hati yg bukan milikku


Tanpa kita sedari,

Entah bila dan bagaimana,
Perasaan hati bertaut jemari ,

Kau dan aku,
Semakin terbuai oleh rasa yang bermain-main dijiwa,
Berdua kita terbang menelusuri awan di angkasa,
Hingga sampai saatnya,
Bimbang pula andai jatuh dan terhempas ,
Menjadi serpihan yang tak mungkin dapat dicantum kembali.

Ternyata bahagia itu tidak selamanya milik kita,
Bersalahkah aku andai diam seribu bahasa,
Tanpa jawapan yang engkau mahu..
Kerana lidahku kelu dan hujan hati mula membasahi tanahnya..
Bila aku mengetahui kebenarannya.

Aku memeluk hati yang bukan milikku..
Sungguh rasa sebal hati ini saat mengetahui..
Diri ini menjadi punca lerainya satu ikatan,
Tak mungkin dapat lagi kuteruskan..
Andai bahagiaku atas keruntuhan hati insan lain..

Maaf andai aku menyendiri dan membeku,
Biarlah aku berhenti di sini,
Cerita kau dan aku biarkan menjadi mimpi,
Usah lagi berpaling padaku,
Kerana kasihmu telah sedia menunggu,
Menanti di singgahsana rindu..

Dengan rela hati,
Ku lepaskan pergi..
Kerna kisah tentang hati ini bukan lagi milikku.





Menyerah bukan beerti tidak salang pada yang lebih copy n paste j




Hargailah selagi masih ada cinta

aku pon x tahula apa tema blog ni....selalu aku main type bila aku rasa ada point..rasanya dah lama x tulis blog...rasa nya topik kali ni.. bagaimana menghargai insan yg kita sayang....In relationship amat penting rasanya menghargai insan yg kita syg selagi masih ada rasa cinta di hati ...tetapi kdg2 manusia tidak pernah menghargai insan yg terlalu menyayanginya ....mereka perlukan perhatian ...perlu ke ketepikan perasaan orang yg kita syg..ssh sgt ke kita menghargai selagi mereka masih ada cinta....

Percintaan yg disertai oleh beberapa kali perasaan dilukai lama2 menjadi parah akhirnya ..Hati kita seperti kaca ..sekali ia pecah amat sukar ia pulih semula ....mungkin akan pulih tetapi tidak sempurna seperti dulu.....Komunikasi jua amat penting dlm sesuatu relationship..Komunikasi yg tidak baik akan musnahnya sebuah uniknya percintaan...Menghargai dan terus memelihara dlm sesuatu relationship amatlah penting...Jujur , percaya dan sentiasa berdoa agar  relationship itu terus mekar dan sentiasa rasa subur di hati ...


Hidup tanpa  cinta amatlah menyedihkan , Cinta adalah sesuatu anugerah dari Allah ..2 insan tidak boleh bercinta tanpa ada sesuatu perasaan cinta yg wujud dlm hati masing2...Bila sudah takdir ditemukan maka semailah dgn baik dan sempurna ...Manusia tidak sempurna , belajar terima kekurangan akan dirinya maknanya kita telah sempurnakan salah satu resipi cinta ....Cinta tidak harus mencari kekurangan pasangan, tp yg penting bagaimana kamu berdua saling melengkapi dalam kekurangan itu...Jgn mencintai seseorang hanya kerana rupa , itu suma tidak akan bertahan lama tetapi cintailah dengan hati maka cinta itu akan suci dan abadi sehingga akhirnya.

Tapi tidak ada yg menjamin kebahagiaan di masa akan datang jika cinta yg tidak melibatkan Allah dalam segala urusan..Utamakan Allah ..Sentiasa meminta pada Allah supaya hubungan itu diredhai dan direstui oleh Allah ..Sentiasa meminta pada Allah ...supaya sesuatu relationship berjalan dgn lancar...Hargai seseorang yg kita cinta selagi masih ada cinta di hati mereka ....



Manja

31/7/2012

‎51 PERKARA YANG ROMANTIK DAN SWEET UNTUK PASANGAN ANDA


 1. Melihat matahari terbenam bersama.

2. Membisik kata-kata cinta.

3. Memasak untuk si dia.

4. Berjalan didalam hujan.

5. Berpegangan tangan.

6. Membelikan hadiah yang dia idamkan.

7. Memberi mawar.

8. Cari perfume kegemarannya dan memakainya apabila anda bersama.

9. Berjalan menyusur pantai pada waktu malam.

10. Menulis puisi untuk si dia.

11. Berikan dia pelukan.

12. Pandang mata dia dan katakan ‘I love U’ disaat anda berada pada situasi yang gembira.

13. Buat kejutan pada si dia dengan memberikan hadiah seperti bunga/ coklat/ dll.

14. Ketika berada dalam situasi yang tenang, pandang mata dia dan katakan hanya dialah yang anda inginkan dan sayangi.

15. Menghabiskan setiap saat manis bersama-sama.

16. Menatap mata masing-masing.

17. Ketika seseorang seseorang bermulut sampah mengutuknya, anda berdiri dan pastikan orang tersebut makan balik sampahnya...

