Kasih tidak terjamah



Cinta itu kadangkala perit dan kadangkala buat kita tersenyum..Cinta jua membuat kita begitu bersemangat dan kadangkala buat kita mcm down ...Percintaan yg di jalin pada mulanya begitu begitu indah dan lama kelamaan menjadi semakin hambar , di mana silapnya ...

Dalam perhubungan, ibaratkanlah ia seperti kaca. Jika terlalu erat digengam ia akan pecah dan melukakan diri. Jika pecah, walau dicantum kembali, ia tidak seperti asal lagi.

Maka berhati-hatilah, wanita ini dari rusuk kiri yang bengkok. Jika terlalu keras memaksa ia akan patah, dengan hikmah sahaja ia dapat dibentuk. Terciptanya bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan jua dari kaki untuk dialasi.Tetapi dekat di bahu untuk dilindungi, dekat di hati untuk dicintai, dekat di sisi untuk menjadi teman sejati.


Perkara yang paling kejam bila dalam perhubungan adalah secara tiba2 kita rasa tidak dihargai dan buat kita seolah2 tidak wujud dalam dirinya ..Pelbagai cara kita buat dengan mengambil berat dan menjaga dirinya  tp kita lgsg tidak dpt apa2 ....Dia trs jauh dan terus menjauh ...Kita terpaksa diam dan terpaksa menelan segala kepedihan yang ada ...Perempuan bila dah wujud rasa sayang di hatinya , hanyalah seorang saja di hati ..dan kdg2 mereka memerlukan perhatian..Bila kita ada orang sayangkan kita , tp kita tidak pernah hargai .

Pada yg bercinta , bersyukurlah kerana kita mempunyai pasangan yg sayang dan mengambil berat pada kita , selagi mereka masih ada di sisi hargailah , jgn bila dia dah pergi dari hidup kita , pada masa itu kita cuba utk mendapatkan semula, mungkin pada itu hatinya sudah tiada lagi untuk kita ...setelah berkali2 die dilukai ...mungkin mereka akan terus pergi meninggalkan kita ...Cinta yg tidak dihargai akan terus berlalu dgn meninggalkan sekeping hati yg terluka...Hargailah cinta ...
 ♥ Kadang kala bila kamu nekad menjauhi diri dari seseorang bukan bererti kamu tidak memikirkan dia, dan bukan kerana nilai rasa itu pudar, akan tetapi kamu mengerti akan satu hakikat bahawa kamu tak mungkin dapat bersamanya.. :,)
 
Manja
 
30/08/2012
 
 

Bahagia sebenar

"Nampak 'happy' bahagia memanjang, tak pernah rasa 'down' atau memang tak pernah sedih? Macam mana boleh sentiasa tenang? Tak pernah stres?"
Itulah antara soalan yang sering ditanya kepada saya. Mungkin sebab selalu nampak saya memilih untuk senyum dan ketawa.

Tipulah kalau dalam sepanjang hidup ini kita tak pernah langsung rasa sedih, 'down', kecewa, 'frust', stres dan lain-lain. Tipu sangat. Sejujurnya, jika saya lihat kepada kehidupan saya selama ni, ada terlalu banyak sebab untuk kecewa atau 'frust' atau sentiasa sedih. Mungkin ramai susah hendak percaya, tapi itulah hakikatnya.

Setiap kali jatuh, kita tak pernah keseorangan, ada orang lagi teruk daripada kita, lagi mencabar daripada kita. Inilah cara yang saya guna setiap kali berhadapan dengan kecewa, 'frust' atau pun kesedihan. Seteruk mana pun 'jatuh' kita dalam apa perkara sekali pun, lagi ramai yang lebih mencabar 'kejatuhan'nya tapi tetap bangkit dan terus berjalan.

Apa kata kita jadikan mereka inspirasi? Saat-saat begini, apa yang penting ialah cara pemikiran kita, cara kita menerima dan cara kita 'deal' dengan sesuatu 'kejatuhan' itu. Takkan nak terus hanyut dengan kejatuhan? Nak terus hilang saat kekecewaan?

