Mggu ni mcm kalut skit..jiwa kacau...bkn sbb putus cinta tp hati ni mcm di siat2 ..pedih ..huhuhu...Allah sahaja yg tahu.
Aku faham yg Allah temukan kita dgn seseorang, tak kiralah dgn cara apa pun....cara terlanggar ke, cara jumpa kt shopping complex ke, yg pasti itulah pertemuaan....tapi setiap pertemuan ianya akan berakhir dgn perpisahan...itu yg buat pedih sgt rasa....
dan tiap pertemuan akan selalu di selangi oleh kebahagiaan .....dan bahagianya rasa walaupon hanya sekadar lakonan , mcm ala2 jerat percintaan la bak kata Mek CT ...Bahagia nya maybe sbb hati dah suka ...mcm2 di kongsi bersama...cuba mengenali hati masing2.....cuba utk memahami ... walaupon tahu itu hanyalah lakonan tp x sangka lakonan tu memakan diri sendiri dan tut2 akhirnya berpisah ...huhuhu
Memahami yang tiap pertemuan itu sebenarnya membuat kita jadi lebih matang ....terus belajar menjadi lebih baik ...mengenali seseorang itu membuatkan kita lebih membuatkan kita belajar dan belajar dari kesilapan2 kita yg lalu...tapi hargailah seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita kerana mereka itulah kita lebih kenal erti hidup ini .....adakalanya indah adakalanya duka .....dari situ kita perlu menghargai betapa pentingnya kehadiran seseorang itu dlm kehidupan kita ....dan itu yg membuatkan kita jadi lebih matang...
Aku cuba bertenang dan memaafkan sesiapa sahaja yang sakitkan hati aku ....sbb aku tak tahu entah esok lusa aku ada lagi di dunia ini atau tidak....Ajal maut kita tidak tahu .....tp aku akan menghargai dan sentiasa mengingati sesiapa sahaja yg pernah hadir dlm hidup aku .....aku akan sll ingat segala memory manis dan aku akan buang segala memory pahit .....
TERIMA KASIH ALLAH ENGKAU TEMUKAN AKU DGNNYA... :)
Awak tahu x awak adalah kenangan terindah buat saya ..Walaupun hadir nya awak hanya seketika... Kita telah dipertemukan oleh Allah S.W.T ..pertemuan ini tidak akan terjadi kecuali dgn izin Allah kan awak ....
Bg saya awak adalah memory manis penah hadir dalam hidup saya ...dan bg saya juga awak adalah seorang yang amat menyenangkan saya ...saya gembira bila bersama awak...cara awak , perwatakan awak dan apa saja ttng diri awak buat saya happy sgt...terima kasih awak penah gembirakan saya walaupon hanya sekejap....snbrnya saya tidak tahu sjk bila sy suka kt awak walaupon sy tahu awak xde skit pon rasa suka kt saya.
Walaupun awak tidak penah anggap saya istimewa dlm diri awak tp saya bg sy awak terlalu istimewa bg diri saya, apa sahaja tentang diri awak saya akan igt ...apa saja lagu kesukaan awak telah terpahat di hati saya ...apa sahaja makanan kegemaran awak...saya igt dlm kepala saya...sehari sblm sy nk jumpa awak ari tu , saya nk masakkn tuk awak tp awak xnak..sy dah beli semua bahan2 tuk masakkan tuk awak ..itu buat sy btl2 terkilan smpi skrg.
Tapi awak .....saya sedar siapa diri saya ....bknlah seseorang yg akan buat awak akan tertarik , saya cumalah wanita biasa ..tiada apa yg menarik pun..kdg2 tidak dapat memenuhi permintaan awak ....Saya harap awak faham kenapa saya buat begitu...harap awak hormati keputusan saya.
Biarpun sekarang awak dah buang saya dlm hidup awak .....tp saya akan sentiasa doakan yang awak akan berjaya dalam hidup awak....dan awak akan berbahagia di samping orang yang bakal mendampingi diri awak....saya harap tiada rasa benci antara kita ....awak nk tahu x? Memory filem ombak rindu dn lagu ombak rindu terlalu mengingatkan saya pada awak.
Terima kasih awak sbb penah bahagiakan saya , gembirakan hidup saya walaupon awak hadir hanyalah seketika dlm hidup sy. Andai 1 hari awak perlukan saya dan ingin cari saya semula mungkin masa itu saya sudah jauh dari hidup awak....cukuplah hati saya sedih sbb awak jauhkan diri dari hidup saya , cukuplah saya derita bila saya dpt tahu awak tiba2 buang saya dari hidup awak dan saya sedih sgt sbb awak seolah2 x penah hargai saya yg penah hadir dlm hidup awak :( ...
Semuanya ada hikmahnya dan saya belajar semuanya ini dari kesilapan saya ..Yang baik datangnya dari Allah dan yg buruk semuanya dari kita kan awak.....
Korang pon tau kan?setiap pertemuan dan perpisahan dgn sesiapa jer semuanya Allah yg tentukan...Aku suka dgr cerita kawan2 yg kdg2 happy dan kdg2 dieorg sedih...semuanye pasal pasangan hidup masing2...melalui pengalaman dieorg dan aku sendiri , aku akan amik iktibar dan kdg2 sama2 belajar dari kesilapan....sesiapa saja akan melakukan kesilapan termsk diri aku....
Pertemuan dgn sesiapa saja walaupon kdg2 hanya sekejap tp ianya memberi memory yg sgt manis...betul gak kata pepatah ...Kita boleh suka pada seseorang dalam masa sehari , seminggu ataupon sebulan tp utk melupakan akan mengambil masa yg agak lama .... Dari situ kita cuba utk belajar mengenali diri masing2 ...cuba utk menerima kebaikan dan keburukan masing2 walaupon sekadar teman biase...sesiapa jer kalau dah suka , apa sahaja sanggup dilakukan.... kdg2 benda yg bodoh pon sggp dilakukan bila kita dah suka seseorang...tul x?
Ya ....Itulah pertemuan ...setiap pertemuan dgn seseorang akan meninggalkan cerita yg indah ..Kalau itu terjadi pada diri aku.....Setiap pertemuaan yg berakhir dengan perpisahan akan aku sematkan dlm hati ....Biarlah ianya hanya menjadi kenangan manis ...Biarlah pada seseorang itu amat menyakitkan....dan aku sentiasa bersyukur pada Allah dipertemukan dgn seseorang itu walaupon ianya berakhir dgn kekecewaan..Dengan cara itu kita belajar ttng kesilapan diri kita ....Walaupon kdg2 kita saja yg igt padanya tp die tak ada sedikit pon igt pada kita ....malah terus buang kita dari ingatan.....
Sebenarnya dunia ini berputar ...Jika sekarang kita buat seseorang itu terluka , besar kemungkinan ianya akan berbalik pada diri kita ...Seboleh2 nya kita jgn lukakan hati orang lain...sentiasa memberi kemaafan dan meminta maaf sekiranya kita yg melakukan kesalahan juga kesilapan...tp terpulang pada orang itu hendak terima atau tidak....yg penting kita dah minta maaf..
Sentiasa mendoakan yang terbaik walaupon seseorang itu dah lukakan hati kita .....Pedih kan rasanya bila kita hanya tahu kita bknlah sperti dia diharapkan.....hanya pandang sebelah mata ...dan diperlukan bila tika kesunyian.....Keikhlasan dan kejujuran dlm berkawan hanyalah perkara remeh padanya ...
Dan perpisahan pula akan meninggalkan kesan yg mendalam ...kita faham ....suka pada seseorang tp dia tidak pernah menghargainya itu amat2 pedih sbnrnya .... kita cuba memberi yg terbaik ...dan bila sesuatu perkara yg menyebabkan seseorang itu rasa marah dan tiba2 trs buang kita dari hidupnya....itu yg ralat sbnrnya...apa sahaja yg berlaku , benda ini semua akan berbalik pada diri kita , tp tak tahu masanya bila saja....
Sebab itu aku akan sentiasa hargai setiap pertemuan dan perpisahan yang dtg pada diri aku.tak kisahlah sama ada kejap atau lama setiap pertemuan itu...seboleh2 aku xnak perhubungan itu putus begitu sahaja walaupon seseorang itu pernah sakitkan hati aku...aku pernah rasa diduakan oleh teman lelaki ....tp aku maafkan die dan doakan yg terbaik pada dirinya dan smpi skrg walaupon dia telah berkahwin tp kitaorang masih berkawan dan tidak penah menyimpan dendam sbb dia penah membahagiakan hidup aku.....aku tak akan anggap nya musuh atau membenci diri dia....
Apa yang kita harapkan selepas perpisahan yg die juga akan mengingat kita walaupon tiada rasa suka , rindu dan juga sayang...cukuplah dia mengingati sbb kita penah bahagiakan die....cukuplah dia mengingati kita yg penah gembirakan hatinya ....cukuplah dia mengingati kerana kita penah hadir dlm dirinya walaupon bgnya tiada kesan langsung kehadiran kita disisinya .....
