Biarlah waktu




Ku lihat awan tak lagi berputar
Seakan berhenti semua hidupku 
Disaat kau pergi tinggalkanku

Ku tatap bintang tak bercahaya
Seakan meredup sinar hidupku
Disaat kau pergi tinggalkanku

Bisakah kau dengarkan
Hatiku bicara...
Menahan perginya langkahmu
Harus...aku terima
Perginya dirimu...
Biarlah waktu membawamu kembali

Dapatkah ku lanjutkan semua
Sisa hidupku tanpa dirimu...
Tetapi semua percuma tak bererti

Bisakah kau dengarkan
Hatiku bicara...
Menahan perginya langkahmu
Harus...aku terima
Perginya dirimu...
Biarlah waktu membawamu kembali

Biarlah waktu membawamu kembali

Inilah Kehidupan

Hidup mesti dilihat mengikut ketetapan Penciptanya. Hanya dengan itu kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi dapat dimiliki. What you get is what you see – apa yang kita dapat, bergantung kepada apa yang dilihat. Dan tidak ada penglihatan yang paling tepat dan jelas melainkan dirujuk kepada pandangan Allah.

Mereka yang dapat mengikut ketetapan Allah itulah yang dikatakan celik mata hati – melihat hidup dengan penuh kesedaran. Untuk jadi sedar (celik mata hati) kita perlu memahami skrip kehidupan seperti yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita tidak minta untuk dihidupkan tetapi hidup ini adalah kurniaan daripada Allah.


Untuk hidup selamat, tenang, dan bahagia, hiduplah mengikut “skrip” Pencipta. Jadilah hamba yang sebenar kerana itu menentukan bagaimana kita melihat hidup ini. Who you are determines how you see – siapa anda menentukan bagaimana anda melihat (memandang). Jadi, apabila kita merasakan diri kita hamba Allah, maka kita akan melihat hidup ini dari kaca mata Penciptanya (Allah)!

Skrip Kehidupan

Skrip kehidupan inilah jika dilalui dengan penuh iltizam dan istiqamah, akan menghasilkan kemenangan yang bersepadu antara diri dan masyarakat, material dan spiritual, dunia, dan akhirat. Kita akan mendapat apa yang sepatutnya dan sewajarnya yang kita dapat. Sebaliknya, jika apa yang kita lihat tersalah ataupun tersasar, maka apa yang kita dapat juga akan tersasar. Kita akan menyesal di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kerana kita dapat apa yang sepatutnya “tidak kita dapat”. Terasa benarlah hidup di dunia hanya sia-sia. 
Inilah yang digambarkan oleh firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya (dengan keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya – iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan (pada hari itu) orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).” (Surah al-Naba’ 78: 40).
Apakah hanya apabila kita berada di dalam kubur, barulah kita akan tersentak (tersedar) dalam memahami apa sebenarnya hakikat hidup ini? Pada waktu itu baru kita faham dan akur tentang apa tujuan kita dihidupkan di dunia. Dan di situ jualah baru kita sedar apa yang paling bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam hidup. Pendek kata sewaktu itulah pandangan kita tentang hidup (worldview) akan tepat dan jelas.


Namun sayang sekali, di sana segala-gala yang tepat dan jelas itu sudah tidak berguna lagi.
Kata hukama: “Beramallah ketika berada di tempat yang tidak ada ganjaran tetapi ada peluang beramal (dunia), sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tidak ada peluang beramal (akhirat).”
Oleh itu adalah lebih baik kita terlebih dahulu sedar ketika hidup di dunia (kerana kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan membetulkan kesilapan), daripada kita tersedar ketika berada di alam kubur, yang pada ketika itu segala-galanya sudah tidak berguna lagi.


Umar Ibn Abd. Aziz pernah berkata, manusia diciptakan untuk selamanya. Mengapa Umar berkata begitu? Maksudnya, bermula manusia diciptakan buat kali pertama, diri manusia akan terus hidup dan mengembara dari satu alam ke satu alam. Kembara ini hanya akan berakhir sama ada di syurga atau di neraka. Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan, sama ada dengan limpahan nikmat, atau mendapat azab buat selama-lamanya. Sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara.
Ada kalanya bersama jasad, ada masanya hanya dengan roh sahaja. Setiap alam berbeza daripada alam sebelumnya. Kembara itu adalah satu perjalanan yang panjang. Penuh ujian dan cabaran. Dan perbezaan alam itu menuntut peranan dan respons yang berbeza pula. Apakah alam-alam itu?

