjah 1, excited gila  dan tahun 2012 aku dah berinjak ke usia 30 thn...wahhhh..cepatnya masa berlalu ...dan aku dah ada anak darjah 1. Hope semuanya akan berjalan dgn lancar ....dan melalui kehidupan ibu tunggal adalah saat2 yg paling sukar sbnrnya....Terlalu byk dugaan dan rintangan ....Hanya Allah yg tahu apa aku rasa sekarang....Hanya pada DIA tmpt aku mengadu.

Bersyukur sgt sbb di beri peluang utk trs hidup dan menghargai orang2 tersayang selagi Allah memberi aku kenikmatan utk bernafas di dunia ini  dan setiap hari bila bangun pagi.....aku bersyukur sangat kerana masih di beri peluang itu dan bersama2 orang2 yg aku sayangi .Aku akan sentiasa menghargai  mereka selagi diri ini di beri peluang .

Semoga  tahun 2012 sentiasa memberi cahaya pada aku dan anak2 ...sentiasa di beri kegembiraan dan ketenangan serta org 2 yg aku sayangi  semuanya diberi kesihatan yang baik dan dirahmati  oleh Allah S.W.T. AMIN

Ya Allah,

Ya Allah ya Tuhanku ..
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
adalah yang terbaik untukku..
kerana Engkau Maha Mengetahui..
segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian,
di dunia mahupun di akhirat..

TERIMA KASIH ALLAH

Manja

Kesetiaan dlm perhubungan

Oh hati ,

Dalam sesebuah perhubungan , hati ini jika disakiti pedihnya bagai di siat seperti pisau ....Hati yg setia jika dikhianati akan rasa luluhlah dan akan rasa cinta itu bagaikan kejam ...Dunia ini terasa kosong dan gelap seolah2 esok tiada lagi ..

Dalam bercinta ataupon berkahwin , kesetiaan adalah sangat penting , hati siapa yang boleh menerima bila pasangannya telah menduakannya ....Ssh sebenarnya kita hendak mempertahankan cinta pada pasangan jika hati tidak  kuat  dgn godaan 2 yg datang ,biasanya kdg2 berlaku bila pasangan terjumpa orang lain dan akhirnya dia sanggup menduakan cinta ....Oh pedihnya hanya Allah yg tahu . Kdg2 kesetiaan itu rapuh bila godaan yg dtg terlalu kuat .Suami yg baik sanggup dibohongi , isteri yang setia sanggup dicurangi ..

Sebenarnya tidak semua begitu , cuma kdg2 dugaan dalam perkahwinan itu terlalu hebat ...Allah sentiasa menguji kita itu dgn pelbagai cara.... Jika kita rasa tidak kuat itulah penyebab berlakunya kes2 penceraian .Hati siapa yg sanggup dikhianati dan dipermainkan dan lebih2 lg bila dicurangi .

Hanya KEJUJURAN , KESETIAAN DAN KEIKHLASAN dlm sesebuah perhubungan yang akan menyuburkan rasa cinta kita pada pasangan. Dan selagi di hati kita ada ALLAH yg merajai hati , InsyaAllah kita tidak sanggup mengkhianati pasangan.....

Ingatlah CINTA pada ALLAH lebih kekal abadi.


p/s : dpt idea ini masa dlm keta on the way back to home serdang....tetiba je idea dtg hehehe ....


Manja

31/12/2011

10.48am

Awak !!!

Awak ....

Sejak pertama kali kita berjumpa saya tertarik pada perwatakan awak....kita terlalu gembira sbb kita berbincang byk perkara , mcm2 yg kita bualkan smpi kita tidak sedar terlalu cpt masa berlalu ...Saya x pasti apa perasaan saya pada awak ....yg pasti saya sng bila saya bersama awak , tp itu cuma perasaan suka  dan bkn bermaksud saya dh jatuh cinta kt awak.

Awak ,

sebenarnya saya tak suka bila saya berperasaan begini , saya jd takut dgn bayang2 saya sendiri , saya takut kita akan jatuh cinta sbb saya rasa bkn itu yg saya mahukan dlm perhubungan ini ...Hati saya blm bersedia lg menerima cinta dari sesiapa lg.....Saya taknak antara kita ada hati yg terluka.

Awak,

saya tahu setiap pertemuan dan juga perpisahan suma Allah yg rencanakan , saya gembira bila dipertemukan dgn awak ...awak seorang yg baik, kelakar  walaupon kdg2 awak mcm baran skit....awak tahu saya bersyukur sgt dipertemukan dgn awak.

