Jika seseorang penah hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian darpd kamu tetapi atas sebab yg tidak di ingini die berlalu pergi, usahlah bersedih kerana sekurang2nya dia penah membahagiakan dirimu..
Hati ini kadang2 terlalu sepi kerana tiada sesiapa yang seakan2 memahami apa yg aku rasa..Hati yang semakin layu seolah tiada sesiapa yang sudi menggantinya.Dan semakin hari aku ingin lupakan semakin bayangan semalam menghantui diri ini.
Apakah aku masih menutup pintu hati pada insan yg sudi menghulurkan belaian kasih, Mungkin rasa tidak adil pada diri kerana kdg2 menolak tapi itulah hakikatnya sekarang.Kdg2 aku rasa aku masih hidup dalam bayang2 sewaktu bersamanya. Adilkah pada diri ini , sedangkan hakikatnya dia telah lama tiada :(
Hati ini terasa seakan2 ingin melepaskan rasa lama itu, Namun semakin rasa ingin melepaskan semakin ia kuat rasa rindu ini padanya...Seolah2 baru semalam dia masih bersamaku....dan seolah2 baru semalam ia meninggalkan diri ini.
Mereka seolah2 memandang sayu padaku , melihat dan berkata2 , memberi kata semangat dan kdg2 membuat aku rimas. Seakan2 mereka mengerti yg hakikatnya hanya Allah sahaja yg tahu perasaan aku ini.Perpisahan ini amat berat bgku.Jiwa dan raga masih ada dia dan untuk melupakan rasanya amat berat bgku...Rasanya tidak adil aku terima orang lain hakikatnya hati ini masih ada dia .
Mereka hanya melihat aku , memandang serta menilai dan mereka tidak akan tahu apa yg aku rasa.Hati ini sukar dimengerti dan diri ini kdg2 lemas dgn perasaan sendiri .Seolah2 senang berkata dan pada hakikatnya diri ini berat menanggung.
Sampai bila utk aku kunci pintu hati ini utk menerima orang lain itu hanya Allah sahaja yang tahu.Lembaran kisah lalu betul2 mengunci hati ini.Biarlah diri ini di hukum dan biarlah diri ini bahagia bersama anak2 dan itu dah cukup bahagia bg aku.
Andai kata ditakdirkan ada seorang insan yang berjaya membuka pintu dan mempunyai kunci utk membuka hati ini .InsyaAllah akan diterima.tapi biarlah dia hadir dan boleh membimbingku dan anak2 ke jalan Allah.Hanya Allah yang faham dan mengerti apa sahaja di dalam hati ini.
Manja
22/03/2012
No comments:
Post a Comment