Di antara saya dan awak , sudah terjalin 1 ikatan yang di nama persahabatan , tp kita di uji di dalam perhubungan ini . Dlm persahabatan ini tiba2 saya merasai saya telah mencintai awak dlm diam.
Inilah pertemuan yang ditakdirkan oleh Allah . Allah yg temukan saya dgn awak selepas saya kehilangan orang yg sy syg, awak muncul menyinari hidup saya tp saya hanya melihat dan memandang dgn lesu , kdg2 terdetik siapalah saya di sisi awak.Terlalu byk persoalan di hati saya sekarang tp akhirnya awak telah memberi saya jawapan dan saya dpt terima sekarang . Awak seolah2 menidakkan kehadiran saya dalam hidup awak walaupon saya tahu awak terlalu perlukan saya. Jika awak tahu di dlm hati ini hanya ada awak cuma ada kisah kita berdua , sungguh kdg2 saya sakit apabila memendam rasa dan bila saya luahkan , awak hanya menganggap saya teman rapat ..tiba2 rasa sedih dtg dlm diri saya. Saya redha segalanya .
Bila saya jatuh cinta pada awak pon sy tak tahu , Saya mohon dan kdg2 ingin saja saya pulangkan saja di mana hati awak yg sepatutnya ia berada. Saya terlalu memberi perhatian dan terlalu menyokong awak , saya sygkan awak ,saya tak nak tgk awak jatuh dan rebah .Bg saya kejayaan awak adalah kejayaan saya juga .
Antara saya dan awak , seharusnya bertaut pada kasih bukan mencari alasan utk lari dari hakikat sebenar .Dlm hidup ini , kdg2 kita rasa bahagia kerana dikurniakan oleh Allah rasa suka , sayang dan juga cinta , Namun setelah dipikirkan semula , saya bukanlah sesiapa pon bg awak ..Hanya insan yang berada di belakang awak tika awak perlukan saya , saya redha .
Hal yg paling menyedihkan dan menyakitkan bila kita mencintai seseorang tp die tidak mencintai kita dan menganggap kita hanya lah teman rapat sahaja , ketahuilah awak , antara lelaki dan perempuan tiada istilah kawan rapat jika salah seorang ada menaruh perasaan .
Kehidupan ini bukan mencari cinta dan kebahagiaan semata2 . Jika 1 hari nanti siapapun jodoh kita dan ianya tidak seperti yang kita inginkan , itulah sebenarnya hakikat perjalanan hidup kita . Allah itu Maha Berkuasa dan akan mengatur yang baik2 sahaja untuk hambaNya . Saya terima dengan redha.
Setelah semuanya berlaku dan saya terpaksa berundur dari persahabatan ini , berilah saya ruang dan masa utk saya merawatnya , beri saya ruang utk berfikir , saya akan hilang sementara dari pandangan awak ..Hanya Allah Maha Mengetahui segala2 nya .
Maafkan saya awak.
Manja
17/05/2012
No comments:
Post a Comment