Antara apa yang termampu dan boleh saya kongsi ialah:

1) Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik dalam kehidupan/orang lain. Jauhi tanggapan negatif. Susah? Ya, tapi sedarlah kita sendiri tidak sempurna semuanya.

2) Senyum sentiasa, cari/buat perkara yang boleh buat kita tersenyum dalam satu hari itu. Susah? Saat pertama kali buka mata pada pagi hari, ucapkan Alhamdulillah dan senyumlah kepadaNya, yang masih sudi memberi kita nyawa dan kehidupan.

3) Sentiasa menerima apa jua dengan hati yang terbuka. Masalah, kritikan mahupun pujian. Susah? Terimalah setiap kritikan demi memperbaiki diri menjadi lebih baik, pujian sebagai tanggungjawab dan amanah yang diharapkan dan masalah pula sebagai cabaran untuk jadi lebih baik.

4) Ketepikan memikirkan perkara yang remeh dan kecil yang tidak langsung memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. Susah? Tidak, kurangkan mengambil tahu perkara yang tidak membawa kebaikan kepada kehidupan kita, apatah lagi perkara yang kadang-kadang hanya mempunyai unsur negatif dan aib.
5) Memilih untuk membaca/melihat/menonton bahan yang positif dan berunsurkan ilmiah. Susah? Tidak. Paling mudah, mulakan dengan 'follow' mereka yang berkata-kata dengan kualiti dan baik seperti di Twitter. Sekurang-kurangnya, setiap kali membaca memberi kesan dan ingatan kepada kita.

6) Bergaul dengan mereka yang sentiasa positif dan sentiasa berkata serta beramal baik. Susah? Nanti tak ramai kawan? Tidak. Berkawanlah seramai mana sekalipun tetapi jadikan yang baik dan betul daripada mereka itu rujukan. Berpegang teguhlah kepada prinsip diri sendiri dalam berkawan.

7) Lupakan mencari kesalahan dalam sesuatu perkara tetapi jelaskan kebaikan sesuatu. Susah? Sebab sentiasa nampak semua orang salah dan kita betul? Lihat dan cermin kembali diri kita. Jangan mudah rasa diri cukup sempurna dan sentiasa betul.

8) Memberi sokongan kepada orang sekeliling dalam apa jua yang mereka lakukan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan jauhilah walau sekelumit pun perasaan kurang senang ataupun dengki. Susah? Nanti dia lagi berjaya? Bukankah setiap rezeki kita sudah ditentukanNya? Berusaha dan motivasikan diri sendiri untuk mencapai sesuatu.

9) Sentiasa mengamalkan gaya dan cara hidup yang betul dan positif. Jangan sesekali melanggar fitrah sesuatu yang telah ditetapkan. Susah? Ingat, setiap perkara yang kita lakukan sekarang, ialah tanggungjawab kita kelak.

10) Sentiasa tenang dalam membuat keputusan, fikirkan kesan akan datang yang bakal menyusul daripada setiap tindakan kita. Perlu berani di dunia maju? Ya, benar, tapi jangan sampai pada masa akan datang, sesuatu itu mampu mengaibkan kita.

11) Jangan takut untuk 'jatuh' dan sentiasa melihat 'ke bawah'. Bersyukurlah. Apa jua yang kita hadapi hari ini, walau sesukar mana pun, barangkali boleh menjadi impian buat orang lain.

12) Yang paling penting, sentiasa dekatkan hati denganNya. Sentiasa ingat, DIA sentiasa melihat kita dan DIA mahu kita sentiasa lurus di jalanNya agar bahagia kita itu bahagia yang menenangkan. Susah? Belum rasa 'rasa' itu? Carilah Allah. DIA sedang menanti kita. DIA rindukan kita.
Sejujurnya bahagia yang ditemani ketenangan itulah erti bahagia yang sebenar. Bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup membahagiakan. Tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila Allah SWT kurniakan rasa itu, rasa apabila setiap perkara yang kita lakukan ada redha dan berkat daripadaNya. Itulah erti bahagia yang sebenar.
Sentiasa percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya juga mampu membuat kita terus tenang dan terus berjalan meneruskan kehidupan untuk mencari redhaNya. Percayalah bahawa Allah telah merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hambaNya. Dengan itu, apa jua yang datang, kita akan hadapi dengan senyuman.

