Today aniversery perkenalan kami yg ke 12 tahun.. :(
Lagu yg penah ditujukan pada Manja
Genap 12 tahun....jika kami bersama dan dia masih ada genap 12 tahun usia perkenalan kami ....1st date kami hanyalah di kedai mamak di Desa Petaling ...kelakar sgt sbb masing2 hanya order air jer..masing2 malu nk makan hehehe..Kami berbincang pelbagai perkara dan pertemuan itu yg membuat aku menerima Abang as my special friend...1st impression he so caring ..he really2 make me like a princess... so sweet...Memory yg tidak akan aku lupakan .....He so nice dan very2 soft spoken ....
Tiada orang lain yg dapat melayani Manja dgn baik sebagaimana abang melayani manja ...Hanya abang yg tahan dgn perangai manja yg kdg2 keras kepala ...Hanya abang yg tahan bila Manja membebel2 ...dan hanya Abang yg rajin memujuk di saat Manja merajuk ....huhuhu ....
Semoga Abang sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman ....Maafkan Manja jika manja masih igtkn diri Abang , masih merindukan Abang ...Hanya Doa mampu manja kirimkan utk abang di sana ......Al- Fatihah :(
Memory song with him
Manja
20/02/2012
Penguat semangat Mama Yeahhh !!!
Okay nak tahu sapa yg selalu bg aku happy sgt .....tadaaaaa......2 insan comel nih
Comel kan kan kan.....2 insan kecil ni selalu buat mama dieorg ketawa ..Anugerah yg terindah buat jiwa yg kdg2 merindu pada arwah babahnya ..Si abang seolah2 penganti arwah...sikap dan perangai nya kdg2 menyerupai Arwah suamiku...Si adik pula seolah2 penghibur aku dgn gelagat manja dan comelnya...
Semoga diri ini terus tabah dan kuat mengharungi apa saja kemungkinan yg akan datang ...Dan semoga Allah sentiasa di hati ....Ya Allah aku tahu hanya Kau yg tahu apa saja isi hatiku...Semoga diri ini selalu mengingatiMu ....Syukur masih di kelilingi oleh orang2 tersayang ...
Terima kasih Allah
Manja
20/02/12
![]() |
| my sweethearts |
![]() |
| tgk dieorg senyum n gelak hilang rase penat |
Terima kasih Allah
Manja
20/02/12
Alhamdullilah
Tak tahulah nk gambarkan mcmana perasaan aku skrg...rasa tenang dan happy tp itulah yg terjadi pada aku sekarang....kdg2 pelik happy sbb apa? tp yang pasti aku happy sebab masih lg di kelilingi oleh family dan anak2, saudara mara yg sentiasa bg sokongan pd aku....dan bersama sahabat2 yg m'buat aku ketawa ...bila sahabat2 aku buat lawak...bayangkan aku dlm train bila kitaorg berBBM aku akan ketawa terkekeh2 kt dlm train...Sahabat aku membuat aku terasa seronok hapy...Love u all cempaka girl ....korang mmg sahabat yg paling best dlm dunia .
Ok, itulah namanye kehidupan dunia kan....Kdg2 sedih dan ianya tak tahu digambarkan dgn kata2...amik masa lama jgk nak pulih walaupon skrg ni kdg2 aku rasa rindu sgt padanya..rindu pada yg tiada adakalanya perit sgt...Hanya Doa dikirimkan.. :(
Alhamdullilah aku menjalani kehidupan seperti biasa , ditemani oleh mak ,ayah ,adik2ku dan anak2 yg sungguh comel ...sesekali aku kan dtg umah di serdang jumpa mak dan ayah mertuaku dn adik2 ipar....bersyukur sgt dikurniakan mak dan ayah mertua yg sgt baik dan adik2 ipar yg begitu menyayangi diri aku...
Hidup ini umpama roda , adakalanya kita di atas dan senang , kita rasa bahagia ditemani oleh org tersyg , tp tiba2 kita jatuh selepas Allah mengambil orang yg kita terlalu sayang...kita akan rasa dunia ini gelap,tp itu semua adalah kuasa Allah , Aku sentiasalah bersangka baik pada Allah ..Apa saja yg berlaku semuanya ada hikmah di sebaliknya,
Aku sentiasa berfikiran positif dlm menjalani kehidupan seharian....Semalam adalah kenangan , ari ni adalah kenyataan..Alhamdullilah dgn segala kurniaan perasaan ini...Happy , bahagia dan rasa tenang menjalani kehidupan yg semakin mencabar ni ....
Semoga Allah menempatkan orang yg paling aku sayangi di kalangan orang2 beriman ...dan Allah sentiasa merahmati kehidupan kami sekeluarga....terima kasih pada semua yang sentiasa menyokong diri manja selama ini..tanpa korang manja tak akan jadi kuat dan tabah seperti hari ini......
i love u all always in my heart .....
Manja
18/2/1012
Could u be mine ?
![]() |
| awak handsome lahhhh |
Awak nk jadi teman saya x?sejak saya nmpk awak..siang saya terbyg mlm sy merindu....huwaaaa....inilah dia salah 1 kegilaan aku....kasut sneakers ...mmg akan buat aku tidak keruan ....pg gatal2 tgk laman web dia wat per.....haaa amik ko skrg....huwaaaaa....asal awak handsome sgt , nape awak cantik sgt....cer ceta cer ceta.....
![]() |
| huhuhu.. |
dan ini......mmg kaw kaw cantik....so kita cuci mata je eh ....
![]() |
| akan ku dapatkn juga kamu |
![]() |
| nie aku x sanggup nk pakai.. |
![]() |
| hehehe..smart gilee |
Sekian tajuk kasut pd ari jumaat ini.....jgnlah mlm ni ko termimpi dahla manja ooooiiii...anyone want 2 buy this sneakers for me??????
senyum2 simpul (kelip-kelip mata ) hehehe ^ - ^
Manja
10 Petanda Kenal Pasti Dia Adalah Jodoh Anda
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Nie suma copy dari laman web i luv islam .....tq sebab baca :)
Manja
17/02/2012
TeMan Tapi Mesra
Korang biasa dgr kan..teman tp mesra ..ada ke cam tu..lelaki dgn pompuan berkawan tp cuma as teman tp mesra ..best tau sbnrnya sbb :
haaa best kan kan kan......and best giler kalau dpt teman cam tu kan...sbnrnye kwn dgn lelaki or pompuan ni byk bezanya ..seronok sbnrnya bila ramai kawan nih ....dan lelaki yg paling best bab 2 berahsia kikiki...itu pendapat aku la...so marilah carik teman tapi mesra ...kikikiki...
Manja
16/02/2012
- kita xyah bgtau dia kita pg mana sbb teman jer bkn pakwe
- kita x merajuk pon bila dia x sms , call or bbm
- kita xyah gaduh n sakit kepala bila berbeza pendapat
- dan paling penting kita dgn dia boleh cerita apa saja .
haaa best kan kan kan......and best giler kalau dpt teman cam tu kan...sbnrnye kwn dgn lelaki or pompuan ni byk bezanya ..seronok sbnrnya bila ramai kawan nih ....dan lelaki yg paling best bab 2 berahsia kikiki...itu pendapat aku la...so marilah carik teman tapi mesra ...kikikiki...
Manja
16/02/2012
Subscribe to:
Posts (Atom)







