Seribu Bayangan




Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya henpedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya
Inikan pula perasaan

Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya
Bukan sengaja aku merahsiakan cinta

Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina
Kerna kita menolak segala bencana

Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi

jodoh bukan milik kita

aku ni bila rasa nk luahkan perasaan biasenye luah dalam blog ni lah, hati ni sekali lagi dilukai huhuhu...dan sebagai manusia biasa aku mmg ade sedikit rase kecewa , kitaorg berkenalan secara kebetulan , dan pada mulanya mmg bahagia dan die sll ambil berat dan jaga aku...dan die selalu ada bila aku perlukan die , mula2 aku mmg amik masa untuk terima die dan kejujuran, sikap die yg ingin berubah kerana Allah , aku mula membuka hati ini...dan sllnye aku mula rapat dgn seseorg , aku selalu mintak petunjuk Allah, aku selalu buat solat istiqarah dan aku selalu menyebut nama dia dlm doa aku...dan aku selalu berdoa yang jika die jodoh aku dekatkanlah kami dan jika die bukan jodoh aku maka jauhkan perasaan ni dan lama2 dah dekat setahun kami bersama ,tiba2 die berubah hati, die mula menjauhkan diri dan mula dah tak ambil  pasal aku dan buat seolah2 aku ni tak wujud dalam hati..berubah dlm sekelip mata....dan sbg pompuan aku mula perasaan akan perubahan itu....benarlah kata org ,hati manusia akan berbolak balik , dan jarak antara kami jd semakin jauh....dan akhirnye terlerai jua ikatan yang kami bina , aku telah letih mempertahankan hubungan ni dan die seolah2 tidak pernah mempertahankan....Mungkin ada hikmah dan mungkin adalah ujian buat aku....aku bersyukur kerana Allah sentiasa ada....dan sentiasa bersama tatkala aku happy dan sedih....aku mendoakan die akan jumpa jodoh yang sesuai dan mungkin antara kami tiada jodoh....

buat awak, saya redha dengan perpisahan ini , terima kasih kerana pernah membuat saya bahagia dan saya tak akan sesekali membenci awak dan saya harap jika awak jumpa jodoh yg sesuai dan baik....antara kita mungkin adalah ujian Allah....saya redha segalanya...moga selepas ni  ada sinar bahagia ....


