khas buat awak


Awak ,

Ketika Tuhan mempertemukan  kita , cintailah saya kerana DIA 
dan janganlah terlalu bahagia
 sebab dalam pertemuan selalu ada perpisahan ,
berbahagialah sekadarnya sahaja ,
berbahagialah dengan sederhana,
kerana dgn keserderhanaan awak,
saya masih lagi menempatkan, 
Allah Di hati saya

Awak

Sewaktu kita menyelami cinta , biarlah dgn ikhlas di dada
kerana bukanlah sempurna yg saya cari
Jangan terlalu mencari kesempurnaan yg itu bkn milik saya 
namun selagi saya mampu saya akan cuba memberi yg terbaik buat awak
maaf jika banyak perkara yg tidak dpt sy penuhi
bukan kerana saya tidak mahu 
tp kerana saya tak mahu terlalu menangis nanti

Awak 

hanya doa yg mampu saya kirimkan utk menjaga awak
meskipun dalam jarak  tp hanya setia yang mampu saya buat
meskipun saya tahu awak tak nampak
penuhilah diri awak dgn rasa percaya dan sabar 
dalam mengharungi perhubungan ini
agar kita tidak mengingkari cinta yg dgn rasa susah payah kita perjuangkan
jalani kehendak Tuhan dengan sebaiknya 
Kita harus menghargai waktu yang DIA pinjamkan sejenak
kelak kita akan merindukan masa2 itu
masa yang dianugerahkan hanya sekali 

Awak

saya telah belajar cara menghargai awak kerana sungguh saya tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tidak sempat membahagiakan awak

Awak

Jika 1 hari nanti awak akan kehilangan saya
ketahuilah yg saya telah berdoa agar awak di beri kekuatan 
Agar Tuhan menjadikan awak kuat
Yang dtg pasti akan pergi kan awak
Itu adalah kepercayaan yang harus ikhlas utk kita terima
Jgn salahkan takdir jika ia membuat awak bersedih
kerana Tuhan Maha Adil

Jadikan apa yang terjadi dalam hidup awak sebagai kenangan terindah
Tunjukkan rasa bahagia awak walaupun tanpa saya
Wajah kekuatan awak
Sebagaimana kali pertama kita bertemu
Ikhlas pemergiaan saya dan ketika saya melepaskan awak
saat itulah saya sgt mencintai awak



p/s : Dipetik dari sebuah blog ...ayatnya membuatkan aku betul2 jatuh cinta


manja

20/02/2013

Luka telah terubat


Mungkin senang bg kita...
Memaafkan itu mudah sekali....
Tapi melupakannya....
Mungkin .. terserah...
Pada mata yang menilai....
Dan hati yang merasa..
Kerna kemaafan itu telah lama ku lafazkan...

Rasa sayang itu pernah ada tp itu dulu ...
Perlahan2 ia hilang di bawa arus waktu...
tp kenapa dirimu muncul kembali...

Setelah hati ini mula terubat lukanya...

Di mana awak tika saya perlukan...

yg dulu saya dpt hanya kelukaan ....

Maafkan saya.....

Saya da lama maafkan awak....

tapi utk melupakan berilah saya masa....

Keperitan itu saya lalui ...

dan menjadikan saya lebih tabah 

saya akan doakan awak ...



Manja

19/02/2013


Cinta itu indah



Apakah perasaan kita apabila dicintai ,
terasa begitu indah kan ,
Dia ada ketika kita sedih , 
Dia mengambil berat tentang kita bila kita sakit ,

Dgn adanya dia kita  terasa dunia ini sungguh indah ,
Dgn adanya dia akan buat kita bahagia 
Dan kadangkala dia buat  kita ketawa dgn lawak jenakanya ,

Itulah perasaan cinta yang kita tidak boleh elak,
Lumrah kehidupan dalam hidup manusia,
Terasa diri dihargai dan begitu disayangi .