Takah Hidup Insan

Kembara manusia bermula dari alam roh. Di sana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina, lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada waktu itu? Sangat sedikit yang kita ketahui tentang alam itu. Firman Allah: “Jika kamu bertanya tentang roh, katakan yang roh itu urusan Tuhanmu. Dan tidaklah kamu mengetahui daripada ilmu Allah melainkan sedikit sekali.” (Surah al-Israk 17: 85)

Alam Roh


Tetapi apa yang pasti di alam itu manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehingga pengakuan ini dicatat dalam al-Quran:
“Bukankah Aku ini Tuhanmu? Roh menjawab, ya kami menjadi saksi (kewujudan-Mu).” (Surah al-A’raf 7: 172)
Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui keesaan Allah sebagai Rabb (Penciptanya). Pada ketika itu juga roh berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai antara manusia dengan Allah sehingga dengan itu manusia sanggup memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun semua makhluk lain menolak amanah ini, manusia sebaliknya, telah menyatakan kesanggupannya.
Dan kesediaan ini menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar kesannya kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-Ahzab 33: 72).


Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya setiap manusia mengambil gilirannya untuk “diturunkan” ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi generasi demi generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa kita boleh lupa? Memang logik kita lupa kerana alam itu telah begitu lama kita tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku seminggu yang lalu pun kita boleh ‘terlupa’, inikan pula entah berapa ratus ribu tahun sudah kita membuat perjanjian itu?

Alam Rahim


Sebelum dilahirkan ke alam dunia, manusia terlebih dahulu “transit” di alam rahim. Alam rahim terletak di dalam perut ibu. Indah sekali namanya; Rahim (nama Allah Al-Rahim). Sekali gus melambangkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, yang hakikatnya berasal daripada kasih sayang Allah. Di sini janin dilindungi untuk menjadi seorang bayi.
Bayi akan tinggal di alam yang kukuh dan penuh kasih sayang ini selama lebih kurang 9 bulan 10 hari (mengikut kebiasaannya). Dalam tempoh tersebut ada beberapa proses biologi dan rohani berlaku. Daripada sari pati tanah, menjadi nutfah, kemudian menjadi alaqah dan diikuti pembentukan mudghah. Kemudian menjadi tulang dan selepas itu mula diliputi dengan daging, dan dibungkus dengan kulit. Akhirnya terbentuklah bayi yang lengkap sifatnya.
Di alam rahim ada beberapa perkara telah ditentukan. Antaranya rezeki, tempoh kehidupan, celaka atau bahagianya.
Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w. seorang yang benar serta dipercayai pernah bersabda: “Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t. mengutus malaikat untuk meniupkan roh serta memerintah supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t. di mana tiada tuhan selain-Nya, seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir, nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni neraka sehingga dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni syurga sehinggalah dia memasukinya.”
Tegasnya, segala persediaan dan kelengkapan untuk menuju alam dunia telah dipersiapkan di sini. Jasadnya mula dilengkapi oleh komponen pancaindera (pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan lain-lain). Sepertimana penyelam yang perlu memakai pakaian khas untuk menyelam, lengkap dengan bekalan oksigennya, maka begitulah manusia yang berpindah ke alam dunia, pakaian khasnya ialah jasad dan kelengkapannya ialah pancaindera.

