Dugaan dan Ujian Mu Ya Allah....

Dah dekat 2 bulan arwah pergi.....pelbagai dugaan dan ujian yang Allah berikan padaku....kalau la aku x sekuat ini , mungkin aku bkn macam Manja yang ada sekarang....Ya Allah..aku tahu setiap ujian yang Engkau berikan hanyala untuk menguji diriku....kadang2 aku leka dgn godaan2 yang datang.....tp itula hakikatnya sekarang....maybe sesetengah anggap bila aku dah jadi mcm nih....aku senang digunakan.....ramai yang dtg menghimpit....semua itu adalah godaan syaitan yang mahu menyesatkan aku.......mcm2 berlaku dlm tempoh 2 bulan ini....Hanya padaMu Ya Allah tempat aku mengadu....Aku mohon petunjuk....Tp aku bersyukur bila suma ujian datang aku boleh menghadapi dengan tenang sekali..suma yang berlaku ada hikmahnya....itu la pentingnya bila kita serahkan semuanya kepada Allah S.W.T ....rasa tenang yang teramat2 sangat........Alhamdullilah....Setiap apa yang berlaku sumanya atas ketentuan Allah S.W.T..Sesungguhnya aku bukanla insan yang sempurna ....Semoga suma yang berlaku akan menguatkan aku dan sentiasa gembira bersama anak2 yang aku sayangi.



Manja

 8 June 2011
 9.05pm.




44 hari pemergian mu Abang

Abang.....

Betapa rindunya manja pada abang......Hanya surah Yasin dan Al-Fatihah manja mampu sedekahkan untuk abang..Hanya Allah saja yang tahu......ari ke 44 pemergian abang.....manja rasa kejapnya masa berlalu....Inilah hakikat hidup yang dipilih oleh Allah untuk manja....Manja akan terus bersangka baik kepada Allah...DIA akan mengubat , melapang dan memberi ketenangan di sebalik ujian ini. Tetapi kerana Allah Yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diri  manja, dan manja yakin ilmu-Nya Maha Luas, yang pahit akan menjadi ubat dan yang pedih akan menjadi penawar......"Ya Allah tingkatkan imanku bagi menempuhi setiap ujian dari -Mu....Semoga selepas ini ada sinar cahaya untukku dan anak2......

Selagi hayat manja ada..manja akan sedekah kan Surah Yasin dan Al-Fatihah untuk abang.....Hanya Allah saja yang tahu betapa rindunya manja pada abang.....

Semoga Abang tenang,damai dan ditempatkan di kalangan orang2 yang dikasihi oleh Allah S.W.T

Al-Fatihah

27/5/2011 6.00am







Perpisahan ini

Perpisahan Ini - 1st Edition ft Aizat Amdan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

bersyukur apa yang kita miliki

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masihhidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal danmemperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamuMEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasaterlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktorutama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa sertaBERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

copy n paste from blog tentang cinta 

pitwork motorsport.......suma ini hanya tinggal kenangan terindah !


<>
keta memory arwah suamiku

ganazzzz


pitwork

pitwork  kancil di Sepang




tgk ape tu bang????hahahhahahaa

Aku bukanla manusia sempurna

Sesungguhnya ujian hidup itu datang dengan pelajaran....dan ia dituntut dengan perubahan....apa yang berlaku pada diri aku.....sumanya ujian dari Allah....Alhamdullilah aku semakin rasa tenang....semakin tabah...sesungguhnya aku bukanla manusia yang sempurna....InsyaAllah aku akan berubah ke arah kebaikan..lebih baik dan cemerlang dari sebelum ini....Selama 29 tahun aku hidup..dari kecil dan sekarang mcm2 yang telah aku lalui.....hidup ini bagaikan 1 siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir...ada ketikanya gelombang itu kecil saje dan ada kalanya gelombang itu sangat besar..bila terjadi gelombang yang besar , masa itu kita rasa serba x kena...serabut suma ada...tp bila kita ingat ini suma ujian dtg dari Allah , kita akan rasa cukup tabah......masing2 ada kehidupannya pasang surut dalam hidup , ada masa kita senang, ada masa kita susah, sbb tu kita tak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu akan berlaku kesusahan, kita juga tidak boleh terlalu sedih bila kita menghadapi kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt akan datangkan perkara2 yang mengembirakan..suma ini ada hikmahnya.

Kesedaran ini yang memberi aku ketenangan sekarang.Apabila aku menghadapi kesusahan , aku tanamkan dalam hati , ya selepas ini aku akan memperoleh kesenangan, InsyaAllah aku tidak akan leka dengan suma kesenangan itu.Aku akan sentiasa bersiap sedia , tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini......

Aku cuba faham hakikat ini.inilah die hakikat hidup  aku.Hidup kita tidaklah selalu indah , 
Semoga apa saja yang akan berlaku selepas ini akan membuat aku lebih tenang.....Hanya Allah saja yang tahu apa yang dalam hati sekarang.......Semoga kita suma dapat iktibar dari ape yang berlaku...Sesungguhnya aku bukanla manusia yang sempurna.

manja

15/5/2011
11.16am 


InI Lah SelAlu ManJA SeDeKahKn UntUk Mu Sayang....



Sayang......

Jika Manja rindu...inilah yang manja sedekahkan untuk sayang.......manja tahu kdg2 memory bersama abang sangat susah untuk  dilupakan..ianya berlegar2 di fikiran manja setiap saat dan waktu..hari2 manja kira hari keberapa yg  abang pergi tgglkan manja.....setiap saat dan  waktu manja  hanya  dengar zikir....tenangnya hati manja bang.......setenang air dikali....Selama ini kadang2 manja x nafikan yang manja lalai dgn urusan Allah......tp bila suma ini terjadi kt manja.....barula manja sedar yang MATI ITU PASTI .....Hanya ini yang manja mampu sedekahkan untuk abang......Suma ini ada hikmahnya pada manja bang....manja skrg jadi semakin tabah dan kuat untuk menghadapi hari2 yang mendatang....demi anak2 kita sayang......Semoga Abang tenang..damai dan dirahmati oleh Allah....manja akan jaga anak2 kita sehingga menjadi anak yang Soleh dan Solehah...InsyaAllah bang........


Sayangmu



Manja....

8/5/2011 9.15pm