Perbezaan suka ,sayang dan cinta

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Jika wanita itu jatuh cinta

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Cinta


Cinta .....

Ianya akan buat manusia akan berubah,
suatu perasaan yg tidak di duga ,
tp tidak semestinya kita mencintai ,
dan akan di balas dgn rasa yg sama .

Cinta

Kdg2 hati tidak sama sekali mengerti ,
Menyintai dan menyayangi orang tiada hati ,
betapa pedihnya mcm di siat2 bagai pisau belati ,
betapa beratnya rasa seolah2 di tekan objek yg sgt berat.

Cinta

Jika ini berlaku , redhakanlah ,
Mendoakan kebahagiaan orang yg kita sayang ,
Mungkin semua ini adalah ujian ,
dalam membentuk satu kehidupan yg lebih matang.

Cinta ,

Petunjuk Allah Maha Berkuasa ,
Dia tidak mahu hambaNya melupakanNya dlm cinta
Dia memberi petunjuk
Alhamdullilah rasa semakin tenang dan redha dgn ketentuanNya

Cinta ,

Berikanlah ruang utk berfikir ,
Menilai dan meneliti tentang realiti diri ,
Adakah ini adalah kerana  kekhilafan diri ,
Terlalu mudah menyintai dan menyayangi .

Cinta

Akan membuat kita semakin kuat ,
Akan membuat kita semakin tabah ,
Akan membuat kita semakin matang
Akan membuat kita berfikir dgn lebih rasional

ITULAH CINTA

Terima kasih Allah  atas segalanya.



Manja

19/5/2012

pergilah awak bersama kebahagiaanmu

Sukar digambarkan sbb seorang orang yg kita sayang , kita terpaksa lepaskannya.Kdg2 kita terlalu menjaga hatinya , tp dia tidak langsung menghargainya, malah buat kita mcm seolah2 tiada perasaaan .. betullah orang ckp, penyakit cinta lg teruk sebenarnya daripada penyakit2 luaran kan....Bila ia melibatkan hati , kita akan jadi tidak keruan .... Hati kita menidakkan bayangannya muncul tp ia semakin hari semakin ia dtg menghantui kita ...

Pedihnya hanya Allah yg tahu , pergilah awak dgn kebahagiaan awak cari , saya redha dan sentiasa doakan awak....Saya penah ckp kt awak , if kita nak carik seseorang utk menemani kita , cariklah orang yang sayangkan diri kita , tp itu tidak pada saya .. :(

Benarlah kata pepatah , Jika kita ingin lihat orang yang kita cintai bahagia , lepaskan lah dirinya. Maafkan saya awak .... saya terpaksa lepaskan awak demi kebahagiaan awak ....Saya akan sentiasa berdoa utk awak ..Semoga awak menjadi seorang yg berjaya 1 hari nanti ..doa saya mengiringi kejayaan awak ... biarlah saya rawat hati saya dengan masa dan waktu yg akan menyembuhkannya.


Jika kita ingin melupakan seseorang , cubalah buka hati agar yg lain menolongmu.Beri peluang dan kesempatan utk orang lain mencintai dirimu dgn lebih baik ..

InsyaAllah Allah telah tetapkan yang terbaik buat hambaNya.

Amin Rab bana Alamin.



Manja

18/05/2012

Andai ku bercinta lagi




Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Teman bicara




Bukan sekali bukannya dua
Telah sering kita berjumpa
Belum pernah tertarik rasa
Kita sekadar kawan biasa

Aku kenali siapa dirimu
Kau pun tahu siapa diriku
Kerna engkau teman bicara
Antara kita tiada rahsia


Tiba-tiba ku lihat sikapmu
Tidak seperti dulu
Terhadapku kau menaruh hati
Sejak bila tak ku sedari

Tiba-tiba ku rasa diriku
Tidak seperti dulu terhadapmu
Ku menjadi resah
Sering kehilangan kata-kata

Kini bila bertentangan mata
Bergementar seluruh anggota
Entah mengapa tiada ku tahu
Berdepan denganmu ku terasa malu

Tidak semua cinta bersatu


Di antara saya dan awak , sudah terjalin 1 ikatan yang di nama persahabatan , tp kita di uji di dalam perhubungan ini . Dlm persahabatan ini tiba2 saya merasai saya telah mencintai awak dlm diam.

Inilah  pertemuan yang ditakdirkan oleh Allah . Allah yg temukan saya dgn awak selepas saya kehilangan orang yg sy syg, awak muncul menyinari hidup saya  tp saya hanya melihat dan memandang dgn lesu , kdg2 terdetik siapalah saya di sisi awak.Terlalu byk persoalan di hati saya sekarang  tp akhirnya awak telah memberi saya jawapan dan saya dpt terima sekarang . Awak seolah2 menidakkan kehadiran saya dalam hidup awak walaupon saya tahu awak terlalu perlukan saya. Jika awak tahu di dlm hati ini hanya ada awak cuma ada kisah kita berdua , sungguh kdg2 saya sakit apabila memendam rasa dan bila saya luahkan , awak hanya menganggap saya teman rapat ..tiba2 rasa sedih dtg dlm diri saya. Saya redha segalanya .

Bila saya jatuh cinta pada awak pon sy tak tahu , Saya mohon dan kdg2 ingin saja saya pulangkan saja di mana hati awak yg sepatutnya ia berada. Saya terlalu memberi perhatian  dan terlalu   menyokong awak , saya sygkan awak ,saya  tak nak tgk awak jatuh dan rebah .Bg saya kejayaan awak adalah kejayaan saya juga .

Antara saya dan awak , seharusnya bertaut pada kasih bukan mencari alasan utk lari dari hakikat sebenar .Dlm hidup ini , kdg2 kita rasa bahagia kerana dikurniakan oleh Allah rasa suka , sayang dan juga cinta , Namun setelah dipikirkan  semula , saya bukanlah sesiapa pon bg awak ..Hanya insan yang berada di belakang awak tika awak perlukan saya , saya redha .

Hal yg paling menyedihkan dan menyakitkan bila kita mencintai seseorang tp die tidak mencintai kita dan menganggap kita hanya lah teman rapat sahaja , ketahuilah awak , antara lelaki dan perempuan tiada istilah kawan rapat jika salah seorang ada menaruh perasaan .

Kehidupan ini bukan mencari cinta dan kebahagiaan  semata2  . Jika 1 hari nanti siapapun jodoh kita  dan ianya tidak  seperti yang kita inginkan , itulah sebenarnya hakikat perjalanan hidup kita . Allah itu Maha Berkuasa dan akan mengatur yang baik2 sahaja untuk hambaNya . Saya terima dengan redha.

Setelah semuanya berlaku dan saya terpaksa berundur dari persahabatan ini , berilah saya ruang dan masa utk saya merawatnya , beri saya ruang utk berfikir   , saya akan  hilang sementara dari pandangan awak ..Hanya Allah Maha  Mengetahui segala2 nya .

Maafkan saya awak.
Manja

17/05/2012