Kisah Siti Fatimah

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Izinkan Cuma Engkau bertakhta di hati

Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.

Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.

Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?

Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?

Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!

'Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi!'

Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.

Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.

Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.

"Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?"

Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.

"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi... Ighfirli...."

Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.

Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.

"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.

Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.

Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "

Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.

-Artikel iluvislam.com

Mengubati hati yang terluka

Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.

Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.

Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.

Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.

Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.

Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?

Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.

7. Hati Mesti 'Keras'

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.

Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

- Artikel iluvislam.com

Nikah Untuk Selamatkan Iman Tingkatkan Ibadah

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, al-Ihya’ Ulumuddin, ada menyenaraikan beberapa tujuan berkahwin yang antaranya menghilangkan tekanan perasaan terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadat. Dengan perkahwinan juga, seseorang itu dapat memelihara diri daripada godaan syaitan yang akan membawa ke arah perkara yang haram.
Berdasarkan itu amat wajar setiap manusia berkahwin bagi menyelamatkan iman. Apatah lagi pasangan yang sedang bercinta, segeralah berkahwin kerana mereka berdua terdedah kepada tekanan tersebut. Pada masa yang sana ibu bapa yang mempunyai anak baik lelaki mahupun perempuan, perhatikan keinginan mereka. Jika mereka sudah ada rasa keinginan untuk berkahwin, lihatlah dengan serius apakah dia sudah benar-benar layak atau tidak.

Jika mereka layak iaitu, ilmu agamanya sudah matang, ada kemampuan yang boleh menjamin kehidupan mereka, maka segerakanlah perkahwinan mereka sebelum terjadinya perzinaan. Sebaliknya jika tidak layak atau belum layak bimbinglah mereka ke jalan yang betul dan pantaulah pergerakan agar tidak melakukan perkara yang haram.

Sebenarnya hubungan lelaki dengan perempuan perlu ada batas, bukan dilepas bebas sesuka hati mereka. Namun begitu pemantauan ibu bapa janganlah sampai anak kita itu rasa takut ketika di hadapannya, tetapi akan liar dengan gejala sihat di belakang kita. Inilah yang kita bimbangkan.


Segera berkahwin

Setiap manusia perlukan pasangan hidup. Adam yang diciptakan dan ditempatkan di dalam syurga setelah dimasukkan nafsu, telah melahirkan rasa jemu hidup seorang diri, lalu meminta diadakan pasangan untuknya. Itulah realiti lelaki dan wanita di muka bumi ini. Malah setelah lelaki berusia baligh rasa inginkan wanita sudah mula berputik. Di sinilah perlunya bantuan ibu bapa dalam memahami kehendak mereka.

Kalau mereka dilihat sudah layak berkahwin, carilah calon yang sesuai dengan anak masing-masing. Mungkin ramai yang dah lupa, dalam budaya masyarakat Melayu tahun sebelum 60-an urusan mencari jodoh diserahkan kepada ibu bapa. Anak-anak ketika itu boleh menerima cadangan dan rancangan ibu bapa mereka. Hal ini kerana peluang untuk mereka mencari sendiri agak terhalang.

Kenapa tak percaya? Sebenarnya dahulu, wanita banyak berada di rumah dan kalau mereka keluar rumah pun dalam keadaan malu. Dalam keadaan itu tentulah sukar bagi lelaki untuk berkenalan dengan wanita tersebut. Oleh sebab tidak tahu status sebenar wanita tersebut maka ibu bapa perlu keluar merisik kalau-kalau anak perempuan itu masih belum berpunya.

Keadaan ini mungkin tidak jauh berbeza dengan masyarakat lain. Khadijah sendiri yang dikatakan merisik Muhammad tetapi hakikatnya masih melalui pembantunya Maisarah. Bagitu juga masyarakat India, terdapat wakil pihak wanita yang merisik pihak lelaki.


Memilih calon yang syari’i

Dalam Islam perkahwinan mestilah mengikut proses yang dibenarkan syariat. Walaupun zaman telah berubah, pendekatan merisik orang orang tua masih releven. Oleh sebab itu tidak wajarlah lelaki atau perempuan mencari calon sendiri. Selepas pikat seorang, pikat yang lain pula kononya tidak sesuai. Akhirnya semuanya tidak jadi.