Sentiasa doakan yg terbaik pada sesiapa yang penah hadir dalam hidup kita ....Semoga kita dan dia dipertemukan dgn orang yg akan membahagiakan dan memberikan cahaya kehidupan ....Aku akan selalu mendoakan yg terbaik pada sesiapa sahaja yg penah hadir dalam hidup aku ....tidak akan menyimpan dendam pada sesiapa walaupon berakhir dgn kekecewaan .....
DIA selalu ingin mendengar luahan kesedihan kita .
Apa saja yg direncanakan oleh Allah pada hambaNya, kdg2 semuanya ada hikmahNya...Allah sentiasa ada bersama kita di waktu senang , susah , sedih dan juga gembira ...Tak terhitung nikmat kesyukuran yg Allah berikan kepada kita dan sebagai umatNya sepatutnya kita sentiasa bersyukur dgn apa yang dimiliki ..Sentiasa menghargai orang2 di sekeliling terutama mak dan ayah...Apa saja yg berlaku semuanya dari Allah S.W.T ...DIA sentiasa ada dan bersama kita .
Kebahagiaan yg di cari dlm setiap insan....siapa yg xnak rasa bahagia kan...Alhamdullilah aku semakin bahagia di samping family dan anak2 tersayang...tidak dapat di gambarkan betapa gembiranya hati aku skrg....insan2 yg buatkn aku gembira adalah mak dan ayah....mereka berdua adalah anugerah tidak ternilai buat aku....Insan yg aku selalu doakan setiap kali selepas solat ....
Ayah
bg aku seorang yang sgt tenang...selalu menyokong apa yg aku buat, dan jika aku salah ayah akan tegur secara lembut , ayah sgt soft spoken pd anak2..
Mak
bg aku mak seorang yg sgt tegas...tp hati mak baik....dgn sikap tegas mak ni aku tahu serba serbi tentang kerja umah dari mengemas, memasak...Bila di pikir2 balik semuanya adalah utk kebaikan aku sendiri ....
Selain itu aku ada 2 org adik lelaki yg sll support aku iaitu Ijat dan shahrul.... 2 adik lelaki yg sgt aku sayang....mereka menjaga aku seolah2 aku ni adik perempuan ...padahal kakak sulung....hehehe
dan 2 lg anugerah Allah yg tidak ternilai ....my lovely son Adly n lovely daughter Yaya ,budak kecik berdua ni penghibur hati dan pengubat jiwa aku ....tanpa mereka aku tidak akan kuat seperti hari ini...
Ya Allah aku bersyukur padaMu ....selepas aku melalui episod sedih , Alhamdullilah hari ini aku semakin bahagia dan gembira kerana masih di kelilingi family , anak2 ,saudara mara , sahabat2 , kawan2 yg sentiasa menyokong aku......
Kebahagiaan dan kegembiraan ini tidak akan lahir jika aku tidak mengingatMu Ya Allah....Engkau panjangkan umur orang2 yg aku sygi ini serta berikan mereka kesihatan yang baik....Semoga diri ini tidak akan lupa padaMu ....
Pagi ini mama bangunkan aku seperti biasa, malasnya nk bangun pg sekolah…tapi disbbkan Aron yg handsome tu penguat semangat aku hendak ke sekolah…aku gagahkan juga…dgn langkah yg malas ke bilik air….aku hanya tenung jer air kolah itu… tiba2 mama menjerit dari luar….”Mira…dah siap ke? Cpt babah dah tunggu tu nk hantar kamu tu "…..Mira mcm tersedar dari mimpi….."alamak dh lmbt…hbslah mama membebel kjp lg.....
Sampai di meja makan aku hanya menjamah air nescafe tarik yg mama buat , cpt2 aku lari ke kereta .Nasib baik babah cool ….dlm perjlnan ke sekolah babah sll menasihatkan aku…bahawa ilmu itu penting dlm hidup….srh aku belajar rajin2….ketepikan dulu soal cinta....
Smpi di sekolah …aku tercarik2 kelibat Mila ….sllnya die tggu aku … tiba2 minah tu menyergah aku dari belakang…apa lg kuarlah ayat2 melatah aku……"eh ko ni Mira..muka je comel tp melatah mcm org tua…” "dah kau sergah aku apahal? "Ala aku saja je nyakat kau pg2 nih ...Mila terus menarik tgnku masuk ke kelas……di satu sudut bangunan Aaron hanya memandang gelagat 2 gadis itu dari jauh ….salah satunya amat menarik perhatiannya sjk dia mula2 jejak di sekolah ini ….bgnya gadis itu sangat comel dimatanya…..
