Melakar Rindu




Terlalu singkat hubungan ini 
Belum pun sempat melakar rindu 
Baru semalam mimpi dicipta 
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah 
Ketika cinta  masih di dada 
Punahlah jua kini akhirnya
Entah mengapa hati bertanya 
Mengapa kasih  terlerai kini 

Ku tak salahkan dirimu sayang 
Lantaran takdir sudah tersurat

Punahlah jua kini akhirnya

Andai ini takdirNya



Pada mula aku mengenalimu
cara dirimu melayan dan mengambil berat tentang aku
aku akui aku jatuh cinta
sedikit sebanyak  hati ini mula menyukaimu

Kau jua begitu
cara dirimu dan segala ciri2 tentang kamu , 
mmg aku suka padamu
aku tak nafikan 
yang aku bahagia bila bersama kamu

tapi bila kita semakin sayang
dirimu tidak pasti dalam perhubungan ini
kamu takut cinta ini tak direstui
apakan daya jika benar kasih kita terhalang

tak mampu untuk  aku meneruskannya
pergilah kasih ,
sebelum cinta ini makin mekar di hati 
kalau itu yang terbaik untukmu

aku yakin dengan takdirNya
yang jodoh kita memang tiada...
Selamat tinggal sayang


Manja

25/06/2013

Andainya





andainya mencintaimu
adalah satu dosa
mungkin inilah dosa
yang terindah
dalam hidupku

namun realitinya
tiada yang salah
karna dalam hal cinta
semua itu adalah perasaan hati
yang suci

karna semua itu
tidak pernah ku minta
atau ku duga
pada siapa rasa itu kan ada
dan berlabuh
semua itu kehendak hati
yang tak mampu dibeli

tapi andainya aku bersalah
melabuhkan cintaku padamu
yang salah
maafkan aku karna cinta ini
kan selalu ada dan bersemi
ia menjadi sebuah harapan
dalam kehidupan yang ku jalani
tanpa aku sadari mengalir
rasa itu padamu..

semoga rasaku padamu
menciptakan kebahagiaan
walau tak bisa bersamamu
ku rela dan redha 
karna ada rasa bahagia itu
bila menyintaimu..




Copy n paste from FB

24/06/2013
 

Camne nak kekal kan hubungan percintaan?


1. dlm setiap perhubungan tu perlu ada kejujuran dan kesetiaan.


2. sekali-sekala buat lawak, kalau serius jer bosan la, sesekali jadi jer raja lawak hahaha.


3. selalu meminta maaf dan memberi maaf



4. dlm percintaan, jgn harapkan lelaki je belanje mkn,tgk wyg bagai. korang pun kena kuar duit gak,   sama2 kuar duit 


5. memahami antara satu sama lain dan bertolak ansur


6. jika ada masalah berbincanglah dari hati ke hati..kalau boleh jumpa bukan melalui msg ataupon chat....sbb nnti akan jadi gaduh besar.



7. saling hormat - menghormati


8. jgn la ada sifat dendam dn balas dendam



9. berikn sedikit kepercayaan, walau tak sepenuhnya, tp xyahlah percaya 100 % nanti kita yg akan kecewa, tinggal sedikit keraguan 


10. hargailah pasangan sebelum dia pergi



11. untuk setia? mmg agak sukar. tapi insyallah boleh 


12. pandai ambil hati si dia, kwn2 dn keluarganya



13. sesekali buat kad ucapan yg dibuat sendiri dan post pada si dia ..mesti die terharu


14. Jika telah berjumpa pasangan yg sesuai, selalulah buat solat istikharah...dan jua solat hajat , mintak pada Allah petunjuk yg baik dan berdoalah supaya dipertemukan jodoh yang baik..


