Kali terakhir kulihat wajahmu



Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan

Dikau pergi
Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata
Malangnya
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali
Pada saat Terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku

Kerana takdirnya



Bukan mudah untuk ku sisihkan
Kehadiran cinta tak diundang
semakinku cuba menepiskan
semakin bertandang

dalam diam tunasnya berputik
dalam hati semakin berdetik
rasa cinta semakin melimpah
di kolam hatiku

Bagaikan mabuk asmara
di  lambung ombak rindu ini
sehingga ku hampir lemas
dimuara seumpama

Langit dan bumi perbezaan kita
kerana takdirnya cinta yang berseri
dalam keresahan yang tiada bertepi
ku nikmati cinta sesudah sengsara

kini kusedari kusedang diuji
untuk merasai kasih yang bererti
hilang dendam timbul sayang
berpanjangan untuk kita
berlayari bahtera itu

Setiap hari sedekahkan Al-Fatihah pada ibu bapa

✿ܓ Pernahkah anda menatap wajah ibubapa tersayang ketika mereka sedang tidur ? Itulah wajah yg paling jujur... Pengorbanan yang terkadang melelahkan namun tak terungkap... Tetapi wajah ketika tidur mencerita segalanya , tanpa kata , tanpa suara seolah dia berkata : Betapa lelahnya aku hari ini , demi anak dan keluarga aku sanggup segalanya... Renung dan tataplah wajah tersayang sblm dia menutup mata buat selama2nya 

 ✿ Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah pada ibu bapa samaada yg masih hidup ataupon yang telah meninggal dunia .


Manja

12/04/2012

Hargai aku


seringkali kau merendahkan ku
melihat dengan sebelah matamu
aku bukan siapa-siapa
selalu saja kau anggap ku lemah
merasa hebat dengan yang kau punya
kau sombongkan itu semua

coba kau lihat dirimu dahulu
sebelum kau nilai kurangnya diriku
apa salahnya hargai diriku
sebelum kau nilai siapa diriku

seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
melihat dengan sebelah matamu
aku bukan siapa-siapa

coba kau lihat dirimu dahulu
sebelum kau nilai kurangnya diriku
apa salahnya hargai diriku
sebelum kau nilai siapa diriku

coba kau lihat dirimu dahulu
sebelum kau nilai kurangnya diriku
apa salahnya hargai diriku
sebelum kau nilai siapa diriku
sebelum kau nilai siapa diriku

kongsi petua

sebagai pompuan kita kena jaga kecantikan luar dan dalam , lg2 bg yg berkahwin ..dalaman kena kuat dan terjaga ...mcm aku selalu amalkan petua2 yg tidak menggunakan duit pon....semua ada di keliling rumah , tp korang kena rajinlah ..jgn hangat2 taik ayam....kdg2 aku pon sama kikiki ...okay meh aku kongsikan petua yg selalu aku amalkan :-

1) Daun bunga raya

daun bunga raya
 *Selalu daun ni , korang amik beberapa helai  daun bunga raya, korang ramaskan dan amik lendirnya sapukan 1 kepala dan balutkan dgn tuala bersih  selama 15 minit ,selepas itu basuh seperti biasa ,daun ni elok tuk ilangkan kelemumur dan menghitamkan rambut.


2) Daun sirih

daun sireh

* Okay daun sirih ni biasa aku rebus dan airnya digunakan utk  basuh tempat sulit , seelok2nya bila period kita   buat lah ...


3)  Hampas kelapa

hampas kelapa

* okay pas buat masak lomak, hampas die jgnla korang buang , amik dan buatlah scrub badan..selalu amalkan seminggu sekali ..sure badan akan hilang daki dan bertambah putih ....kikikiki



Selamat mencuba  dan jgn malas2 tau kalau nk cantik

Manja

09/04/2012

sambal tokok



ni sambal orang minang , nama die sambal tokok....sedap tau ....nk tahu x cara2 nak buat?


Bahan2 :

Ikan bilis
cili api
bawang besar 1 biji 
garam
asam keping
ajinamoto

Tumbukkan ikan bilis , cili api dan bwg besar serta garam ....panas kan minyak dan masukkan bahan2 yg telah di tumbuk tadi , selepas itu masukkan aji sedikit dan asam keping...masa memasak tu jgn biarkan api terlalu kuat , masakkan sampai naik bau  dan berbuih2  dan angkat ...sedap di makan bersama pucuk ubi rebus .

Selamat mencuba


Manja

09/04/2012