Cahaya

Setiap manusia inginkan cahaya menyinari mereka....Walau mcmanapon cahaya menyinari ianya kdg2 kita akan jua berada dlm kegelapan...Manusia yang mencari2 cahaya kdg2 leka dlm kehidupan DUNIA ..Kehidupan yang penuh dgn pancaroba....penuh onak berliku .....

Sebenarnya cahaya itu sentiasa menyinari hidup kita jika mengingati  Allah  S.W.T . Allah Maha Besar , Maha berkuasa atas segala2nya.  Manusia  mana   yg tidak melakukan kesilapan..kdgkala kta sendiri tidak dpt memaafkan seseorang yg telah menyakiti hati kita ....Tp seboleh2 nya cubalah hindarkan dendam , benci dalam hati kita ...Cuba belajar memaafkan orang yg telah sakitkan hati kita InsyaAllah hati kita akan rasa lapang dan tenang ...Sebelum tidur niat dlm hati yg kita memaafkan semua yg penah sakitkan hati kita...Kita juga melakukan kesilapan dan kita juga ingin orang memaafkan kita kan....

Hidup ini hanya sekali , seboleh2 nya kita mempergunakan dgn cara yg berfaedah....gembirakan hati kita walaupon kdg2 hati kita sedang bersedih.....tersenyumlah pada semua org walaupon hati kita merasa sayu yg teramat sgt.....Selalulah menghargai kehidupan kerana esk lusa kita tidak tahu yg kita akan dapat menikmatinya lg di dunia ini.

Yg penting kita tahu dan sll ingatkan dekatkan diri pada Allah S.W.T .Sentiasa menyebut nama Allah walaupun sekali sehari  ..Sentiasa berzikir dan tidak lupa melakukan semua kewajiban pada Allah InsyaAllah akan ada CAHAYA yg menyinari hidup kita ...

Ingatlah dgn mngingatiNYA jiwa kita akan tenang


Manja

26/12/2011

2.00 am.

Cintai lah Allah dan diri sendiri dulu sebelum mencintai orang lain.

Malam kau bawalah rinduku, utk dirinya yang jauh dariku.....Best kan lagu  OMBAK RINDU nih...buat yg bercinta dgr lagu ni berbuai2 jer..1st time aku dgr lagu ni masa tu filem ombak rindu x kuar lg...aku rase lagu ni mmg akan top..dan mmg di duga lagu ni mmg meletup..bila dgr lagu ni hati mmg rase touching jer...

Okay aku nk tanya korang....Apa itu CINTA ?...bg akulah kan ianya penyatuan dua hati yg akan rasa sayang dan rindu pada pasangan masing2....perasaan yg di cipta oleh Allah utk hambaNya kaum Adam dan hawa ....CINTA ini sgt suci jika ianya dilakukan dgn jalan yg diredhai oleh Allah ...Aku lihat kerana CINTA juga manusia blh lakukan tindakan yg akan membuatkan diri hancur berkecai..hati merana kerana ditinggalkan kekasih..Ada juga menyerahkan segala2nya pada lelaki yg blm tentunya menjadi suami kita,itulah hebatnya CINTA.Kerana CINTA juga kita akan lakukan benda2 yg tidak diterima oleh akal....Bila CINTA telah berakhir kita rase menyesal .Segala2nya telah musnah..Dlm bercinta mmg byk dugaannya..Ingatlah bila kita sudah melakukan kesilapan  hendaklah kita bertaubat memohon keampunan dari Allah S.W.T .Allah Maha Penyayang..DIA sentiasa mendengar keluh resah hambaNya. Manusia manalah yg tidak melakukan kesalahan ...cuma sedar atau tidak kita hendaklah sentiasa rase yg kita sll diperhatikan oleh Allah barulah kita tidak akan membuat perkara2 yg dimurkai oleh Allah .CINTA juga akn m'buat manusia buta , bkn buta mata tp buta hati...bg aku CINTA itu tidak buta, yg buta hanyalah manusia... kdg2 aku lihat ade yg menduakan isteri sbb CINTA, alasannya sbb telah mencintai org lain dlm pada itu  die juga mencintai isterinya .Itu suami  dan bg pompuan pula...hati mana yg tidak pecah bila hati suami ada org lain selain dirinya...itulah penangan CINTA....itulah hebatnya CINTA.