Manja 

20/06/2013

Jodoh tetap menjadi rahsia Allah



“jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan ceritakanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita”
Tapi bagi sesetengah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang tidak sanggup menanggung rasa di hati dan jarang menyatakan nya kepada Sang Pencipta....begitu jua dgn aku, kdg2 lalai dengan cinta manusia..kdg2 leka dgn cinta manusia..hanya kerana cinta...dan kemudian aku tersedar bukanlah cinta manusia bukanlah kekal melainkan Cinta Allah..mcm2 dugaan dlm mengharungi  dalam kehidupan....
Jika kita mencintai  seseorang..cara yg terbaik adalah membuat solat istikharah..mungkin kita tidak akan dpt jawapan melalui mimpi tapi kdg2 kita akan dpt petunjuk dari segi gerak hati. Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk daripada Allah dan meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas sbb kerana Allah dan agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang. 
nasihat ringkas untuk semua yg terlibat dgn hal-hal ini, mulakan dengan ISTIQARAH pada hari ini, bukan dengan menetapkan “nama si dia” tetapi memadailah dengan menyatakan kepadaNYA “jodoh terbaik untukku”..agar hasil istikharah kita yg berterusan itu, dan jawapannya adalah sesuatu yg terbaik bakal DIA takdirkan.
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu pasti akan indah pada akhirnya
Setiap jodoh kita mmg telah ditetapkan oleh Allah ..berdoa pada Allah supaya kita diberikan jodoh yg baik ...dan sebagai perempuan kita kena berdoa dan cuba membaiki diri menjadi lebih baik..bykkan berdoa , bgn mlm solat tahajjud dan jua solat hajat...Jika hati masih keliru untuk memilih , segera lakukan istikharah....semoga kita semua sentiasa dalam redha dan rahmat Allah....lakukan semua itu kerana Allah ...insyaAllah kita akan tenang dan akan bahagia ...JODOH tetap menjadi rahsia Allah .

Manja
18/06/2013

Allah syg kita dgn ujianNya

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dahulu aku melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. DIA mahu menguji hambaNYA supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.
Dan aku tertanya.
Kenapa aku tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada aku?
Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?
Kemudian aku tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, aku sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari.
Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu
Dan sekarang, mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah ‘minta’ dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan.
Susahnya kehidupan seorang pelajar.
Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.
Tetapi aku tahu. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini? Setiap perkara yang berlaku, baik mahupun buruk, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini,
mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku.
Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, aku terpasa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.

buatmu ibu




Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian


Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan

Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku


Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan


Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu

Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran

Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku

Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Salam pagi jumaat




Indahnya pagi ini...


Ku lihat burung berterbangan
Mencari makanan
Langit berkilauan dengan warna jingga
Hembusan bayu lembut membelai pipi ku



Aku bersyukur kerna masih lagi
Di berikan Allah kesempatan untuk
Terus bernafas dan memohan 
Keampunan kepada Nya 

Rejab berlalu pergi meninggalkan ku
Sya'aban ku sambut dengan penuh kesyukuran
Ramadhan ku nanti kedatangan mu..
Dengan penuh keazaman ...

Ku bermohon pada Mu yang esa
Berikan lah aku kesihatan yang sempurna
Supaya aku boleh memohon ampun
Dan menunaikan segala perintah Mu...


Manja

14/06/2013

Love doesn't ask why




Love doesn't ask why
It speaks from the heart
And never explains
Don't you know that
Love doesn't think twice
It can come all at once
Or whisper from a distance

Don't ask me if this feeling's right or wrong
It doesn't have to make much sense
It just has to be this strong
'Cause when you're in my arms I understand
We don't try to have a voice
When our hearts make the choices
There's no plan
It's in our hands

Love doesn't ask why
It speaks from the heart
And never explains
Don't you know that
Love doesn't think twice
It can come all at once
Or whisper from a distance

Now I can feel what you're afraid to say
If you give your soul to me
Will you give too much away
We can't let this moment pass us by
Can't question this chance
Or expect any answers
We can try
But love doesn't ask you why

[Instrumental]

So let's take what we found
And wrap it around us

Love doesn't ask why
It speaks from the heart
And never explains
Don't you know that
Love doesn't think twice
It can come all at once
Or whisper from a distance

Love doesn't ask why

Kisah Cinta




Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam hayalan
Berat rasa untuk berpisah

Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang

Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan

Kisah cinta berakhir
Dengan penuh harapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapan
Kisah cinta... - 


Pahala membantu tetangga dan anak yatim

Tiba2 tersentuh baca entry pasal anak yatim ni 


Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, ia tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"

Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, "Muwaffaq." 


Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.

Rasulullah s.a.w ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah s.a.w, "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"

Jawab Rasulullah s.a.w, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."


Entry dari Blog Tok Wan ......

