Jika rindu itu masih ada

Rindu itu kemanisan jiwa yang kdg kala merasakan pahitnya tinggal di dalam hati.Walau sekuat mana melahirkan rasa yang hadir, pasti akan menjelma dan datang tika keseorangan.

Pernahkah merasakan sunyi dan sepi tika malam berlabuh dlm mengorak mimpi seolah  merasakan diri amat hilang akan dunia.Merasakan ada himpitan kuat  di dalam dakap dada hingga membuatkan airmata berkaca.Seolah menyesali  sesebuah hubungan yang telah berakhir.

Merindui seseorang yang bukan milik kita lagi dan kenangan yang terukir amat mengusik jiwa.Kita hanyalah insan biasa yang kadang juga masih ada rasa yang bersisa pada seseorang.Yang itu penah melalui masa masa bersama.Kadang penah silap memberi rasa akan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu rahsia di masa depan.

Rindu pada wajah yang dulu selalu bersama.Kita manusia yang tidak lari dari perasaan rindu.dan kadang itu memberi 1 semangat utk kita mencari 1 identiti yang baru .

Rindu itu 1 bentuk perasaan pada 1 kisah atau pada kenangan lalu bersama seseorang,dan kenangan itu selalu bermain di minda dan fikiran.Ingin selalu kembali ke dunia lalu namun apalah daya  takkan sama.

Kadang rindu pada seseorang membuat kita semakin sebak memikirkannya.Semakin rasa pedih dalam hati kerana hati kita masih sayang dan cinta padanya .Dan kadang juga mengalir air mata rindu terasa rindu yang amat panjang.Selalunya rindu berkait rapat dengan seseorang yang begitu bermakna .penah memberi 1 rasa yang asyik .

Penahkah kita merasakan pedih memikirkan 1 wajah  yang dahulunya penah membuat airmata mengalir dlm kesedihan dan masih adakah sisa kemaafan jika peluang masih ada ..

Dan rindulah pada seseorang yang benar2 menghargai kita .Janganlah kita merindui orang yang pernah menyakiti dan mengkhianati hati kita ...Bercinta memang mudah  tapi untuk dicintai juga memang mudah , tapi untuk dicnitai oleh orang kita cintai,itulah yang sukar diperolehi .

Selalu kita bertanya pada hati kita mengapa masih ada airmata ini mengalir walaupon kita melepaskan cinta itu dengan hati yang rela dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu dgn hati yang berat .Menjejaki seseorang dalam menjejak perginya wajah yang penah membuat kita bahagia .Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu namun mengapa masih ada airmata mengalir tanpa belas.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia boleh merosakkan jiwa Membuat kita tiada semangat akan diri dan sepatutnya kita kuat dan tabah dlm meniti perjalanan hidup .

Buat seseorang yang kamu masih menyintai dan menaruh harapan , kamu pasti selalu mengingat setiap kenangan yang kamu lalui bersama si dia dan saat itu mata kamu pasti akan berkaca.kerana kamu tahu  kenangan bersamanya tidak akan berulang kembali .

Jika ia ditakdirkan untuk kita , sudah tentulah kita perolehi .Apa yang kita faham akan takdir dan ketentuanNya .Siapalah kita untuk mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukan.

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.Cinta itu bukan milik kita .Cukup sudah meratap dan merindui  perginya rasa itu yang kita rasakan cinta .Sebenarnya itu bukan cinta sejati .Janganlah diharapkan satu mimpi indah menjadi nyata  jika kita masih lagi di dalam lena yang panjang .

* tiada kena mengena dengan sesiapa..hanyalah sekadar utk bacaan .. 

Rujukan dari sentuhan maya .blogspot.

Bila mendung telah berlalu

Assalammualaikum suma


Fuhhhh dah berabuk la blog ni , lama btl tak update blog ni huhuhu , mcm2 la perkara terjadi pada aku dalam tahun ni,..sepanjang 5 thn melalui kehidupan sebagai ibu tunggal dengan ank2 , terlalu banyak ujian dugaan yang ditempuhi , kalaulah aku tak bergantung pada Allah  , rasanya aku dah tumbang dah.

