Kadang terfikir gak, kenapalah aku tulis blog nih....ikutkan aku bukanlah belajar sastera dulu..nk buat ayat2 jiwa2 lg x reti...dulu amik jurusan akaun...hahaha..tp suma itu dari pengalaman hidup aku...kdg2 pengalaman dari kawan2....tp bila aku rase sunyi , selain mengadu pada Allah aku hanya tulis di blog ini..kdg2 ayat yg aku taip berterabur..kalaulah org cerdik pandai baca blog nih..mesti dieorg ketawa n geleng pala tgk blog aku hahaha. kalau lah aku tunjuk blog kt mak aku pon , mesti die terkezut beruk yang anak die pandai wat blog..hahaha...cakap pasal mak...aku rase beruntung sangat masih mempunyai mak dan ayah..dioerglah sumber kekuatan aku utk terus hidup dan juga anak2 aku yang masih kecil....betul lah org ckp..anak2 itu penguat semangat dan penghipur hati lara ...bila aku penat balik kerja...tgk muka dieorg senyum kt aku...dan bila aku balik dieorg menyambut dengan pelukan mesra , automatik penat aku hilang...itulah untungnya aku rasa bila ade anak.....dan aku tahu..inilah perasaan mak aku dulu dan bila anak2 aku sakit...aku menjaga mereka berdua seolah2 aku nurse wad kelas pertama.hehe..x cukup tido jgn ckplah..tangan aku sentiasa di dahi anak2 bila mereka demam....biarlah aku sorang yang sakit tp jgnlah anak2 aku....
Dan kehidupan aku hari ini dan saat ini..lebih tenang dan happy.Mungkin ketenangan ini yang aku perolehi bila aku lebih dekat pada Allah S.W.T .walaupon kdg2 aku rasa sunyi dan amat merindui arwah suamiku....aku akan cuba happykan diri aku bersama anak2 dan family serta kawan2 aku....walaupon kdg2 ada yang seolah2 x memahami kehidupan aku sekarang.Kita tidak boleh buat semua org suka dgn kita, tp aku cuba buat jgn adapon seseorang sakit hati dgn aku.....Walaupon kdg2 ada, tp seboleh2 aku maafkan suma orang sebelum aku melelapkan mata...aku tak nak ada rasa dendam dan benci dalam hati aku......kdg2 rasa biarlah orang yang buat aku, tp aku tak akan balas balik perbuatan mereka pada aku.....sbb kehidupan yang Allah bagi hanyalah sementara.....
Bila aku rasa kdg2 aku rasa susah tp sebenarnya ada lg orang susah dari aku...lg teruk kehidupan dieorg dari aku.....tp aku bersyukur dgn kehidupan aku sekarang....Aku rasa kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang tidak dpt diperolehi daripada sebelum ini.......Semoga Allah merahmati keluargaku dan semoga Allah memberi anak2 aku kesihatan yang baik serta ketenangan hati dan jiwa aku yang aku perolehi biarlah selama2 nya..aminnn
Rindu itu kemanisan jiwa yang kdg kala merasakan pahitnya tinggal di dalam hati.Walau sekuat mana melahirkan rasa yang hadir, pasti akan menjelma dan datang tika keseorangan.
Pernahkah merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dlm mengorak mimpi seolah merasakan diri amat hilang akan dunia.Merasakan ada himpitan kuat di dalam dakap dada hingga membuatkan airmata berkaca.Seolah menyesali sesebuah hubungan yang telah berakhir.
Merindui seseorang yang bukan milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa.Kita hanyalah insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.Yang itu penah melalui masa masa bersama.Kadang penah silap memberi rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan.
Rindu pada wajah yang dulu selalu bersama.Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.dan kadang itu memberi 1 semangat utk kita mencari 1 identiti yang baru .
Rindu itu 1 bentuk perasaan pada 1 kisah atau pada kenangan lalu bersama seseorang,dan kenangan itu selalu bermain di minda dan fikiran.Ingin selalu kembali ke dunia lalu namun apalah daya takkan sama.