Aron masuk ke kelas sperti biasa…kelas berjln seperti biasa….tahun ini dia akan menghadapi peperiksaan SPM …Aron terpaksa menumpukan sepenuh perhatian utk mendapatkan keputusan yg boleh membanggakan keluarganya.
Waktu rehat Mira habiskan masa di dlm library … Dia ingin mengulangkaji pelajaran kerana tahun ini juga dia akan menghadapi peperiksaan SPM…..Aron masuk ke dlm library…tiba2 matanya tertumpu pada seorang gadis yg membuatkan hatinya kdg2 berdebar laju ….Inilah peluang dia utk menghampiri gadis itu….
“Assalamualaikum Cik adik ? Boleh sy duduk sebelah awak? ” Mira mengangkat kepalanya….nak tercabut jantung Mira yg dtg menegurnya adalah jejaka yg begitu menarik perhatiannya selama ini .Mira control comel menjawab ….”Waaalaikumsalam….Haa ddk jelah..bkn kerusi saya pon…ni kan kerusi hak milik sekolah SMKSS …”Nama saya Aron….boleh sy tahu nama adik …..” Mira segera menjawab “eh sy bkn adik awak lah “Eh2 karek lak minah ini dgn aku…..ujar Aron dlm hati …."setahu saya lah kn soalan saya tanya nama awak je kan…..yg awak jawab mengarut ni apehal? Mira mula nk melenting ….Eh sukati sayalah nk jawab ke x, yg awak nk tengking sy ni apahal? "Eh maafkan saya"…ujar aron…sy x bermaksud nk tengking awak….” Mira menjeling Aron…Dia bangun dan trs meninggalkan Aron dlm keadaan terpinga2…..Dlm hati Mira sbnrnya berbunga2 gembira , lelaki yang diminati telah menegurnya, mahu tido malam termimpi2.
2 bulan berlalu ….dan hari ini masing2 telah tamat peperiksaan SPM ..Lega rasanya Mira…dan paling die sedih, selepas ini dia akan tinggalkan sekolah yg begitu byk memory manis dan pahit.Beratnya rasa hati….sejak kejadian di library itu…Aron hanya memandang Mira dari jauh…ssh bgnya hendak mendekati gadis itu….Dan Mira pun hanya melihat Aron dari jauh ….Seboleh2 dia xnak ada apa2 hubungan dgn mana2 lelaki selagi dia blm mencapai apa yg dia nak dlm hidup ini …..Biarlah rasanya bercinta selepas kawin..itu lg nikmat…Mira tersenyum sendiri.
Alhamdullilah Mira dan Aron dpt keputusan SPM yang sgt membanggakan….Masing2 telah terpilih ke Universiti Teknologi Malaysia …..Masa pendaftaran Mira terkejut….Dia ternmpk kelibat Aron …Eh dia pon dpt U yg sama dgn aku ke? Alaa….napelah boleh sama la pulak..ujar Mira dlm hati …Mungkin ini adalah dikatakan jodoh ….Mira tersenyum sendiri…Nasib baik kos tak sama …..Kalau x kena bertembung dgn Aron hari2 la alamatnya…..
Aron terkejut bila ternampak gadis idamannya ..Allah seakan2 tahu apa yg tersirat di hatinya …Sejak dari kes di library…Aron tidak berani menegur Mira ……dan Mira pon mcm sll nk jauhkan diri dari Aron….
Assalamualaikum Mira …Tak sangka jumpa awak di sini ….Mira menoleh ke belakang…Dlm hatinya berkata…”Ya Allah handsomenya Aron ini ….SubhanaAllah sempurnanya kejadian Allah …. “ errr Waalaikumsalam ..Tak sangka jumpa awak di sini Mira…..awak amik kos ape? Mira menjawab dgn cara berhemah …Saya amik kos accounting…..Awak lak amik kos apa? Aron tersenyum dan menjawab dgn sopan …Saya ambil kos Mekanikal Engineering…okla Aron saya nk balik bilik" Mira cepat2 berlalu pergi..."nanti ada masa kita jumpa lg lah eh….ujar Aron…”tgklah” jwb mira ….Mira masih seperti dulu…jual mahal....taknak ada komitmen dgn sesiapa.Aron merasa sedikit kecewa.
Dan pada tahun terakhir pengajian , Mama menelefonnya memberitahu ada org dtg masuk meminang…Mira hampir2 terduduk….Dia blm hbs belajar dan blm bekerja pun tiba2 telah dirisik oleh seseorang yg tidak dikenali…Mama ckp orangnya baik dan beragama dan mama ckp mesti aku suka….Luruhnya jantung aku ….