Aku bukanlah pakar dlm bab CINTA ini...tp aku sll igtkan diri aku...Jika aku bercinta ..aku akan tanamkan dlm diri akan tinggal sedikit CINTA utk diri aku sblm aku mencintai org lain..Aku akan tanamkan dlm diri aku, CINTA pada Allah lg sejati dan Abadi ..Bila kita kehilangan CINTA kita tidak akan rase kecewa yg teramat sgt.....Bila kita kehilangan org yg kita sayang kita blh lg berdiri dan terus menjalani kehidupan seperti biasa...

Ade pepatah mengatakan...Jika Allah sdh menetapkan seseorang itu milik kita, Kita tolak macamanapun jika die telah ditakdirkan milik kita , Dia akan selamanya milik kita, Jika Allah dah menetapkan yg seseorang itu bukan milik kita, Kita mengejarnya setinggi langit pon , Dia akan pergi meninggalkan kita....Aturan Allah utk hambaNya amat hebat ..

Ingatlah CINTA pada Allah adalah kekal abadi...


Manja

24/12/2012

7.45pm

Mencari kegembiraan di sebalik kedukaan

Alhamdullilah...Kehidupan yang dilalui skrg semakin baik...di kelilingi oleh family , saudara mara dan kawan2 yg selalu memberi sokongan pada aku...tidak terkata perhargaan buat semua yang sll menyokong aku terutama ayah dan mak yang sll memberi sinar dan kegembiraan pada aku...and pada 2 bdk comel yang sll memberi mamanya kegembiraan setiap hari..pengalaman menjadi mama adalah sgt memberi erti pada aku...Allah memberi aku peluang memjadi mama kepada 2 org anak...Walaupun skrg tanpa seorang babah , InsyaAllah mama akan didik adly n yaya menjadi anak yg soleh dan solehah..

Kehidupan ini terlalu indah sbnrnya..selagi kita hidup , kita harus selalu menghargai ape yg berada di sekeliling kita..Aku cuba utk mencari kegembiraan dan kebahagiaan di sebalik kedukaan ini , setiap hari aku bersyukur pada Allah dikurniakan kehidupan seperti sekarang , Kalau diikutkan sepanjang 29 tahun aku hidup di bumi Allah ini, terlalu byk kenangan manis dan pahit yg aku lalui..

Dan skrg aku dpt kegembiraan dan kebahagiaan itu dgn hanya mengingati Allah, Hanya Allah yang bersama aku di kala aku susah dan senang, Allah sentiasa ada , kdg2 kita saje yg terlupa bila kita berada di kala hidup senang, Kita lupa padaNya...

Dugaan yang Allah beri adakala hebat, hanya hati yang betul2 rasa kehambaan akan rasa itulah dugaan Allah pada hambanya yg begitu kerdil ,hanya berserah dan menerima takdirNya dgn hati yang betul2 terbuka..

Aku selalu berkata , bila kita susah sbnrnya ada org lg susah dari kita, bila Allah menguji , sbnrnya ada lg org lain diuji lg teruk dr Allah , itu yang membuatkan aku betul2 kuat dan tabah melalui kehidupan ini...

Setiap apa saja aturan Allah pada hambanya di dunia semuanya kerana DIA terlalu sayangkan kita, cuma kita sajalah bila sudah menerima ujian akan sedar atau tidak ,terpulanglah pada diri utk menilainya. Allah sentiasa ingin mendengar rayuan dari setiap hambaNYA...setiap apa yang berlaku semuanya pasti ada hikmah disebaliknya.Teruskan kehidupan dan igt yang Allah S.W.T sentiasa bersama kita...

