Cinta dtg tanpa di duga

Ya Allah , aku tahu jodoh pertemuan ajal maut semua di tanganMu , selalu ku berdoa if  aku ada jodoh lagi aku mahu seseorang suami yg boleh membimbingku dan ada pegangan agama , aku ingin saham akhirat bukan dunia yang sementara , dan akhir2  ini aku di duga lagi dgn cinta yang begitu rumit , aku sendiri pon tak tahu nk buat apa .

Ya Allah hanya Kau yg tahu apa saja tentang diri aku , cinta ini dtg tanpa di duga , perasaan yg dtg mekar dalam hati , tp ianya datang dalam bentuk yg begitu kompleks ...bukan senang utk aku menerima seorang insan yg bernama lelaki tp caranya dan pegangan agamanya membuat diri ini kagum ...Dia jua terlalu menyukai aku ...tapi antara kami ada jurang yg membuat kami semakin jauh ...

Semoga diri ini trs berdoa dan trs meminta petunjuk dari Allah , Jika benar dia utkku Kau dekatkanlah, dan jika benar dia bkn utkku , Kau bawalah dia jauh dari aku dan redhakan aku dgn ketentuanMu , setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah sebaliknya ...


Tabah manja , ujian dan dugaan dtg sbb Allah syg kat kita kan :) ...


Manja

03/09/2013



Dengarlah bintang hatiku :)



Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

tak perlu diucapkan




Di raut wajahmu telahpun kutahu
Dari sinar mata ku telah menduga
Ada rasa yang membara
Ada cinta yang menyala
Tak perlu lagi kau nyatakan

Dari kemesraan yang telah kurasa
Dari tutur kata yang mesra menggoda
Tak dapat ku merahsiakan
Haruskah aku nyatakan
Cintamu telah berbalas

Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama, bersama

Kuhulurkan tangan kan ku pimpinimu
Kuluangkan hati isikan cintamu
Dari wajahmu yang ayu
Dari mata mu yang sayu
Tak perlu ucapan itu...


mencari keredhaan Allah


korang tahu tak ape aku rasa sekarang...rasa btl2 mcm down pon ada tp aku tetap cuba utk  kuat sbb aku ada Allah S.W.T....aku tidak mengeluh atas apa yg terjadi .....walaupon kdg2  aku nk pg tmpt yg boleh bg aku ketenangan terutamanya laut ...rasa nk lari dari problem ni...tp tak mungkin kan..aku tahu sbg manusia biasa kita tak boleh lari dari problem , adakah sbb kita nak lari dari prob ia  akan hilang ..tak kan la kan.....kehidupan tanpa masalah ialah kehidupan tanpa asam garam kan....biaselah hidup ada pahit manis dan kita sbg org islam patut bersyukur bila kita diuji dalam ujian yang diberikan oleh Allah ....bukan senang kita dipilih kan....

terus terang aku cakap....bukan senang kita nak hadapi semua dugaan ujian ini ...hanya yg mengalami saja yg tahu ....dugaan sebagai ibu tunggal sangat2 mencabar ..kalau kita tak pandai jaga diri ....mmg orang akan mengata ...tapi aku tanamkan niat dalam hati yang aku hanya takut dengan Allah ..Selagi aku tahu apa aku buat dan org lain akan tahu menuding jari je ...bukan senang nk menjaga hati semua org ....tp dalam hidup ini yg kita nak mencari redha Allah bukan redha manusia ....Memaafkan orang yg sakitkan hati kita adalah lebih baik.....tanpa dendam dan sakit hati ..kita akan rasa tenang ..ketenangan itu akan datang dari dalam diri .bila hati kita baik , jiwa kita tenang ..org2 sekeliling pon akan rasa seronok dgn kita ..dan lagi 1 bukan senang nak disenangi oleh kawan2 kita ....

Dan yg penting niat kita kena ikhlas dan niat semuanya kerana Allah .Allah sentiasa menolong pada hamba -hambaNya yang sentiasa igt padaNya .....bg aku Allah adalah segala2nya dan trs terang aku ckp aku tak malu aku mengadu damba pada Allah  ....dan dalam mencari keredhaan Allah ni bukan senang ....igtlah ujian dan dugaan dan segala2nya yg telah tertulis dan ditakdirkan utk kita , lapangkan hati dan berkata  , aku bersyukur kerana diberi ujian dari Allah ...sedangkan nabi pon berterusan diberi ujian oleh Allah..inikan kita cuma seorang insan biasa....terus berdoa dan meminta keampuan daripada Allah ....jangan pernah putus berdoa.



Manja

15/08/2013

Lupakanlah

:: Lupakanlah Orang yang telah Menyakitimu..

:: Lupakanlah Orang yang telah Mengecewakanmu..

:: Lupakanlah Orang yang telah Membohongimu..

:: Lupakanlah Orang yang telah Membuatmu Bersedih..

:: Lupakanlah Orang yang telah Membuatmu Menangis..

:: Lupakanlah Orang telah Menzalimi dirimu..

:: Lupakanlah Orang yang telah Mengkhianatimu..

ะค LUPAKANLAH,.
Lupakan dan Maafkanlah..
Semua kesalahannya,.

  Hapuslah segala air matamu..
  Hapuslah segala kesedihanmu..
  Hapuslah segala kekecewaanmu..

MAAFKANLAH
SEMUA KESALAHANNYA..

Tersenyumlah..
Kerana akan ada saatnya seseorang yang akan menggantikannya..
Kesedihanmu akan diganti dengan kebahagiaan..
Tangisanmu dengan senyuman kekecewaanmu dengan ketenangan..

PERCAYALAH...
BAHAWA SEMUA AKAN INDAH JIKA SUDAH TIBA WAKTUNYA...


Copy n paste from Fb


Manja

31/07/2013

50 fakta lelaki yg pompuan kena tahu


1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.


Sumber ni ambil dari Fb....selamat membaca :)

Bila wanita terluka





Untuk apa  kita bercinta kalau dalam perhubungan kita tak pernah menghargai perasaan orang yg kita sayang, sekuat mana pon hati seorang pompuan tu pasti die akan rebah bila hatinya  dilukai oleh orang yg dia sayang , susah sebenarnya bila hati telah dilukai , pompuan ni dia akan sabar dan terus bersabar dengan orang yg dia sayang , apa saja yg di buat oleh org dia sayang kdg2 dia diamkan sbb nk menjaga hati tp bila satu tahap pasti dia akan letih dan pasti dia akan pergi meninggalkan orang yg dia sayang.



 Kesabaran seseorang ada hadnya , dan bila dia dah pergi masa itu mungkin dah terlambat utk seorang lelaki memujuknya, mungkin sudah terlewat .Cinta mmg indah tapi bila hati seseorang itu  terluka , cinta pasti akan hilang , yg tinggal  hanyalah kenangan manis bersama , Jangan sesekali membenci orang yg pernah hadir mengisi hati kita , Igtlah kenangan manis bersamanya dan buanglah kenangan pahit , dan maafkan itulah cara yang terbaik, teruskan kehidupan dan selalu berfikiran positif , pasti ada orang yg lebih baik akan hadir , setiap percintaan yg kecundang adalah ujian dan utk menguji hati kita menjadi insan yang tabah menghadapi liku2 kehidupan yg akan datang Cintailah Allah Yang Maha Agung Cinta Allah paling utama ....




Manja 

22/7/2013