Rehatkan Hati

Lalu, diketika saat-saat dirimu dan diriku diuji, sudi apalah kiranya kita REHATKAN HATI...

Mengapa setelah berzikir, solat atau berdoa hati belum tenang? Sedangkan Allah telah menetapkan dalam Al Quran bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang? Khususnya ketika menghadapi ujian rumah tangga mengapa hati kita masih resah, kacau dan galau walaupun sudah berbuih mulut meluahkan kalimah-kalimah zikir? Justeru, ramai isteri atau suami mengadu, mengapa hati mereka tidak tenang walaupun telah berzikir ketika menghadapi krisis, ujian dan kesusahan dalam hidup berumah tangga?

Mengapa kita belum mendapat ketenangan sepertimana yang dimiliki oleh pasangan Sayidina Ali dan Siti Fatimah walaupun kita telah berzikir dengan kalimah subhanallah, alhamdulillah dan Allah hu Akbar, sama seperti yang pernah diamalkan oleh mereka? Apa yang tidak kena dengan zikir kita? Bukankah kalimahnya sama? Bukankah jumlah atau bilangannya sama?

Tidak syak lagi kita tidak dapat menghayati maksud tersirat daripada kalimah-kalimah zikir itu. Berzikir tanpa menghayati falsafah dan makna tersirat di sebaliknya, umpama burung kakak yang pandai bertutur. Untuk menghayati makna zikir sehingga meresap ke dalam hati perlukan ilmu, amalan dan latihan. Marilah kita sama-sama kita fahami apakah kesan atau rasa-rasa yang perlu dirasai oleh hati apabila kita mengingati Allah (berzikir). Antara rasa-rasa itu ialah:

1. Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain sifat kekurangan seorang manusia apabila berdepan dengan ujian daripada Tuhannya. Apabila diuji dengan karenah pasangan, kekurangan harta, anak-anak sakit dan sebagainya, seorang suami atau isteri yang memiliki rasa kehambaan akan sedar bahawa semua itu hakikatnya datang daripada Allah. Firman Allah:

“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”

Bila menyedari hakikat itu, seseorang akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Hatinya berbisik, “bukankah aku seorang hamba? Aku sewajarnya akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini. “ Hatinya tidak akan berkata, “kenapa aku, bukan orang lain?” Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Sebaliknya jika kita ‘memberontak’, hati akan bertambah kacau. Let go, let God – maksudnya lepaskan dan pasrahlah kepada Allah.

Apakah tanda-tanda kita memberontak apabila diuji? Kata Imam Ghazali rahimahullah, “cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah ‘memberontak’ kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya!” Misalnya, seseorang suami atau isteri itu tidak mahu lagi untuk makan dan minum secara teratur, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan rumah atau menjaga anak-anaknya lagi.

Marilah sama-sama kita ingat, apabila ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’, “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un.” Firman Allah:

“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. (Surah al-Baqarah 2:156).”

Kalimah ini mengingatkan kita agar kembali merasakan erti kehambaan. Bahawa kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini. Dengan ini kita akan dapat menurunkan rasa marah kepada pasangan, anak-anak, mertua atau sesiapa sahaja anggota keluarga kita. Ya, mereka berbuat demikian atas izin Allah jua!

2. Rasa bertuhan.

Rasa kehambaan yang serba lemah, itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Apabila kita rasa lemah, timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Apabila kita rasa kurang, timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Apabila kita dihimpit kesedihan semakin kuat rasa pergantungan, pengharapan, permintaan kita kepada Allah. Mungkin selama ini kita terlalu bergantung kepada suami, isteri atau anak-anak.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina dan lemah. Sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa sabar, tenang dan berani menghadapi apa jua masalah dalam rumah tangga. Seorang suami yang paling kuat menghadapi ujian dalam hidup ialah suami yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Firman Allah: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. (Surah Taubah 9:40)”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan rasul sanggup berdepan dengan karenah isteri mereka. Nabi Luth, Nabi Ayub, Nabi Nuh misalnya, mampu menghadapi ujian yang paling kritikal dalam rumah tangga mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah: “Dan pintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat. (Surah al-Baqarah 2: 45)”