Manja

12/06/2013

You're still the one



(When I first saw you, I saw love. 
And the first time you touched me, I felt love. 
And after
all this time, you're still the one I love.) 
Looks like we made it
Look how far we've come my baby
We mighta took the long way
We knew we'd get there someday 

They said, "I bet they'll never make it"
But just look at us holding on
We're still together still going strong 

(You're still the one)
You're still the one I run to
The one that I belong to
You're still the one I want for life
(You're still the one)
You're still the one that I love
The only one I dream of
You're still the one I kiss good night 

Ain't nothin' better
We beat the odds together
I'm glad we didn't listen
Look at what we would be missin' 

They said, "I bet they'll never make it"
But just look at us holding on
We're still together still going strong 

(You're still the one)
You're still the one I run to
The one that I belong to
You're still the one I want for life
(You're still the one)
You're still the one that I love
The only one I dream of
You're still the one I kiss good night 

(You're still the one)
You're still the one I run to
The one that I belong to
You're still the one I want for life
(You're still the one)
You're still the one that I love
The only one I dream of
You're still the one I kiss good night

without you





No I can't forget this evening or your face as you were leaving
But I guess that's just the way the story goes
You always smile, but in your eyes
Your sorrow shows

Yes, it shows
No I can't forget tomorrow
When I think of all my sorrow
When I had you there but then I let you go
And now it's only fair that I should let you know
What you should know

I can't live
If living is without you
I can't live
I can't give anymore
I can't live
If living is without you
I can't give
I can't give anymore

Well, I can't forget this evening or your face as you were leaving
But I guess that's just the way the story goes
You always smile, but in your eyes
Your sorrow shows
Yes, it shows

I can't live
If living is without you
I can't live
I can't give anymore
I can't live
If living is without you
I can't give
I can't give anymore

rindu dalam sepi




Sayang






Sayang ,

Bila kau ada...
aku akui adanya aku
ku sedari hadirnya kau
menjaga hatiku
Buat aku rasa..
aku ada
Kerna..
adanya aku dalam hidupmu....

Untuk menyayangimu
untuk mencintai kamu
bukan untuk menyakiti
Kerna
Itu tandanya aku sayang kamu...

Sukar untuk aku bicarakan
sehingga hadirnya kamu
dan adanya kamu dalam hidup kamu
aku sedia menyayangi 

Kerna
Kini adanya sayang dalam hatiku..
Kerna adanya kamu dalam hati ku
Cerianya aku kerana aku tahu 
Di taman cinta itu 
ada aku dan kamu...

Andai satu ketika
Aku rasa cuma ada aku yang menyayangi
Andai satu ketika
Aku sedar cuma ada aku sendiri yang mengingati
Andai satu ketika 
Aku sedar cuma aku yg mencintai
Aku akan berlalu pergi...

Tinggal kan taman cinta itu
Berlalu aku dengan kesepian
Bersama ketakutan yang aku rasa kan dulu
Dan berjanji untuk tidak akan mencintai
Adapun hadirnya cinta itu
Bersama dingin hati ku
Dan gelap..hitam
Kenangan sejarah silam.......



Manja

06/06/2013

Terima kasih Cellnique



korang nk tahu tak , manja ni mmg ada problem skin yg teruk jgk lah...sejak zaman sekolah lagi ada mslh jerawat tp x kronik lah,muka xde nye cantik mcm Erra fazira tu hehehe .....mcm2 produk la manja cuba nk bg kulit muka ni cantik tanpa jerawat semuanya tak menjadi sehinggalah manja tgk retis  Nana AF tu cuba produk muka Cellnique ni....dah sebulan lebih manja guna Alhamdullilah kulit jadi semakin okay dan parut2 jerawat semakin hilang tp xdelah hilang terus sbb baru lagi kan ..masih dalam tempoh merawat.

pada sesiapa yg ada masalah kulit seperti jerawat dgn jeragat tu better cuba produk ni tp igt before tu  jumpa dulu pakar kulit dari Cellnique dulu, harga xdelah mahal sangat tp sgt2 berbaloi , untuk 1 produk leh pakai 3-4 bulan oklah tu kan ....Jimat kan....yg bgsnye produk ni , yg serum ni, yg ni lah buat jerawat kita makin hilang....korang patut cuba ...