Manja

10/12/2011

4.30pm

Rehatkan Hati

Lalu, diketika saat-saat dirimu dan diriku diuji, sudi apalah kiranya kita REHATKAN HATI...

Mengapa setelah berzikir, solat atau berdoa hati belum tenang? Sedangkan Allah telah menetapkan dalam Al Quran bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang? Khususnya ketika menghadapi ujian rumah tangga mengapa hati kita masih resah, kacau dan galau walaupun sudah berbuih mulut meluahkan kalimah-kalimah zikir? Justeru, ramai isteri atau suami mengadu, mengapa hati mereka tidak tenang walaupun telah berzikir ketika menghadapi krisis, ujian dan kesusahan dalam hidup berumah tangga?

Mengapa kita belum mendapat ketenangan sepertimana yang dimiliki oleh pasangan Sayidina Ali dan Siti Fatimah walaupun kita telah berzikir dengan kalimah subhanallah, alhamdulillah dan Allah hu Akbar, sama seperti yang pernah diamalkan oleh mereka? Apa yang tidak kena dengan zikir kita? Bukankah kalimahnya sama? Bukankah jumlah atau bilangannya sama?

Tidak syak lagi kita tidak dapat menghayati maksud tersirat daripada kalimah-kalimah zikir itu. Berzikir tanpa menghayati falsafah dan makna tersirat di sebaliknya, umpama burung kakak yang pandai bertutur. Untuk menghayati makna zikir sehingga meresap ke dalam hati perlukan ilmu, amalan dan latihan. Marilah kita sama-sama kita fahami apakah kesan atau rasa-rasa yang perlu dirasai oleh hati apabila kita mengingati Allah (berzikir). Antara rasa-rasa itu ialah:

1. Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain sifat kekurangan seorang manusia apabila berdepan dengan ujian daripada Tuhannya. Apabila diuji dengan karenah pasangan, kekurangan harta, anak-anak sakit dan sebagainya, seorang suami atau isteri yang memiliki rasa kehambaan akan sedar bahawa semua itu hakikatnya datang daripada Allah. Firman Allah:

“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”

Bila menyedari hakikat itu, seseorang akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Hatinya berbisik, “bukankah aku seorang hamba? Aku sewajarnya akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini. “ Hatinya tidak akan berkata, “kenapa aku, bukan orang lain?” Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Sebaliknya jika kita ‘memberontak’, hati akan bertambah kacau. Let go, let God – maksudnya lepaskan dan pasrahlah kepada Allah.

Apakah tanda-tanda kita memberontak apabila diuji? Kata Imam Ghazali rahimahullah, “cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah ‘memberontak’ kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya!” Misalnya, seseorang suami atau isteri itu tidak mahu lagi untuk makan dan minum secara teratur, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan rumah atau menjaga anak-anaknya lagi.

Marilah sama-sama kita ingat, apabila ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’, “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un.” Firman Allah:

“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. (Surah al-Baqarah 2:156).”

Kalimah ini mengingatkan kita agar kembali merasakan erti kehambaan. Bahawa kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini. Dengan ini kita akan dapat menurunkan rasa marah kepada pasangan, anak-anak, mertua atau sesiapa sahaja anggota keluarga kita. Ya, mereka berbuat demikian atas izin Allah jua!