18. Ketika berada di tempat awam, fokus pada si dia dan pastikan mata tu tidak meliar melihat lelaki/perempuan yang lebih menggoda..

19. Masukkan surat cinta di poket baju si dia sewaktu mereka tidak perasan.

20. Berikan si dia cincin.

21. Nyanyikan untuk dia sebuah lagu.

22. Peluknya dipinggang.

23. Bawa dia keluar untuk ‘candle light dinner’.

24. Berkelah bersama seperti memancing.

25. Untuk lelaki, pegang tangannya sambil pandang terus ke mata dia dan kemudian cium tangannya dan letak ke dada anda.

26. Menari bersama.

27. Membiarkan si gadis tidur didalam pangkuan anda.

28. Buatkan sesuatu yang sweet seperti tulis “I love You” secara terbalik pada sehelai kertas yang memerlukan si dia membaca menggunakan pantulan cermin.

29. Layan dia seperti seorang puteri.

30. Ketika anda berada dalam situasi yang amat sibuk, ambil masa seketika untuk telefon dia dan ucapkan ‘ I LOVE YOU’.

31. Ketika anda berjauhan dengan si dia terutama apabila anda bercuti ke luar negara, telefon dia dan katakan anda rindu dia.

32. Ambil sehelai kertas kemudian anda bersama-sama tulis impian yang anda ingin capai bersama.

33. Berada di luar rumahnya sambil membawa ros merah pada malam hari kemudian telefon dia dan beritahu anda berada di luar rumahnya.

34. Berkongsi rahsia dan impian.

35. Jadi seorang putera dimata dia dan orang tuanya.

36. Jadi tempat untuk dia meluahkan rasa sedih dengan membiarkan dia menangis di bahu anda....

37. Saling memahami dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar yang cemburu terhadap anda berdua.

38. Jadilah kawan baiknya pada masa yang sama sebagai kekasihnya.

39. Bawa di menonton filem-filem yang romantik

40. Berikan sepenuh perhatian apabila si dia bercakap.

41. Bercerita pada dia tentang saat manis anda bersama.

42. Berkorban untuk satu sama lain.

43. Tanam sebuah pokok bersama dan jagalah pokok cinta anda itu.

44. Biarkan si dia tahu bahawa anda sentiasa merindui dia.

45. Belajar mencintai diri sendiri sebelum anda mula menyintai orang lain.

46. Belajar untuk mengungkapkan rasa cinta dalam bahasa asing seperti “I LOVE U” dalam bahasa perancis iaitu “je t'aime”

47. Dedikasikan lagu untuk mereka di radio.

48. Bercakap dengan si dia di telefon sehingga tertidur.

49. Disaat anda ingin melamar si dia untuk dijadikan pemaisuri anda, dan anda yakin si dia akan menerima lamaran anda, lamarlah di tempat awam ataupun melalui facebook/youtube.

50. Katakan 'I love You' setiap kali dia ingin tidur dan bangun tidur. Ini bermakna anda amat menghargai si dia di sisi anda.

51. Kalau yang dah kahwin tu, solat berjemaah bersama lepas tu masa doa tu kuat kuat sikit baca "terima kasih sebab kurniakan pasangan yang terhebat untuk dicintai."



copy jer from fb :)

belajarlah dari kesalahan



Awak...

awak tahu x impian saya...saya nk jadi ratu hidup awak tau..sejak awak hadir di dalam hidup saya.hidup saya kembali bersinar .tp kenapa berkali2 awak sakitkan dan lukakan hati saya ...seolah2 perkataan maaf awak tu senang dilafazkan kan awak....Cinta ini perlulah dihargai awak...hati saya mcm kaca ..sekali berderai rasa pedihnya ....hanya Allah yg tahu ...

Awak...

berkali2 awak lukakan hati saya ...tp saya tetap maafkan awak...saya jugak pernah sakitkan hati awak kan....dan awak juga maafkan saya ....semua orang melakukan kesilapan kan awak...

Awak...

saya nak awak tahu, 1 je pinta saya....saya nk awak belajar dari setiap kesalahan  awak dah buat..bg awak mmg senang sekali melafazkan perkataan "maafkan saya" dan cuba awak pikir kalau awak di tempat sy ..betapa risaunya awak..pikirkan tentang awak...setiap sejam sy terjaga dan tido sy tidak lena .....

Awak ,

saya sgt sygkan hubungan kita ini awak... dan saya jua sgt sayang dan cintakan awak....saya nk awak hargai perasaan saya terhadap awak....dan belajar macamana menghormati perasaan seseorang yg awak cinta ....jgn melakukan kesalahan yang sama ye awak....

