Salam Maulidur Rasul


Ya Rasuluallah ,

Kami tidak pernah menatap wajahmu ,
tapi kami amat merindu dirimu,

Ya Rasuluallah ,

Hanya doa dan selawat kami dpt buat untukmu,
Kami tahu mesti dirimu  sedih ,
melihat kami umat islam kdg2 leka ,
dengan nafsu dunia ,
Kdg2 lupa utk selawat padaMu,

Ya Rasuluallah ,

Percayalah hati kami sentiasa igt akan diriMu,
Selagi hayat di kandung badan ,
Engkaulah idola kami ,
Jasamu dlm menegakkan agama islam ,
Jasamu kepada kami semua umat islam,
tidak dpt kami balas .

Ya Rasuluallah ,


Kami amat rindu dan sayang padaMu
Bahagia hati ini andai kami dpt tatap wajahmu ,
Semoga kami akan sentiasa igt pdmu



Manja
 4/2/2012

Semua isi hatimu


Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu

Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku

Yang hanyalah teruntuk dirimu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasa aku

Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu

Tip melupakan seseorang

Jika hati ini sedih

Jika hati ini sedih ,
Cuba tanamkan di jiwa ,
Biarkan ia berlalu ,
Akan datang sinar yg baik menunggu .

Jika jiwa ini sedih ,
Cuba tanamkan di hati ,
Hanya Allah yg dpt mengubati jiwa ini.
Berserah semua pada Allah.

Jika dia untukku di dunia ,
Maka Kau dekatkan aku padanya,
Jika dia bukan utkku di dunia ,
Maka Kau jauhkan aku darinya ,

Dengan itu tetapkan di hati ,
Cinta Manusia akan mati
Cinta pada Allah abadi dan hakiki .


Manja

03/02/2012

Cinta harus memiliki

Pergilah sayang



Tetiba terjaga daripada tidur , dan tersenyum melihat phone, perkara yg akan membuat aku tersenyum smpi pg....Demi Allah aku dah lama maafkan dia ....bg aku dia anugerah Allah yg hadir dan dia juga yg membuat utk aku trs membaiki diri ini ..membetulkan kesilapan diri yg kdg2 leka ..yg kdg2 hanyut dgn perasaan sendiri ..Walaupun rapat hanyalah sementara tp mcm2 memory bersama dia...Aku tak tahu kenapa aku masih tidak boleh lupakan dia...tapi cepat2 aku igtkan diri ini yg itu suma permainan syaitan yang mahu hati ini merintih pd org yg blm tentu jadi teman hidup aku....

Ya Allah Ketahui la Aku akan memilih sesiapa yg bersamaku hanya keranaMu Ya Allah,
Saat itu ialah apabila aku tahu, Kenapa aku memilih kau ,
Jawapannya ialah “Aku memilih kau kerana Dia”
Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu. Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju. Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu. Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.

Sayang ,

Bila kau ada...
aku akui adanya aku
ku sedari hadirnya kau
menjaga hatiku
Buat aku rasa..
aku ada
Kerna..
adanya aku dalam hidupmu....

Untuk menyayangimu
untuk mencintai kamu
bukan untuk menyakiti
Kerna
Itu tandanya aku sayang kamu...

Sukar untuk aku bicarakan
sehingga hadirnya kamu
dan adanya kamu dalam hidup kamu
aku sedia menyayangi

Kerna
Kini adanya sayang dalam hatiku..
Kerna adanya kamu dalam hati ku
Cerianya aku kerana aku tahu
Di taman cinta itu
ada aku dan kamu...

Andai satu ketika
Aku rasa cuma ada aku yang menyayangi
Andai satu ketika
Aku sedar cuma ada aku sendiri yang mengingati
Andai satu ketika
Aku sedar cuma aku yg mencintai
Aku akan berlalu pergi...

Tinggal kan taman cinta itu
Berlalu aku dengan kesepian
Bersama ketakutan yang aku rasa kan dulu
Dan berjanji untuk tidak akan mencintai
Adapun hadirnya cinta itu
Bersama dingin hati ku
Dan gelap..hitam
Kenangan sejarah silam.......

Manja ,


2/2/2012

Sahabat, Kau Istimewa…




Terlalu sunyi kehidupan ini tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati.
Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani. Dalam mengharungi keindahan berteman dan bergembira, tentunya ada tercalit sedikit sebanyak sembilu yang terbenam di jiwa. Namun, biasanya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dicinta. Diamnya penuh doa agar persahabatan akan berlangsung dengan lebih sempurna. Sebarang kekurangan akan bisa diperbaiki segera.

Tatkala berteman, jagalah tutur kata. Bergurau menambah ceria, namun terlebih gurau juga kan menukar rasa. Kita jangan samakan sahabat kita seperti kita. Mungkin sesuatu yang boleh kita terima dan kita anggap simple, namun baginya sesuatu yang sensitive yang boleh mengundang sedikit hampa.
Selami hati sahabat kita, sepertimana kita mahu dia memahami kita dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang tidak kita suka.
Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada pada diri sahabatnya. Kerana dia tahu, sahabatnya itu tidak sempurna dan sahabatnya itu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela. Jika kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseorang sebagai sahabat, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tidak akan pernah tergenggam.

Kau punya cara dan dia jua.
Janganlah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya kerana caranya yang sedikit berbeza atau sedikit pelik berbanding orang lain. Hormati caranya selagimana ia tidak menyalahi apa-apa. Biarlah dia dengan sifat diamnya, kita tidak boleh memaksanya membuka mulut menjadi seperti yang kita suka. Atau biarlah dia dengan kegirangannya,dan kita boleh untuk tumpang ceria.
Dan, paling penting.. seorang sahabat tidak akan pernah membuka cerita tentangmu kepada teman-teman yang lain. Dalam erti kata lain, mengumpat! Sahabat akan selalu melindungi sahabatnya dari menjadi buah mulut orang lain. Menegur tidak salah malah itulah tanda cinta.
Tapi, bagaimana caranya? Ajak dia berbincang dengan baik, bersemuka dua muka, dan bagitahu sedalamnya apa kesalahan yang telah diperbuat. Bukannya kita mencari kesalahannya dan membuka sesi bual bertopikkan dia.
Jika sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian, itu tidak mengapa. Perindahkan cara supaya tiada hati yang akan terluka. Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tidak berjauhan, tetapi di hati menyimpan sesalan dan cemuhan.

Sahabat itu istimewa, kerana perhubungan sejati kerana Ilahi tidak akan terpisah, berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tidak sudah, kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah, dan inshaAllah bertemu pula nanti di alam syurga yang indah.

shared from FB Dunia macam-macam.