Islam menyediakan panduan yang tidak rugi mereka yang mengikutnya. Dalam soal memilih calon Islam meletakkan keutamaan kepada lelaki, namun tidak salah kalau perempuan yang meminati seseorang lelaki menentukan calonnya. Walau apapun pilihan calon isteri atau suami hendaklah yang menepati kehendak Allah dan Rasul.

Pemilihan ini penting kerana hubungan yang serasi atau sekufu sahaja yang boleh menjadi rumah tangga yang dibina itu sempurna sifat. Cuma persoalan sekarang bagaimana proses mencari? Ya, kalau zaman dahulu ibu bapa yang mencari tetapi pada zaman ini, semuanya sudah berubah, lelaki atau perempuan mencari sendiri pasangan mereka. Peranan ibu bapa hanya pada pusingan terakhir. Jadi, hilanglah keberkatan.

Dalam hal ini Rasulullah memberi panduan dalam memilih isteri. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dikahwini wanita itu (untukdijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannyadan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama,nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelas di sini lelaki boleh membuat pilihan malah itulah yang biasanya menjadi pilihan lelaki iaitu, wanita ada duit, wanita yang berketurunan yang baik-baik, wanita yang ada rupa dan wanita yang beragama. Cuma dalam hadis ini Rasulullah mencadangkan agar lelaki itu lebih memilih yang bergama. Hal ini kerana dengan memilih isteri yang beragama banyak urusan rumah tangga dapat dibantu oleh isteri tersebut.

Tetapi apa yang sering berlaku pada hari ini, walaupun berkawan dan bercinta bertahun-tahun belum boleh buat keputusan. Apabila dirasakan agak serasi barulah dia menghantar wakil merisik. Agaknya apa yang hendak dirisikkan lagi sebab kenalan mereka sudah lebih daripada merisik. Tegasnya soal agama tidak diberikan perhatian langsung. Kesannya apabila berkahwin terbungkar segala rahsia yang selama ini tidak dedahkan.


Sifat suami dan isteri

Sebenarnya perkahwinan yang mengikut panduan Islam akan menserlahkan keindahan sesebuah kehidupan. Suami dan isteri sudah tahu hak dan tanggungjawab yang mesti ditunaikan dalam rumah tangga. Masing-masing sudah tahu kekuatan dan kelemahan pasangan untuk saling bekerjasama dalam membina rumah tangga bahagia.
Dalam hal ini isteri perlu tahu apakah hak suami yang mesti dipatuhi oleh isteri. Sabda Rasulullah SAW:

حَقُّ الزَوْجِ عَلَى الْمَرْأَةِ أن لا تَهْجُرْ فِرَاسَهُ وأن تَبِرَّ قِسْمَهُ وَأَن تُطِيعَ أمْرَهُ وَأَن لا تَخْرُجَ الا بإذنه وان لا تُدخِلَ اليه من يَكْرَهُ.

Maksudnya: Hak suami yang mesti dipatuhi isteri ialah; tidak meninggalkan tempat tidur suami, menerima seadanya pemberian suami, mentaati perintah suami, meminta izin suami ketika hendak keluar rumah, dan tidak membawa masuk orang lain yang dibenci suami ke dalam rumah. (Riwayat al-Tabrani)

Pada masa yang sama suami perlu tahu apakah hak isteri yang perlu diberi perhatian olehnya. Sabda Rasulullah SAW:

حَقُّ الْمَرْأَةِ عَلَى زَوْجِ أن يُطْعِمَهَا اِذَا اَطْعَمَ وَيَكْسُوهَا إِذَا اكْتَسَى وَلا يَضْرِبْ الوَجْهَ وَلا يُقَبِّحْ ولا يَهْجُرْ اِلاَّ فِى البَيتِ.

Maksudnya: Hak isteri yang wajib dijaga oleh suami ialah memberi makan kepada isteri apabila dia makan, memberi pakaian kepadanya apabila dia memakai pakaian, jangan memukul muka isteri, tidak menghina isteri, dan tidak meninggalnya bersendirian kecuali dalam rumah.

