Dugaan Buatmu



Bersungguhkah
Engkau dalam percintaan
Beranikah
Menempuh dugaan
Kerana ku bimbang
kau tak mampu untuk bersama
Menghadapi rintangan
Di hari muka

Bukan mudah
Untuk menguji hatimu
Bukan maksud
Menolak cintamu terhadapku
Harap kau bertahan
Bukan hanya dipermulaan
Ku tak ingin lagi
Mengejar bayang(an)

Entah kah
Apa gerangan
Jiwaku
Rasa tertekan
Setelh lama ditinggalkan sunyi tak berteman

Peritnya
Kenangan silam
Ku harap
Tidak(kan) berulang
Tak ingin lagi aku dilukai
Memang banyak dugaan
terpaksa ku pertaruhkan
Terhadapmu (untuk itu)...maafkanlah aku

Kekasihku
Dugaan datang menguji
Tiada erti
tanpa kesungguhan yang kau beri
Kan terbenam nanti
Dan yang rapuh gagal berdiri
Andai kita mungkir
Berpegang janji

:(



Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut

awak !!



Awak ,

saya pernah ckp pada awak , hargai seseorang orang yg kita  sayang selagi mereka masih sayang dan sggp berada di sisi kita ...tatkala mereka masih mengambil berat dan selalu menjaga kita ..terlalu setia dan terlalu menjaga hati kita....tapi kenapa bila mereka telah terluka dan tatkala itu kita mencari ...itu dah terlambat awak

Awak...

ssh sbnrnye nk kita lupakan walaupon saya dah maafkan ...inilah manusia ...tidak hargai semasa ada,  dan bila dah terasa kehilangan masa tu akan cari dan trs merayu ...segalanye telah terlambat awak..mana awak masa saya perlukan awak..mana awak masa saya risaukan awak ....awak hanya membisu tanpa kata ....saya trs bersabar atas semuanya...

Awak ...

saya tahu awak terasa sunyi sejak kita tiada apa2 hubungan , saya tahu sesekali awak akn rindukan saya ...tapi awak, sjk hati saya hancur dan terluka , saya pelahan2 cuba pergi jauh dari awak...Allah ada bersama kita kan awak..awak jgk penah ckp....kita tak akan sunyi sbb kita ada Allah ...Maafkan saya tidak jawab sms awak...bkn saya marah cuma saya tgh rawat hati saya...

Awak ...

saya akan doakan awak dan sentiasa ingin melihat awak bahagia walaupon tanpa saya ...mungkin ada orang lain yg lebih baik dari saya yg akan bahagiakan awak...bg saya masa utk saya pelahan2 terima awak sebagai kawan...mmg saya terima awak cuma buat masa ni mungkin saya jauhkan diri sementara awak....


Maafkan saya  :(

Aku , Kau dan Dia


Nafasmu bermulanya langkahku
Menghembus kata dari hatiku
Dimana takdir ini menyatukan kau dan dia
Dalam hati yang mencari cinta

Usah kau tangisi perpisahan
Aku merasai cinta
Aku kau dia bahagia rasa
Bersatu dalam cinta yang membara
Biar sakit ku kerna cinta
Ternyata untuk yang sempurna

Berat jua rasa bersatu
Walaupun sedar akan menghilang
Dimana takdir ini memisah kau dan aku
Hanya cinta kekal yang ku harapkan

Usah kau tangisi perpisahan
Aku merasai cinta
Aku kau dia bahagia rasa
Bersatu dalam cinta yang membara
Biar sakit ku kerna cinta
Ternyata untuk yang sempurna

Cinta ALLAH paling utama



Wahai hati , pulihlah kamu cepat dan biarlah semuanye  berlaku dan semuanye telah pon terjadi , tgh2 tulis blog nih kuar lak lagu nirwana band , serius lagu kena dgn batang hidung aku sendiri hahaha...sudah cukup sudah ,cukup sampai di sini saja...masuk je dlm jiwa bila dgr lagu nih hehehe... perkara ni akan terus mematangkan aku dan aku akan terus membaiki kesilapan dan mungkin ada hikmah di sebalik semua ni , biar putus cinta dgn manusia tp jgn sesekali putus cinta dgn Allah .Nak sedih, kecewa dan menangis mmg boleh tp jgn lama2..Allah kan ada ....Allah akan gantikan yg lebih baik dan itu adalah ujian buat kita ...