Dalam apa jua keadaan – positif mahupun negatif, hati suami atau isteri tetap tenang. Firman Allah: “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana. (Surah al-Fath 48:4)”

Apabila hati tenang, berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang dilaporkan oleh Sa’ad bin Abi Waqqas: “Aku hairan dengan orang beriman, sekiranya dia mendapat kebaikan, maka dia akan memuji Allah dan bersyukur, dan sekiranya dia mendapat musibah dia akan memuji Allah dan bersabar. Dan setiap mukmin diganjari dalam setiap urusannya sehingalah diberi pahala pada setiap suapan makan yang diangkat ke mulut isterinya.”

3. Memahami maksud takdir Allah

Mana mungkin kita dapat mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam bahtera rumah tangga kita ialah hati. Hati yang bersifat berbolak-balik (terutamanya apabila diuji) hanya akan tenang apabila kita meyakini sifat kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya tetap bersama kita sewaktu diuji. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan buruk. Walaupun kekadang kita belum nampak kebaikannya, percayalah kebaikannya pasti ada.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baiklah kepada Allah, berdasarkan firman-Nya: “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al Baqarah 2: 216)”

Siapa tidak inginkan keharmonian, kasih sayang dan kemakmuran dalam berumah tangga. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, krisis masih berlaku jua, maka bersangka baiklah dengan Tuhan. Mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita kesempitan belanja, maka berusahalah untuk menambah pendapatan, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Dengan ini kita tidak akan merungut, stres dan tertekan. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Jagalah rumah tangga kita dengan sebaik-baiknya. Carilah jalan damai sehabis daya. Namun ingatlah jika badai terus melanda, ingatlah itu sudah maktub (tertulis). Jangan rosakkan hati kita dengan kalimah “kalau” atau “jika”. Hayati sabda Rasulullah saw ini: “Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,’ kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” (Hadis riwayat Muslim)

4. Mendapat hikmah apabila diuji.

Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Ra­sul­ullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja.”

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah para suami atau isteri meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah. Rumah tangga adalah medan ‘perjuangan’ melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan lain-lain sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara suami isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, mertua dengan menantu.

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah kata-kata hikmah ini: “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”

Ya, inilah empat rasa yang sewajarnya ada ketika kita berzikir sewaktu mengharungi ujian dalam berrumah tangga. Bawalah hati kita berehat… dan rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat. Oleh kerana itulah Rasulullah saw sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, “rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!”

Hasil nukilan Ustaz Pahrol ..

Tenang Bila Ingat PadaMu

Sbnrnya susah nak terangkan istilah tenang ini , seseorang bila mendapat ketenangan ini akan merasai ketenangan yang tiada di mana2 kecuali di hati kita..Ketenangan ini akan berlaku bila kita selalu mengingati Allah dan tidak meninggalkan segala suruhanNya...Setiap apa yang berlaku pada hidup seseorang semuanya pasti ada hikmahNya.

Tiap pertemuan dan perpisahan yang Allah aturkan untuk hambaNya adalah sesuatu yg akan kita ingati dan terimanya dgn hati yg redha.Allah tidak akan menguji melainkan hambaNya mampu menerima ujianNya...Dgn izinNya dan adanya ujian ini menjadikan kita selalu mengingati Allah.Aku sll igtkan diriku dgn bersangka baik pada segala2Nya..Aturan Allah itu amat hebat dan semuanya adalah terbaik utk hambaNya.Betapa besarnya kurniaan yang diberikan dan sentiasa bersyukur atas segalanya.