Jika suami isteri tahu peranan masing-masing tidak akan berlaku pelanggaran peranan atau salah menyalah antara satu sama lain. Pada masa yang sama ada rasa bersama dan bekerjasa dalam membina rumah tangga yang harmoni.


Iman dan ibadah

Sebenarnya untuk menjadi pasangan ini dapat menjaga semua kehendak Allah dan Rasul, perkahwinan itu mesti diasaskan atas rasa keimanan yang mantap. Maknanya suami dan isteri benar-benar takut kepada Allah dan mengharapkan reda-Nya. Suami yang beriman akan mendorong dirinya untuk melakukan yang terbaik terhadap isterinya. Selain kuat ibadah kepada Allah mereka tidak akan menganiayai isterinya sebaliknya terus membimbing isteri ke arah kebaikan.

Suami yang beriman akan mendorong isterinya untuk melakukan ibadah bersama apatah lagi solat fardu. Dengan hubungan baik itulah syaitan rasa kecewa kerana peluang untuk menggoda pasangan itu agak tipis. Ruang untuk mengajak mereka melakukan maksiat sudah semakin sukar. Oleh sebab itu kalau mereka boleh istiqamah dengan cara ini hidup mereka akan bahagia selama-lamanya.

Selain itu, isteri yang boleh reda dengan didikan suami dan sanggup mengikut kehendak suami itulah hakikat bahawa isteri tahu peranan dan tanggungjawabnya. Tetapi kedudukan isteri ini harus selalu dikawal kerana syaitan sentiasa mencari peluang untuk merosakkan rumah tangga yang bahagia.

Sebenarnya, pasangan yang bahagia pada awal perkahwinan ada jaminan untuk bahagia hingga ke akhir hayat nanti. Demikian jika hubungan suami dan isteri itu dapat dikukuhkan dan dapat ditingkatkan iman dan taqwa. Walau bagaimanapun hasil pengalaman yang lampau banyak menyedarkan saya bahawa kebahagiaan rumah tangga tidak terhasil dengan lakonan.

Jadi, binalah perkahwinan di atas asas iman dan taqwa agar nanti setiap perjalanan hidup dalam bantuan Allah.

kredit: Ustaz Ahmad Baei Jaafar


Salam Ukhuwah..~

Perkara yang Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka mlayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Sesiapa yang rasa nak share silakan. Ilmu hak Allah...

kredit: Abd Rahim

Kita milik Allah S.W.T

Kita...

Dilahirkan dengan sekeping hati yang menuntut kasih dan sayang sebanyak mungkin.

Manusia sangat tamak mengaut kasih dan sayang dari sesiapa jua.

Ada kala kita merasakan bahawa kita masih terlalu kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Dari siapa?

Daripada ibu dan ayah? Daripada kekasih? Daripada sahabat?

Lantaran itu, kita mahukan mereka hanya menjadi milik kita seorang.

Tidak mahu kasih sayang mereka tumpah pada insan lain. Tapi hanya pada kita.

Isteri manakah yang sanggup dan rela untuk berkongsi kasih sayang suaminya dengan wanita lain?

Ya.. jika kita tinjau, kita tanya, pastinya ramai yang tidak sanggup untuk dimadukan.

Kita mahu dia menjadi milik kita seorang, hak yang mutlak hanya di tangan kita seorang.

Kenapa perlu kasih dan sayang itu dibahagi – bahagikan sedangkan dulu kita bersusah senang hanya dengan dia? Kenapa sekarang kita perlu berkongsi hak pemilikan kita ke atas orang yang kita sayang dengan orang lain yang baru muncul dalam hidupnya?

Teringat pada kata-kata seorang ibu, "Kita tidak boleh tamak dalam mengharapkan kasih sayang seseorang.. kita bukan hak mutlak dia.. kasih sayang boleh dibahagi-bahagikan.. kita milik Allah.."