Kadang rindu pada seseorang membuat kita semakin sebak memikirkannya .Semakin rasa pedih dalam hati kerana hati kita masih sayang dan cinta padanya .Dan kadang juga mengalir air mata rindu terasa rindu yang amat panjang.Selalunya rindu berkait rapat dengan seseorang yang begitu bermakna .penah memberi 1 rasa yang asyik .
Penahkah kita merasakan pedih memikirkan 1 wajah yang dahulunya penah membuat airmata mengalir dlm kesedihan dan masih adakah sisa kemaafan jika peluang masih ada ..
Dan rindulah pada seseorang yang benar2 menghargai kita .Janganlah kita merindui orang yang pernah menyakiti dan mengkhianati hati kita ...Bercinta memang mudah tapi untuk dicintai juga memang mudah , tapi untuk dicnitai oleh orang kita cintai,itulah yang sukar diperolehi .
Selalu kita bertanya pada hati kita mengapa masih ada airmata ini mengalir walaupon kita melepaskan cinta itu dengan hati yang rela dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu dgn hati yang berat .Menjejaki seseorang dalam menjejak perginya wajah yang penah membuat kita bahagia .Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu namun mengapa masih ada airmata mengalir tanpa belas.
Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia boleh merosakkan jiwa Membuat kita tiada semangat akan diri dan sepatutnya kita kuat dan tabah dlm meniti perjalanan hidup .
Buat seseorang yang kamu masih menyintai dan menaruh harapan , kamu pasti selalu mengingat setiap kenangan yang kamu lalui bersama si dia dan saat itu mata kamu pasti akan berkaca.kerana kamu tahu kenangan bersamanya tidak akan berulang kembali .
Jika ia ditakdirkan untuk kita , sudah tentulah kita perolehi .Apa yang kita faham akan takdir dan ketentuanNya .Siapalah kita untuk mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukan.
Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.Cinta itu bukan milik kita .Cukup sudah meratap dan merindui perginya rasa itu yang kita rasakan cinta .Sebenarnya itu bukan cinta sejati .Janganlah diharapkan satu mimpi indah menjadi nyata jika kita masih lagi di dalam lena yang panjang .
* tiada kena mengena dengan sesiapa..hanyalah sekadar utk bacaan ..
Kdg2 aku dah rasa penat dgn suma yg terjadi....aku lebih suka diam diri daripada mempertahankan sesuatu....itulah sifat aku...tp kdg2 diam2 aku nih ada yang amik kesempatan...Sejauh mana kebenaran jika aku terus berdiam diri....terkadang rasa seolah2 suma kesalahan itu berada di pihak aku....tp betullah orang ckp...diam2 nih biar disimpan2 lama2 meletup jgk....entah mana kekuatan yang aku dpt....kdg2 aku cuba mempertahankan sbb aku tahu aku di pihak yang betul.
Tp itulah sifat sesetengah orang..kdg2 terlalu mementingkan diri sendiri tanpa mahu mengerti situasi yang aku alami.Terus cuba menyalahkan orang lain dan menutup kekurangan diri dan menidakkan kebenaran demi serta menyembunyikan kelemahan.
dan aku akui juga, aku juga bknlah insan yang sempurna, aku bukanlah nabi atau malaikat....aku hanyalah manusia biasa.Kadang2 banyak juga melakukan kesalahan.Tapi siapa pon aku....Tlglah janganlah cuba utk disakiti....biarlah aku dengan jalan aku...kau dengan jalan kau....Mungkin kita berbeza tp kita juga ada persamaan.Kita adalah hamba Allah yang begitu banyak kelemahan.
