Impian seorang wanita

Jika di tanya apakah impian seorang wanita islam yang belum berkahwin adalah mereka mengimpikan seorang lelaki yg soleh dan boleh membimbingnya ke jalan Allah..Tp berapa ramai lelaki yg ada skrg yg boleh jd imam kepada isteri dan anak2nya....mmg ssh nk carik..kebanyakan lelaki skrg ramai yg lalai dan hanya berkahwin sekadar mengikut syarat...Aku sll impikan seorang lelaki yg akan bertnya "awak dah solat ke ari ni? dan mengingatkan aku tentang mengaji dan jua puasa serta membangunkan aku pd waktu mlm  utk melakukan solat tahajud...sweet kan cam tu..

Sepanjang aku berkawan dgn ramai lelaki tiada sorang pon yg akan tny pd aku begitu..pada zaman ini,betapa sshnya nk carik lelaki yg boleh bimbing wanita.Wanita ni perlu lelaki yg boleh bimbing mereka , jika mereka tersilap ada suami yg menegur...kan sweet cam tu....selesai solat lelaki akan mengajar isteri dan anak2 mengaji...Bila lelaki tu jauh dia akan mengingati wanita yg disayangi utk solat dan mengaji....Alangkah bahagianya jika aku dpt lelaki cam tu...Setiap hari selepas solat aku memohon pada Allah, Jika masih ada lg jodoh aku di dunia , dan aku harap dikurniakan lelaki yg begitu....Wanita  adalah dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki dan lelaki lah akan membimbing mereka samaada ke jalan yg baik atau salah....

Sebenarnya besar tanggungjawab lelaki ini sebagai suami...Dia lah yg akan menanggung dosa isteri dan anak2nya nanti...Jika isterinya salah , dia akan menegur kerana setiap dosa isteri dia yg akan menanggungnya di akhirat nanti...Perkahwinan bukanlah utk suka2...Sbb bercinta kita terus kahwin tanpa memikirkan apakah lelaki itu boleh jadi imam dan bimbing kita atau tidak....

Sebagai wanita , biarlah kita jadi solehah dahulu , InsyaAllah bila jodoh kita sampai kita akan dpt lelaki yg soleh...Walaupun siapa kita sebelum ini, jika kita bertaubat dan memohon keampunan Allah , InsyaAllah selagi kita tidak syirik , dosa2 kita akan diampun oleh Allah..Allah Maha Pengampun..dan jika kita diberi peluang tuk berubah ke arah yg lebih baik , bersyukurlah kerana di beri peluang itu.......Semoga aku akan dipertemukan oleh lelaki yg boleh membimbingku serta anak2ku....Itulah impian aku...semoga Allah makbulkan impian ini...Ameen


Manja

15/10/2012

Maafkanlah sekali lagi


Bukannya jemu tapi kukepenatan
Kau pun rasa seakan aku abaikan
Tak menyangkakan terjadi gelora
Melebihkan duniaku jadi puncanya

Melupakan semua seperti yang kau minta
Bagiku kehilangan cinta

Hidup berjauhan makin merenggangkan
Selalu kutinggalkan kau kesorangan
Tak menyangka hatimu telah kuluka
Ku takut hari depanku hilang arahnya

Melepaskan semuanya bukan sesuatu yang mudah
Tak mahu kukehilangan cinta

( korus )
Maafkanlah sekali lagi
Bukan ingin kusakiti
Kau menangis sedih
Maafkanlah sekali lagi
Kumohon sekali ini
Teruslah merajai hati ini oh...


Maaf... Maaf... Maaf

8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki

 


Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.


3. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


8. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

(copy n paste from tentang cinta)

Di lamun rindu



mengapa ketika ini lah aku sendirian
terkenang kenangan waktu kita bersama
pilu rasa hati bila engkau tiada di sisi
indah waktu itu bila engkau di sampingku
seakan dunia milik kita berdua
kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

mengapa kau menghilangkan dirimu
katakan lah salahku
sehingga kau hancurkan hidupku
(chorus )
berikan lah kesempatan untuk aku menjelaskan
agar engkau kan fahami apa yang telah terjadi
tak perlu kau meragui ketulusan hati ini
kerna aku bisalah mengerti

tidak pernah pun terlintas untuk aku menduakan
kerna ku telah berjanji
cinta kita kan abadi
tak perlu kau mengkhianati
cinta yang luhur dan murni
di atas tomahan orang lain
 
mengapa kau menghilangkan dirimu
katakan lah salahku
sehingga kau hancurkan hidupku
 
kini kau tiada hanya aku
dilamun rindu

Benci pada rindu




Rindu itu kadangkala menyakitkan ,
Rindu itu kadangkala mengasyikkan,
Rindu jua akan membuat hati kita jadi sayu,
Rindu itu akan membuat kita rasa betapa ,
berertinya seseorang itu pada diri kita.
 
Tidak mudah mengucapkan kata rindu jika
 tiada lagi ikatan cinta,
merindui insan yg penah bertakhta di hati,
kadangkala hati bertanya,
Jika kita merindui dia ,
adakah dia jua akan rasai
 
kadang2 rasa benci bila rindu bertandang ,
kerana bila rindu datang tanpa sedar
kita kan menangis,
 
Oh rindu ,
Perlahan - pelahanlah kau pergi
dan tinggalkan kenangan
bersamanya di sudut hati.

Manja

13/10/2012
 

Maafkan saya awak

Maafkan diri ini kerana masih mencintai awak,
Maafkan diri ini kerana masih merindui awak,
maafkan saya kerana hati ini sayu bila saya sebut nama awak,
Maafkan saya sekali lagi  kerana masih belum rela,
melepaskan awak dari hati ini .
 
meskipun kita tidak lagi bersama tetapi cinta ini masih untuk awak ,
Maafkan saya utk kali terakhir dgn melaungkan ,
kalimah yg saya masih sygkan awak ,
dan takkan berhenti ,
mencintai awak.

Izinkan saya mendoakan awak,
di setiap doa saya,
Maafkan saya sekali lagi awak :(


 
 
 
 
 Manja
 
13/10/2012
 

Jika Masih sayang

Betul ke orang ckp ,
Jika kita sayangkan seseorang ,
Kita akan menunggu dia ,
walaupun apa pon terjadi ,
 
 

 
walaupon kita tahu ,
antara kita dan dia ,
tidak mungkin akan bersatu ,
tetapi hanya text dari dia ,
Kita jadi gembira,
walaupon hanya text bertanya kabar.
 
Itulah cinta ,
Biarlah apa orang kata ,
tapi hati kita tetap inginkan dia.
 
Adakah itu cinta ,
Adakah cinta itu buta ,
Hanya Allah yang tahu ,
Jika itu yang buat hati kita gembira,
teruskan lah.
 
Manja
 
13/10/2012