2. Rasa bertuhan.

Rasa kehambaan yang serba lemah, itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Apabila kita rasa lemah, timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Apabila kita rasa kurang, timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Apabila kita dihimpit kesedihan semakin kuat rasa pergantungan, pengharapan, permintaan kita kepada Allah. Mungkin selama ini kita terlalu bergantung kepada suami, isteri atau anak-anak.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina dan lemah. Sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa sabar, tenang dan berani menghadapi apa jua masalah dalam rumah tangga. Seorang suami yang paling kuat menghadapi ujian dalam hidup ialah suami yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Firman Allah: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. (Surah Taubah 9:40)”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan rasul sanggup berdepan dengan karenah isteri mereka. Nabi Luth, Nabi Ayub, Nabi Nuh misalnya, mampu menghadapi ujian yang paling kritikal dalam rumah tangga mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah: “Dan pintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat. (Surah al-Baqarah 2: 45)”

Dalam apa jua keadaan – positif mahupun negatif, hati suami atau isteri tetap tenang. Firman Allah: “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana. (Surah al-Fath 48:4)”

Apabila hati tenang, berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang dilaporkan oleh Sa’ad bin Abi Waqqas: “Aku hairan dengan orang beriman, sekiranya dia mendapat kebaikan, maka dia akan memuji Allah dan bersyukur, dan sekiranya dia mendapat musibah dia akan memuji Allah dan bersabar. Dan setiap mukmin diganjari dalam setiap urusannya sehingalah diberi pahala pada setiap suapan makan yang diangkat ke mulut isterinya.”

3. Memahami maksud takdir Allah

Mana mungkin kita dapat mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam bahtera rumah tangga kita ialah hati. Hati yang bersifat berbolak-balik (terutamanya apabila diuji) hanya akan tenang apabila kita meyakini sifat kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya tetap bersama kita sewaktu diuji. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan buruk. Walaupun kekadang kita belum nampak kebaikannya, percayalah kebaikannya pasti ada.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baiklah kepada Allah, berdasarkan firman-Nya: “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al Baqarah 2: 216)”

Siapa tidak inginkan keharmonian, kasih sayang dan kemakmuran dalam berumah tangga. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, krisis masih berlaku jua, maka bersangka baiklah dengan Tuhan. Mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita kesempitan belanja, maka berusahalah untuk menambah pendapatan, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Dengan ini kita tidak akan merungut, stres dan tertekan. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Jagalah rumah tangga kita dengan sebaik-baiknya. Carilah jalan damai sehabis daya. Namun ingatlah jika badai terus melanda, ingatlah itu sudah maktub (tertulis). Jangan rosakkan hati kita dengan kalimah “kalau” atau “jika”. Hayati sabda Rasulullah saw ini: “Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,’ kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” (Hadis riwayat Muslim)

4. Mendapat hikmah apabila diuji.

Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Ra­sul­ullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja.”

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah para suami atau isteri meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah. Rumah tangga adalah medan ‘perjuangan’ melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan lain-lain sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara suami isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, mertua dengan menantu.

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah kata-kata hikmah ini: “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”

Ya, inilah empat rasa yang sewajarnya ada ketika kita berzikir sewaktu mengharungi ujian dalam berrumah tangga. Bawalah hati kita berehat… dan rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat. Oleh kerana itulah Rasulullah saw sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, “rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!”

Hasil nukilan Ustaz Pahrol ..

Tenang Bila Ingat PadaMu

Sbnrnya susah nak terangkan istilah tenang ini , seseorang bila mendapat ketenangan ini akan merasai ketenangan yang tiada di mana2 kecuali di hati kita..Ketenangan ini akan berlaku bila kita selalu mengingati Allah dan tidak meninggalkan segala suruhanNya...Setiap apa yang berlaku pada hidup seseorang semuanya pasti ada hikmahNya.

Tiap pertemuan dan perpisahan yang Allah aturkan untuk hambaNya adalah sesuatu yg akan kita ingati dan terimanya dgn hati yg redha.Allah tidak akan menguji melainkan hambaNya mampu menerima ujianNya...Dgn izinNya dan adanya ujian ini menjadikan kita selalu mengingati Allah.Aku sll igtkan diriku dgn bersangka baik pada segala2Nya..Aturan Allah itu amat hebat dan semuanya adalah terbaik utk hambaNya.Betapa besarnya kurniaan yang diberikan dan sentiasa bersyukur atas segalanya.