"Attach your heart to God and you will never be let down." (Imam Zaid Shakir)
- Artikel iluvislam.com

suka sgt article nih...bacalah..manja pon copy n paste, benda yg baik kan


Manja

29/08/2012

Kehidupan perlu diteruskan

kuatkan hati manja ...kehidupan perlu diteruskan..pandang ke hadapan..tinggalkan kesedihan ari ini..mungkin semuanya akan sempurna di masa hadapan...Allah yg merancang dgn baik...Selalu bersangka baik...Buat apa nk selalu hati disakiti jika orang lain tidak pandai menjaganya..Jagalah hati sendiri supaya terus tenang dan tidak sakit.....

Inilah kehidupan ..Jika kita rasa itulah sempurna bg kita tp Allah Maha tahu segala2nya ..yg peting bila masa kita bahagia jgn lupa utk bersyukur dan bila kita sedih lagi kita akan terus merintih dan berdoa padaNya....Semua ini mungkin hanyalah ujian dalam meniti hari2 yg mendatang..

Entah mana kekuatan yg aku dpt dan inilah bila aku selalu merintih dan mengadu padaNya...bila ada je perkara2 sedih serta merta aku dapat atasi dgn baik..walaupon pada mulanya sedih dan sebagai manusia biasa aku tidak dpt lari dari semua itu....

Semoga Allah sentiasa di sisi ...dan akan ada cahaya kembali utk aku terus bahagia ....

Amiin



Manja

8/8/2012

500am

Pasrah dgn ketentuanNya

Ya, setelah seminggu dua ni bermacam2 rasa yg bermain2 di fikiran ku, dan akhirnya ...jawapan yg aku terima ....Mmg rasa sedih dan rasa terduduk sekejap..Dugaan dalam perhubungan jarak jauh mmg hebat....Terlalu byk dugaan yg akan dtg...Kena byk berkorban demi menjaga perasaan masing2...Dan aku terus meminta petunjuk Allah kenapa dia seolah2 berubah ...Dan Allah Maha Besar , Alhamdullilah sekejap je aku dpt jawapan nya ....

Betullah kata pepatah yg mengatakan menyintai seseorang blm tentu kita akan dapat memilikinya ...terlalu byk rintangan dalam memperjuangkan sesebuah hubungan cinta ...Mmg kita menyintainya tp kdg2 akan timbul byk kelukaan ....byk perbalahan dalam mencipta keserasian bersama ..Aku cuba utk menjaga hati walaupon kdg2 aku seolah2 mendesak....salah aku ke bila aku bertnya kenapa die berubah , sgt ketara ...Sll akan telefon sehari berkali2 tp lama2 tiada..pelik kan....Hati pompuan mana x gusar tp aku ingin meminta penjelasan...Mungkin ada salah jgk aku buat mcm tu..Dan akhirnya die mencari orang lain utk menghiburkan hatinya ... kawan baiknya sendiri..rasanya tidak perlu kot sbb die tahu aku mmg tidak senang bila die bersama kawan baiknya itu.....Tp siapalah aku utk menahannya...Mungkin itulah cara utk die melepaskan rasa tidak puas hati nya pada aku melalui kawan baiknya....

Wahai hati bertabahlah , kuatlah hati demi untuk jalani hidup , Mungkin ini adalah dugaan hidup utk menjadi seorang yg bertambah matang dan kuat...Cinta yg baru terbina tidak sampai 3 bulan akhirnya hancur...bermacam2 kenangan antara kami berdua....bermcm2 impian antara kami akhirnya musnah....Bertenanglah wahai jiwa dan bersabarlah wahai hati, mungkin ada hikmah di sebalik semuanya ini ....Mungkin inilah petanda yang kami berdua tidak ada jodoh.
Biarlah rasa sedih dari sekarang sblm hubungan ini lebih lama lagi.
Sebenarnya bersyukur sbb aku lebih ingin perhubungan yg lebih serius bukan main2..sbb maybe faktor usia...Dan faktor usia ini bukan time untuk aku main2 lagi.dan bukan utk dipermainkan...dan elok jua sbb aku tidak membazir masa di situ .....Aku sentiasa bersyukur dan redha dgn apa yang terjadi dan tidak sesekali marah serta selalu maafkan apa sahaja yg die buat pada aku......