Alhamdullilah dengan izin Allah , tarikh 02.09.2016  aku selamat bergelar isteri semula, dipertemukan jodoh sekali lagi oleh Allah dengan seorang yang boleh menerima aku dan ank2 seadanya. Bersyukur sangat merasai sekali lagi peluang utk bahagia , terima kasih En Suami , saya tak akan janjikan bulan bintang tp inshaAllah saya akan jadi isteri yang terbaik untuk abg.. terima kasih Allah atas segalanya

Sebagai manusia kita tak akan lari dengan ujian , memory dengan orang2 yang pernah singgah dalam hati ni , Dalam hati ni tak pernah sesekali membenci mereka , Sbb mereka semua pernah memberi memory yang terindah dalam hati ni , hanya doa mengiringi mereka semua. Moga kebahagiaan terus jadi milik mereka.

Selagi kita hidup , Allah akn terus memberi ujian sebab Dia sayang kita , dengan ujian la kita akan berbalik pada Allah , mgkn selama ni kita sombong pada Allah , kita culas dalam solat , jarang membaca Al-Quran , dan dengan ujian lah kdg2 menyedarkan kita yang kita hanya hamba Allah yang sangat kerdil di dunia. Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Mengetahui apa yang akan bakal terjadi pada kita.Jangan sesekali lupa pada Dia , waktu susah senang...


Alhamdullilah aku dpt melalui segalanya dengan tenang , moga semuanya akan baik dan moga Allah lindungi kita semua.


Manja_82

06.10.2016

Awak

Awak ,

Ketika Tuhan mempertemukan  kita , cintailah saya kerana DIA 
dan janganlah terlalu bahagia
 sebab dalam pertemuan selalu ada perpisahan ,
berbahagialah sekadarnya sahaja ,
berbahagialah dengan sederhana,
kerana dgn keserderhanaan awak,
saya masih lagi menempatkan, 
Allah Di hati saya

Awak

Sewaktu kita menyelami cinta , biarlah dgn ikhlas di dada
kerana bukanlah sempurna yg saya cari
Jangan terlalu mencari kesempurnaan yg itu bkn milik saya 
namun selagi saya mampu saya akan cuba memberi yg terbaik buat awak
maaf jika banyak perkara yg tidak dpt sy penuhi
bukan kerana saya tidak mahu 
tp kerana saya tak mahu terlalu menangis nanti

Awak 

hanya doa yg mampu saya kirimkan utk menjaga awak
meskipun dalam jarak  tp hanya setia yang mampu saya buat
meskipun saya tahu awak tak nampak
penuhilah diri awak dgn rasa percaya dan sabar 
dalam mengharungi perhubungan ini
agar kita tidak mengingkari cinta yg dgn rasa susah payah kita perjuangkan
jalani kehendak Tuhan dengan sebaiknya 
Kita harus menghargai waktu yang DIA pinjamkan sejenak
kelak kita akan merindukan masa2 itu
masa yang dianugerahkan hanya sekali 

Awak

saya telah belajar cara menghargai awak kerana sungguh saya tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tidak sempat membahagiakan awak

Awak

Jika 1 hari nanti awak akan kehilangan saya
ketahuilah yg saya telah berdoa agar awak di beri kekuatan 
Agar Tuhan menjadikan awak kuat
Yang dtg pasti akan pergi kan awak
Itu adalah kepercayaan yang harus ikhlas utk kita terima
Jgn salahkan takdir jika ia membuat awak bersedih
kerana Tuhan Maha Adil

Jadikan apa yang terjadi dalam hidup awak sebagai kenangan terindah
Tunjukkan rasa bahagia awak walaupun tanpa saya
Wajah kekuatan awak
Sebagaimana kali pertama kita bertemu
Ikhlas pemergiaan saya dan ketika saya melepaskan awak
saat itulah saya sgt mencintai awak



p/s : Dipetik dari sebuah blog ...ayatnya membuatkan aku betul2 jatuh cinta


manja

20/01/2016