Dengan ujian ini juga kita akan lebih menghargai orang2 yg berada di sekeliling kita, kerana masih belum terlewat utk kita menghargai segalanya selagi kita masih diberi peluang bernafas di bumi Allah S.W.T

Dengan mengingati Allah S.W.T ,Alhamdullilah ketenangan ini akan muncul dgn sendirinya... Selepas semuanya yg dilalui niat utk melakukan umrah semakin berkobar2 dlm hati ini ..sesuatu yang sblm ini aku tak terfikir lgsg...

Ya Allah , aku sentiasa berdoa semoga sinar dan hidayah yang diberikan olehMu ini akan sentiasa subur dalam hati ini dan aku bersyukur sgt kerana diberi peluang oleh Mu Ya Allah utk memperbaiki dan mengubah diri menjadi lebih baik ...Hati ini sentiasa redha atas segala kemungkinan yang berlaku dan sentiasa berharap jgnlah Engkau pesongkan hati hambaMu ini , tetapkanlah iman dan semoga cahaya ini sentiasa menerangi kehidupan aku di masa akan datang..Amin rabbbana Alamin.

Manja

7/12/2011 3.04am

Alhamdullilah

Semua yg berlaku ada hikmahnye..setelah semua dugaan berlaku dgn sekelip mata dlm hidupku dan aku redha dan serah segalanya pada Allah....Alhamdullilah skrg aku dpt jalani hidup dgn tabah dan bahagia ..hati aku lebih tenang ...jiwa lebih tenteram & hidup lebih kepada kesederhanaan...aku tahu kesenangan yg Allah beri pada aku sblm ini hanyalah pinjamanNya pada aku....

Allah tlh memberi peringatan pada aku dgn mengambil org yg aku paling sayangi....dan peringatan itu membuat aku lebih dekat padaNya...YA Allah semua ini yg berlaku mmg bersebab...semua yang berlaku adalah ketentuanMu ....Aku penah bahagia dgn nya ..penah berkongsi kebahagiaan dgnnya tp itu hanyalah pinjaman Allah pada aku...Hanya Allah yang berkuasa atas segala2Nya ...

Banyak perubahan yg berlaku sjk berlaku peristiwa sedih itu, dari semua segi pada diri aku...Hanya Allah yg tahu ape yg berlaku....Aku hanya mengadu pada Allah...Semoga Allah sentiasa menerangi jiwaku dan lapangkan hatiku...semoga kebahagiaan ini milik diriku ..Amin.

Manja

Sepi

Kesepian ini adakalanya indah dan adakalanya begitu menghibakan aku...bl tiba waktu kita mengingati dia yg telah tiada , itu yg membuatkan kesepian itu lg menghibakan....Alhamdullilah bila semua itu berlaku pd aku, aku cepat2 mengingatkan diri aku yg aku x blh leka dgn godaan2 syaitan yg ingin menyesatkan umatNya...Kita ada Allah yg Maha berkuasa...

Allah akan menduga kita dgn mengambil sesuatu yg kita sayangi..Dia pernah hadir dalam hidup aku, seseorg yg begitu baik dan die juga pernah membahagiakan hidup aku....perasaan ini kdg2 membuatkan aku sedih bl teringatkan dirinya tp kehidupan ini perlu diteruskan...dugaan Allah ini membuatkan aku sedar yang Allah ingin menduga pada hamba2 yg tahan dgn ujianNya...dn salah seorgnya adalah aku...

Alhamdullilah dgn bersabar dan menerimanya dgn redha , aku dpt melalui kehidupan ini dgn tenang dan aku jd semakin tabah menjalani kehidupan yg akan datang...PAdaMu Ya Allah, maafkan bila hati ini tak sempurna menyintaiMu ..Pinta aku jgn Engkau pesongkan jiwa hambaMu ini... Amin

