Semoga ada cahaya utk diri ini ....


saja je letak gmbr yaya tuk entry ni


Alhamdullilah ...ari ni aku dpt interview for new job..Segala urusan interview dipermudahkan oleh Allah .Allah bg tmpt interview yg dekat dgn komuter :) , sgt bersyukur dan yg paling best penemuduga tu sangat humble ...Alya namanya, sama dgn nama yaya ...Aku berdoa dan berharap yg aku akan dpt keja tu dan aku akan meneruskan kehidupan dgn lebih baik lg....demi anak -anak tersayang....dan yg paling aku happy sgt before aku interview aku dpt sms from some1 yg begitu caring psl aku dan doanya adalah ...

Bismillahirrahmanirrahim..Duhai Allah Yang Maha Mendengar , Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam sentiasa utk junjungan Nabi Muhammad saw .Kurniakanlah keberkatan dan rahmat kasih sayangMu kepada hambaMu ini Norfaezah Fahmi yang membaca doa ini , dunia dan akhirat .Berkati dan rahmatilah umurnya dunia dan akhirat .Pertambahkan dan kukuhkanlah imannya , perluaskan dan murahkan rezekinya, bahagiakan hatinya , hidupnya , keluarganya ,tenangkan hatinya ,lapangkan hatinya , sabarkanlah hatinya ,kuatkanlah hatinya , tabahkanlah hatinya , untuk sentiasa istiqomah berada di jalanMU  dan memegang taliMu dalam menjalani kehidupan ini .Kurniakanlah hatinya yg sentiasa ikhlas dan redha menerima apa saja yg Kau kurniakan.Duhai Allah Yang Maha mengenggam setiap jiwa , Maha Mengatur setiap hidup , serahkan seluruhnya padaMu Ya Allah yang tiada memudahkan kecuali Engkau Ya Allah .Semoga direstui olehMu Allah dalam  mencari rezekinya pagi ini...Amin ...

Tiada yang lebih indah melainkan menerima sms berupa doa dari seseorang yg dlm bentuk mcm ni .....InsyaAllah semoga doa ini akan terus membuat aku kuat menghadapi kehidupan ini ....terima kasih Allah kerana menemukan aku dgn insan ini ....Semoga dirinya akan dirahmati oleh Mu dan apa saja selepas ini hanya Allah yg tentukan .....


Manja

05/04/2012

Aku hargai rasa itu :)



Bila engkau tiba2 mengatakan engkau suka pdku,
saat pertama kali kita bertemu,
perasaan yang tak penah engkau tahu,
menyukai diriku tanpa kau sedari.

Aku hargai adanya dirimu ,
aku hargai segala perasaanmu terhadapku,
cuma aku terpaksa kuatkan hati,
yang dirimu bkn untukku.

dirimu faham yang aku tak akan terima,
sbb jurang kita terlalu besar ,
cukuplah dirimu hanya pendam rasa itu dalam diam ,
cukuplah hanya Allah tahu rasa cinta itu.

Antara kita tak mungkin bersatu ,
hati ini masih milik dia,
tapi masa akan datang,
Hanya Allah yg tentukan,

Aku hargai segalanya ,
Perasaan suka , cinta dan sayang ,
Anugerah dari Allah ,
Semua dugaan ini ada hikmahnya .


Manja

26/3/2012

Buat seorang kekasih

Adil kah pada diri

Jika seseorang penah hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian darpd kamu tetapi atas sebab yg tidak di ingini die berlalu pergi, usahlah bersedih kerana sekurang2nya dia penah membahagiakan dirimu..

Hati ini kadang2 terlalu sepi kerana tiada sesiapa yang seakan2 memahami apa yg aku rasa..Hati yang semakin layu seolah tiada sesiapa yang sudi menggantinya.Dan semakin hari aku ingin lupakan semakin bayangan semalam menghantui diri ini.

Apakah aku masih menutup pintu hati pada insan yg sudi menghulurkan belaian kasih, Mungkin rasa tidak adil pada diri kerana kdg2 menolak  tapi itulah hakikatnya sekarang.Kdg2 aku rasa aku masih hidup dalam bayang2 sewaktu bersamanya. Adilkah pada diri ini , sedangkan hakikatnya dia telah lama tiada :(

Hati ini terasa seakan2 ingin melepaskan rasa lama itu, Namun semakin rasa ingin melepaskan semakin ia kuat rasa rindu ini padanya...Seolah2 baru semalam dia masih bersamaku....dan seolah2 baru semalam ia meninggalkan diri ini.