Awak...

saya bkn nk sakitkan hati awak...cuma saya nk kita belajar dan terus belajar camne nk suburkan perhubungan kita ini ye awak...setiap kesalahan kita , kita belajar dan terus belajar , kita  cuba perbaiki hubungan ini....awak nk tahu x? sebenarnya kesalahan awak ni sgt kecil dan saya cuma nak awak sms saya dan bgtau apa saja yg berlaku dan jgn biarkan saya tertunggu2 lagi..itu je awak...sgt simple kan awak...tp benda simple nilah , jika dibiarkan  dan ia akan jadi nanah...saya tak nk mcm tu...

Awak..

percayalah yg saya nk kita trs bersama dan trs bahagia ....apa saja yg berlaku biarlah berlaku ....saya sayang dan cintakan awak sgt2...


Manja


06/07/2012

mcm2 perangai dalam mencipta keserasian dlm perhubungan

okay lah , kita ceta lg bab cinta , dalam sesuatu hubungan kdg2 kita terpaksa hadapi macam2 masalah yg kdg2 kita rasa sakitnya nak hadapi ...inilah orang kata kenal dulu hati budi ....bg aku pompuan ini perasaan terlalu sensitif, dan lelaki kdg2 tidak penah hargai dan kdg2 buatlah mcm2 perangai yg dieorg kena rasa sedih la..benda yg kita kata cuma jgn buat lps ni, mereka akan buat jgk....

Dalam perhubungan yg penting sekali adalah kejujuran....paling penting ialah berterus terang dgn apa saja yg berlaku ... jgn membiarkan seolah2 tiada apa2 berlaku..pompuan akan maafkan tp utk lupa amat ssh bgnya.....Bila dah buat kesalahan dan esoknya akan say sorry ..mmglah senang melafazkan perkataan maaf ..tp bila dah byk kali buat kesalahan yg sama..Apakah yg pompuan rasa ? Kesabaran seorang pompuan mmg ada limitnya....mmglah hati pompuan terlalu lembut dan tlglah jgn calarkan dgn perkara2 yg boleh melukakan hatinya ...

Jika sesuatu hubungan jikalau bertengkar , kita akan semakin mengenali , kita saling menyakiti , kita seakin menyintai dan jika kita menghindari , kita akan semakin merindui ....tak susah sebenarnya nak hargai hati seorang pompuan ....Pompuan jika telah jatuh cinta pada seseorang lelaki , cuma hanyalah lelaki itu dimatanya ...dtglah berapa ramai lelaki yg menghimpit , mereka tidak akan layan tp tlglah hargai selagi mereka masih cinta , jangan bila mereka terluka teruk dan masa itu hendak pujuk pon tiada gunanya ....

Kejujuran , kepercayaan dan keikhlasan dalam perhubungan adalah kunci sesuatu hubungan itu berjalan lancar....belajarlah dari kesalahan dan kalau boleh jgnlah diulangi benda yg sama ....silap2 anda akan kehilangan mereka ..

Sekadar luahan rasa


Manja

6/7/2012

Masih wujud cinta ??

masih wujudkah cinta selepas dia pergi ...kdg2 bila aku elak tp makin byk dugaan2 yg dtg , dan baru2 aku mengaku yg aku telah mula menyayangi seseorang....die begitu menyayangi aku ...walaupun berkali2 aku mengignorekan kewujudannya tp cara die yg tidak putus asa memenangi hatiku dan akhirnya aku terima dirinya ...cinta dan sayang ini hadir tanpa di duga ....benda yg selama ini kalau boleh aku nk elak tp siapalah aku hendak menolaknya .inilah takdir Allah..Dia hadir tika aku perlukan seorang teman berkongsi suka dan duka ...Dia hadir di kala kdg2 aku perlukan seseorang utk mengadu damba ....

Inilah namanya anugerah Allah .. perasaan yang tiba2 muncul secara naturally ...tiba2 aku jadi rindu dan jatuh syg pada nya ...sebenarnya perasaan bersalah sentiasa wujud dlm hati aku..aku takut dgn tanggapan orang luar tentang diri aku....seorang balu dan akan kedengaran mcm2 tentang diri aku .tapi jika aku pikirkan tentang orang lain aku x akan bahagia...orang lain x penah tahu apa yg aku rasa kan..yang penting aku ikut kata hati dan jalani hidup bahagia .....

Alhamdullilah syukur pada Allah jika ini yang terbaik pada aku ....yang paling penting die menerima aku seadanya dan yg aku terharu die terlalu sygkan anak2 aku......bersyukur sgt ....dan aku harap biarlah hubungan ini akan terus berjalan dgn baik......tiada orang lain yg sayangkan aku seperti mana die sygkan aku....caranya seolah2 sama seperti arwah ....terlalu menyayangi diri ini...betullah kata mak, pilihlah orang yg syg dan cintakan kita, dia akan hargai kita ...dan aku bersyukur masih ada yg sudi menyayangi diri ini ...terima kasih Allah


Manja

2/7/2012