Antara cinta dan kasih




Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa



Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa




Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka oh sayangku

masih adakah

masih adakah cinta untukku ? penafian ape yg cuba aku lakukan ni, tp makin lama aku makin senang dgn sikapnya , walaupon wajahnya hanya wajah biasa je tp cara die yg sabar dgn sikap aku , makin lama makin senang dgnnya , dan juga penerimaannya terhadap anak2 aku ...dan die begitu memahami diri aku dan dia juga bukan seorang yg suka mendesak...tp aku masih cuba menafikan perasaan ni...aku cuba buat yg aku blm merasai apa2 lagi tp sebenarnya aku dah mula rindu akan dirinya......




die masih sabar menunggu keputusan aku dan trs mengambil berat tentang aku...kdg2 aku cuba menyakiti hatinya tp dia selalu sabar dengan kerenah aku....mungkinkah kami telah ditakdirkan oleh Allah utk merasai cinta dan juga rindu ...Allah telah melahirkan rasa cinta antara kami tapi aku masih cuba menafikannya kerana takut kecewa lagi...nasib baik dia memahami aku....cara dia yg cool , cara dia yg rilek buat aku makin menyenanginya....insyaAllah moga perhubungan kami direstui oleh Allah....
Ameen 


Manja

12/12/2013

Buat sang puteri


Hilang mentari
Ada yang tinggal
Rembulan kegersangan
Yang meratapi
Cahaya hujung malam di kala sunyi

Hilang kekasih
Ada yang yang tinggal
Pemuja kesepian
Yang melayani
Puisi cinta buat sang puteri

*
Pedihnya hatiku yang terguris
Kalau bisa terzahir ke nyata sini
Langit nangis Oh.... Oh......

Kerana dirimu dunia ku terlepas
Kerana.. kerana kau ku bernafas
Kerana tanpamu semangat jadi tewas
Kerana.. kerana kau yang teratas...

Segala apa
Biarpun jiwa aku pertaruhkan jua
Asalkan saja
Dikau bersama diriku selalunya

Kerana.. kerana kau ku bernafas
Kerana.. kerana kau yang teratas...
Kerana.. tanpamu semangat jadi tewas
Kerana.. kerana kau yang teratas...


Hajat





Bisakah kau tempuh ranjau ini
yang pastinya jurang menghalang
sanggupkah engkau
susah payah bersamaku
janganlah pula nanti
kau menyesali... setelah melalui...

Ku sekadar mawar di dalaman
tak bererti budi yang dipandang
rupa adalah... diangankan setiap insan
betapa jauh jarak
kita berdua...
janggal digandingkan

Pernahkah kau terfikir
satu masa nanti sayangku
apakan terjadi
pasti gelora yang akan melanda
kita berdua akan karam...

Oh kasih...
sungguh ku mengerti
tulus benar oh kasihmu
tak ku sangsikan
seputih hatiku
itulah kasihmu
dari dulu dan kini

Oh sayangku
lupakanlah semua
hajat untuk memiliki
diriku ini
tak sanggup rasanya dirimu dicerca
maka retak kasih saudara

Kita saling kasihi
jadikanlah itu memori
sayangku moga engkau tahu
tidak semua cinta bersatu

Ku Pilih Mu menjadi IMAMku



Ya Allah
aku berdoa untuk seorang lelaki
yang akan/telah menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau

 dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan

“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin


Copy n paste from my FB 


Manja

27/11/2013

Bacalah Al- Quran , jgn biarkan hatimu sunyi

Dalam kita melangkah… 
Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, 
Hingga kita terduduk dan menangis, 
Peritnya terasa tetapi ketahuilah, 
Dan renungilah dalam diri kerana…


Mungkin air mata tika itu hadir kerana…
Dia mahu menjahit sejadah IMAN
yang kian terkoyak...
Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,
Semoga tabah dan tetapkan iman… 


Biarlah kita keseorangan,
Tanpa berteman,
Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan,
Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah,
Tapi,
Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat,
Ayat suci AL-QURAN

Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk.
Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk.
Kalau tak mampu,
bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat.
Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat.
Kalau tak mampu juga,
cukuplah hanya dengan memandang al-Quran
dan tanyalah kepada diri sendiri,

"Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?"



Hadirnya




Dia datang lagi dalam mimpi aku
hadirnya  terus mengusik hati ini
Dia muncul dengan harapan
biarpun dia datang bukan dengan
kemewahan yang didamba

hadirnya jua 
membawa sinar di hati
tp kenapa hati ini terus menidakkannya kehadirannya
Walaupun hati ini semakin tertarik 
dengan agama yg ada pada dirinya

Biarlah Allah yang temukan kami dengan jodoh
Biarlah aku pendam 
cinta ini sebelum jadi halal untuknya
Biarlah aku terus membaiki diri sebelum 
aku menjadi suri  dihatinya

YA Allah jika bila tiba saatnya sudah datang
pasti kebahagiaan itu akan jadi milik aku
Mohon terus diberi kekuatan dan kesabaran 
dalam penantian ini

YA Allah 
Temukan aku dgn dia
yang membawa kebaikan 
baik pada duniaku , akhiratku dan  jua pd agamaku
Agar kami sama2 berjalan 
menuju ke jalan Mu

Manja :)

22/11/2013