Mereka seolah2 memandang sayu padaku , melihat dan berkata2 , memberi kata semangat dan kdg2 membuat aku rimas. Seakan2 mereka mengerti yg hakikatnya hanya Allah sahaja yg tahu perasaan aku ini.Perpisahan ini amat berat bgku.Jiwa dan raga masih ada dia dan untuk melupakan rasanya amat berat bgku...Rasanya tidak adil aku terima orang lain hakikatnya hati ini masih ada dia .

Mereka hanya melihat aku , memandang serta menilai  dan mereka tidak akan tahu apa yg aku rasa.Hati ini sukar dimengerti dan diri ini kdg2 lemas dgn perasaan sendiri .Seolah2 senang berkata dan pada hakikatnya diri ini berat menanggung.

Sampai bila utk aku kunci pintu hati ini utk menerima orang lain itu hanya Allah sahaja yang tahu.Lembaran kisah lalu betul2 mengunci hati ini.Biarlah diri ini di hukum dan biarlah diri ini bahagia bersama anak2 dan itu dah cukup bahagia bg aku.

Andai kata ditakdirkan ada seorang insan yang berjaya membuka pintu dan mempunyai kunci utk membuka hati ini .InsyaAllah akan diterima.tapi biarlah dia hadir dan boleh membimbingku dan anak2 ke jalan Allah.Hanya Allah yang faham dan mengerti apa sahaja di dalam hati ini.

Manja

22/03/2012

Windu :(

Untuk Dia Yang Pernah Mengecewakanku (Sang Mantan)

 Assalamualaikum..

Kehadapan sang mantan yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah
Pertama kali, aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah Allah.

Sang Mantan,

Pada mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati masih sayang. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak, selama kita bercinta, apa perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada.
Pernah tak setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau berdekatan untuk mengerjakan solat? Pernah tak? Pernah tak kita mengelak dari berpegangan tangan di khalayak ramai walaupun pada bulan Ramadhan? Pernah tak?

Pernah tak kita berasa malu, ketika kau memegang pinggang dan bahu ku ketika bersiar-siar di shopping complex? Pernah tak kita berasa malu memasuki pusat karaoke berdua? Pernah tak?
Semua tu terjah di fikiranku selepas kau membuat keputusan meninggalkan aku. Pada mulanya, aku nekad untuk kembali meraih cintamu. Aku cuba. Aku usaha. Tapi untuk apa? Jika kita bersama kembali, mungkinkah terjamin kita tidak akan melakukan perkara yang sama seperti dahulu?

Sang Mantan,

Aku tidak menyalahkan kamu sepenuhnya. Aku menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempunyai iman yang kuat, tidak mengalih pandangan terhadap kaum Adam, tidak menolak lamaran cintamu dulu. Aku lupa betapa tingginya darjah seorang wanita. Aku lupa betapa tingginya malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita. Aku leka. Aku lalai.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”

Sang Mantan,

Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan sepanjang kita bersama. Dosa yang ada sebelum kita bercinta pun susah hendak ku tanggung, ditambah dosa selepas aku mengenal erti cinta. Terlalu banyak, tidak mampu untuk dikira. Ya Allah..
Kau masih tidak sedar akan semuanya itu. Kau sedang leka bersama cinta hatimu. Aku bersyukur seandainya pilihan barumu tidak seperti aku, aku bersyukur.Semoga dia membimbingmu ke jalan yang benar. Aku berdoa.

Cinta tidak buta seperti yang diperkatakan orang lain. Cinta yang menyebabkan kita buta. Kita yang buta selepas tenggelam di dasar lautan cinta yang paling dalam suma salah kita. Bukan salah mereka.

Oleh itu sang Mantan..


Bertaubatlah. Kembali pada Allah. Masih belum terlambat sebenarnya. Sedarlah akan dosa-dosa silammu sementara jantungmu masih berdegup, sementara nafasmu belum terhenti. Kembalilah bersama Allah. Jangan sesekali leka sekali lagi dengan dunia cinta.

Jika kamu terlalu menyayangi cinta barumu itu, bimbinglah dia bersama-sama untuk kembali menjalankan perintah Allah. Lamarlah dia sebagai isterimu. Jangan berikan harapan palsu sebagaimana kau pernah berikan padaku dulu. Jadikan dia sebagai yang halal untukmu. Aku berdoa.

Untuk menerimamu kembali, untuk mencari pengganti dirimu buat masa kini, aku rasakan tidak. Aku tidak mahu leka mengejar cinta. Aku takut pada balasan Allah. Aku takut jika aku lalai mengerjakan perintah Allah seperti dahulu. Aku takut aku akan mencintai lelaki itu lebih dari aku mencintai Allah.
Aku takut sangat-sangat. Ketakutan ini aku tidak pernah rasa pada suatu masa dulu.