Manja

6/11/2011
7.00pm

Merindui dirimu :(

Pejam celik pejam celik dah nk msk 7 bulan arwah pg meninggalkan kami..kdg2 kesunyian ini tanpa die amat memilukan hati aku..aku cuba utk happykan diri tp bila tiba waktunya malam , rindu itu akan datang jua...Hanya pada Allah tempat aku mengadu...kdg2 terpaksa juga menangis tuk melegakan hati ini...Ya Allah kuatkan hatiku juga tabahkan hatiku bila kerinduan itu datang bertandang padaku ya Allah...Aku tahu , aku x ptt merindui org yg telah tiada, nanti maybe die di sana akan rase sedih gak, tp aku manusia biasa..aku tahu org yg penah merasai kehilangan akan faham ape ertinya rindu ini..rindu yg tidak dpt digmbrkan dgn kata2..rindu pada seseorang yg penah bertakhta di hati ini dn merindui orang yg telah tiada :(

Mmg ssh nk lupakan walaupon kdg2 aku cuba utk buat2 lupa..aku dh jarang tgk gmbr die, bkn aku nk lupakan trs cuma aku nk elakkan dr bersedih lg...Alhamdullilah kehidupan aku lebih happy n bahagia skrg..Now dah duduk di rumah mak dan ayah di kampung..mmg berat keputusan ini tp inilah keputusan yang terbaik...aku amat berterima kasih pada Abah dan mak yg selama ini melayan aku dgn baik sekali..Abah dgn mak adalah sangat istimewa buat manja.. dan adik- adik iparku Bahyah dan Acap ...korang berdua mmg adik yg sgt baik....Percayalah manja x akan lupakan korang semua.Korang adalah sebahagian dr hidup manja...terima kasih kerana merestui keputusan manja ..luv u all so much... sbnrnya ini adalah 1 keputusan yg sgt berat , tp demi aku dan anak2 inilah jalan terbaik...InsyaAllah aku akan jadi lebih kuat , tabah dlm melalui kehidupan yang akan datang...buat abang yg dirindui , hanya doa buatmu ...semoga Abang damai di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yang dikasihi Oleh Allah S.W.T Al-Fatihah.


Manja

2/11/2011

3.10pm

Hati tetap sama

Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku.

Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa. Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?

Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah ‘rules of life” – sunahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini … maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola.

Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?
Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran Itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji… katalah aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba… Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa.

Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula… Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha… Kita sudahpun beruasaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi?

Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Contohnya, dalam pernigaan. Kita ingin keuntungan besar, tetapi yang kita dapat hanya sedikit….

Namun, kerana kegagalan itu kita berusaha lebih gigih… akhirnya beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada orang lain yang pada mulanya mendapat keuntungan yang besar… tetapi keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Kerana dia mula relaks, over confident sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yang pertama. ?

Bijak dan baik sungguh aturan Allah. Benarlah kata bijak pandai, kegagalan itu anak tangga kejayaan. Contoh lain, ubat. Ubat itu pahit… kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. Begitulah kita dengan sesuatu yang negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika kita pandai dan bijak menanganinya. Jadi, dalam hidup kita harus belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera dirungutkan… Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti selepasnya.

Dalam dunia hari ini ada kelompok yang kuat berusaha tetapi longgar ingatannya kepada takdir Allah. Dan ada pula golongan yang seolah-olah kuat kepercayaannya kepada takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar. Kita mesti bebaskan diri daripada dua ektrem itu. Ekstrim pertama, bergantung kepada takdir kurang berusaha. Ini tidak betul kerana Allah ada peraturan-Nya… yang dipanggil sunnahtullah.

Dalam sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Untuk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak akan lulus… kerana sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak bolehlah kita hendak berjaya hanya dengan berdoa, solat hajat dan minum air penawar sahaja. Ini tawakkal tidak berbekal namanya.

Manakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kepada takdir. Dia percaya pada usaha ikthiarnya sahaja, lansung tak bergantung kepada kudrat dan iradat Allah. Ini salah. Kerana, usaha kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika Allah tidak mengizinkan-Nya.

Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yang sombong, lupa diri kerana disangkanya kejayaan itu dari kepandainya. Manakala kalau dia gagal pula, dia akan kecewa, dia putus asa. Jadi, berjaya pun rosak. Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apapun hasil usahanya, kedua-duanya merosakkan!

Sebaik-baiknya kita berusaha sungguh-sungguh dan kemudian bertawakkal – berserah kepada Allah. Kata orang, hujung akal, baru tawakkal. Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya kita syukur. Kita tawadduk. Kita tidak sombong. Sebab kita yakin walaupun kita telah berusaha, tetapi Allahlah yang memberi kejayaan kita.

Sebaliknya, kalau kita gagal pula… kita tidak sakit jiwa. Sebab kita yakin Allah-lah yang menggagalkan kita. Allah tahu kita telah berusaha, jadi bila digagalkan juga… tentu ada hikmah yang tersembunyi. Kembalilah kita kepada ujian hidup seperti yang diperkatakan pada awal tadi… ya kita hamba!

Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, “ ini semua hasil usaha saya…” Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, “semua ini sudah takdir…”Tidak sayugianya kita berkata demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.

Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal kerana Tuhan… Itu tidak beradab dengan Allah. Seolah-olah kita lebih bijak daripada Allah. Dengan kata-kata yang demikian, kita merobek-robekkan sifat kehambaan kita. Bukankah Islam mengajar kita, mengucapkan Alhamdulillah – puji bagi Allah apabila berjaya. Dan mengatakan Innalillah – kita ini milik Allah apabila kita gagal?

Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama…kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!

Copy n paste from blog genta rasa

Budi pekerti membawa kebahagiaan

Maksud firman Allah s.w.t:

"Dan sesungguhnya kamu (Nabi Muhammad s.a.w) benar-benar di atas budi pekerti yang agung". (Surah al-qalam : 4)

Begitulah pengiktirafan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi junjungan yang mulia. Maka seharusnya, kita mencedok pengajaran daripada sejarah hidup baginda serta mempratikkan akhlak yang baik. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t.

"Sesungguhnya di dalam diri Rasulullah s.a.w. contoh yang terbaik bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat". (Surah al-ahzab : 21)

Ini dikuatkan lagi dengan pengakuan Saydatina Aisyah r.a. ketika menjelaskan tentang sifat baginda Rasulullah s.a.w yang sinonim dengan Al-quran.

Terdapat banyak kemuliaan budi pekerti yang dipaparkan oleh baginda dan di antaranya ialah: Memelihara hubungan sesama manusia melalui interaksi yang baik. Ini dapat dilakukan semudah dengan menebar senyuman, menghulur salam dan mengucapkan kata-kata yang baik. Lanjutan daripada itu, kita juga diajak untuk meringankan beban orang yang menderita, memberi makan orang yang kelaparan, menziarah orang yang sakit, menolong orang yang dizalimi dan membantu orang yang ditimpa musibah.

Perbuatan baik akan menghasilkan ketenangan jiwa terutama pada pelakunya. Kebaikan ibarat wangian yang tidak hanya memberi kesan yang mengharum bagi pemakainya, bahkan juga orang di sekeliling.

Di samping manfaat emosi dan sosial, Rasulullah s.a.w juga menjanjikan ganjaran, yang dinyatakan melalui maksud sebuah hadith:

"Tidakkah pernah aku memberitahu kamu siapa yang dekat tempat duduknya denganku pada hari qiamat nanti? Mereka ialah yang paling baik akhlak dan prilakunya".

Oleh itu, marilah sama-sama kita merebut peluang ini agar menjadi umat baginda saw yang sentiasa menghias diri dengan akhlak terpuji.

Ingatlah bahawa naluri gemar berbuat baik merupakan nikmat Allah s.w.t. Ia juga dianggap sebagai suatu bentuk penyebaran nilai-nilai mulia yang menggambarkan risalah Rasulullah s.a.w.

Semoga Allah s.w.t memberi kita kemudahan untuk konsisten dalam kebaikan.

kredit: Adlliyash