Memang tidak mudah untuk kita menerima kenyataan bahawa orang yang kita sayang tiba-tiba berubah hati, tapi harus kita ingat hati manusia memang mudah berubah. Dia juga bukan milik kita. Sekalipun jiwa dan raga kita serahkan padanya itu bukanlah jaminan bahawa dia milik kita sepenuhnya dan kita miliknya sepenuhnya.

Maka, berpada-padalah dalam menagih cinta sesama manusia.

Harus kita ingat hanya Allah yang berhak secara mutlak ke atas setiap makhluk ciptaan-Nya.. Dia yang juga menghidupkan kita malah Dia juga yang berkuasa mematikan kita

Andaiku pergi


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segala kepada Mu

Setiap hari adalah hari baru

Jangan cemarkan hari ini dengan mengingat balik kesilapan-kesilapan lalu. Anda akan hidup di masa lalu, menjadikan Anda sukar untuk bersemangat pada hari ini. Anda terhalang mencipta kehebatan pada dari ini dan hari di masa depan.

Segala yang dah berlaku, biarkanlah berlalu. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Tetapi, Anda masih boleh mengubah hari ini dan hari di masa depan Anda. Anda masih ada peluang melakar kecemerlangan bila-bila masa pada hari ini.

Bertekadlah cemerlang hari ini. Buat yang terbaik!

Jika Anda menyediakan sarapan untuk keluarga, hasilkanlah yang terbaik.

Jika Anda menggoreng mee dan membancuh kopi untuk santapan keluarga di pagi ini, hidangkanlah mee yang paling sedap pernah Anda hasilkan.

Bukan buang tebiat, tapi untuk melatih diri Anda menghasilkan tahap terbaik dalam apa jua yang Anda lakukan, bermula dari perkara-perkara kecil dan perbuatan asas bermula dari rumah.


Salam Ukhuwah..~
Dicatat oleh Tok Wan

Sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:



Pertama,

pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.



Kedua,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .



Ketiga,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.



Keempat,

pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.



Kelima,

sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.



kredit: Husin, Muhammad Haris: Mr

Semangat pagi

Tips Untuk Semangat dan Bermotivasi Setiap Pagi

Perkara terbaik (9 perkara ) yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bangun dari tidur dengan mengingati dan bersyukur kepada ALLAH. Bermohon doa kepada ALLAH agar ALLAH bantu kita mendekatkan diri padanya. Semoga ALLAH beri ketenangan dan kekuatan serta semangat untuk kita terus bersemangat melayari hidup hari ini.

2. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

3. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya kerana ALLAH dan dengan izin ALLAH. Ambil masa untuk berzikir kepada ALLAH dan baca beberapa ayat al-quran atau hadis serta artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

4. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

5. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan dari ALLAH. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang, insyaAllah.

6. Set Target Kemajuan Diri Sendiri.
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda.

Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya.

Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

7. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood.
Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

8. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan Lepaskan segala yang dulu-dulu.
Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi.

Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Beranikan diri anda untuk berubah untuk kecemerlangan hidup anda.

9. Amalkan membaca zikir al-Ma’thurat
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma’thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma’thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

kredit: nina mazrina


Salam Ukhuwah..~

Hadapilah dengan senyuman

Yang berlalu telah pun berlalu....mendung dalam hidupku akan berlalu...now rase happy..seronok menjalani kehidupan bersama family, anak2 dan kawan 2 yg sll bg support..Berdiri kita sekarang , hari ni adalah realiti ...semalam adalah kenangan...kita harus bangkit dan teruskan perjuangan hidup .Kita mana mampu utk kembali ke masa lalu, siapala kita utk menolak takdir Allah...Betapa besarnya kuasa Allah pada hambanya...

Aku sll membca kisah Nabi Muhamad yang di duga berkali2 oleh Allah dgn kematian orang tersayang...Aku cuma kehilangan arwah suamiku...mmglah rase kehilangan ...tp itu dulu...5 bulan lepas...Aku harus bangkit dan happykan diri demi diri aku dan anak2...Now Alhamdullilah aku rase happy walaupun kdg2 ade masalah- masalah yang tidak dpt dielakkan ...cuma kdg2 aku rase sedih gak dgn ckp2 orang...tanya mcm2 pasal diri aku....tlglah...korang semua x rase ape aku rase...mana yg kehilangan suami aku rase dieorg faham , ape perasaan org kehilangan suami...mana yg tidak, dieorg x akan faham...ape yg aku rase...Tlglah...jgnlah di tanya, janganlah dipersoal ape yang akan berlaku pada akan dtg...Semuanya Ketentuan Allah S.W.T.