CINTA ...sesuatu yg sgt indah jika keduanya menghargai dan menyayangi 1 sama lain ...paling penting KEJUJURAN, KESETIAAN dan KEPERCAYAAN serta KEIKHLASAN...Semua manusia akan diuji dgn ujian cinta , bg aku ini adalah perkara kecik dan aku penah lg teruk dari ni ..Ditinggalkan seorang insan yg sgt aku sayangi dan dia  pergi menghadap Illahi...dan bila aku putus cinta dan jadi kuat dan makin tabah ...Kesetiaan aku dipermainkan , kejujuran aku dan kepercayaan aku dimusnahkan dalam sekelip mata ...berderai hati ni mcm kaca ...kalau dah berderai mcm kaca amat payah nk menyatukan semula kan...begitulah yg terjadi ada hati aku ...

Ujian cinta tidak akan pernah hilang dalam semua kehidupan insan di dunia ini. ..CINTA akan buat manusia jd kuat dan CINTA jugak akan buat manusia jadi lemah...betapa hebat kan penangan CINTA  tp bila kita letakkan CINTA pada ALLAH dan CINTA kedua pada Nabi Muhamad , CINTA ketiga pada ibubapa dan  CINTAI diri kita dahulu sebelum kita mencintai orang lain ..InsyaALLAH kita akan terus kuat dan tabah dan kita tidak akan jatuh malah terus bangun dalam menghadapi ujian CINTA ....

 bila kita sudah letakkan ALLAH paling utama dan jgn sesekali kesali akan semua yg terjadi..Berkatalah pada diri yg semuanya ada hikmah dan jgn sesekali benci , dendam pada orang yg mengkhianati cinta kita ...berkatalah yg Allah dah aturkan yg baik utk hambaNya....Alhamdullilah Allah berikan petunjuk pada aku sekarang ...

ni adalah tip2 aku buat bila aku kecewa dan sedih ....korang nk tahu x?

1) Jgn sesekali tinggalkan solat dan kalau boleh gandakan lg solat , buat solat sunat  tahajud, solat taubat , solat dhuha

2) Aku mmg ari2 mengaji Al-Quran walaupon kdg2 aku tertinggal sehari ...tp dengan membaca Al-Quran itulah yg membuatkan hati kita tenang sebenarnye..Allah akan menjaga kita

3) Aku akan dgr zikir dan di situ juga ketenangan yg tidak dpt digmbrkan dengan kata2 ...

4) Aku akan kuar bersama kawan2...tgk movie, karok dan window shopping ..Itu terapi jgk sebenarnye, padahal bila shopping time sedih tgk suma brg pon x cantik hahahaha.....

5) Aku akan buat perkara yg aku suka , iaitu membaca , skrg ni tgh baca buku Mahathir dan kisah hidup die...so masa terluang tu aku gunakan dan takdelah aku sedih lg.....

6) Aku akan tgk ceta yg kelakar dan aku akan gelak dari situ juga aku rasa akan okay hehehe

6) dan yg paling last sekali aku akan tulis apa saja kt blog nih..ini je cara aku nk lpskan kesedihan , kekecewaaan dan apa saja ada di dalam hati aku nih.......

haaaaaaaaa..itulah die tip2 bila putus cinta ...ini cara akulah , lain orang lain caranye ...hehehe...kalau korang nk ikut ok jer....okaylah itulah setakat hari nih ....lain kali kalau ada benda nk update aku buat eh ....nk tido dah.....


Manja

4/9/2012

4.30am

AdaMu



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu

Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Ujian Allah ..




Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.
Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”


From Ustaz Pahrol