Jika ada kawan-kawan yang nak cuba pakai produk cellnique, boleh mula dengan Skin Action Sebum Gel ni. Boleh juga dicampur dengan skin care yang dah ada. Jika nak tahu lebih lanjut tentang produk-produk dan cara-cara penjagaan wajah menggunakan produk cellnique boleh rujuk laman web http://my.cellnique.com/, manja ni saja je nk kongsi , kalau korang rasa nk cuba pg je ke mana2 Pakar Cellnique yang berdekatan dgn rumah korang....Oklah selamat mencuba :)



Manja

05/06/2013


Dugaan




Dugaan..
Kali ini rasa benar2 di uji, rasa susah payah dan,
begitu jerih perih dalam proses menumbangkan kali ini ,
terasa diri sendiri yang akan tumbang. 

Kalau ikutkan hati , benar saya akan rebah, 
dan rela hati mengikut kata hati, 
saya hanyalah manusia biasa , tidak sempurna,
Jadi dengan susah payah saya bertahan, 
hanya dengan bantuan Allah dan family serta sahabat, 
saya amat kuat seperti hari ini.

Kalaulah saya tidak kuat mesti saya tidak seperti hari ini,
Tetapi Allah sayang saya , DIA sangat sayang ,
Selepas hati ini terlalu sedih di landa ribut taufan ,
hari ini saya rasa seperti hujan membasahi diri.

ianya sangat tenang berserta cahaya matahari menyinari, 
dan timbul pelangi yang sangat indah,
Betapa besarnya kuasa Allah S.W.T,
Di saat saya hampir2 berputus asa ,  

ramai datang memberi semangat utk saya kembali bangun , 
Saat saya mahu mengalah Allah bg tanda supaya tidak menyerah ,
Saat saya mula terduduk Allah berikan tempat saya utk bersandar ...

Alhamdullilah Terima kasih Allah
YA ALLAH , Tiada yg indah dan tenang melainkan dgn mengingatiMU

Manja

05/06/2013

lebih baik mencipta rasa benci

Seeloknya rasa lebih baik mencipta rasa benci
dari terus menaruh harapan yg sia2 
ucapkan selamat tinggal pada masa lalu
yg semalam  telah menjadi sejarah

Realitinya adalah hari ini
esk akan terus menjadi rahsiaNya
Teruslah jalani hidup tanpa ragu
 pada akhirnya kita akan mengerti

Hidup ini terlalu indah dinikmati 
walaupon kdg2 kita di duga dgn
 dugaan yg amat hebat
hanya airmata menemani setiap malam yg kita lalui

Bila kita kembali kuat
itulah tanda kita menjadi semakin matang 
dan teruslah berjalan dan  rasailah
kasih sayang Allah

Dengan bersyukur dan terus jalani hidup dengan 
menyerahkan segala pada Allah 
yang telah memberi rasa sedih , gembira dan jua bahagia

Cinta manusia akan pergi 
Kuatkan hati dan jangan pernah takut akan kehilangan
Sesungguhnya yang sempurna 
hanya DIA
Allah S.W.T


Manja 

03/06/2013

~~~ tiada pengantimu~~~





Entah mengapa hati ini 
masih berbekas dengan kenangan,
menyarat dalam jiwa 
dia yang masih aku rindui 
dia yang pernah aku miliki dulu
namun rindu ini cuma perlu aku pendamkan 
pendam jauh di sudut hati,

Apakah kau tahu aku masih rindukanmu
Apakah kau tahu aku sll rindukan suaramu
rindu setiap apa yg kita lewati dulu
tp tidak semudah itu kerana kini kau tidak 
mungkin akan mewarnai hari2 yg akan aku lalui ,

Tidak pernah ada pengantimu
sejak kau pergi tinggalkan aku
kerna kau satu dalam sejuta
kdg2 luruh jiwa ini bila aku tahu antara 
kita tak mungkin lagi akan bersama

tidak pernah ada pengantimu
dulu saat sedih engkau selalu ada
dulu saat duka engkau yg disampingku

kucuba izinkan hati ini utk menerima 
malah aku cuba menerima seseorang
yang aku rasa blh mengubat hati ini
tapi masih tiada pengantimu
kerana hati ini masih ada kamu

Bukalah pintu wahai hati
biarlah kenangan itu tetap jadi kenangan
dan cuba menerima tulusnya jiwa yang 
btl2 menyayangi diri ini

buat dirimu 
hanya doa saja aku mampu kirimkan
walaupun hati ini ikhlas mencintai dirimu
tapi kita tak mungkin akan bersama
semoga bahagia akan menyinari hidupmu 


manja

03/06/2013