Selamat berpuasa pada umat islam seluruh dunia

Dalam bulan Ramadhan banyak sekali sebab-sebab turunnya ampunan. Di antara sebab-sebab itu adalah :

Melakukan PUASA di bulan ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa puasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala Allah, niscaya ia diampuni dosanya yang telah lalu. "(Hadith Muttafaq 'Alaih)

Melakukan SOLAT TERAWIH DAN TAHAJJUD di dalamnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa melakukan solat malam di bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu. " (Hadith Muttafaq 'Alaih)

Melakukan solat dan ibadah lain di malam Lailatul Qadar. Yaitu pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Ia adalah malam yang penuh berkah, yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'anul Karim. Dan pada malam itu pula dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa melakukan solat di malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya ia diampuni dosanya yang telah lalu . (Hadith Muttafaq 'Alaih)

MEMBERI IFTHAR (makanan untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang di dalamnya (bulan Ramadhan) memberi ifthar kepada orang berpuasa, niscaya hal itu menjadi sebab ampunan dari dosa dosanya, dan pembebasan dirinya dari api Neraka. " (HR. Ibnu Khuzaimah (dan ia mensahihkan hadith ini), Al-Baihaqi dan lainnya).

BERISTIGHFAR : Meminta ampunan serta berdo'a ketika dalam keadaan puasa, berbuka dan ketika makan sahur.

Do'a orang puasa adalah mustajab (dikabulkan), baik ketika dalam keadaan puasa ataupun ketika berbuka Allah memerintahkan agar kita berdo'a dan Dia menjamin mengabulkannya.

Allah berfirman :"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya Aku mengabulkannya untukmu . "(Ghaafir: 60)

Dan dalam sebuah hadith disebutkan: "Ada tiga macam orang yang tidak ditolak do'anya. Di antaranya disebutkan,"orang yang berpuasa hingga ia berbuka" (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasaa'i dan Ibnu Majah). (Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahih mereka masing-masing, dan At-Tirmidzi mengatakannya hadith sahih hasan.)

Karena itu, hendaknya setiap muslim memperbanyak, dzikir, do'a dan istighfar di setiap waktu, terutama pada bulan Ramadhan, ketika sedang berpuasa, berbuka dan ketika sahur.

Nabi s.a.w. bersabda: "Tuhan kami Yang Mahasuci dan Maha tinggi turun pada setiap malam ke langit dunia, (iaitu) ketika masih berlangsung sepertiga malam yang akhir seraya berfirman "Barangsiapa berdo'a kepada-Ku, niscaya Aku kabulkan untuknya, barangsiapa memohon kepada-Ku, niscaya Aku memberinya dan barangsiapa memohon ampunan kepada-Ku, niscaya Aku mengampuninya. " (HR. Muslim).

Di antara sebab-sebab ampunan iaitu istighfar (permohonan ampun) para malaikat untuk orang-orang berpuasa, sampai mereka berbuka. Demikian seperti disebutkan dalam hadith Abu Hurairah di muka, yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Jika sebab-sebab ampunan di bulan Ramadhan demikian banyak, maka orang yang tidak mendapatkan ampunan di dalamnya adalah orang yang memiliki seburuk-buruk nasib.

Bilakah lagi ia mendapatkan ampunan jika ia tidak diampuni pada bulan ini? Bilakah dikabulkannya (permohonan) orang yang ditolak pada saat Lailatul Qadar?Bilakah baiknya orang yang tidak menjadi baik pada bulan Ramadhan ?

Dahulu, ketika datang bulan Ramadhan, umat Islam senantiasa berdo'a : "Ya Allah, bulan Ramadhan telah menaungi kami dan telah hadir maka serahkanlah ia kepada kami dan serahkanlah kami kepadanya. Kurniailah kami kemampuan untuk berpuasa dan solat di dalamnya, kurniailah kami di dalamnya kesungguhan, semangat, kekuatan dan sikap rajin. Dan lindungilah kami didalamnya dari berbagal fitnah '.


p/s : selamat berpuasa pada umat islam seluruh dunia


Copy n paste from blog Tok wan

terlerai jua




manisnya pertemuan.. 
pahitnya perpisahan... 
segala kini tidak dapat ku bahasakan ..
Ya Allah ...sekali lagi hati ini di duga ...
sekali lagi hati ini terluka 

walaupon aku cuba utk kuat.. 
tp bila aku terdengar lagu yg berkaitan cinta kami 
 airmata ni jatuh jua...

sebagai manusia biasa , aku tidak lari dari di duga ...
lagi2 melibatkan hati dan perasaan ,
 bila dah jumpa org yg aku syg tp selalu bertemu cinta yang salah ...
bermcm2 dugaan antara kami ... 
dan cinta yg kami bina terlerai jua.

walaupun aku nak cinta ini  jangan pergi 
tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya ...
Mungkin ada hikmah ...
Walaupon ssh , walaupon sayang
Keputusan telah aku buat
Redha dan tawakal 
Allah Maha Mengetahui Segalanya


Manja

01/07/2013


Melakar Rindu




Terlalu singkat hubungan ini 
Belum pun sempat melakar rindu 
Baru semalam mimpi dicipta 
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah 
Ketika cinta  masih di dada 
Punahlah jua kini akhirnya
Entah mengapa hati bertanya 
Mengapa kasih  terlerai kini 