Semoga aku trs tabah dan trs kuat dlm menjalani segalanya..Amiinn


Manja

7/8/2012

400am

Sampai hujung nyawa



Tidak pernah
Ku terfikirkan
Bahawa kau dan aku
Ditakdirkan bercinta

Aku bagaikan tak percaya
Bila kau melafazkan
Kau cinta kepadaku

*Terasa indahnya perasaan
Sejak kau hadir dalam hidupku
Setiap hari merinduimu
Tanpa jemu ku menantikan mu

Gelora di jiwa membuatku gelisah
Menanti saatnya untuk bersama
Betapa sabarnya ku dibakar rindu
Yang menjulang-julang

cintaku kasihku kusimpankan untukmu
Tidak sedikit berubah hati
Bertapa setianya cintaku kepadamu
Sampai hujung nyawa

Kuberdoa agar kau pun setia...
Ya Tuhanku bahagiakan kami...

Silih Ganti rasa

TUHAN
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmatMU
aku syukur dan akur
lupa utk mengenangMU
dalm sibuk dunia yg gawat
KAU lupa ku ingat

TUHAN
Ampunilah hati yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaran-Mu
agar mengingatMU

TUHAN
BicaraMU tanpa suara
BelaianMU tanpa rasa
KAU terlalu dekat tanpa suara
namun cintaMu ketara jua


Via Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Tlg fahami selagi masih ada cinta !!!


Lagu ni mmg tourching dengar, kena lak mlm2....sayu jer...eh tetiba nk tulis blog...aku ni kalau tulis blog kalau x sedih , frust mmg x tulis arr huhuhu ...biasa arr kalau aku duk menaip dah tentu bab cinta ...kali ni tentang fitrah manusia dalam bercinta ...bg korang lah , kalau kita bercinta apa yg perlu sebenarnya ..kena ada pengorbanan ke? bila dilukai kena maafkan , bila berkali2 dilukai tetap maafkan ..konon sayang ...

Eh betul ke, lelaki time mula2 nak jer beria2 nk call kita , whatsup dan sms , masa tu kita belum lagi confrim jadi milik dieorg, tp bila dah mula declare mulalah buat mcm2 perangai , call dah jarang,sms pon elek..... isskkk ni bukan suma lelaki lah tp certain jer....tp melalui pengalaman aku lah ...kebanyakkan nya suma sama ...Eh bykknya pengalaman ko manja ..kikikiki ...Kalau korang lah apa korang nk buat dpt mcm ni...yg paling boring tu , dieorg buat perangai time kita dah mula syg ....agak x beragak kan ...( kalau ade fire ultraman mmg dah hangus dah..hahaha

Kdg2 rasa adoiii haiii sakitnye rasa ...pompuan kalau dah mcm tu, mcm2 lak pikir , dulu telefon smpi 4 ke 5 sehari tp lama2 bila dah declare sehari pon susah ....kdg2 kita je yg call  dan whatsup  yelah kita dah sayang la kan....kita je care perasaan dia...dia langsung....mcm2 alasan bagi ...

Senang ceta pompuan ni kesabaran ada tahapnya ...jgn lah terlalu mengambil kesempatan ...kalau sekali dieorg dah mula bosan , masa tu dah lewat kot untuk menghargai....kang masa tu korang jgnlah tourching bagai ....nk merayu pon mcm x guna la kan ...Cuba belajar memahami perasaan seorang wanita selagi mereka masih ada rasa sayang ....cubalah hargai mereka selagi masih ada cinta ..susah ke nk menjaga hati .....rasanye senang je kot tp perkara senang inila kdg2 kita tak amik peduli ...

Pompuan ni bila dah sayang .mereka akan sanggup berkorban dan rela maafkan walaupon berkali2 rasa disakiti ....Hati tu kdg2 sebal je terima apa yg pasangan dieorg buat....konon2 sbb sayang..kebykkan cam tu lah ....kan kan kan ...

okla2 oklah

Manja

6/8/2012