Orang yang faham situasi aku terutamanya kawan baik aku Leen dan Wawa ..Dierg kawan yang sangat memahami..Aku bersyukur sgt mempunyai 2 sahabat baik yang bersama susah dan senang...Aku akan hargai mereka berdua sebagai kawan baik aku...aku sayang korang sgt2....kehidupan ibu tunggal seperti aku mmg byk dugaaan...nk membesarkan anak2 semuanya di bahu aku sekarang..Semoga Allah memberikan aku kekuatan dalam menempuhi kehidupan mendatang...Amin.

Manja

16/9/2011

10.00am

Cinta Agung Hanya pada Allah S.W.T

Bila org ckp pasal cinta , rasanya semua org penah bercinta kan...tp bkn senang nk luahkan rase cinta pada seseorg yg kita suka...cinta akan buat kita tersenyum , akan buat kita rase gembira ...aku suka dgr pengalaman kawan2 yang bercinta nih , ada yg seronok dan ada juga yg merana ..Cinta adalah penyatuan 2 hati ... Allah memberi kita 2 kaki, 2 mata , 2 tangan , 2 telinga tp kenapa Allah memberi kita 1 hati...hati yg kdg2 sukar utk di mengerti ...

let see pengalaman cinta kawan aku nih....die bercinta sampai bertahun2..menghabiskan masa bersama..janji sehidup semati tp akhirnye musnah begitu sahaja gara2 orang ke tiga...sesiapa saja akan hancur hatinya bila dikhianati ...aku faham perasaan orang dikhianati ..nk ckp psl pengalaman aku mgkn ada.itu pon zaman dulu2 lah.hehe...mmg sedih dikhianati oleh orang yg kita sayang ....kita setia mcm nk mati..tp die khianati cinta kita ...tp 1 jelah aku nasihatkan pada korang semua..x kiralah pada sesiapa...jgnlah terlalu mencintai seseorang itu kecuali pada Allah S.W.T .jgn bg 100 % cinta pada seseorang yg kita cinta walaupon kita sudah berkahwin...

Semua itu hanya pinjaman Allah S.W.T kepada kita..ianya x akan kekal .Cinta pada Allah kekal abadi.....bg yang sudah berkahwin ...mmglah kita kena dgr ckp suami..mana yg baik itu ikutlah ..tp mana yang x baik...tgglkan...jgn terlalu cintakan seseorang.kita turutkan segala-galanya pada die...tp bila die khianati cinta ..x ker rase hancur hati kita...... Dan Kalau lah ditakdirkan die pergi tinggalkan kita selama-lamanya utk menemui Allah S.W.T ...mungkin kita pon takdelah rase sedih sangat..kita boleh teruskan hidup....Sesiapa yang bercinta..x kiralah penah bercinta , sedang bercinta dan yang putus cinta ... Jgnlah terlalu cinta pada manusia dan akhirnya memakan diri kita bila dikhianati..Cinta 100 % pada Allah S.W.T ..Cinta yang paling agung adalah pada Allah S.W.T :)


Manja

14/9/2011

2.30pm.

Sikap ' +'

Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:

1. Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.

Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.

Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?

Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.

Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan. Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga) yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.

Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.

Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.

Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.

ii) Sering berdamping dengan orang yang positif.

Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.

Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?

Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

iii) Jadikan sekarang masa paling gembira.

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.

Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

iv) Cari jalan untuk mengatasi stres.

Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.

Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?

Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.

v) Jangan terlalu serius.

Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah. Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?

Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.

Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!

Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.

Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…

Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

sumber dari blog genta rasa

Pelangi

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
DIA datangkan petir dan kilat..
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya .. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

KIsah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Setiap wanita itu cantik

Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
~Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali.... Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah, WANITA! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...~


Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

sumber dari blog mutiara kata

Wahai Lelaki

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya

Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat. Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kaki tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI....