Manja 

31/5/2014

Derhaka pada cinta


24APR
Aku ingin  mengimbau kisah 15 tahun yang lalu. Begini kisahnya:
Matanya merah. Tangisannya jelas kedengaran. Bahunya naik turun menahan sebak.
“Tak sangka ustaz, kami bercinta sekian lama. Tiba-tiba dia memutuskan. Apa salah saya? Mengapa dia pilih perempuan tu?”
Saya diam. Adik lelaki yang menemaninya juga terdiam.
“Saya tak akan maafkan dia. Sumpah. Habis masa dan usia saya selama ini menantinya. Saya sakit hati ustaz…”
Saya terus diam. Saya beri laluan untuk dia bersuara dan mengalirkan air mata. Biar diluah apa yang dipendam agar tidak bersarang menjadi dendam. Putus cinta memang menyakitkan. Ketika putus cinta harga diri seseorang akan jatuh ke peringkat paling rendah. Demikian, menurut ahli psikologi.
“Saya dendam ustaz. Orang yang paling saya cintai sanggup khianat pada saya. Apa dosa saya ustaz…” katanya bertalu-talu, lebih sayu. Suara yang bercampur esakkan itu sangat menghibakan.
“Cik, agaknya mengapa semua ini terjadi?” soal saya perlahan. Cuba mengalih arah perbualan. Bilik berdinding kaca tempat pertemuan kami itu menghadiahkan keadaan ‘privacy’ yang terjaga syariatnya.
Dalam diam, saya akui bahawa pertanyaan tersebut lebih bersifat ‘meraikan’. Saya ajukan semata-mata untuk membuktikan yang saya masih mendengar. Saya sedar pada saat-saat seperti itu, dia sangat memerlukan perhatian dan simpati. Ada masanya suatu masalah itu tidak perlukan penyelesaian tetapi hanya inginkan perhatian.
“Sebab dia dapat yang lebih cantik! Lebih baik!” katanya agak kuat.
“Jika hanya kerana itu, percayalah bukan sahaja cik yang menderita tetapi dia juga akan menderita.”
“Itu saya tidak peduli. Yang penting sekarang ialah saya rasa sangat menderita.”
Saya menggeleng-gelengkan kepala, lantas bertanya,” siapa sebenarnya yang cik cintai? Kekasih cik atau diri cik sendiri?”
Dia nampak terkejut dengan kenyataan itu.
“Kalau benar cintakan dia, cik tidak ingin dia menderita. Tetapi jika derita cik sahaja yang difikirkan, cik bukan menyintainya tetapi cik hanya cintakan diri sendiri.”
Dia tersentak. Sedikit terkejut. Tidak lama dia kembali bersuara, “saya mencintainya, sebab itulah saya ingin bersamanya.”
“Cinta tidak semestinya bersama. Kasih tidak bererti memiliki. Sebab itu pujangga sering mengungkapkan, cinta tidak semestinya bersatu. Cinta tidak membelenggu tetapi membebaskan!” jawab saya. Ingin saya kongsikan sedikit ilmu cinta dengannya.
“Nak biarkan dia bebas? Maaf, dia telah banyak bersalah pada saya…”
Tanpa memperdulikan kata-katanya saya meneruskan, “cinta itu membebaskan, memaafkan dan memberi. Bukan cinta namanya jika kita ingin membelenggu, berdendam dan ingin mendapatkan sesuatu dari yang dicintai.”
“Saya ingin terus bersamanya sampai mati!”
“Cik tak akan sanggup. Cik sebenarnya bukan cintakan dia tetapi cintakan diri sendiri. Jika tidak mampu memaafkan yang hidup, jangan harap kesetiaan sampai ke mati.”
Tanpa mengendahkan apa yang saya luahkan, dia berkata, “ mengapa dia sanggup berbuat begitu? Kejam!”
“Cik hanya fikirkan perasaan dan kesenangan diri cik sahaja.”
“Ya. Dia memang kejam.”
“Kita pun tidak kurang kejam…”
“Ustaz tuduh saya kejam?”
“Saya maksudkan kita, bukan cik sahaja. Kita semua memang kejam.”
“Mengapa pula?”
“Kita kejam kepada diri kita sendiri.”
“Bagaimana pula tu?”
“Dengan tidak cintakan Allah, kita kejam dengan diri kita sendiri!”
“Ustaz, jangan libatkan cinta Allah. Saya bercakap tentang cinta sesama manusia.”
“Saya tetap kaitkan cinta manusia dengan cinta Allah. Hanya dengan cinta kepada Allah sahaja dapat mendamaikan cinta kita sesama manusia.”
“Mengapa?”
“Kita derhaka dalam cinta kita kepada Allah. Allah memberi nikmat yang bukan sedikit. Kita balas dengan taat yang sekelumit. Malah, ramai antara kita yang bukan sahaja tidak menggunakan nikmat itu untuk taat, malah digunakan ke arah maksiat.”
“Ustaz saya ingatkan sekali lagi… saya bercakap tentang cinta manusia bukan cinta Allah. Semua orang tahu Allah wajar dicintai.”
“Maafkan saya. Fikirkan sejenak, jika kepada Allah yang banyak berbudi dan berjasa itu pun manusia tega berpaling, apalagi pada manusia yang budi dan jasanya cuma sedikit.”
“Apa kaitannya semua ini dengan cinta saya?”
“Allah Maha Sabar, walaupun ramai manusia yang berpaling daripada cintaNya, tetapi Allah terus-terusan mencintai manusia…”
“Apa buktinya?”
“Buktinya Allah terus memberi… Memberi nikmat dan pengampunanNya. Allah tidak pernah jemu dan berhenti memberi nikmat dan menghulur pengampunan.”
“Ertinya, cinta itu memberi dan memaafkan?”
“Ya. Begitulah. Siapa yang paling cinta, dialah yang paling banyak memberi dan mengampunkan.”
“Jadi saya tidak mencintai kekasih hati sayalah…” luahnya perlahan. Riak wajahnya suram.
Saya diam. Tidak sampai hati untuk menyatakan bahawa dengan tidak mencintai Allah, kita bukan sahaja tidak mencintai orang lain, malah tidak mencintai diri sendiri!
“Kita sering salah meletakkan cinta. Sedangkan ahli hikmah berpesan, cintailah sesiapa yang mencintai kita bukan orang yang kita cintai. InsyaAllah, barulah cinta kita berbalas. Justeru, siapa lagi yang paling mencintai kita selain Allah? Oleh itu siapa yang mencintai Allah, pasti berbalas… dan itulah keharmonian dalam bercinta.”
“Saya bercakap tentang cinta manusia…” dia terus mengingatkan saya.
“Cinta sesama manusia tidak boleh meminggirkan cinta Allah. Cinta soal hati. Hati-hati manusia hanya dapat disatukan oleh Allah.”
“Maksud ustaz? Saya tidak cinta Allah?”
Tanpa respons pada pertanyaan itu, saya sebaliknya terus menjelaskan, “cinta sesama manusia mesti didasarkan cinta Allah!”
“Kami memang bercinta kerana Allah. Tetapi dia mengkhianatinya.”
“Jika benar cinta kita kerana Allah, mana mungkin ada marah, dendam dan kecewa…”
“Lepaskanlah cintanya jika takdir Allah menetapkan begitu,” nasihat saya.
“Mengapa harus saya lepaskan?”
“Kerana Allah inginkan kita mencintaiNya. Putus cinta sesama manusia untuk menyambung cinta dengan Allah.”
“Tapi…”
“Tidak ada tapi-tapi lagi. Sekiranya kita terus enggan, kita akan alami putus cinta sesama manusia lagi. Bukan sekali bahkan berkali-kali.”
“Tidak semudah itu ustaz menghukum. Cinta ini kompleks dan rumit,” bidasnya perlahan.
“Kita yang merumitkannya. Sifir dalam bercinta mudah: Pertama cintai Allah, kedua cintai diri sendiri dan ketiga barulah cintai orang lain.”
“Bagaimana dengan sakitnya hati ini?”
“Ini ubat sebenarnya. Allah sendiri menegaskan dalam surah Al Baqarah, ada perkara yang kita tidak suka tetapi itu sebaliknya baik untuk kita. Sakit ini ubat. Pedih ini penawar.”
“Habis, cinta kepada Allah sahajalah, cinta dengan manusia bagaimana?”
“Allah akan hadiahkan orang yang cintakanNya kepada orang yang mencintaiNya.”
“Subhanallah. Layakkah saya untuk itu?”
“Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Sebab itu carilah lelaki yang baik sebagai pasangan hidup dengan menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana saya nak jadi baik?”
“Dengan melakukan kebaikan…” ujar saya lembut. Syukur, kemarahan dan kesedihannya agak mula mereda.
“Kebaikan apa yang boleh saya lakukan sekarang?”
“Dengan memaafkan kekasih yang pergi dan memaafkan diri sendiri. Cik layak bahagia. Dia juga layak bahagia.”
“Dia juga lelaki baik?”
“Doakan begitu. Dia lelaki baik tetapi bukan untuk cik. Akan ada lelaki baik lain yang akan datang dalam hidup cik. InsyaAllah.”
“Ohh, saya perlu maafkannya.Saya cuba, insyaAllah. Tetapi apa maksud ustaz dengan memaafkan diri sendiri? Saya tidak faham.”
“Memaafkan orang lain sama seperti memaafkan diri sendiri. Apabila kita memaafkan, jiwa kita akan tenang, fikiran kita akan lapang. Dendam, marah dan kecewa kepada seseorang akan lebih memusnahkan diri kita sendiri berbanding orang yang menjadi sasaran kemarahan dan dendam kita,” terang saya panjang lebar.
“Mungkinkah dia kembali?”
“Tidak mustahil jika cik juga kembali…”
“Saya kembali?”
“Ya, kembali kepada cinta Allah!”
Ya… itu cerita 30 tahun yang lalu. Minggu lalu, saya bertemu kembali dia dan suami serta dua anak kembar comelnya di kaki sebuah masjid ketika sama-sama menyertai majlis ilmu.
“Ini suami saya ustaz,” katanya memperkenalkan. Kami bersalaman.
“Ini?” tanya saya sambil mengusap kepala dua anak yang comel di sisi mereka.
“Ini buah hati kami berdua,” kata suaminya sambil tersenyum. Kacak dan segak dengan janggut dan misai yang terurus rapi.
Sebaik masuk ke masjid… terus saya sujud syukur. Ya Allah besarnya kurniaan Mu. Ketika hamba Mu ingin kurnia pada kadar yang cepat, sebaliknya Engkau memilih untuk memberi pada waktu yang tepat. Sungguh, wanita itu tidak akan menangis 15 tahun yang lalu sekiranya dia nampak ‘hadiah’ yang telah Allah kurniakan sekarang.
Sungguh… hamba meminta dengan keterbatasannya, Allah memberi dengan kesempurnaanNya!