Dengan ujian ini juga kita akan lebih menghargai orang2 yg berada di sekeliling kita, kerana masih belum terlewat utk kita menghargai segalanya selagi kita masih diberi peluang bernafas di bumi Allah S.W.T

Dengan mengingati Allah S.W.T ,Alhamdullilah ketenangan ini akan muncul dgn sendirinya... Selepas semuanya yg dilalui niat utk melakukan umrah semakin berkobar2 dlm hati ini ..sesuatu yang sblm ini aku tak terfikir lgsg...

Ya Allah , aku sentiasa berdoa semoga sinar dan hidayah yang diberikan olehMu ini akan sentiasa subur dalam hati ini dan aku bersyukur sgt kerana diberi peluang oleh Mu Ya Allah utk memperbaiki dan mengubah diri menjadi lebih baik ...Hati ini sentiasa redha atas segala kemungkinan yang berlaku dan sentiasa berharap jgnlah Engkau pesongkan hati hambaMu ini , tetapkanlah iman dan semoga cahaya ini sentiasa menerangi kehidupan aku di masa akan datang..Amin rabbbana Alamin.

Manja

7/12/2011 3.04am

Alhamdullilah

Semua yg berlaku ada hikmahnye..setelah semua dugaan berlaku dgn sekelip mata dlm hidupku dan aku redha dan serah segalanya pada Allah....Alhamdullilah skrg aku dpt jalani hidup dgn tabah dan bahagia ..hati aku lebih tenang ...jiwa lebih tenteram & hidup lebih kepada kesederhanaan...aku tahu kesenangan yg Allah beri pada aku sblm ini hanyalah pinjamanNya pada aku....

Allah tlh memberi peringatan pada aku dgn mengambil org yg aku paling sayangi....dan peringatan itu membuat aku lebih dekat padaNya...YA Allah semua ini yg berlaku mmg bersebab...semua yang berlaku adalah ketentuanMu ....Aku penah bahagia dgn nya ..penah berkongsi kebahagiaan dgnnya tp itu hanyalah pinjaman Allah pada aku...Hanya Allah yang berkuasa atas segala2Nya ...

Banyak perubahan yg berlaku sjk berlaku peristiwa sedih itu, dari semua segi pada diri aku...Hanya Allah yg tahu ape yg berlaku....Aku hanya mengadu pada Allah...Semoga Allah sentiasa menerangi jiwaku dan lapangkan hatiku...semoga kebahagiaan ini milik diriku ..Amin.

Manja

Sepi

Kesepian ini adakalanya indah dan adakalanya begitu menghibakan aku...bl tiba waktu kita mengingati dia yg telah tiada , itu yg membuatkan kesepian itu lg menghibakan....Alhamdullilah bila semua itu berlaku pd aku, aku cepat2 mengingatkan diri aku yg aku x blh leka dgn godaan2 syaitan yg ingin menyesatkan umatNya...Kita ada Allah yg Maha berkuasa...

Allah akan menduga kita dgn mengambil sesuatu yg kita sayangi..Dia pernah hadir dalam hidup aku, seseorg yg begitu baik dan die juga pernah membahagiakan hidup aku....perasaan ini kdg2 membuatkan aku sedih bl teringatkan dirinya tp kehidupan ini perlu diteruskan...dugaan Allah ini membuatkan aku sedar yang Allah ingin menduga pada hamba2 yg tahan dgn ujianNya...dn salah seorgnya adalah aku...

Alhamdullilah dgn bersabar dan menerimanya dgn redha , aku dpt melalui kehidupan ini dgn tenang dan aku jd semakin tabah menjalani kehidupan yg akan datang...PAdaMu Ya Allah, maafkan bila hati ini tak sempurna menyintaiMu ..Pinta aku jgn Engkau pesongkan jiwa hambaMu ini... Amin

Manja

6/11/2011
7.00pm