Melakar Rindu




Terlalu singkat hubungan ini 
Belum pun sempat melakar rindu 
Baru semalam mimpi dicipta 
Mengapa mendung melanda sukma

Kaulah segalanya maka digubah 
Ketika cinta  masih di dada 
Punahlah jua kini akhirnya
Entah mengapa hati bertanya 
Mengapa kasih  terlerai kini 

Ku tak salahkan dirimu sayang 
Lantaran takdir sudah tersurat

Punahlah jua kini akhirnya

Andai ini takdirNya



Pada mula aku mengenalimu
cara dirimu melayan dan mengambil berat tentang aku
aku akui aku jatuh cinta
sedikit sebanyak  hati ini mula menyukaimu

Kau jua begitu
cara dirimu dan segala ciri2 tentang kamu , 
mmg aku suka padamu
aku tak nafikan 
yang aku bahagia bila bersama kamu

tapi bila kita semakin sayang
dirimu tidak pasti dalam perhubungan ini
kamu takut cinta ini tak direstui
apakan daya jika benar kasih kita terhalang

tak mampu untuk  aku meneruskannya
pergilah kasih ,
sebelum cinta ini makin mekar di hati 
kalau itu yang terbaik untukmu

aku yakin dengan takdirNya
yang jodoh kita memang tiada...
Selamat tinggal sayang


Manja

25/06/2013

Andainya





andainya mencintaimu
adalah satu dosa
mungkin inilah dosa
yang terindah
dalam hidupku

namun realitinya
tiada yang salah
karna dalam hal cinta
semua itu adalah perasaan hati
yang suci

karna semua itu
tidak pernah ku minta
atau ku duga
pada siapa rasa itu kan ada
dan berlabuh
semua itu kehendak hati
yang tak mampu dibeli

tapi andainya aku bersalah
melabuhkan cintaku padamu
yang salah
maafkan aku karna cinta ini
kan selalu ada dan bersemi
ia menjadi sebuah harapan
dalam kehidupan yang ku jalani
tanpa aku sadari mengalir
rasa itu padamu..

semoga rasaku padamu
menciptakan kebahagiaan
walau tak bisa bersamamu
ku rela dan redha 
karna ada rasa bahagia itu
bila menyintaimu..




Copy n paste from FB

24/06/2013
 

Camne nak kekal kan hubungan percintaan?


1. dlm setiap perhubungan tu perlu ada kejujuran dan kesetiaan.


2. sekali-sekala buat lawak, kalau serius jer bosan la, sesekali jadi jer raja lawak hahaha.


3. selalu meminta maaf dan memberi maaf



4. dlm percintaan, jgn harapkan lelaki je belanje mkn,tgk wyg bagai. korang pun kena kuar duit gak,   sama2 kuar duit 


5. memahami antara satu sama lain dan bertolak ansur


6. jika ada masalah berbincanglah dari hati ke hati..kalau boleh jumpa bukan melalui msg ataupon chat....sbb nnti akan jadi gaduh besar.



7. saling hormat - menghormati


8. jgn la ada sifat dendam dn balas dendam



9. berikn sedikit kepercayaan, walau tak sepenuhnya, tp xyahlah percaya 100 % nanti kita yg akan kecewa, tinggal sedikit keraguan 


10. hargailah pasangan sebelum dia pergi



11. untuk setia? mmg agak sukar. tapi insyallah boleh 


12. pandai ambil hati si dia, kwn2 dn keluarganya



13. sesekali buat kad ucapan yg dibuat sendiri dan post pada si dia ..mesti die terharu


14. Jika telah berjumpa pasangan yg sesuai, selalulah buat solat istikharah...dan jua solat hajat , mintak pada Allah petunjuk yg baik dan berdoalah supaya dipertemukan jodoh yang baik..


Manja 

20/06/2013

Jodoh tetap menjadi rahsia Allah



“jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan ceritakanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita”
Tapi bagi sesetengah orang perkara ini payah kerana ada segelintir orang sahaja yang tidak sanggup menanggung rasa di hati dan jarang menyatakan nya kepada Sang Pencipta....begitu jua dgn aku, kdg2 lalai dengan cinta manusia..kdg2 leka dgn cinta manusia..hanya kerana cinta...dan kemudian aku tersedar bukanlah cinta manusia bukanlah kekal melainkan Cinta Allah..mcm2 dugaan dlm mengharungi  dalam kehidupan....
Jika kita mencintai  seseorang..cara yg terbaik adalah membuat solat istikharah..mungkin kita tidak akan dpt jawapan melalui mimpi tapi kdg2 kita akan dpt petunjuk dari segi gerak hati. Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk daripada Allah dan meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas sbb kerana Allah dan agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang. 
nasihat ringkas untuk semua yg terlibat dgn hal-hal ini, mulakan dengan ISTIQARAH pada hari ini, bukan dengan menetapkan “nama si dia” tetapi memadailah dengan menyatakan kepadaNYA “jodoh terbaik untukku”..agar hasil istikharah kita yg berterusan itu, dan jawapannya adalah sesuatu yg terbaik bakal DIA takdirkan.
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu pasti akan indah pada akhirnya
Setiap jodoh kita mmg telah ditetapkan oleh Allah ..berdoa pada Allah supaya kita diberikan jodoh yg baik ...dan sebagai perempuan kita kena berdoa dan cuba membaiki diri menjadi lebih baik..bykkan berdoa , bgn mlm solat tahajjud dan jua solat hajat...Jika hati masih keliru untuk memilih , segera lakukan istikharah....semoga kita semua sentiasa dalam redha dan rahmat Allah....lakukan semua itu kerana Allah ...insyaAllah kita akan tenang dan akan bahagia ...JODOH tetap menjadi rahsia Allah .

Manja
18/06/2013

Allah syg kita dgn ujianNya

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dahulu aku melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. DIA mahu menguji hambaNYA supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.
Dan aku tertanya.
Kenapa aku tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada aku?
Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?
Kemudian aku tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, aku sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari.
Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu
Dan sekarang, mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah ‘minta’ dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan.
Susahnya kehidupan seorang pelajar.
Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.
Tetapi aku tahu. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini? Setiap perkara yang berlaku, baik mahupun buruk, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini,
mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku.
Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, aku terpasa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.

buatmu ibu




Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian


Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan

Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku


Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan


Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu

Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran

Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku

Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana