Ya Allah, aku tak ingin sendiri ...


Ya Allah ..
Seandainya telah Engkau catatkan dia akan menjadi teman hidupku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan di antara kami agar kemesraan itu abadi,

dan Ya Allah ..
ya Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi ..

tetapi Ya Allah ..
Seandainya telah Engkau takdirkan ..
dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku.
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah ..
ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar jauh bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agar aku dapat berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya..

dan Ya Allah yang tercinta ..
Gantikanlah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah ya Tuhanku ..
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
adalah yang terbaik untukku..
kerana Engkau Maha Mengetahui..
segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian,
di dunia mahupun di akhirat..

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yang Engkau redai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh..

Amin Ya Rabbal 'Alamin.
 
copy and paste (http://amnahshah.blogspot.com/2011/03/ya-allah-aku-tak-ingin-sendiri.html)

Demam ombak rindu

okay...okay puas hati dpt tgk ombak rindu hari ini..ceta yg suma org ckp best giler, okla jln cerita tp pada aku , aku x rase cerita tu boleh buat hati aku nih sedih huhuhu ..ape dlm hati aku ni xde taman ke?mmg skrg dlm hati aku xde taman hahahaha....adeehhhh....bila tgk aaron aziz nangis....xde lak aku ngs.....hati ape ko ni manja..aku smpi nak terlelap2 masa tgk ceta tu..dari awal smpi akhir sedih..hahahahaha..apelah kejam hati  ko ni manja....kutipan die dah 10 juta tu....

Definasi ceta ombak rindu yg aku faham , CINTA boleh terjadi dlm masa sehari , seminggu atau sebulan tp bila nk lupakan CINTA mengambil masa yg lama utk kita lupakan.Watak Haris tu die baru je berkenalan dgn Izzah tp disebabkan perwatakan izzah yg serba lembut dan dpt melembutkan hatinya yg selama ini  keras terus Haris jatuh cinta pada Izzah.Dan watak Mila pula dia tidak dapat memiliki CINTA Haris walaupon mereka merupakan teman sedari kecil .Dia dapat memiliki Haris bila haris bersetuju berkahwin dgnnya tp cuma memiliki Jasad bukan nya hati Haris .

Yang aku fahamlah ....CINTA tidak akan terjadi bila hanya seorang saja yg merasa ...Bila kita bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi ..CINTA itu tidak boleh di paksa....Bila  hanya seorang saja yg merasa tp yg seorang lg takde perasaan suka pada kita , maka tidak terjadi lah CINTA ....Kita kena redha dan terima hakikat  mgkn die bukan yg terbaik utk kita tp terbaik utk orang lain ....

Bila kita menyintai seseorang itu tidak semestinya kita dapat memiliki dirinya ....Kdg2 kita rasa sshnya  memilki CINTA yg setia  tanpa dikhianati ....tapi bila kita telah memilki cinta yg setia maka suburkan dan jgn sesekali kita mengkhianati cinta itu.....Sekali hati telah dilukai ssh utk dilupakan...Memaafkan itu mungkin tp utk melupakan itu payah ....

Jika kita sudah memiliki CINTA itu , tanamkan 3 perkara iaitu KESETIAAN  dan KEJUJURAN serta KEIKHLASAN dlm perhubungan .Mmg sukar sbnrnya utk kita mempertahankan CINTA  jika 3 perkara tersebut tiada dalam kamus hidup kita .....

Tapi ingatlah apa pon saja dlm bercinta ...bercintalah demi Allah ....InsyaAllah  cinta kita akan direstui oleh Allah S.W.T ...

p/s : sorylah kalau ape yg aku taip ni mcm melalut2 skit .....cuma nak fahamkan je cerita ombak rindu yg dah  box office tu ..hahahahha....terbaek ahhh.




MANJA

27/12/2011

10.45pm

Maafkan saya awak

KisaH sEdiH ( baca mesti baca ) ^_^ :D
---------------

Suatu petang yang damai.. Di sebuah Taman Tasik yang dipenuhi orang awam yang datang beriadah.. Kelihatan sepasang kekasih sedang ber'dating'..

Seth : Hai awak.. maaf sebab lambat..

Nora Elena : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?

Seth : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..

Nora Elena : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..

Seth : Awak... Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…

Nora Elena : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak..

Seth : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?

Nora Elena : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..

Seth : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas..

Nora Elena : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung tau..

Seth : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak.

Nora Elena : Hmmm.. Yelaa...

Seth : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni..

Nora Elena : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti..

Seth : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke?

Nora Elena : Ermmm....

Seth : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?

Nora Elena : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..

Seth : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.

Nora Elena : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok!

Seth : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?

Nora Elena : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!

Seth : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah.

Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.

Nora Elena : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!

Seth : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya..

Saya sayangkan awak, tapi..

Nora Elena : Tak payah nak tipu! (Nora terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Seth pada dirinya…)

Seth : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…

Nora Elena : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Nora mula menitis di pipinya..)

Seth : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.

Nora Elena : Saya sayang sangat kat awak.. (Nora mula mengesat air matanya…)

Seth : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…

Nora Elena : Awak... Tak kesian kat saya ke?

Seth : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum...

(Seth melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Nora yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata seorang lelaki bernama Seth itu akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT)
copy n paste from Fb sayangilah agamamu islam 

SELAMAT MEMBACA
Manja 
27/12/2011

CINTA

Jika di tanya pada semua di dunia ini , apa yang membuatkan mereka semangat dlm menjalani kehidupan ini , tentulah jawapan mereka adalah Family dan pasangan masing2....Pasangan hidup yg sentiasa menemani mereka dalam apa saja yg mereka lakukan dan menjadi tulang belakang apa setiap yg mereka usahakan ..

MANUSIA ,

Allah telah menjadikan semuanya berpasangan .Allah telah tetapkan sedari kecil setiap manusia telah ditetapkan jodohnya masing2...cuma kdg2 lmbt atau cepat je , Entahlah kenapalah aku ni , suka sgt membincangkan kisah CINTA ...Hidup tanpa CINTA akan rasa sunyi sepi ....Aku juga penah berkali2 kehilangan CINTA di kala usia remaja sehinggalah berkahwin ...Aku juga penah tinggalkan kekasih di kala usia masih mentah tidak tahu ape2 tentang CINTA , aku juga penah dikhianati cinta di kala hati aku sedang berbunga2 ..peritnya diduakan oleh kekasih hati hanya Allah yg tahu ...Aku juga penah merasa mencintai seseorang tetapi di tolak mentah2 hehehe...byk sbnrnye pengalaman aku dlm bercinta ini ...Semua itu membuat aku rasa lebih matang dan tabah menghadapi hari2 mendatang.

Tapi mak aku sll pesan, Jika pilih pasangan mestilah mengambil seseorang yg suka dan amat mencintai diri kita , Orang mcm ni bila die dah dpt memiliki hati dan cinta kita , die akan menjaga dan mencintai kita seumur hidupnya..Itulah berlaku pada aku , Arwah suami ku seorang yg betul2 suka dan cintakan aku apabila mula2 kami berkenalan dulu..perasaan aku pada nya pada awalnya  hanyalah benci ....tapi bila melihat kesungguhannya utk menjadikan aku sbg teman hidupnya membuat aku menerimanya sebagai teman hidupku, betul lah ckp mak , Bila kita memilih orang yg cintakan  kita , Dia akan menjaga kita dgn kasih sayang yg tiada tandingannya ...Arwah suamiku betul2 menjaga ku seperti puteri raja sehingga nafasnya yg terakhir :( , Okay itulah die definasi cinta yang aku tahu sedikit melalui pengalaman hidup aku ....

Topik cinta adalah topik yg sgt best utk dibincangkan...CINTA pada suami @ isteri , CINTA pada family , CINTA pada kerjaya tp yg paling utama adalah CINTA pada Allah S.W.T ..Bila CINTA berlandaskan jalan Allah , InsyaAllah CINTA selalu mekar dan subur di hati kita ....

P/S :Maaflah jika lately nih aku byk membincangkan kisah CINTA. bknlah sbb aku bercinta cuma kdg2 idea pasal CINTA ini datang mencurah2 lak...so aku pon type la kt blog ini ..terima kasih sgt2 pada sesiapa yg sudi membaca ...

Hanyalah luahan hati manusia biasa

Manja

27/12/2011

4.24am

99 Nama Allah


Zikir Asma Ul Husna (99 Nama Allah) yg elok sll di dengar ..rasa tenang yg amat sangat ....Dengarlah walaupon sekali sehari....dengan mengingat NYA , InsyaAllah jiwa kita akan tenang .....


Manja

27/12/2011

2.49am

Patah seribu


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

Cahaya

Setiap manusia inginkan cahaya menyinari mereka....Walau mcmanapon cahaya menyinari ianya kdg2 kita akan jua berada dlm kegelapan...Manusia yang mencari2 cahaya kdg2 leka dlm kehidupan DUNIA ..Kehidupan yang penuh dgn pancaroba....penuh onak berliku .....

Sebenarnya cahaya itu sentiasa menyinari hidup kita jika mengingati  Allah  S.W.T . Allah Maha Besar , Maha berkuasa atas segala2nya.  Manusia  mana   yg tidak melakukan kesilapan..kdgkala kta sendiri tidak dpt memaafkan seseorang yg telah menyakiti hati kita ....Tp seboleh2 nya cubalah hindarkan dendam , benci dalam hati kita ...Cuba belajar memaafkan orang yg telah sakitkan hati kita InsyaAllah hati kita akan rasa lapang dan tenang ...Sebelum tidur niat dlm hati yg kita memaafkan semua yg penah sakitkan hati kita...Kita juga melakukan kesilapan dan kita juga ingin orang memaafkan kita kan....

Hidup ini hanya sekali , seboleh2 nya kita mempergunakan dgn cara yg berfaedah....gembirakan hati kita walaupon kdg2 hati kita sedang bersedih.....tersenyumlah pada semua org walaupon hati kita merasa sayu yg teramat sgt.....Selalulah menghargai kehidupan kerana esk lusa kita tidak tahu yg kita akan dapat menikmatinya lg di dunia ini.

Yg penting kita tahu dan sll ingatkan dekatkan diri pada Allah S.W.T .Sentiasa menyebut nama Allah walaupun sekali sehari  ..Sentiasa berzikir dan tidak lupa melakukan semua kewajiban pada Allah InsyaAllah akan ada CAHAYA yg menyinari hidup kita ...

Ingatlah dgn mngingatiNYA jiwa kita akan tenang


Manja

26/12/2011

2.00 am.