Alam Dunia

Tiba masanya, butang hidup pun di“on”kan. Manusia pun lahir ke alam dunia dengan diiringi tangisan. Tangisan ini ada maknanya yang tersendiri. Dalam kalangan ahli kerohanian ada yang mentafsirkan tangisan ini sebagai tanda protes bayi tersebut terhadap syaitan yang sejak lahir sahaja manusia ke dunia sudah diajak kepada kejahatan. Begitulah erti tangisan itu.
Manakala ahli perubatan pula menjelaskan bahawa tangisan itu diperlukan untuk si bayi mula mengepam oksigen ke paru-parunya yang baru berfungsi.
Apa pun makna dan tafsirannya, hidup memang dimulakan dengan tangisan, di celah-celah kehidupan ada tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Tidak ada manusia yang lahir dengan ketawa!
Di alam dunia inilah bermulanya ujian kerana memang manusia hidup untuk diuji. Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan mati dan hidup bagi kamu untuk menguji siapakah antara kamu yang terbaik amalannya.” (Surah al-Mulk 67:2)
Lazimnya hidup manusia ini sekitar 60 hingga 70 tahun, namun perlu diingat, hidup di dunia inilah yang paling kritikal, kerana ia menentukan sama ada kita bahagia atau derita selama-lamanya. Dunia ini penuh dengan ujian. Dunia umpama “dewan peperiksaan”. Manusia mesti menjawab beberapa “soalan peperiksaan” yang sebenarnya telah pun “bocor”. Saya katakan demikian kerana soalan-soalan yang akan ditanyakan di alam kubur dan alam Mahsyar itu telah pun dimaklumkan kepada manusia di dunia lagi. Berikut adalah soalan-soalan itu:

Soalan Dalam kubur:
Siapa Tuhan kamu?
Siapa Imam kamu?
Siapa saudara kamu?
Apakah kiblat kamu?

Soalan di Alam Mahsyar:
Ke mana hartamu kamu belanjakan?
Ke mana ilmumu kamu gunakan?
Ke mana umurmu kamu sia-siakan?
Bagaimana umur muda kamu habiskan?
Namun, harus diingat soalan-soalan itu bukan dijawab secara lisan berdasarkan pemikiran. Tetapi perbuatan dan amalan kita di alam dunia itulah yang membantu memberi ‘jawapan’ kepada soalan-soalan itu. Jika kita melakukan sesuatu yang selaras dengan kehendak Allah, maka itu jawapan kepada soalan “Siapa Tuhan kamu?”. Jika kita benar-benar mengikut panduan sunnah Rasulullah, maka itulah jawapan kepada soalan “Siapa imam kamu?”

Alam Barzakh (Alam Kubur)


Hidup di dunia akan berakhir melalui proses kematian. Jika kelahiran adalah proses yang membawa kita pindah dari alam rahim ke alam dunia, maka mati pula adalah proses yang membawa kita pindah dari alam dunia ke alam barzakh. Hakikatnya, kelahiran dan kematian adalah sama – satu proses yang mesti dilalui sebelum berpindah ke alam selepas dari alam sebelumnya. Sayangnya, ramai manusia yang hanya membuat persediaan untuk menghadapi kelahiran berbanding kematian. Kain lampin lebih popular daripada kain kapan!
Alam barzakh (ertinya pemisah) ialah sempadan antara dunia dan akhirat. Di sana manusia ibarat dalam tahanan reman, sementara menunggu saat perbicaraan. Tetapi di alam barzakh ini sudah ada petunjuk-petunjuk awal sama ada kembara seterusnya akan berjalan dengan baik atau sebaliknya. Di sini sudah mula soal siasat terhadap segala perlakuan di dunia. Dua malaikat, Munkar dan Nakir, sudah menjalankan tugas awalnya. Mukadimah nikmat (bagi yang soleh) dan mukadimah azab (bagi yang toleh) sudah ketara dan dirasai. Di sini manusia akan menunggu saat perbicaraan sama ada dalam keadaan selesa atau seksa. Perbicaraan dan keputusan muktamadnya adalah di Padang Mahsyar.

Alam Mahsyar


Dua tiupan (bumi dilipatkan semula dengan sistem aturannya diterbalikkan. Dan berlakulah letupan kuat). Sangkakala dikumandangkan oleh Israfil – kali pertama untuk mematikan mereka yang masih hidup di saat itu dan kali kedua untuk menghidupkan semula semua yang sudah mati. Manusia pun dibangkitkan semula dari alam kubur menuju Mahsyar. Pelbagai rupa dan cara manusia ke sana ditentukan oleh amalan masing-masing. Visualnya, digambarkan dengan jelas dalam peristiwa Israk Mikraj.
Di sanalah keadilan yang mutlak dan muktamad ditegakkan. Jika di dunia yang benar tidak selalu dimenangkan, dan yang salah tidak selalu dikalahkan, tetapi di akhirat yang benar pasti menang, yang salah pasti kalah. Allah Maha Adil dalam menentukan sesuatu hukuman.
Walaupun Dia Hakim yang Maha Mengetahui, namun Dia masih mahu pengadilan itu dibuktikan oleh para saksi. Sedangkan apa perlunya saksi jika segala-galanya sudah diketahui? Ketika itu anggota badan kitalah yang menjadi saksi – segalanya dibenarkan bersuara malah mendakwa.