Majlis pertunangan berjalan seperti yg ditetapkan ….Hati Mira betul2 x dapat terima..dahlah dia x penah tgk bakal suaminya…entah 2 hidung kemek ke? Mata sepet ke? Mama dan babah ckp semuanya sempurna di mata mereka ……Di mata mereka tp di mata aku nanti…Aku yg nak kawin..Sehidup semati dgn bakal suamiku.
Tiba2 aku dikejutkan oleh bakal adik iparku ….”Kak mira …ini ada surat dari abg sy ..amiklah baca”….Mira tersenyum …Zaman 2 skrg pon ada org pakai surat …ujar mira dlm hati…
Mira membaca satu persatu ayat2 dlm surat itu..
Wahai bakal isteriku Mira..
Maafkan saya kerana saya tidak pernah nak ajak awak berjumpa dan tiba2 saya melamar awak sbg suri hidup saya…..Bg saya itu suma tidak penting sebelum berkahwin, lgpon kita bkn muhrim kan….tidak elok jika berjumpa berdua…saya x berharap awak terima saya..awak masih ada masa lg utk menolak saya selagi kita blm disatukan.Tp saya nak awak tahu….Saya akan membimbing awak ke jalan Allah dan saya berharap awak dpt menyempurnakan saya bila kita bersatu nanti…..Sy berharap awak lakukan solat Istiqarah mintak petunjuk Allah Semoga awak dan saya akan disatukan dengan izin Allah….InsyaAllah.
Insan yg terlalu mencintaimu
Tiba2 Mira rasa tersentuh apabila membaca surat itu …..dan Mira segera melakukan solat istiqarah mohon petunjuk Allah jika benar inilah jodohnya …dia akan terima..Hanya Allah yg benar2 tahu isi hatinya , Hanya Allah yg merancang segala2nya …
Dan bila tiba hari dia disatukan , Mira terasa berdebar2 utk pergi ke masjid….Dia terasa sungguh takut utk melihat wajah bakal suaminya itu…Sewaktu dia melangkah ke dalam masjid , Dia ternampak kelibat Aron di dlm masjid….Eh apa lg mamat ini buat kt sini ….mana aku pg ada je dia nih..takkan aku nk kahwin dia pun ada gak….Mira mengomel2 dlm hati ….
Dan alangkah terperanjatnya Mira , tiba2 lelaki yg duduk depan Tok Kadi adalah Aron…Lelaki idaman nya selama ini…Hampir mengalir airmata Mira dan dengan sekali lafaz , Mira sah menjadi milik Aron….Dan Mira menangis kegembiraan dan teresak2….Mama terperanjat dgn kelakuan mira..pikirnya Mira mesti rasa menyesal kerana berkahwin tanpa berkenalan terlebih dahulu ….Mira memeluk Mama….”Mama , Mira bersyukur sgt ditemukan jodoh dgn Aron ….Sjk sekolah menengah kami kenal cuma x penah rapat ….masing2 antara kami hanya memendam rasa cinta ..dan ari ini Mira gembira mama …Jodoh Mira adalah dgn orang yg Mira suka dan cintai ma…..Mira memeluk erat mamanya …terima kasih Mama..
Masa majlis membatalkan air sembahyang…Aron hanya mengenyit mata pada mira ….Mira mencubit bahu Aron….”Eh sakitlah sayang”…Aron mengaduh…Awak nakal eh?buat saya mcm nih…muka Mira kemerah2an....Mira buat muka masam "Eh syg nanti kita cerita eh...Aron tersenyum gembira.
Selesai segala majlis , Aron dan Mira masuk ke bilik tidur …..Aron memegang tangan Mira ."Maafkan abg Sayang , Abg tak bermaksud nk lukakn hati syg…kan elok kita mcm ni…bercinta selepas kahwin…lg best kan"……Mira menangis …."Allah makbulkan doa Mira bang …Inilah yg Mira berdoa hari2 selepas solat …Mira nk bercinta selepas kahwin" …..”Allah itu Maha Mendengar sayang" …… dan dia telah makbulkan doa sayang kan”…..Abang betul2 cintakan Mira tau, cuma Mira je sll jual mahal …Mira tersenyum bahagia dan memeluk erat suaminya…Mira pon cintakan abang……"Semoga perkahwinan kita akan kekal hingga ke akhir hayat sayang" ….
p/S :Cerpen pendek yg di reka sendiri ...hope korang enjoy bila baca eh...maaflah kalau ada kekurangan....menulis hanya utk suka2 jer..huhuhuhu