Copy N paste from blog mutiara hati

Rencah Kehidupan.

Apa saja perasaan marah,geram, gembira dan rindu..kdg2 aku luahkn dlm blog ini.....kdg2 kita mmg x boleh nk puaskan hati semua org, aku dah lakukan semua terbaik, tp still org x nmpk tp mmg lah , lg kita bersabar lglah Allah akan menguji kita.

Ujian yang Allah berikan pada aku, tidaklah sekuat ujian yang Allah beri pada kekasih hatinya iaitu Rasullullah...betapa hebatnya dugaan Allah berikan pada KekasihNya itu....tp Nabi Muhammad serah semuanya pada Allah..tp insan yg kerdil , lemah mcm aku nih....kdg2 aku menangis gak....sekuat mana pon org nmpk aku...tp aku hanya insan biasa...bknlah btl2 sempurna.... Kdg2 rase penatnya aku nk jaga hati semua org...kdg2 rase aku nk lari kan diri seorg diri , tgglkan semua ini ...tp nasib baik aku blh berfikiran waras lg....x perlulah aku cerita masalah yg aku hadapi ,hanya aku dan Allah saje yg tahu... cuma kdg2 mmg berat dan rase mcm x tertanggung ....Hanya pada Allah tempat aku mengadu..aku menangis....meluahkan rasa yg terpendam ..dan aku jua luahkan pada kwn2 baik aku yg begitu memahami situasi aku skrg nih....Thanks pada leen yg sll mendgr luahan hati aku....die sll bg sokongan dan selitkn dgn lawak2 die tuh...rase seronok sgt...aku rase ringan sgt bila dah luahkan segalanya pada die...

kdg2 kita perlu kan seseorg teman utk kita luahan rasa x puas hati kita kan....org ckp x elok pendam2....huhuhu.....Semoga semua ini akan berakhir dgn baik dan semoga Allah memberi petunjuk pada aku memilih jalan terbaik utk aku dan anak2 ....Amin


Manja

7/9/2011

11.28pm

Ya Allah berikan ku ketabahan

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Raya berlalu dgn hati yang sayu

Alhamdullilah dgn izin Allah aku dpt beraya dgn family walaupon tanpa arwah suamiku....dan hari raye juga jatuh pada ulangtahun perkahwinan kami yg ke 7 tahun....mmg berat rasenye dan aku betul2 rase tiada mood nk raye.tp demi anak2 aku teruskan juga....tp bila mlm raye dgr je takbir raye dan kebetulan umah mak masa tu hujan..aku rase sayunya hati nie...cpt2 aku sedekahkan Al- Fatihah pada arwah.....Ya Allah aku cuba utk bertenang...cuba utk kuat....6 tahun beraya dgn abang ...rase lain yg amat sgt thn ni tanpa abg di sisi ...badan aku mmg rase nk raye tp dlm hati rase berat sgt...Inilah Dugaan Allah berikan padaku ..Aku hanya mampu bersabar dan bersyukur yang aku dpt menjalani ramadan dgn tenang dan dpt melalui hari raye dgn sayu tanpa arwah suamiku di sisi....Hanya Allah yang tahu apa rasa hati ini...dan aku berserah padaNya ...Semoga akan ada sinar yang baik utkku dan anak2..Semoga Allah memberi kekuatan dan semangat utk aku menjalani kehidupan dan membesarkan Adly dan yaya ....Amin


Manja


5/9/2011

Di sinilah kita

Di sinilah kita ,
merancang dan bertindak ,
memerah fikiran , dan melerai masalah.
Namun kita tetap manusia ,
tenaga kita ada batasannya ,
tindakan kita ada sempadannya ,

Di sinilah kita berfikir dan bekerja ,
namun kita tetap lemah ,
hanya bersandar pada Allah
kita pastinya akan Gagah ,
selagi kita berasa lemah
Selama kita tunduk dan menyerah
pada kehendak dan kudrat Nya

Sumber dari Buku Di Mana Dia Dihatiku