Alam Syurga atau Neraka


Setelah menerima catatan amal (lengkap dengan fakta dan data yang terperinci), yang bukan hanya mencatat setiap langkahan kaki tetapi juga lintasan hati, maka “keputusan” peperiksaan itu melayakkan manusia ke alam syurga jika berjaya dan ke alam neraka jika gagal. Di sanalah kembara yang panjang itu berakhir. Ada yang “happy ending”. Ada pula yang berakhir dengan sengsara. Sampai bila? Sampai bila-bila. Tidak ada kembara lagi selepas itu! Itulah hidup yang hakiki dan di sanalah perhentian yang abadi.
Sehingga di sini istirahatkan minda anda kerana lelah juga menyusuri perjalanan hidup kita. Itu baru menerusi perantaraan minda atau pemikiran. Perjalanan sebenarnya tentu menuntut kelelahan yang berganda. Kembara ini penuh liku, cabaran dan kesusahan. Jika kembara di satu alam (dunia) ini pun kita boleh tersesat dan melarat, apatah lagi kembara yang melalui di lima alam yang serba unik itu.


Dan yang paling penting ialah bagaimana hendak menjalani kehidupan yang sebaik-baiknya di alam dunia – alam yang sedang kita hidup sekarang. Masa lalu tidak dapat diputar kembali. Kita tidak boleh merayu untuk tidak dijadikan, menerima amanah dan dihantar ke dunia.
Manakala masa depan, tidak boleh dijangkau. Apa yang penting ialah kita boleh menentukan masa depan (di Alam Barzakh, Mahsyar, Syurga atau Neraka) dengan bekerja kuat pada hari ini (di dunia) dengan input dan peringatan yang kita dapat daripada masa lampau (di alam roh). Insya-Allah.


Oleh Ustaz Pahrol

Biarkan Allah yang menulis kisah kita


Awak igt tak , camne kisah kita bermula, hanya melalui laman sosial kisah kita bermula kan awak , mula2 awak add sy kt wechat dan semakin lama kita jd makin rapat , org ckp jgn percayakan org melalui laman sosial dan berhati2 , masa tu saya pon takut awak , dan dah lama kita chat  baru saya berani jumpa awak, itupon awak nk bg air yasin kt anak saya,  masa 1st kita jumpa awak dgn saya , kita tak cakap apa2 pon , awak bg air tu dan awak trs pergi hahahaha...masing2 malu, konon2 lidah kelu tanpa berkata2....dan sejak itu kisah kita bermula dan yg pada mulanya saya nafikan perasaan saya pada awak....sy ignore awak..dan mgkn saya takut utk memulakan sesuatu perhubungan setelah saya dikecewakan teruk sebelum ni, lama2 saya semakin selesa dan senang berkwn dgn awak dan keikhlasan awak dalam berkawan itu yg buat saya kagum , dan dalam membentuk sesuatu hubungan semula , saya akui saya selalu emosi dan awak begitu sabar dgn kerenah saya dan berkali2 saya buat awak marah tp awak tetap tggu saya dan saya uji awak awak tetap bersabar dgn saya....dan saya akui mmg ssh nak cari lelaki mcm awak.....dan yg paling saya tertarik adalah pegangan agama yang ada pada awak...awak cuba dalami agama dan awak tak pernah mengeluh bila dugaan dtg pada awak..saya pandang awak yg sekarang bukan kisah lama awak....sbb sy tahu antara kita mmg tidak ada yg sempurna kan awak...Allah yg lebih Sempurna ....

Cuma kdg2 cinta ni tak selamanya akan indah kan awak , kdg2 bila awak abaikan saya, anggap saya mcm tak wujud di sisi awak dan perlahan2 saya cuba jarakkan hubungan kita , saya cuba  tinggalkan awak dgn seribu persoalan...tp kuasa Allah mengatasi segalanya...pada mlm ramadan lepas kita jumpa semula di rumah Allah saya akui saya rindu awak....tp saya pendam, masa jumpa balik tu , hati saya berdebar2..dan saya malu jumpa awak....dan saya cuba diam dan mlm tu awak jgk msg saya dan sy tk sangka kita yg kita jadi rapat blk .....antara kita takde istilah couple tp hati kita mcm tahu yg kita saling masih sayang....