Ku tak salahkan dirimu sayang 
Lantaran takdir sudah tersurat

Punahlah jua kini akhirnya

Andai ini takdirNya



Pada mula aku mengenalimu
cara dirimu melayan dan mengambil berat tentang aku
aku akui aku jatuh cinta
sedikit sebanyak  hati ini mula menyukaimu

Kau jua begitu
cara dirimu dan segala ciri2 tentang kamu , 
mmg aku suka padamu
aku tak nafikan 
yang aku bahagia bila bersama kamu

tapi bila kita semakin sayang
dirimu tidak pasti dalam perhubungan ini
kamu takut cinta ini tak direstui
apakan daya jika benar kasih kita terhalang

tak mampu untuk  aku meneruskannya
pergilah kasih ,
sebelum cinta ini makin mekar di hati 
kalau itu yang terbaik untukmu

aku yakin dengan takdirNya
yang jodoh kita memang tiada...
Selamat tinggal sayang


Manja

25/06/2013

Andainya





andainya mencintaimu
adalah satu dosa
mungkin inilah dosa
yang terindah
dalam hidupku

namun realitinya
tiada yang salah
karna dalam hal cinta
semua itu adalah perasaan hati
yang suci

karna semua itu
tidak pernah ku minta
atau ku duga
pada siapa rasa itu kan ada
dan berlabuh
semua itu kehendak hati
yang tak mampu dibeli

tapi andainya aku bersalah
melabuhkan cintaku padamu
yang salah
maafkan aku karna cinta ini
kan selalu ada dan bersemi
ia menjadi sebuah harapan
dalam kehidupan yang ku jalani
tanpa aku sadari mengalir
rasa itu padamu..

semoga rasaku padamu
menciptakan kebahagiaan
walau tak bisa bersamamu
ku rela dan redha 
karna ada rasa bahagia itu
bila menyintaimu..




Copy n paste from FB

24/06/2013
 

Camne nak kekal kan hubungan percintaan?


1. dlm setiap perhubungan tu perlu ada kejujuran dan kesetiaan.


2. sekali-sekala buat lawak, kalau serius jer bosan la, sesekali jadi jer raja lawak hahaha.


3. selalu meminta maaf dan memberi maaf



4. dlm percintaan, jgn harapkan lelaki je belanje mkn,tgk wyg bagai. korang pun kena kuar duit gak,   sama2 kuar duit 


5. memahami antara satu sama lain dan bertolak ansur


6. jika ada masalah berbincanglah dari hati ke hati..kalau boleh jumpa bukan melalui msg ataupon chat....sbb nnti akan jadi gaduh besar.



7. saling hormat - menghormati


8. jgn la ada sifat dendam dn balas dendam



9. berikn sedikit kepercayaan, walau tak sepenuhnya, tp xyahlah percaya 100 % nanti kita yg akan kecewa, tinggal sedikit keraguan 


10. hargailah pasangan sebelum dia pergi



11. untuk setia? mmg agak sukar. tapi insyallah boleh 


12. pandai ambil hati si dia, kwn2 dn keluarganya



13. sesekali buat kad ucapan yg dibuat sendiri dan post pada si dia ..mesti die terharu


14. Jika telah berjumpa pasangan yg sesuai, selalulah buat solat istikharah...dan jua solat hajat , mintak pada Allah petunjuk yg baik dan berdoalah supaya dipertemukan jodoh yang baik..


Manja 

20/06/2013

Jodoh tetap menjadi rahsia Allah



“jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan ceritakanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita”
Tapi bagi sesetengah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang tidak sanggup menanggung rasa di hati dan jarang menyatakan nya kepada Sang Pencipta....begitu jua dgn aku, kdg2 lalai dengan cinta manusia..kdg2 leka dgn cinta manusia..hanya kerana cinta...dan kemudian aku tersedar bukanlah cinta manusia bukanlah kekal melainkan Cinta Allah..mcm2 dugaan dlm mengharungi  dalam kehidupan....
Jika kita mencintai  seseorang..cara yg terbaik adalah membuat solat istikharah..mungkin kita tidak akan dpt jawapan melalui mimpi tapi kdg2 kita akan dpt petunjuk dari segi gerak hati. Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk daripada Allah dan meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas sbb kerana Allah dan agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang. 
nasihat ringkas untuk semua yg terlibat dgn hal-hal ini, mulakan dengan ISTIQARAH pada hari ini, bukan dengan menetapkan “nama si dia” tetapi memadailah dengan menyatakan kepadaNYA “jodoh terbaik untukku”..agar hasil istikharah kita yg berterusan itu, dan jawapannya adalah sesuatu yg terbaik bakal DIA takdirkan.
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu pasti akan indah pada akhirnya
Setiap jodoh kita mmg telah ditetapkan oleh Allah ..berdoa pada Allah supaya kita diberikan jodoh yg baik ...dan sebagai perempuan kita kena berdoa dan cuba membaiki diri menjadi lebih baik..bykkan berdoa , bgn mlm solat tahajjud dan jua solat hajat...Jika hati masih keliru untuk memilih , segera lakukan istikharah....semoga kita semua sentiasa dalam redha dan rahmat Allah....lakukan semua itu kerana Allah ...insyaAllah kita akan tenang dan akan bahagia ...JODOH tetap menjadi rahsia Allah .

Manja
18/06/2013