Tapi selalulah tetapkan di hati ,
Perasaan dicintai oleh manusia ini tidak akan kekal,
Cintailah pada Allah yg Maha Satu ,
Jangan terlalu meletak harapan pada cinta manusia,
Selagi dia belum jd milik kita yang sah di sisi Allah,
kerana mungkin nanti,
kelak kita akan kecewa.
Berdoalah dan serahkan segala pada Illahi ,
Semoga semuanya direstui olehNya



menyelami hati

Apabila kita berada dlm sesuatu perhubungan . kdgkala ada rasa terluka  dalam menjaga hati dan menyelami hati masing2....dan kadangkala kita terlalu ikutkan perasaan dan membuatkan orang yg kita sayang terluka...kata2 yg kita lontarkan membuat hati dia jadi tawar ...ssh sebenanrnya nk menyelami hati org lain..kdgkala hati kita sendiri pon kita tak faham. , bila sesuatu hubungan yg pada mulanya kita rasa keserasian itu ada....tp lama kelamaan tapi hati manusia kita tak boleh jangka...kata2 tanpa berfikir yg membuat seseorang itu terus terluka...

Dalam mencipta keserasiaan mmg akan wujud perasaan ini...kdgkala terasa bahagia yg amat sgt dan kadangkala kita akan rasa terluka...itulah pentingnya komunikasi dan terlalu bahaya kalau komunikasi melalui sms atau pon chat, kdgkala akan timbul perselisihan faham...biarlah komunikasi itu melalui secara berdepan ataupun mendengar suara....kdgkala melalui sms akan wujud suasana tegang sbb kata2 yg kita lontarkan tidak difahami oleh sebelah pihak lagi...dan timbullah salah faham dan akan mengeruhkan sesuatu hubungan...

Perasaan sayang tidak akan wujud jika Allah tidak akan wujudkan rasa itu...Kedua2 belah pihak akan rasa tanggungjawab utk menjaga dan menyayangi pasangannya..bersyukurlah yg kita masih boleh merasai rasa kasih dan cinta ...kdgkala ada yg tidak pernah dpt merasa sayang dan tidak pernah rasa manisnya bercinta...dan dlm perhubungan bersabarlah jika wujud rasa yg membuat hati kita rasa terluka....Berdoa pada Allah dan jangan lupa yg Allah sentiasa ada bersama kita...Kasih sayang manusia bila2 masa akan berubah tapi kasih sayang Allah tidak pernah surut pada kita sbg hambaNya......

Bersabarlah dan terus bersabar.....Allah sayang pada org yg sabar...berdoa dan terus berdoa semoga orang yg kita sayang akan terus tetap hati menyayangi kita...Jika betul dia mmg akan tinggalkan kita , mungkin itu adalah Ujian buat kita dalam meniti perjalanan hidup di dunia....Serahkan pada Allah jika benar dia milik kita , berdoalah....Allah tahu apa yg terbaik utk hambaNya...

Kamu saja





Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira

Tak pernah terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku di kala ku sepi

Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuat ku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia



Warisan Wanita Terakhir





Bila kita dalam salam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terbayang wajahmu

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi


Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi


Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Hati sucimu ingin ku miliki
Hanya satu yang ku pinta... Kasih... 
Kau warisan wanita yang terakhir
Kau warisan wanita... Yang terakhir...


Ku tiba lagi




Menanti bicaramu menyambut kataku...
Bagaikan puisi mimpi mengindahi lenaku..
Hadir cahayamu menari dimataku..
Lembut jiwa menyambutku..
Mimpi kita bersatu..
 Dan ku mengharap
Sinar hatiku bertemu

Kutiba lagi..
bersama rasa rindu datang bertamu..
Diruang hati kecil yg berbicara..
Ingatilah diriku ini bersama
Kenangan itu...

Walaupun ku lihat bintang-bintang di balik awan..
Gugurnya kebumi menjadi impian
Takkan ku lepas apa yg ku harapkan
Kerna ku untuk mu



Apa mungkinku melakari memorimu..
Di wajah langit membiru..
Awan putih tintaku..

Bersama kita mengejar rasa sempurna
Walau hakikat ku tahu..
Mimpi tiada bersatu..

Takkan lena walau seketika
Bisikan mimpi pasti berbicara
Tak pernah jemu menanti dirimu
Hingga kau menjelma