satu jer saya nak awak, igtkan saya jika saya semakin jauh dgn Allah ...dan letakkan cinta Allah dan Rasul , dahulukan ibu ayah barulah cinta kita awak..Jgn terlalu sayangkan saya melebihi cinta Allah...Jgn awak....Jgn rindukan saya melebihi rindukan Allah..Dahulukan Allah dan mohon pada Allah yg kita selamanya akan mcm ni awak...saya ikhlas dalam perhubungan ni... dan tentunya saya harapkan awaklah jodoh saya...apa saja halangan mgkn dari Allah iaitu kematian....berdoalah awak...Kuasa doa ini sgt hebat...doakan Allah mudahkan urusan kita...dan jgn putus berdoa...tp saya tahu kita cuma merancang tp perancangan Allah lagi  Maha Hebat...dan tentunya terbaik utk kita ..Andai kata awak bukan jodoh saya , saya akan cuba terima dan redha awak...

Saya bersyukur awak, bertemu awak , dan cantik jalan yg Allah tuliskan utk kisah kita ..InshaAllah cinta ini utk awak...Dengan nama Allah, saya sayangkan awak...Moga Allah selalu jagakan awak utk saya dan terima kasih Allah atas rasa yang indah ini...Moga cinta kami direstui olehMU..Ameen


Manja_Mie

30/8/2014

hanya kau segalanya


Bermusim sudah ku tatap wajahmu
Lidah ku kelu dan membeku
Tetapi sinaran matamu
Menyatakan cintamu
Pancaran cinta kudakap di jiwa
Tak mungkin berubah hatiku
Walaupun dilanda cemburu
Hanyalah kau ku rindu
Cinta adalah satu keindahan
Andai disulam kasih dan sayang
Rindu adalah satu kenikmatan
Walaupun pahit
Pasrah ku telan...
Kupinta kejujuran mu
Mengubati resahku
Tak mungkin ku dilukai

Oleh janji janji palsu
Andai hati dilukai tiada maaf ku beri
Biar aku bersendiri menanti kasih abadi
Sesungguhnya tiada dua
Cintaku adalah satu
Ku genggam ke akhir hayatku
Kerna kau segalanya...
( andai hati dilukai tiada maaf ku beri
biar aku bersendiri menanti kasih abadi )
Seadanya
Pancaran cinta kudakap di jiwa
Tak mungkin berubah hatiku
Walaupun dilanda cemburu
Hanyalah kau ku rindu
Walaupun hilang di mataku
Hanya kau segalanya...

Seandainya Tuhan mengizinkan



Seandainya Tuhan mengizinkan
Ingin aku terus bersamamu
Biarpun pedih dugaannya
Rela aku menghadapinya dengan sabar
Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu
Tak pernah kutermimpi
Untuk bercinta denganmu oh sayangku
Tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta
Sekiranya kau dapat terima aku seadanya
Itulah buktinya keihklasanmu
Andainya Tuhan megizinkan ingin menunaikan
Segala impian yang lama terpendam 
Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu
Tiada siapa dapat melenyapkan cinta di hatiku
Hanya Tuhan saja yang berkuasa
Aku harap engkau masih menyayangi diri ini
Kerana kutidak sanggup berpisah denganmu
Kenangilah saat-saat indah percintaan kita
Semoga 
abadi kisah cinta kita
Andai kita ditakdirkan terpisah jauh di mata
Namun hati tetap sayang dan merinduimu
Seandainya Tuhan mengizinkan
Cintamu mekar bersamaku
Ingin aku membahagiakan hidupmu
Selama-lamanya

Manja_mie
14/8/2014

Terlerai kasih




Semalam penuh kedukaan
Kukenal erti percintaan
Tewas akhirnya kesabaranku
Yang sering kupertahankan

Dengan linangan airmata
Terlucut jua genggaman tangan
Puas kucuba menahan
Langkahmu makin kedepan

Pepatah pujangga pun turut berkata
Yang patah kan tumbuh penghujungnya
Tetapi hatiku tak dapat menerima
Yang datang tiada serupa

Biarlah kuhidup sendiri
Tak ingin aku mencari pengganti
Tiada terluntur kasihku ini
Walau hilang dari pandangan

12/8/2014
Manja_Mie