Abang....esk genaplah 100 hari abang pergi meninggalkan manja dan anak2 kita....kejapnya manja rasa..masa berlalu begitu cepat....kdg2 manja rasa rindu sgt pada abang.....Hanya Allah yang tahu....betapa rindunya manja pada abang......betul lah orang cakap berpisah mati ini rindunya lain.....rasa sunyi sgt tp bila manja rindu kt abang, hanya Al-Fatihah mampu manja beri pada abang....kdg2 ape saja lagu yang ada kena mengena dgn abang dan lagu yg penah kita minat suatu tika dulu, itupon manja akan mengalirkan airmata..beratnya rasa rindu ini bang...kdg2 rasa mcm tak tertanggung ....izinkan manja menangis bila manja rindukan abang....selain doa kdg2 airmata menemani manja setiap malam ....Manja tahu abang nmpk manja dan anak2 kita...tp kita terpisah dua dunia.....dua dunia yg sgt berbeza.... Hanya yang penah kehilangan orang tersayang faham perasaan manja....suatu perasaan yang tidak dpt digambarkan dengan kata2.....ramai yang ckp..manja kuat dan tabah menghadapi suma ini tanpa abang tp setabah mana pon manja..kdg2 gugur jgk airmata manja sayang...memory bersama abang terlalu kuat dan kasih sayang abang pada manja terlalu dalam......Semoga Abang tenang dan damai di alam yang kekal abadi ...dan semoga Allah tempatkan abang dikalangan orang2 yang beriman dan dikasihi oleh Allah.....
Tangisan di hujung gagang telefon itu sangat menyayukan. Seorang isteri yang rasa disia-siakan, dipinggirkan malah ingin ditinggalkan oleh suaminya.
“Apa salah saya? Segala-galanya sudah saya lakukan. Saya telah banyak berkorban untuk rumah tangga ini. Tetapi suami seolah-olah tidak nampak. Kini saya bertahan Cuma kerana anak-anak.”
Begitu sayu saya mendengarnya. Hidup adalah kesinambungan ujian yang berterusan. Setiap kita diuji. Jangan menyangka hanya kita yang diuji, tetapi semua manusia ada habuannya masing-masing. Tetapi biasalah, kita hanya nampak pelangi yang ada di atas kepala orang lain. Maksudnya, kita sering merasakan, hidup orang lain lebih indah, lebih bahagia… hanya kita yang menderita. Pada hal, setiap kita diuji, pada titik kelemahan masing-masing. Dan inilah cerita… isteri yang diuji.
Di mana aku di mata suami ku? Apakah aku ini masih dicintainya? Atau aku masih diterima sebagai isteri hanya kerana sudah tidak ada pilihan dan jalan yang lain lagi… Lalu perkahwinan yang tidak bahagia ini, walau sengsara sekalipun mesti diteruskan. Nanti apa kata sanak saudara? Apa pula anggapan teman-teman? Dan yang paling penting, apa pula nasib anak-anak kalau aku bercerai nanti.
Lalu dikayuh jugalah bahtera perkahwinan yang diumpamakan sudah hilang angin itu. Walaupun layarnya sudah terkoyak seribu. Al hasil, rumah tangga terumbang-ambing. Ke hadapan tidak, ke belakang pun tidak. Jemu. Beku! Ah, apakah benar perkahwinan itu pusara kepada percintaan?
Jika rasa-rasa seperti di atas telah dirasai oleh isteri, maka memang benar pada ketika itu memang benar perkahwinan itu pusara percintaan. Bukan sahaja pusara, bahkan ia sudah menjadi neraka. Pada ketika itulah harga diri isteri berada di tahap yang paling rendah. Dia seolah-olah tidak ada harga diri lagi. Keyakinannya sudah terhakis, harapannya sudah menipis. Apakah harga diri? Maruah? Status?