Awak ,

Andai 1 hari kita tidak ditakdirkan untuk tidak bersama walaupon sbg kwn , saya nak awak tahu yg saya betul2 menghargai kehadiran awak dlm hidup saya walaupon sekejap cuma.....Andai kata ada perselisihan faham antara kita , jgnlah kita bermusuh dan saya akan doakan suma yg terbaik utk awak..

Awak ,

Andai kata awak dh ketemu jodoh biarlah awak sudah bersedia membimbing seorang wanita ke jalan Allah .Saya akan doakan awak bertemu jodoh yg baik suatu hari nanti.

Awak ,

Kalau awak terbaca post ini , saya nak awak tahu ...sbnrnya saya dah suka n sayang kt awak tp cukuplah suka sebagai kawan....Utk lebih jauh dari itu saya rasa hati saya benar2 blm bersedia selagi saya blm lg dpt tunaikan 2 impian saya yg sangat besar dlm hidup saya.

Awak ,

Setiap apa perkara yang kita buat di dunia ini , awak mesti igt ...Hanya Allah di sisi kita , Saya harap sgt awak boleh berubah dan tidak lupa menunaikan segala suruhan Allah bila tiba waktunya .....Saya begitu berharap awak akan berubah bkn demi sesiapa tp demi Allah S.W.T .Siapalah saya utk menghukum seseorang ...Hanya Allah yg boleh menilai baik buruknya setiap manusia itu ....

Awak ,

Semoga awak mendapat cahaya dan hidayah daripada Allah S.W.T ...saya doakan semua ini buat awak dan segala2nya yg baik utk awak.

Awak ,

Maafkan saya awak jika saya menguris hati awak .....Yg baik datangnya dari Allah dan yg buruk itu datangnya dari kita sendiri ......Semoga awak berbahagia ......

SAYA SAYANG AWAK ....

p/s : Jalan ceta ini takde kena mengena dgn sesiapa ....kalau ada yg terkena itu mgkn kebtlan je kot....hahahahaha...best tak jln ceta pendek yg direka ini .....bkn tiru dari sesiapa taww....rasa mcm nk buat novel la lak ...semakin berkobar lak idea dtg sejak akhir2 nih ....

Manja

29/12/2011

Hati kena bersih okay !!!

Nak ckp psl ragam orang ni, tak tertype la kat sini ... walaupon aku dah umur 29 thn tp mcm2 ragam jenis manusia dh jumpa..dan yg paling best adalah perasaan hasad dengki (PHD) , ini perasaan paling top di kalangan manusia2 di dunia ini ...Dengki lebih kepada kebaikan okay lg....tp dengki tu yg x blh tgk orang lebih sng or bgs  dari dia..itu yg bahaya .huhuhu..Ssh gak kalau dpt kawan mcm nih..tak sng ddk dibuatnya ....apa yg kita pakai , apa yg kita buat suma bg die mcm ada tarikan je nak tahu, kiranya  kita ni mcm artis yg die minat lah..hahaha...tp bg aku semuanya adalah rezeki masing2 ... Kalau kawan tu lebih sng dan mampu beli apa saja , lapangkan hati  ckp..Alhamdulilah murah rezeki die, Jika kita berusaha mana tahu 1 hari nanti kita akan jd mcm kwn kita tu.

Bila Allah bg rezeki kita murah , apa saja yg kita mampu beli , mampu pakai igt semuanya  dtg dari Allah , Kalau Allah nk tarik balik benda tu kejap jer....Yg penting kita sentiasa bersyukur apa yg kita ada ....

Sbnrnya hati ini kena bersih ....Jika lihat kwn @ family lebih sng...Alhamdullilah  rezeki mereka  murah , Jika lihat kwn2 @ family lebih ssh apa salahnya berikan bantuan atau bertnya kalau blh di tlg kita tlg.....Jauhkan perasaan hasad dengki dlm hati ....Bila ada rasa dengki dlm hati ini ia akan buat  hati kita tak tenang .....

Bila ada je rase dengki dlm hati , cpt2 lah istightar dlm diri , mintak dijauhkan perasaan itu .....Sll doakan yang terbaik utk family , sedara mara dan kawan2 ....InsyaAllah dgn mengingati  Allah hati kita akan rasa jauh dari perasaan hasad dengki .....

peace no war ya !!!! 


* Ingatlah  dgn mengingati Allah kita akan tenang.



 Manja

29/12/2011

Allah Maha Melihat


Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya

*Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata

Manja

29/12/2011