copy & paste from ustaz pahrol
* selamat membaca

bila susah hati dgn urusan dunia , isilah hatimu dgn urusan akhirat





Kehidupan di dunia bukan lah senang seperti yg disangka...kdg2 byk jgk rintangan yg akan  kita tempuhi dlm mengharungi dunia yg sementara...tp biarlah kita berfikir secara positif dan anggaplah Allah berikan dugaan dan ujian sbb Allah syg kt kita...dan ini akan membuat kita sentiasa tabah dan lebih kuat...sentiasa berpikir yg dunia ini tidak akan lama....dan kita mencari pahala utk kita berada di alam dunia yg abadi di sana....ikutkan byk perkara yg aku hadapi...ada yg mencaci, memaki dan bkn semua faham apa yg terjadi atas diri aku...bukan semua dan hanya Allah saja yg tahu apa yg kita lalui.mengadulah pada Allah...dan bila dipertemukan oleh org2 yg camni, biarlah mereka nk ckp apa dan doakan yg baik utk mereka dan biarlah Allah yg balas bukan kita....bukan kita yg patut menghukum...bersabarlah dgn tiap dugaan yg Allah berikan....Allah menguji sbb Dia tahu yg kita mampu untuk menghadapinya...bila kita letih dan penat dgn dugaan ini...berbaliklah pada Allah ...mungkin kita pernah terleka dan terlalu byk dosa dan Allah cuma nk bersihkan kita dari segalanya....igt yg Allah masih ada....Allah masih sentiasa dgn kita...inshaAllah kita akan kuat mengharungi segala2nya....


Manja

27/02/2014

hanya cinta kau seorang




Kau hadir tanpa ku sedari
Mengisi kekosongan hati
Kini kau pergi tinggalkan ku
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi
Membawa rindu yang mengunung
Kau biarkan ku oh sendiri
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan
Hanya aku cinta kau seorang

Mengapa tangan kau lepaskan
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku
Menghapus rasa rindu...

memory






andainya lelaki tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.