Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga
terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan
hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di
lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun ku tahu ada
hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu
Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala
apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan
dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri
segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah
daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku
berhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang
tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut
benci
No comments:
Post a Comment