Walaupun kamu pernah menyakiti hatiku, pernah membuangku dalam hidupmu, pernah menghancurkan impian-impian bersama, aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu. Aku berdoa agar Allah bukakan pintu hati kau untuk bertaubat dan kembali mengerjakan perintah Allah. Sungguh, tiada dendam sekelumit di hati ini. Cuma aku tidak mahu, orang yang aku pernah sayang, pernah bertakhta di hatiku, menyerahkan dirinya di lembah neraka.

Wassalam,

Warkah wanita yang ingin berubah menjadi solehah

* copy n paste from FB dunia macam2....semoga diri ini akan berubah demi Allah ....

bersyukurlah atas segala nikmat Allah S.W.T

Baru-baru ini ada seorang sahabat yang mengeluh. Katanya telah bertahun-tahun dia berkahwin, namun masih belum dikurniakan zuriat. Bonda bertanya, "Tidak ada zuriat, tapi kamu ada suamikan? Ketika ketawa masih bersisa dia menjawab, "Memanglah ada suami, Bonda. Tetapi anak pun saya nak juga.

Bonda tanya dia kembali, "Kalau dapat anak lelaki nanti, mesti kamu nak anak perempuan pulakkan? Dia kembali ketawa, "Mestilah nak!" Bonda pun turut ketawa. Tenggelam sebentar masalah yang dibincangkan.

Bonda teringat hadis ke-11 dalam bab Taubat kitab Riadhus Shalihin.
Abdullah bin ‘Abbas dan Anas bin Malik berkata: Bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Seandainya seorang anak Adam (manusia) mempunyai suatu lembah emas, pasti dia ingin mempunyai dua lembah. Tiada yang dapat menutup mulutnya (tidak ada yang dapat menghentikan kerakusannya kepada dunia) kecuali tanah (maut) dan Allah berkenan memberi taubat kepada sesiapa saja yang bertaubat.” (Bukhari & Muslim)

Aduhai, tajam sungguh sindiran baginda Rasulullah S.A.W. Tetapi itulah hakikatnya. Kita sentiasa berasa tidak puas hati dan jarang mensyukuri dengan apa-apa yang kita ada. Belum berkahwin, risau dikata tidak laku. Sudah berkahwin, berkeluh-kesah pula kerana belum menimang cahaya mata. Sudah dapat seorang, kita mahu menambah lagi seorang. Sudah dapat ramai anak, timbul rasa serabut pula dengan karenah anak-anak. Alahai, bilakah agaknya hati kita akan tenang?

Perasaan tidak puas dengan yang telah ada di genggaman memang sudah menjadi lumrah manusia. Namun, pujuklah hati. Belajarlah untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dan sedang kita miliki. Bukankah Allah sudah berjanji, jika kita bersyukur kepada-Nya atas nikmat yang dikurniakan, Dia pasti menambah lagi pelbagai nikmat untuk kita?

Justeru, mari kita berhenti dari sibuk berkeluh-kesah. Pujuklah hati dan teruslah memujuk. Ada seorang hamba Allah yang terlibat dengan kemalangan jalanraya. Kakinya lumpuh, mukanya cacat. Tetapi dia masih boleh ketawa dan riang seperti biasa. Bila ditanya rahsia ketabahannya, dengan tenang dia menjawab, "Kalau aku nak bersedih sebab tidak boleh berjalan lagi atau kerana muka aku dah hodoh, aku boleh bersedih dan terus merintih.

Tetapi aku memilih untuk bersyukur dan bergembira sebab pada masa ini aku masih hidup, masih boleh bercakap, masih boleh melihat dan masih banyak nikmat yang Allah pinjamkan lagi untuk aku."
Jadi, tepuk dada tanya hati. Mampukah kita memujuk hati agar kembali menghargai apa yang ditakdirkan untuk kita? Mampukah kita berhenti berdukacita terhadap sesuatu yang kita tidak ada?

Jika terasa sedih sebab kita tidak mampu membeli kasut baru, insaflah kerana di luar sana, masih ramai manusia yang hatta tidak berkaki langsung.

Jika kita bersedih sebab dilahirkan sebagai anak yatim, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita telah terselamat dari dosa menjadi anak derhaka. Jika ketika ini kita belum punya suami, bersyukurlah juga kerana setidak-tidaknya kita tidak akan masuk neraka seperti kebanyakan wanita lain hanya kerana mereka telah menjadi isteri yang tidak tahu bersyukur terhadap suaminya.



from page i luv islam