Secara mudah harga diri ditafsirkan sebagai, penilaian seseorang terhadap dirinya sendiri tentang kemampuannya untuk berjaya atau bahagia dalam hidup. Pendek kata, jika seseorang ingin bahagia dia mesti mempunyai harga diri yang tinggi. Dia mesti merasa layak, mampu dan berkebolehan untuk berjaya. Dia ‘feel good’ dengan dirinya sendiri. Berbeza dengan mereka yang mempunyai harga diri yang rendah. Mereka akan sentiasa merasa lemah, tidak yakin dan ragu-ragu tentang kemampuan diri sendiri untuk bahagia.
Petanda isteri yang hilang harga diri begitu ketara. Kekadang jadi pemurung. Banyak memencilkan diri. Atau ada pula yang mudah marah-marah. Terlalu sensitif. Hilang semangat untuk membersihkan diri apatah lagi berhias atau mengemas rumah. Tidak ada apa lagi yang hendak ‘diperjuangkannya’ atau yang akan menggembirakan atau yang menyedihkannya. Dia seperti orang mati – hilang semangat untuk hidup.
Inilah akibatnya apabila seseorang lebih pentingkan pandangan suaminya terhadap diri mereka berbanding pandangan diri sendiri. Apa penilaian suami ku? Apakah dia masih cinta atau telah jemu? Hidupnya dihantui prasangka. Dan prasangka itulah yang menghilangkan keceriaan dan semangatnya.
Ironinya, lama-kelamaan perasaan rendah diri yang mulanya pasif itu akan bertukar menjadi agresif. Mengikut ahli psikologi ramai orang yang pada mulanya mempunyai harga diri yang rendah, akan memandang rendah kepada orang lain. Ah, suami ku juga apa kurangnya. Dia pun bukan hebat sangat. Ya, orang yang tidak punya harga diri tidak akan dapat menghargai orang lain sepertimana orang yang tidak punya wang, mustahil boleh memberikannya kepada orang lain
Hakikatnya penilaian diri terhadap diri sendiri jauh lebih penting daripada penilaian orang lain terhadap diri kita. Maksudnya, biar dipandang rendah di mata suami, tetapi jangan dipandang rendah pada mata sendiri. Malangnya, dalam perkahwinan yang tidak bahagia ramai isteri atau suami yang merasa harga diri mereka direndahkan oleh pasangannya.
Dalam sebuah rumah tangga, harga diri sangat penting sama ada pada suami mahupun isteri. Suami terutamanya tidak boleh memandang rendah pada dirinya sendiri. Rasakanlah yang diri kita boleh dan mampu untuk memimpin, melindungi dan menyara keluarga. Bila harga diri suami tinggi maka barulah barulah dia akan mampu menghargai isterinya. Awas, jika kita kerap memandang rendah, meremeh-temehkan bahkan menghina pasangan kita itu menunjukkan harga diri kita yang rendah!
Para isteri tidak boleh membandingkan diri kita dengan orang lain secara tidak sihat. Konon, isteri orang lain lebih bijak, kaya dan lebih bernasib baik daripada kita. Dia terlupa bahawa setiap kita mempunyai kelebihan tersendiri. Kita adalah unik, dan dunia tidak akan lengkap tanpa kehadiran kita. Kita dicipta untuk berjaya dan bahagia.
Maha Suci Allah, yang tidak sekali-kali mencipta hamba-Nya untuk gagal dan menderita. Allah mencipta kita untuk berjaya dan bahagia. Sebab itulah diturunkan untuk kita Rasulullah saw dengan Al Quran dan sunahnya. Dan kepada setiap individu diberikanNya pelbagai keistimewaan yang tersendiri.
Soalnya, apakah kita telah membangunkan segala keistimewaan itu secara optimum? Sejauh mana segala kelebihan yang Allah berikan kepada kita telah kita kenali, terokai dan dipergunakan? Isteri yang diuji mesti mencari semula kekuatannya. Di mana keunikan aku? Aku istimewa, aku unik, bisikkan begitu pada diri.
Siti Saudah isteri Rasulullah s.a.w. mungkin tidak sejelita dan sebijak Humairah (Siti Aishah), tetapi dia tidak rendah diri, dia tidak hilang harga diri… Lalu dia rajin bangun malam (berqiamullail) dan dikorbankan giliran malanya bersama Rasulullah untuk Siti Aisyah demi menggembirakan hati Rasulullah kerana mengharapkan keredaan Allah. Lihat, dia tidak merintih, mengeluh dan mengeluh nasib diri. Sebaliknya, dia tahu harga dirinya di mana!
Jadilah diri kita sendiri, sayangi diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil, dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berbekalkan segala kelebihan yang kita miliki. Jangan rosakkan seluruh kehidupan hanya merasa tidak dihargai oleh suami. Hidup terlalu singkat dan sangat berharga untuk ‘dikorbankan’ hanya oleh prasangka dan curiga. Malah jika benar sekalipun kita dipinggirkan oleh suami, ingatlah suami bukan segala-galanya.
Bangun, dan binalah harga diri semula. Insya-Allah, apabila kita mula menghargai diri sendiri barulah orang lain akan menghargai diri kita. Kita adalah unik justeru tidak ada siapa yang serupa dengan kita sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Cara yang terbaik untuk membanding ialah bandinglah diri kita sekarang dengan potensi kita yang sebenar.
Ubahlah diri ke arah yang lebih baik, insya-Allah kita akan lihat suami, anak-anak dan seluruh isi rumah kita akan berubah. Dan perubahan itu boleh berlaku dua cara. Pertama, memang suami, anak-anak dan rumah tangga kita berubah menjadi lebih baik seperti yang kita harapkan. Kedua, kita yang berubah lalu mampu melihat, mentafsir dan bertindak terhadap suami, anak-anak dan rumah tangga yang masih sama dan ‘gitu-gitu’ jua tetapi dengan perspektif yang berbeza.
Apa yang dulunya kita lihat sebagai derita sudah bertukar bahagia kerana hidayah yang Allah jatuhkan ke dalam hati kita telah memberi makna yang berbeza. Dunia tidak berubah, tetapi mata hati kita yang berubah lalu yang kita lihat hanya yang indah-ndah sahaja. Alangkah bahagianya punya hati yang begitu… bila pahit dirasakan ubat, bila manis dirasakan halwa, bila masam dianggap ulam. Itulah hati yang mampu dan disediakan untuk setiap isteri dan anda layak untuk memilikinya!
Kita tidak perlu menyaingi suami untuk mendapat keyakinan diri. Dia tetap dia dan kita tetap kita. Jangan menunggu suami menghargai diri kita, barulah anda merasa diri anda berharga… sebaliknya hargailah diri kita terlebih dahulu barulah suami akan menghargai kita. Merendah diri di hadapan suami, bukan bererti mengorbankan harga diri kita sebagai insan yang sempurna ciptaan Allah.
Ingatlah kata-kata ini: Jangan bimbang jika diri tidak dihargai tetapi bimbanglah jika diri memang tidak berharga. Teruslah menjalankan tanggungjawab dalam keluarga dengan sebaik-baiknya. Jangan sekali-kali ‘sakit jiwa’ kerana tidak dihargai justeru di dalam diri kita sudah ada keyakinan bahawa diri kita memang berharga!
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Hadirmu begitu menyenangkan,
Membawa kehangatan dihati,
Aku yakin akan rasamu, ...Aku terbuai akan indahmu,
Terkadang aku menangis keranamu,
Terkadang aku sakit atas ulahmu,
Terkadang aku kecewa atas perbuatanmu,
Terkadang aku bingung atas sikapmu,
Tapi mengapa aku masih percaya kepadamu,
Percaya kau akan memberikan kehangatan,
Percaya kau akan merubah hidupku,
Percaya kau akan memberikan yang terbaik,
Itulah dirimu CINTA,
Terkadang menyenangkan,
Terkadang menyakitkan,
Terkadang membingungkan,
Tapi selalu dinantikan,
Dari sebuah kebingungan yang,
Tidak dimengertikan oleh sesiapa...